Followers

Saturday, August 22, 2009

Pengiktirafan Negara.....Nyawa Atau Nama?

20 Ogos, 2009 - tarikh yang sungguh mengecewakan bagi saya......!

Saya sungguh berbangga kerana kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan wira-wira negara dengan menaikkan kadar elaun bulanan untuk penerima-penerima Seri Pahlawan (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB). Mulai Julai, mereka menerima elaun bulanan berjumlah RM2,000 untuk SP dan RM1,500 untuk PGB. Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri sempena Hari Pahlawan pada 31 Julai, 2009.

Untuk makluman pembaca semua, kerajaan Malaysia telah mewujudkan 5 pingat keberanian, iaitu SP, PGB, Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP), Pingat Tentera Udara (PTU) dan Kepujian Perutusan Persekutuan (KPK).

Saya bukannya penerima SP atau PGB, sebaliknya penerima PTU. Penerima-penerima JPP, PTU dan KPK tidak mendapat sebarang imbuhan. Saya difahamkan KEMENTAH telah membuat cadangan agar semua penerima pingat keberanian turut diberi elaun yang setimpal. Dengan maklumat ini, saya telah menghantar emel kepada pihak berkenaan agar cadangan ini dipertimbangkan.

Untuk memendekkan cerita, emel saya ke KSN telah mendapat reaksi yang positif dari pihak berwajib. Silalah baca sebahagian daripada emel-emel diantara saya dengan Menteri Pertahanan, KSN dan KSU..

Bermulanya liku-liku.....

Emel saya kepada KSN setelah kecewa 2 emel kepada Menteri tiada mendapat sebarang respons......

From:nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
Add Thursday, June 11, 2009 10:26:27 PM
To:sidek ksn sidek@pmo.gov.my

Assalamualaikum,

Pertama sekali, tahniah kerana perkhidmatan Tan Sri telah disambung setahun lagi.

Saya telah menghantar 2 email kepada Menteri Pertahanan berkenaan perkara tajuk. Yang pertama dihantar pada 3 Jun tetapi sedih sekali tidak mendapat sebarang respons dari pihak beliau. Hari ini, 11 Jun, sekali lagi saya mengemailnya melalui 'sekretariat' beliau. Sebelum ini saya turut menghantar email ke 1Malaysia; juga tiada respons.

Saya mengharapkan, melalui jasabaik Tan Sri, agar cadangan ini mendapat respons positif dari pihak kerajaan. Terima kasih.

----- Forwarded Message ----
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Dato' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my
Cc: Mininter of Def sekretariat_dzh@yahoo.com
Sent: Thursday, June 11, 2009 6:28:21 PM
Subject: Fw: Elaun Untuk Pingat Tentera Udara (PTU)


----- Forwarded Message ----
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com To: sekretariat_dzh@yahoo.com
Sent: Thursday, June 11, 2009 4:59:09 PM
Subject: Fw: Elaun Untuk Pingat Tentera Udara (PTU)

Alamat ro.ppm@mod.gov.my ini telah diberi oleh staf pejabat YB Dato'. Olehkerana tiada sebarang maklumbalas, saya telah diberi alamat baru oleh Setiausaha Akhbar. Diharap selepas ini saya akan menerima respons dari Dato'.

Saya membuat sedikit pindaan kepada teks asal.

----- Forwarded Message ----
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.comTo: ro.ppm@mod.gov.my
Sent: Wednesday, June 3, 2009 7:15:13 PM
Subject: Elaun Untuk Pingat Tentera Udara (PTU)

Asssalamualaikum YB Dato',

Terima kasih. Itu saja yang boleh saya ucapkan apabila diberitahu yang Dato' akan mengumumkan kadar baru untuk penerima Sri Pahlawan (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB). Ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf pengorbanan wira-wira ATM menentang pengganas komunis (PK). Saya bukanlah seorang penerima salahsatu anugerah tersebut.

Sepertimana yang Dato' sedia maklum, 100% penerima SP dan 99% PGB adalah dari pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM). Seingat saya, hanya seorang pilot helikopter nuri TUDM (masih hidup) dianugerah PGB. Kemungkinan statistik saya kurang tepat tetapi pokoknya, SP dan PGB lebih memihak kepada TDM. Ini kerana sudah menjadi tugas utama mereka untuk memburu dan menghapus PK. Pertembungan mungkin juga disebabkan pasukan TDM diseranghendap.

Sebagai seorang mantan pilot nuri, saya turut terlibat secara langsung dalam operasi-operasi yang dilancarkan oleh ATM menentang PK. Semasa kemuncak 'Operasi Selamat Sawadee' helikopter nuri menjadi sasaran utama PK; 'we were the hunted, not the hunters'. Objektif mereka ialah untuk menembak pilot terutama semasa fasa 'approach, hovering' dan berada di LP (landing pad). PK menyedari kami adalah 'shooting duck' dan tidak berupaya melawan balik.

Sebelum ini, mereka hanya menjadikan nuri sebagai sasaran tidak mengambilkira fasa-fasa penerbangan. Dalam satu insiden, semasa dalam fasa penerbangan, lebih dari 40 tembakan telah mengena tangki minyak tetapi nuri tersebut telah selamat mendarat di Gubir. Dari banyak insiden tembakan terhadap nuri, hanya sebuah nuri sahaja telah berjaya dijatuhkan. Mungkin Dato' masih ingat sebuah nuri telah jatuh ditembak oleh PK di kawasan operasi Gubir semasa dalam penerbangan ke Gubir dari LP. Semua krew dan penumpang terkorban. Krew tersebut adalah rakan kenalan saya!

Olehkerana keadaan terlalu mengancam, arahan telah diberi supaya nuri di 'escort' dengan dua buah Alouette Gunship (GS) dikawasan operasi tertentu, dan sebuah GS di kawasan lain. Sebelum memasuki kawasan-kawasan tersebut, GS, dan adakalanya pesawat Tebuan/F5E, dikehendaki 'straff' kawasan tersebut dengan canon/roket. Namun demikian, kami mengguna budibicara membuat penerbangan tanpa sebarang escort sekiranya keperluan melibatkan hidupmati anggota keselamatan, seperti 'casevac' dan 'resupply', tidak kira siang atau malam.

Sebagai langkah keselamatan, semua pilot nuri diarah memakai vest kalis peluru dan membawa M16 dan pistol sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di hutan belantara. Selain itu, seorang anggota komando ditempatkan disetiap nuri untuk membalas tembak sekiranya nuri ditembak. Pesawat pula dilengkapi dengan 'seat', lantai dan 'glass' di bahagian kaki pilot dengan bahan kalis peluru.

Rakan saya telah ditembak oleh PK dalam 2 insiden berasingan, dimana 2 anggota komando yang bertugas dalam nuri beliau, telah terkorban apabila mereka terkena tembakan tersebut semasa approach ke LP.

Saya sendiri pernah ditembak dengan 'grenade launcher' semasa berada di LP di kawasan Klian Intan, Perak. Tindakan saya telah menyelamatkan krew, penumpang dan juga pesawat itu sendiri. Insiden kedua semasa membuat 'troop lift'. Nuri saya telah ditembak dengan 'small arms' dan Kuatermaster Udara (KU) telah terkena tembakan tersebut. Beliau hanya cedera dibahagian kaki.

Saya telah dianugerah PTU pada tahun 1979. Umum mengetahui, penganugerahan ini tiada membawa sebarang imbuhan. Ianya hanya satu kenangan lama sahaja semasa berjumpa rakan seperjuangan.

Disini, saya memohon jasabaik Dato' mempertimbangkan agar penerima PTU turut diberi elaun yang setimpal. Saya tidak pasti samaada satu kertaskerja telah dibentang oleh pihak berkenaan. Sekiranya memang ada perbincangan, saya berharap dengan adanya campurtangan Dato', elaun ini diluluskan. Sungguh gembira sekiranya elaun ini termasuk dalam pengumuman Dato' nanti. Pada ingatan saya, penerima PTU tidak melebehi 30 anggota dan boleh dikatakan 90% telah lama bersara. Saya sendiri adalah pesara sepenuh masa.

Akhirkata, saya berdoa agar permohonan ini mendapat tindakan positif dan mengembirakan kami semua. Terima kasih.

MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN
(410316)

Respons dari Pejabat KSN yang memajukan emel dari KSU KEMENTAH......sungguh memberangsangkan......

RE: Pingat Tentera Udara (PTU)
Zureen bin Zubir zureen@pmo.gov.my
viewFriday, June 26, 2009 6:40:29 PM
To:Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah abubakar@mod.gov.my nibsny@yahoo.com

Y.Bhg. Dato’,

Terima kasih jua dan saya salinkan juga maklumat awal ini kepada Mej (B) Nor Ibrahim Sulaiman untuk makluman beliau.

ZUREEN BIN ZUBIR
26 June 2009

Mulalah berangan dengan tambahan pencen RM1,500……wow!

From: Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah [mailto:abubakar@mod.gov.my]
Sent: Friday, June 26, 2009 6:16 PM
To: Zureen bin Zubir
Subject: Pingat Tentera Udara (PTU)

Assalamualaikum tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada percakapan talipon pada 25 Jun 2009 mengenai perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Markas Angkatan Tentera Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan kajian keatas status PTU dan telah mengemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KEMENTAH pada hari ini 26 Jun 2009 mencadangkan supaya penerima PTU dibayar elaun bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sepertimana penerima Pingat Gagah Berani (PGB).

3. Saya akan mempastikan Bahagian berkenaan mengemukakan cadangan tersebut kepada JPM dengan kadar segera pada minggu hadapan untuk pertimbangan.

Sekian, untuk makluman tuan jua.

Terima kasih.

ABU BAKAR HJ ABDULLAH
KSU
KEMENTAH

Setelah letih menunggu tanpa berita, emel kepada KSU dan Pejabat KSN……

From: nor ibrahim sulaiman [mailto:nibsny@yahoo.com]
Sent: Tuesday, August 11, 2009 5:52 PM
To: KSU Indef;
Cc: Zureen bin Zubir
Subject: Re: Pingat Tentera Udara (PTU)

Assalamualaikum,

Apalah status perkara di atas agaknya! Sehingga kini tiada sebarang berita; berita terakhir pada 26 Jun '09. Bolehkah kami mengharapkan berita baik sempena Hari Angkatan Tentera pada 16 Sep '09 atau bertambahnya pencen menjelang Hari Raya Aidilfitri pada 20 Sep 09?

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa.

Terima kasih.

MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN

Jawapan yang dinanti pun tibalah, tapi......sungguh mengecewakan. Berkecai harapan!!

RE: Pingat Tentera Udara (PTU)
Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah abubakar@mod.gov.my .gov.my nibsny@yahoo.com
Cc:Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan sidek@pmo.gov.my
Zureen bin Zubir zureen@pmo.gov.my

Assalamualaikum tuan,

Dengan hormatnya ingin saya memaklumkan bahawa cadangan untuk mewujudkan elaun kenangan dan bayaran bagi penerima posthumous untuk Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P), Pingat Tentera Udara (P.T.U) dan Kepujian Perutusan Persekutuan (K.P.K) tidak dapat dipertimbangkan. Ini adalah kerana nilai pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap penerima Darjah Kebesaran atau Bintang/Pingat Persekutuan mempunyai nilai prestij dan martabatnya yang tersendiri.

Sekian, untuk makluman tuan.

Terima kasih.

ABU BAKAR HAJI ABDULLAH
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan

Respons dari Menteri Pertahanan melalui sms pada 20 Ogos, 2009. Berapa % harapan anda berikan? Saya? Tunggu dan lihat sajalah..........!

Itu belum muktamad. Insya-Allah saya akan usahakan dgn PM.

Mungkin emel terakhir......!

Re: Pingat Tentera Udara (PTU)
nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
AddFriday, August 21, 2009 6:02:45 AM
To:Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah abubakar@mod.gov.my ; sidek ksn sidek@pmo.gov.my Cc:Zureen bin Zubir zureen@pmo.gov.my

Assalamulaikum tuan-tuan,

Berita yang sungguh mengecewakan menjelang bulan Ramadan esok. Walaubagaimana pun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri, Dato' dan En Zureen yang telah berusaha untuk mendapatkan elaun tersebut. Apa yang hendak dikatakan - sudah tiada rezeki. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba, Allah menentukan.

Baru-baru ini saya ada menghantar surat ke Ketua Pengarah PLKN berkaitan menjemput penerima anugerah keberanian dan anggota tentera yang cedera untuk menceritakan pengalaman mereka. Sila rujuk emel kepada tuan-tuan sebelum ini. Seperti biasa, masih menunggu jawapan. PLKN tiada alamat emel?

Selamat berpuasa.

MEJ (U) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN

Tamat cerita........!

Khusus untuk KSN....Tan Sri, terima kasih diatas keperihatinan terhadap rentetan rakyat tanpa mengambil kira pangkat dan darjat. Saya ingin mengesyorkan agar semua kementerian dan agensi kerajaan tidak mengguna lagi jawapan 'stereo-type' '....perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan'(bahan ketawa). Kalau diberi peluang untuk menilai KPI Tan Sri dari kaca mata pengguna, saya beri 10/10.

Ini yang dikata, pada saya, TAKDIR. Saya telah berusaha tetapi Allah yang menentukan; percaya kepada qada dan qadar. Apa yang hendak dikatakan - menyumbang pingat perak Olympic layak mendapat RM3,000 sebulan sehingga akhir hayat. Berkorban demi untuk mempertahankan kedaulantan negara (kecuali SP dan PGB)mendapat...........? Yang manakah kerajaan memberi pengiktirafan - NYAWA ATAU NAMA?

Apa pun, kesetiaan saya terhadap negara Malaysia tercinta ini tetap tidak luntur. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52. MERDEKA....! MERDEKA....!

6 comments:

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

This is an e-mail from my former Flight Commander, 3 Sqn. The corrections are as follows: 1977 instead of 1997 and 1978 instead of 1998.

Re: Pingat Tentera Udara (PTU)
Frank Chong Keng LayViewFriday, August 21, 2009 11:21:02 AM
To:nor ibrahim sulaiman


Mej Nor Ibrahim
Basically on reflection the government is telling us airmen that SACRIFICES are not valued and we airmen should not take RISKS when we go on operations. we should tell the ground troops on the ground that unless it is 100% SAFE we will not not send the Artillery Howitzers in for gun support, no fresh rations for th e troops who live on the LPs for two month continuously, let them live on compo rations[morale of our troops and airmen may not be important to our decision makers who work in aircondition offices hundreds of miles from the border]; casualty evacuations in HOSTILE territory should not be done by aerial vehicles since the RISKS taken by airmen is not recognised so why mati katak, let the infantry stretcher out their casualties by manpower.
In UK the british armed forces recognize the BRAVERY of the airmen of the army, navy and air forces with the DISTINGUISHED FLYING CROSS and in Australia the BRAVERY of the airmen of the three services are recognized by the Australian Flying Cross. The question of the Malaysian Army and navy wanting their own BRAVERY recognition from the air is covered .The Army Air Corps and the Naval Fleet Air Arm[ helicopters/ fixedwing] can qualify for the PINGAT TENTERA UDARA[ptu] THROUGH BRAVERY FROM THE AIR.The PTU is not meant solely for the RMAF, those who EXECUTE BRAVERY THROUGH THE AIR MEDIUM do qualify, if deemed fit ,for the PTU. I was recommended for the PGB by the RMAF in 1977 but the then CAFS Gen [R] Tan Sri Mohd Sany decided that the RMAF have the PTU and approved the recommendation of the PTU instead of the PGB although airmen earlier were awarded the PGB for similar acts of Bravery. I have no problems accepting the allowances for the SP and PGB but to deny the PTU awardees is tantamount to telling the airmen/airwomen from the Army, navy and Air forces that their services and risks are not equal to the acts of bravery of PGB awardees. So much for 1 Malaysia for us airmen. It would not hurt so much if no allowances are given to any of the awardees but to isolate the PTU is NOT FAIR, we also put our LIVES ON THE LINE for our BELOVED COUNTRY AND FOR THE GOVERNMENT to officially not RECOGNIZE the RISKS we aimen took is a slap in the FACES of the PTU awardees.

Regards
CHONG KENG LAY
PTU 1978

Anonymous said...

assalam mualaikum, berapa terharu nya hati apabila membaca rintitan dari pahlawan udara yang tidak diberi sebarang pengitirafan oleh kerajaan. ini lah yang dikatan malang bagi rakyat yang berjuang demi negara!!. mungkin tidak ini mencukupi untuk mencuit hati pemerintah, kerana perjuangan hanya dalam negara(mempertahankan negara)yang pemerintah mahukan mungkin seseorang yang dapat menaikan nama negara seperti datuk-datuk sukan sahaja. tidak hairan lah kenapa kebelakangan ini ramai anggota kerjaan merasakan pekerjaan yang mereka lakukan tidak mendapat perhatian. bayangkan mempertahankan negara dari ancaman musuh(PKM) tidak sehebat membawa naik nama negara dalam bidang sukan. kenapa terdapat pebedaan? pasti dapat melihat ganjaran yang diberi dari ahli sukan - rumah, tanah dan lain-lain. tapi bagi tentera atau mana penjawat awam letih memohon, itu pun jika ada kenalan dari dalam baru dapat. pengalaman ini boleh di kongsi. telah 30tahun berkhidmat dengan kerajaan sebidang tanah pun tidak diberi walaupun hadir dalam temuduga. yang pasti dan dilihat pegawai atasan tidak perlu temuduga tanah diuntukan kepada beliau. wau hebatnya!! pentadbiran. kita ambil lah iktibar ini dan lebih prihatin lah hendaknya kerajaan terhadap penjawat awam.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Ini emel dari kawan saya, penerima PTU dan KPK kepada pihak berwajib.
24th August 2009

Daripada: MAJ (B) DATO’ MOHD KHALID ALI

Kepada : YB DATO' HAJI ABU BAKAR BIN ABDULLAH

Assalamualaikum ,

RE : RAYUAN UNTUK MENDAPAT ELAUN PINGAT PTU / PGB

Dengan segala hormatnya, saya ingin membuat rayuan kepada Dato' untuk menyemak semula pengiktirafan Pingat Tentera Udara untuk pejuang-pejuang juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia yang telah berkhidmat untuk negara. Saya memulakan perkhidmatan saya dalam TUDM pada tahun 1971 dan bersara sebagai Pegawai Tauliah jangka pendek pada tahun 1982. Saya mula berkhidmat di operasi Kalimantan Utara di Skuadran ke-7 di Kuching dan Sibu selama 3 tahun.
Saya telah memandu pesawat helikopter nuri dan menceburkan diri dalam semua operasi tentera dan polis di Sabah dan Sarawak. Saya telah pun bertugas semasa ketua komunis/Paraku Mr. Bong Kee Chock (Pergerakan Rakyat Kalimantan Utara) yang telah menyerah kalah di Sarikei pada tahun 1973. Di Rascom, Sibu kami telah memburu komunis Paraku dan telah menyelamatkan ramai perajurit yang cedera dalam operasi tersebut.
Pada tahun 1973, saya telah menyelamatkan 12 orang daripada penumpang-penumpang kapal besar yang telah tenggelam di muka sungai Sibu. Pada tahun 1974-1976, saya telah bertugas di operasi Gonzales 1 dan 2, operasi Gubir 1 dan 2, operasi Daoyai Musnah 1 dan 2 dan operasi Kukur selama 4 tahun.
Saya telah menyelamatkan lebih kurang 25 pegawai tentera dan polis di operasi tersebut. Pada tahun 1976 saya telah dikurniakan Keputusan Penghormatan Keberanian (KPK) dan pada tahun 1977 saya telah dianugerahkan PTU yang telah disampaikan oleh DYMM Yang Dipertuan Agung.
Saya rasa dengan 2 pingat keberanian yang dicapai dan juga pengorbanan yang telah diberikan oleh saya kepada Kerajaan Malaysia selama 12 tahun , saya patut dihargai dengan elaun seperti pengiktirafan Pingat Gagah Berani (PGB).
Saya sanggup bertemu dengan Dato', Menteri Pertahanan atau Perdana Menteri Malaysia untuk penjelasan yang lebih lanjut atas khidmat saya dan rakan-rakan saya untuk membuktikan dan menerangkan tentang perkara tersebut. Sebagai bekas pegawai tentera, saya sangat berharap agar kerajaan Malaysia dapat memberikan elaun yang sepatutnya supaya pengorbanan saya dihargai oleh negara yang tercinta ini. Saya berdoa kehadrat Allah supaya Dato' dapat mempertimbangkan rayuan saya dan rakan seperjuangan.
Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian Dato' terhadap rayuan dan permohonan saya.

Sekian, Terima kasih.

MAJ (B) DATO’ MOHD KHALID ALI
Principal ASIA PACIFIC FLIGHT TRAINING
Email : khalid@apft.edu.my

Cc : Menteri Pertahanan Malaysia - YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Perdana Menteri Malaysia - Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Abah said...

Tuan,

Operasi Gubir yang mana senario targedi kemalangan pesawat Nuri dan bebaerapa orang Perajurit tanah air betul-betul menjadi kenangan pahit dan meninggalkan Nolstagia yang begitu sinonim dengan diri saya sepanjang hayat dikandung badan.

Alhamdulliah, syukor kehadrat Allah S.W.T saya diberi kesihatan sehingga kini tanpa kehilangan sebarang sehelai rambut atau pun sebarang kecelaan bahagian tubuh badan sepanjang perkhidmatan saya selama 22 tahun didalam Kor Gerakhas.

Walau pun saya tidak dianugerahi sebarang pingat atau bintang keberanian sekalipun, saya tetap berbangga atas kapasiti yang telah saya capai sepanjang perkhidmatan didalm Kor Gerakhas khas nya dan di dalam ATD Amnya.

Sesungguhnya ada dikalangan rakan saya kehilangan panca indera dan tubuh badan sekalipun adalah ketentuan masing-masing atau ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa.

Kadang kala terasa juga seolah-olah diri nya dilupakan dan diabaikan setelah sesuatu kejadian itu menjadi lipatan sejarah atau hilang begitu sahaja dimamah masa. Namun hakikatnya manusia itu sememangnya begitu.

Sesungguhnya, Allah maha mengasihani dan maha penyayang.