Pengikut

Sabtu, 3 Oktober 2009

Mengapa Kami Didiskriminasikan....!

Pada 1 Oktober 2009, saya telah menghantar e-mel ke 'Forum' Utusan Malaysia berkaitan dengan elaun untuk penerima-penerima pingat keberanian. Ini sebenarnya cerita lama. Saya menghidupkannya semula apabila terbaca PM menyatakan penghargaan beliau terhadap sumbangan anggota ATM semasa mengistiharkan Port Dickson menjadi "Bandar Tentera Darat". Beliau turut menyatakan yang beliau telah bersama ATM selama 14 tahun! Manalah tahu......terbuka hati beliau untuk mengkaji semula rentetan ini!

To: utusan forum@utusan.com.my; utusan Mislina.Sapuan@utusan.com.my; utusan othman.mohamad@exchange.utusan.com.my; utusan m\'sia normala.hamzah@utusan.com.my
Sent: Thursday, October 1, 2009 9:54:12 AM
Subject: Elaun Untuk Penerima Pingat Keberanian

Pada 31 Julai 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan kadar baru elaun RM2000 untuk Seri Pahlawan (SP) dan RM1500 Pingat Gagah Berani (PGB). Terima kasih kerana Kerajaan mengiktiraf sumbangan wira-wira negara. Tetapi, persoalannya ialah kenapa hanya penerima SP dan PGB sahaja?

Untuk makluman, Kerajaan telah mewujudkan 5 pingat "KEBERANIAN" , iaitu SP, PGB, JPP (Jasa Perkasa Persekutuan), PTU (Pingat Tentera Udara), dan KPK (Kepujian Perutusan Keberanian). Kecuali SP dan PGB, penerima pingat-pingat tersebut tidak menerima sebarang imbuhan. KEMENTAH telah memajukan cadangan kepada JPM agar penerima-penerima JPP, PTU dan KPK turut diberi elaun. Kecewa sekali cadangan ini telah ditolak oleh JPM. Malah, mereka tidak dijemput untuk mengambil bahagian semasa perarakan Hari Merdeka; hanya penerima SP dan PGB sahaja dijemput.


Penerima pingat perak Olympic menerima RM3000 sebulan, selain gelaran 'Datuk' dan sejumlah wang. Pejuang tanah air yang berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara (kecuali SP dan PGB)......? Apakah pengiktirafan negara ......NYAWA ATAU NAMA?


MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN

PS: Bukan mudah untuk meng-emel ke Forum. Itu sebab terpaksa mengguna banyak 'penerima'. Terima kasih.

E-MEL TERSEBUT  TELAH DISIARKAN DALAM RUANGAN "FORUM" UTUSAN MALAYSIA...JUMAAT 2 OKTOBER 2009.... tanpa perenggan akhir.








Mohon pingat JPP, PTU, KPK diberi elaun

PADA 31 Julai 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan kadar baru elaun RM2,000 untuk Seri Pahlawan (SP) dan RM1,500 Pingat Gagah Berani (PGB). Terima kasih kerana kerajaan mengiktiraf sumbangan wira-wira negara. Tetapi, persoalannya ialah kenapa hanya penerima SP dan PGB sahaja?

Untuk makluman, kerajaan telah mewujudkan lima pingat ‘KEBERANIAN’, iaitu SP, PGB, JPP (Jasa Perkasa Persekutuan), PTU (Pingat Tentera Udara), dan KPK (Kepujian Perutusan Keberanian). Kecuali SP dan PGB, penerima pingat-pingat tersebut tidak menerima sebarang imbuhan. KEMENTAH telah memajukan cadangan kepada JPM agar penerima-penerima JPP, PTU dan KPK turut diberi elaun. Kecewa sekali cadangan ini telah ditolak oleh JPM. Malah, mereka tidak dijemput untuk mengambil bahagian semasa perarakan Hari Merdeka; hanya penerima SP dan PGB sahaja dijemput.

MEJ (B) NOR IBRAHIM SULAIMAN 

Pada 2 Oktober 2009 saya terima e-mel dari seorang pembaca Forum....terima kasih 'Orang Awam' (tanpa edit). Beliau menghantar e-mel ke Forum dan salinan kepada saya. Saya tidak pasti samaada e-mel tersebut akan disiarkan.

terbaca saya tentang rintitan dari seorang mejar (B) mengenai pingat-pingat keberanian tentera jpp,ptu, kpk, SP,PGB. yang pelik lagi hairan, kenapa hanya SP dan PGB sahaja yang luluskan oleh PM bagi kenaikan tambahan elaun? pingat diselainnya jpp,ptu & kpk apakah tidak layak? sebagai orang awam dirasakan kenapa 5 pingat yang diiktiraf dan hanya dua sahaja yang menikamatinya? apakah mereka ini bukan tentera dan tidak menabur bakti kepada negara? setahu saya dalam satu organasasi ketenteraan baik darat, laut mau pun udara adalah satu pasukan yang berjuang mepertahankan negara dari ancaman musuh terutamanya komunis pada suatu ketika dahulu.

atau apakah PM atau jabatan pertahanan lebih favour kepada unit didarat sahaja -wallah hualam. apakah slogan satu malaysia, rakyat didahulukan, hanya gimik sahaja? lihatlah dari 5 pingat yang di iktirafkan hanya dua diberi elaun. mungkin mejar (b) tersilap memilih unit. jika di unit tentera darat mungkin menikmatinya. renung-renung lah bersama tabur bakti yang diberikan oleh mereka ini.

orang awam

Nota: Sekiranya ada respons yang disiarkan dalam 'Forum' berkaitan dengan topik ini, saya akan masukkan dalam blog nanti.

Baru-baru ini PM mengumumkan bahawa Malaysia akan mempunyai kereta F1nya sendiri. Kos membina kereta ini menelan RM270 juta. Kerana apa semuanya ini? TAK LAIN TAK BUKAN.......NAMA! Saya boleh bayangkan imbuhan yang akan diterima oleh pemandu F1 ini sekiranya mereka meraih kemenangan...tidak mustahil jika mereka bersemangat kental dengan 'MALAYSIA BOLEH'! Saya sendiri akan turut berbangga dengan kejayaan ini.

Pembaca, anda boleh melayari 'link' http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bi/rk6/rk6.php di bawah "Gallantry Decorations".

PM, MENGAPA KAMI PENERIMA PINGAT JPP, PTU DAN KPK DIDISKRIMINASIKAN?  KOTAKANLAH SLOGAN KERAMAT 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'.....!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan ni memang lupa diri. Kesian kepada tentera.........

taming berkata...

Kerajaan memang sepatutnya mengambil kira elaun diberi juga kepada penerima JPP, PTU dan KPK.

Tetapi kerajaan menerima nasihat daripada PAT dan AKS Perkhidmatan Anggota yang tidak mengiktirafkan penerima-penerima lain selain SP dan PGB yang patut menerima elaun.

Jadi apa kata Jeneral-Jeneral kita?
Saya rasa mereka perlu mengubah sikap!

Tamingsari

Tanpa Nama berkata...

"When you do something good, let somebody knows that you do the job, and make sure that person do something good for you", petikan lebih kurang dari KSN suatu ketika dulu. What a pity! nothing have been done despite all the hard work! Why? because we are only so-called non vital civilian. Sapa nak tengok or ambil tau sedangkan kitalah yang bekerja keras di bawah ni!
Government should seriously think on this issue. What actually their priorities? Hanya Allah SWT dapat menentukan. Itupun kalau mereka ingatkan DIA.

Dr WS