Followers

Thursday, October 1, 2009

Patriotisme 4....

PEMBACA,

HARI KEMERDEKAAN BARU SAJA BERLALU.......APAKAH "PATRIOTISME" KEPADA ANDA DAN CONTOHNYA .....?

193 comments:

Pei Pan said...
This comment has been removed by the author.
Lady GaGa said...

Patriotisme boleh digambarkan sebagai sikap positif/baik terhadap sesebuah negara atau tempat lahir oleh seseorang. Sikap positif tersebut antaranya ialah cintakan negara,sanggup berkorban,patuh kepada undang-undang,tidak melanggar ISA, dan sebagai orang Malaysia kita harus tanamakan semangat 1 Malaysia.

Biarpun patriotisme lebih menjurus kepada negara namun kita boleh mempraktikkannya dalam hal-hal tertentu yang berkaitan keamanan dan kedamaian (tiada pergaduhan dan peperangan). Beberapa sumber ada menyatakan jenis-jenis patriotisme seperti Patriotisme peribadi,patriotisme rasmi,simbolik dan authentic patriotism.

Contoh yang sering dilihat sifat patriotisme ialah dengan mengibarkan bendera rasmi negara pada hari kemerdekaan sama ada di tepi rumah,kereta,pakaian dan sebagainya. Sekian.terima kasih.

Nama: ARIMAWATY JIBIN
No. Matrik: 94953

Anonymous said...

Apakah itu patriotisme??? Mungkin ada yang tertanya-tanya atau masih keliru dengan maksud patriotisme. Pada pandangan saya , patriotisme ini merupakan satu perasaan yang cintakan tanah air, semangat patriotisme yang lahir didalam jiwa ini merupakan perasaan bangga terhadap tanah kelahiran sendiri. lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Kita dapat lihat dengan jelas bahawa dewasa kini, kita dapati semangat patriotisme ini hanya wujud di dalam diri individu dikala bulan kemerdekaan. Kita dapati semangat patriotisme ini hanya muncul dalam diri setiap individu pada musim kemerdekaan sahaja. Pada tanggal 31 ogos setiap tahun, barulah masyarakat ada semangat patriotisme ni. Adakah semangat patriotisme ini hanya perlu ada dalam diri setiap individu pada bulan kemerdekaan sahaja?? Ini merupakan satu persoalan adakah kita mempunyai semangat patriotisme yang betul-betul ada dalam diri atau sekadar untuk merayakannya.
Kita dapati antara contoh yang paling jelas yang dapat kita lihat adanya semangat patriotisme dikalangan masyarakat ialah dengan mengibarkan jalur gemilang tidak kira lah di kereta, rumah , sekolah dan sebagainya menandakan perasaan bangga terhadap tanah air. Seseorang itu dikatakan mempunyai patriotisme yang tinggi apabila sanggup Mempertahankan tanah air daripada penjajah serta dicaci dan berasa bangga apabila Negara mencipta kejayaan.
Manakala sifat yang bukan patriolitik yang dapat kita lihat ialah rakyat sendiri sanggup membakar bendera Negara sendiri kerana perasaan marah dan menghina lagu kebangsaan sendiri menunjukan bahawa kurangnya sifat patriotisme dalam diri mereka. Yang jelas, patriotisme ini bukan melibatkan isu politik.
semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dalam kalangan anak-anak muda supaya mereka tidak terus lupa jasa dan pengorbanan pejuang lama yang telah sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka masa kini. Semangat tidak cintakan budaya sendiri dan tidak yakin dengan kemampuan bangsa menyebabkan mereka mudah terpesong dan mengagungkan budaya asing. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk , lambat laun perasaan cintakan negara akan terus lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka.
Nama: Siti hajar binti mohamad
No matrik: 95136

Anonymous said...

Pada pandangan saya patriotisme bermaksud kita perlu menyemaikan semangat sayang serta mencintai akan ng kita. Dgn adanya semangat sygkan ngr justeru, kita dapatlah membina sesebuah ng yang bebas drpd jajahan serta memupuk perpaduan dan membela keharmonian ngr. Cara untk menunjukkan kecintaan kita terhadap ngr bukan hanya dgn mengibarkan bendera kebangsaan semasa bln kemerdekaan atau berdiri tegak semasa menyanyi lagu kebangsaan dan ketika melazafkan rukun ngr ttp ianya lbh drp itu krn patriotisme bkn sahaja akn wujud sekiranya kita melakukan perkara2 ini ttp perlu tahu untuk menghayatinya. Beli barangan buatan msia juga merupakan salah satu cara kita menunjukkan semangat patriotisme kita pd ng krn menyokong produk tempatan. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk yg berteduh dibwh satu payung kita perlulah sentiasa menjaga keharmonian kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa. Sifat menindis atau melakukan diskriminisasi terhadap sesuatu kaum itu tidak menunjukkan kita mempunyai sikap patriosme krn kita tidak memainkan peranan dlm membentuk suatu masyarakat yang hidup dgn aman dan saling bantu -membantu. Ada byk cara lagi yg blh kita pratikkan antaranya dgn patuh kpd undang2 ng, tidak derhaka kpd raja dan kerajaan serta tidak melibatkan diri dlm aktiviti2 yg berunsur genayah dimana ianya boleh menjejaskan imej ng. Selain itu, kita juga perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bhs penghantar utama. Ada di kal masyarakat yg berpendapat bhw standard mrk akn terjejas sekiranya bertutur menggunakan bhs Malaysia, kononnya bhs inggeris lbh standard digunakan semasa berinteraksi. Jika kita melihat ng Jepun pddknya tidak akn berinteraksi dgn bhs asing melainkan bhs kebangsaan mrk, sekiranya kita hendak melancong ke jpn kita perlu menduduki kursus utk bljr bhs jepun. Jadi apakah sebenarnya kualiti yg dimaksusdkan olh rakyat msia apabila bertutur dgn bhs kebangsaan? Bkn ke rakyat jpn lbh pintar dan maju drp kita dr segi teknologi dan sains dgn hanya menggunakan bhs jepun? Fikir2 kan lah jgn terlalu mengikut perubahan zaman moden sehingga melenyapkan identiti diri sendiri. Cuba Banggakan diri krn menjadi anak malaysia! Ini sudah cukup menunjukkan patriotisme! Seperti kata org tua bersyukurlah dgn apa yg kita miliki skrg.
YOKITHA NAIDU ( 95168)

Anonymous said...

Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Pada pandangan saya, Patriotisme yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia seharusnya membantu membentuk perpaduan yang lebih kukuh namun, Patriotisme yang wujud dalam kalangan setiap rakyat di negara ini sering dilihat pada bulan kemerdekaan sahaja.

Semangat Patriotisme yang wujud dalam diri pejuang-pejuang negara kita dahulu juga telah memerdekakan negara kita dari genggaman penjajah. Tanpa semangat Patriotisme, mustahil kita dapat merasai keharmonian seperti sekarang.

Namun, apa yang menyedihkan ramai yang tidak memahami erti sebenar Patriotisme dan menganggap bahawa bukan tanggungjawab mereka dan mengharapkan ada orang lain yang mempertahankan negara.

Sekiranya mereka benar-benar memahami maksud Patriotisme dengan rasa tanggungjawab sebagai rakyat prihatin, pasti ianya akan melahirkan bangsa yang prihatin.Seterusnya akan mewujudkan negara yang aman dan sejahtera.


WAN NUR IDAYU BINTI WAN KHALIM

95164

MAJOR KERJA SOSIAL,
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, USM.

Anonymous said...

Patriotisme..muncul dari perkataan patriotik. Patriotik pula mudah dikaitkan dengan politik tetapi itu hanya muktadimahnya. Apa yang utama adalah apa itu patriotisme???

Pada saya patriotisme adalah semangat yang lahir dari hati kita terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan soal kenegaraan. Namun begitu kita juga boleh berpatriotisme dengan soal atau hal lain seperti menentukan arah perjalanan hidup kita. Maklum saja orang lain tidak mampu membaca dan memahami sepenuhnya tentang diri kita bahkan ada kalanya masyarakat sekeliling seakan menilai luaran lebih dari segalanya. Jadi, kita perlu patriotisme dalam mempertahankan yang benar dan sanggup mengaku silap sekiranya salah.

Patriotisme mungkin bukan secara semulajadi tetapi ianya boleh dimiliki dengan pelbagai cara seperti pengalaman hidup kita atau orang lain dan mungkin sahaja melalui pembacaan sejarah. Individu tidak mampu menilai serta melabelkan paras patriotisme kita kerana ianya sangat subjektif dan melibatkan naluri halus manusia yang bukan secara nyata tetapi kewujudannya diakui oleh semua.

Rasa Patriotisme ini lazimnya hanya mampu dipersembahkan ketika masa, yakni ketika situasi yang menghendakinya. Sangat ironis tetapi bukan retorik bahawa patriotisme ini adalah tidak nyata namun mampu dipersembahkan.

Contoh Patriotisme yang mudah adalah semangat kesetiaan kepada negara. Mencintai negara sendiri dan mempertahankannya dari dipersenda oleh masyarakat luar. Namun perasaan berani dalam memperjuangankan kebenaran dan memperakui salah sendiri juga Patriotisme tambahan kesan akhir atau dapatan perjuagan itu adalah risiko nyawa iaitu membawa kematian.

Saya lebih tertarik kepada hal memperakui kesalahan sendiri kerana jelas mengambarkan keberanian individu itu merasakan partiotisme untuk nya mengambil risiko seperti dipandang negatif oleh masyarakat tetapi berusaha memperbaiki kesilapan itu. Hal ini akan lebih bermakna dari sudut patriotisme. Bagaimanapun persoalannya adakah manusia yang seperti itu? Mungkin, tapi hanya 1 dalam 1000!.

Tambahan pula semangat atau keberanian seperti menimbulkan huru-hara sehingga boleh membawa kepada peperangan adalah tidak patriolisme kerana pariolisme lebih bersangkut paut dengan hal yang berbentuk positif.

ARAISYAH BINTI MAT ARIF
94952

Anonymous said...

Pada pandangan saya ,patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.Tanah air atau ibu pertiwi itu mungkin merupakan suatu bandar atau rantau,namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara.Di samping itu,patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa ,kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya,dan identifikasi dengan ahli-ahli dalam bangsa.Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme,dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.Patriotisme mengandungi konotasi etika.Contohnya "Tanah Air" ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral.Selain itu,cara-cara untuk menunjukkan kecintaan kita terhadap tanah air kita bukan sahaja dengan mengibarkan bendera kebangsaan semasa bulan kemerdekaan atau berdiri tegak semasa menyanyi lagu kebangsaan atau ketika melazafkan rukun negara tetapi ianya harus lebih daripada itu.Hal ini kerana patriotisme bukan sahaja akan wujud sekiranya kita melakukan perkara-perkara ini tetapi kita perlu tahu untuk menghayatinya. Di samping itu,Beli Barangan Buatan Malaysia juga merupakan salah satu cara kita menunjukkan semangat patriotisme kita kepada tanah air kita. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk yang berteduh di bawah satu payung kita perlu senantiasa menjaga keharmonian kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa. Sifat menindas atau melakukan diskriminisasi terhadap sesuatu kaum itu tidak menunjukkan kita mempunyai sikap patriosme kerana kita tidak memainkan peranan dlm membentuk suatu masyarakat yang hidup dengan aman damai dan saling bantu -membantu. lantaran itu,masih mempunyai banyak cara lagi yang kita boleh melaksanakan.Antaranya ialah kita harus mematuhi kepada undang-undang negara, kita tidak harus menderhaka kepada raja dan kerajaan serta tidak harus melibatkan diri dalam aktiviti yang berunsur ganas dan jenayah di mana ianya boleh menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, kita perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama. Hal ini kerana,di kalangan masyarakat yang berpendapat bahawa standard atau status mereka akan terjejas sekiranya bertutur menggunakan bahasa Malaysia, malah bahasa Inggeris lebih standard digunakan semasa berinteraksi dengan orang lain.Kita harus berasa bangga kerana menjadi anak watan Malaysia! Satu Malaysia ,Sehati Sejiwa.


Nama:Chan Yee Mei
No.Matrik:94962

Anonymous said...

Bagi saya,patriotism adalah satu perasaan di mana setiap warganegara menanam tekad di dalam diri untuk menyayangi dan menyintai dengan sepenuh hati negara mereka tidak kira agama,bangsa dan suku kaum. Patriotism bukan sahaja kita sekadar melafazkan di bibir dan menguar-uarkannya,tetapi ia perlu lahir dari dalam hati serta diaplikasikan melalui perbuatan sama ada secara fizikal atau abstrak.Tiada makna kita bercakap tanpa memahami dan menghayati .Tak perlu nak melaungkan semangat cintakan negara pada hari kemerdekaan sahaja.Ia patut dilakukan pada bila-bila masa dan beringatlah,kita sepatutnya bersyukur tinggal di bumi bertuah ini.Contoh patriotism sangat mudah iaitu “bersatu padu”.Tidak susah untuk kita bersatu padu tanpa mengira siapa jua kita.Hormatlah agama lain,xperlu bersikap prejudis kerana kita semua bersaudara.Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa jika tergadah dan tersilap sebaliknya carilah punca di sebalik kesalahan itu.Kita berkongsi perayaan kaum lain juga menunjukkan kita bersatu padu.Contoh mudah lain,tidak salah kiranya kita menghormati lagu kebangsaan negara”NEGARAKU” tidak sampai 6minit daripada kita duduk menghayati lagu yang tidak membawa apa-apa makna kepada kita.Jadi,sebagai rakyat Malaysia,kita harus peka,kerna suatu hari nanti,mungkin Malaysia bukan lagi Malaysia jika kita gagal menyintai negara kita sendiri.


NAMA:FARIDAH AHMAD
MATRIK:94969

Anonymous said...

assalamualaikum
Patriotisme pada pandangan saya adalah seseorang yang mempunyai semangat untuk mendapatkan sesuatu perkara yang mereka fikirkan perlu kepada diri, keluarga,bangsa,negara malah agama. Sebagai contoh seorang pelajar yang matlamatnya untuk mendapat kecermelangan dalam pelajarannya disebabkan mereka memikirkan pelajaran itu amat penting dalam memajukan diri, keluarga,bangsa, agama dan negara.

Selain itu, patriotisme adalah seseorang yang mempunyai kecintaan kepada diri, agama, bangsa, sesama makhluk dan negara. Mereka akan berasa dengan keamanan sahaja boleh mendatangkan kabaikan kepada masyarakat dan mereka dengan takut mengorbankan diri walaupun mereka sedikit dan kalah. Bagi mereka adalah kebenaran untuk mendatangkan
keamanan kepada diri, keluarga, bangsa,negara dan agama adalah penting.

Seterusnya, patriotisme boleh ditafsir sebagai individu yang mempunyai rasa tanggungjawab dan memikul tanggungjawab dalam menegakkan keamanan dan menegakkan kebenaran di dunia. manusia sebagai seorang khlifah wajib mentadbir alam ini dengan sebaik mungkin ini merupakan amanah daripada MAHA PENCIPTA.

M.rahmat
89915
usulputera

Anonymous said...

PATRIOTISME????Apakah objektif disebalik sikap patriotisme ini?Tidak lain dan tidak bukan melahirkan insan yang tahu mengenang jasa pengorbanan prajurit yang telah berkorban untuk kemerdekaan negara kita Malaysia dan meneruskan perjuangan mereka dengan memelihara,'preserving' kemerdekaan tersebut sekurang-kurangnya..untuk 'preserve' kemerdekaan tersebut perkara pokok yang perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia ialah 'will' dan 'capacity' dan inilah yang menjadi tunggak perasaan cinta kepada negara yang akan 'preserve' kemerdekaan tersebut..Patriotisme daripada pandangan saya ialah semangat kecintaan yang mendalam di dalam hati sanubari terhadap tanah air..perasaan serta semangat patriotisme ini bukan tersemat dalam jiwa setiap rakyat Malaysia..ada yang menggunakan istilah patriotisme ini untuk mengejar kepentingan sendiri mahupun kepentingan politik,materialistik dan sebagainya..mereka berkejar berusaha siang malam atas nama negara walhal dalam hati penuh dengan 'munafik' dan mereka telah lama 'murtad' dari semangat patriotisme ini..Contohnya jika seseorang itu berkata buat perkara ini,itu boleh mendatangkan kebaikan kepada negara tetapi hakikatnya bukan untuk negara tetapi ada 'udang di sebalik batu' iaitu mempunyai agenda yang bersifat abstract (sangat halus untuk diperhatikan dengan mata kasar tetapi mudah difahami by thinking critically,i think so)untuk kepentingan diri sendiri,keluarga,saudara mara..
dan ini yang dikatakan bukan patriotisme..andaikata ini yang sedang berlaku maka jangan mimpi kemerdekaan yang dikecapi akan dapat dikekalkan jangan dikatakan dapat dikekalkan bahkan untuk menjaganya pun belum tentu..Pada pandangan saya yang kerdil ini,contoh patriotisme ialah bukan sekadar mengibarkan bendera di kereta,rumah memakai baju dengan slogan I Love Malaysia,manusia sekarang ini lebih kepada menunjuk(bukan kesemuanya),supaya baru di puji orang dan dilabelkan sebagai orang yang mempunyai patriotisme yang tinggi,but the important point is do something good for Malaysia,contribute to the development of Malaysia..and the based point is at least 'preserve' the independance that we have achieved by doing anything that is good,positive,legal in order to preserve the independance..for the time being..ini hanyalah sekadar pandangan sahaja...
sekian terima kasih

Muhamad Nizam Bin Shaik Jalal Din
Matrik No. 98876

Anonymous said...

Bagi saya, patriotisme merupakan satu semangat yang telah lamu wujud di tanah air kita. Kita boleh imbas kembali semasa tanah air kita dijajah oleh kuasa-kuasa tentera JEPUN. Pada masa itulah, muncul sekumpulan perjuangan yang sangat-sangat berani, mereka bangkitkan serta marakkan semangat kita sebagai rakyat bangsa yang ada maruah dan pendirian yang kukuh sepatutnya tidak duduk dan berdiri di suatu tempat itu dan tidak membuat tentangan atau sebarang sumbangan kita kepada tanah air. Ya, memang pada masa itu ramai di antara akan terfikir, buat apa kita berjuang, nanti kita yang akan terkorban... tetapi adakah mereka sedar bahawa tanpa adanya perjuangan-perjuangan yang dilakukan, adakah kita masih dapat hidup secara aman dan damai sehingga sekarang? Adakah mereka dapat mengimaginasikan keadaan negara sekarang jika kita terus biarkan kuasa-kuasa tentera asing menakluki negara kita? Walaupun memang agar sukar kerana sumbangan kita memang tidak begitu besar dan berguna kepada perjuangan tersebut. Akan tetapi, apa yang kita sumbangkan itu telah menunjukkan semangat patriotisme kita terhadap para perjuangan dan yang paling penting kepada tanah air yang kita sedang hidup dan menjajah. Semangat inilah yang harus dipraktikan oleh orang ramai.

Kita bukan hanya warisan tetapi kita seharusnya menjadi satu rujukan kepada generasi yang akan datang. Ramai orang mempersoalkan... Adakah seseorang itu tunjukkan semangat patriotismenya terhadap negara dikira sebagai cinta akan negara dengan sepenuh hati yang ikhlas? Jawapan? YA dan TIDAK...

YA sebab seseorang itu menunjukkan bahawa dia memang cinta tanah air. Sebagai contoh, dia membeli barang buatan negara, berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dilaungkan, tidak melupakan semangat yang telah diperjuangkan oleh nenek-moyang kita. Kesemua ini telah menjadi satu amalan yang telah lama dipraktikan olehnya. Dengan itu, dia akan sentiasa ingat bahawa semangat patriotisme itu bukan hanya setakat cakap dan kata malah ia merupakan satu amalan yang perlu ditanam dalam hatinya.

Kenapa TIDAK? Salah satu contoh yang boleh ditunjukkan bagi menerangkan situasi ini ialah golongan generasi muda yang kian hari kian diterokai dengan benda-benda yang menghasut minda mereka yang suci. Perlu ingat, manusia dilahirkan sama rata. Generasi sekarang boleh bertindak seperti tidak mempendulikan keadaan semasa negara. Bagi mereka, patriotisme tidak perlu selalu dipratikkan, hanya semmangat hari kemerdekaan barulah beli dan cari jalur gemilang untuk dikibarkan di rumah mereka. Selepas tamatnya perayaan yang bermakna tersebut, kembali semula kepada asal. Aktiviti membakar jalur gemilang, memijak jalur gemilang, kesemua perbuatan ini boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang tidak berpatriotisme dan tidak bermoral.

Oleh hal yang demikian, kita perlulah bukan sahaja merdeka pada kata tetapi juga merdeka pada minda kita. Patriotisme memang dapat dipraktik tetapi perlulah dipraktik dengan cara yang betul. Bekerjasama, tolong-menolong merupakan 2 elemen yang sangat penting yang perlu terkandung dalam patriotisme. Marilah kita cinta tanah air kita dengan hati yang sepenuh jiwa. SATU MALAYSIA.

Terima Kasih

TAN SIANG YEW 95158

shida said...

pada pandangan saya patriotisme ialah rasa kecintaan yang mendalam kepada negara dan bangsa. rasa cinta ini membawa kepada semangat untuk mempertahankan negara,menjaga negara dan berusaha untuk membangunkan negara. Baru-baru ini kita menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-52 tahun. walaupun sambutan kemerdekaan pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang terdahulu ekoran negara dilanda wabak H1N1, ini tidak bermakna semangat patriotisme rakyat negara ini tidak ada. setiap individu yang lahir dan membesar di tanah air Malaysia ini perlulah memupuk semangat cintakan negara agar bumi bertuah ini terus aman dan merdeka. kita semua perlulah bersatu hati membanteras anasir-anasir yang cuba memporak-perandakan negara tidak kiralah dari sudut ekonomi,politik dan sosial.
bersempena dengan semangat 1Malaysia, kita semua telah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk bersama-sama untuk hidup secara aman dan makmur. kita perlulah saling membantu dan bekerjasama menyemarakkan rasa cinta kepada negara.

noorshahidah bte mohd yusof
95055

Anonymous said...

patritiotisme....sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.......menulis semua orang boleh tetapi untuk melakukan sesuatu tentang patriotisme adalah amat sukar kerana ia melibatkan kepentingan diri sendiri.pada pandangan saya, patriotisme ialah semangat akan cintakan negara yang ditunjulkan dengan pelbagai aksi. misalnya semangat cintakan malaysia, kita boleh gambarkan dengan mengorbankan kepentingan diri kita untuk negara . walaupun ia akan menyebabkan kesusuahan pada diri kita, namun ia amat bermakna untuk dilakukan.hari ini, golongan muda mula melupai ungkapan tersebut. keadaan ini berlaku kerana golongan muda hari ini tidak pernah merasa susah senangnya untuk menuntut kemerdekaan. mudah-mudahan kita akan menjadi golongan muda yang baik dan cintakan negara

mohd adnan bin mokhtar
(95009)

Ramen Kitaro said...

Patriotisme ialah semangat cinta dan sayangkan tanah air yang mana pd 1 ketika kita perlu brkorban wlau dgn apa cara skalipun demi negara tercinta. Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Kalau dbndingkan smgat Patrotisme pd ketika zaman perang(pnjajahan) adalh amat jauh jika dbandingkan dgan zaman skrang.

Zaman Skrang tidak sperti zaman penjajahan dahulu yang mana kita kini mampu memiliki apa shaja dan mewah srta selesa tanpa prlu bsusah pyah dgn meghadapi plbagai dugaan dan cbaran bagi mneruskan hdup. Pada ketika itu juga smangat utk mmpertahankan tanah air amat lah tnggi krn mreka snggup mgadaikan harta dan snggup mnitiskan darah demi bjuang untuk negara tcinta dari pnindasan oleh kuasa pnjajah dan pembrontak sperti komunis.

Pada zaman kini slepas mgharungi kmerdekaan dan bbas dari sgala tekanan pnjajahan msyarakat tdak lagi mampu bpgang kpd 1 smangat iaitu smagat cintakan tanh air, sbliknya tidak pnah mghargai ksenangan yang dmiliki dan tidak pnah bsyukur dgan nikmat kmerdekaan yang dimiliki kini. Hal ini jelas dilihat dari aspek prpaduan yang mana dikatakan agak tegang dalam kalangan masyarakat kpelbagai bgsa atau kaum di negara kita.

Mereka yg mnjadikan isu perpaduan inilah yang dianggap paling tidak ptriotisme dan tiadanya smgat cintakan tanah air. Hal ini, kerana mereka trlalu mgejar status, politik atau kuasa dan mgenetepikan negara serta rela mlihat rakyat bpecah belah demi agenda mereka sndiri.

Skiranya smua ahli msyarakat mmpu bpgang kpd smagat "Patriotisme" dan rela brkorban demi negara tcinta tidak hairanlah sekiranya negara kita mampu mengekalkan kmerdekaan shingga berabab-abab dan maju khadapan sbagai mana negara-negara maju yang lain.

WAN MOHD ZAZUAN WAN ZAHARI
95162
SAINS KEMASYARAKATAN (KERJA SOSIAL)

Anonymous said...

Apa itu patriotisme?Tafsiran umum bagi patriotisme ialah semangat cinta kepada negara.Pada pendapat saya, patriotisme adalah perasaan yang kagum, dan berani menunujukkan sifat setia terhadap negara dengan membuktikannya melalui tindakan yang pratikal. Seseorang yang bersifat patriotisme tidak semestinya perlu melakukan sesuatu yang mengagumkan seluruh negara baru dikira sebagai patriotisme, malah orang biasa,rakyat biasa seperti kita semua boleh melaksanakannya juga.
Apabila anda cinta akan persektiran Malaysia, bersyukur negara kita adalah bebas daripada benua bencana, menghargai apa yang terdapat di negara kita, anda adalah seorang yang patriotisme.
Apabila anda tidak melakukan sesuatu perkara/tindakan yang akan menjatuhkan imej negara, anda seorang yang bersifat patriotisme,
Apabila anda seorang cinta akan alam sekitar, tidak mengotorkan /membuang sampah merata-rata anda juga dikategorikan bersifat patriotisme
Kesimpulannya, Patriotisme bukanlah sesuatu yang abstrak susah dicapai, malah ia dapat direalisasikan oleh semua orang.

TOH SIEW LING 95160

empunya dihati said...

patriotisme pada saya adalah simple. Ianya membawa maksud 'cinta dan sayang' kepada negara. Bermakna seseorang yang patriotik tidak akan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh merosakkan dan memudaratkan negara seperti mencuri, merompak rasuah dan sebagainya. Petriotisme bukan milik seorang tentera atau polis sahaja malah ianya milik semua orang warganegara tanpa mengira kaum dan ugama waima mereka ada mengibar bendera atau tidak. Ramai warganegara mengaku patriotik tetapi dalam masa yang sama mereka penyeludup, perasuah dsb. fikir2 lah .

Anonymous said...

kekuatan sesebuah negara adalah tertakluk kepada keutuhan semangat cintakan negara setiap rakyat kepada tanah airnya. Tanpa semangat tersebut yg juga turut dikenali sbg patriotisme, negara akan berdada diambnag kemusnahan, umpamanya negara mudah diancam dan diperkotak-katikkan oleh anasir luar. Justeru, semangat patriotisme boleh dianggap sbg tunjang atau teras utama bg keteguhan dan keampuhan sesebuah negara. Pada hakikatnya, pengukuran semangat patriotisme bg setiap individu di dlm sesebuah negara adalah bersifat subjektif dan abstrak kerana semangat itu melibatkan perasaan dan emosi. Namun, kewujudan semangat tersebut boleh terserlah melalui reaksi, perlakuan atau tindakan mereka. Sbg cthnya, dlm kes Wee Meng Chee (Namawee), iaitu seorang rakyat Malaysia, pelajar tahun akhir Universiti Ming Chuan, Taiwan yh tlh memperlekehkan maruah negara melalui isu kontroversi yg menghina,dan mempermainkan lagu kebangsaan Malaysia tlh menimbulkan reaksi kemarahan dlm kalangan rakyat Malaysia. Akibatnya, rakyat tlh bertindak memberi respons terhdp penghinaan tersebut, antaranya memberi cadangan kpd kerajaan Malaysia agar Namawee dilucutkan kerakyatannya (Utusan Online 21 0gos 2007). Situasi ini memperlihatkan reaksi dan tindakan rakyat merupakan cerminan kpd semangat patriotisme yg wujud di dlm hati sanubari mrk.Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan. Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.
Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan segera oleh semua pihak supaya seluruh resipi, strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras dengan kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT, perkembangan bioteknologi serta kebangkitan neoimperialisme.



NOOR HAYATI AKMAL BINTI KAMALUDIN
95049
MAJOR KERJA SOSIAL
PP SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Anonymous said...

Pada pandangan saya, patriotisme merupakan satu sikap / semangat yang positif, bersifat patriot dan merupakan pembela Negara, individu ataupun kumpulan yang kasih kepada negaranya dan sedia mempertahankannya. Sikap positif adalah seperti cintakan kepada negara, sanggup berkorban untuk Negara kita, sedia mematuhi kepada undang-undang dan menghormati kepada raja dan Negara kita.
Selain itu, patriotisme juga meliputi sikap-sikap seperti bangga terhadap pencapaian yang dicapai oleh rakyat Malaysia dan saling menghormati antara kaum budaya bangsa yang berlainan untuk menjaminkan keamanan di Negara kita. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme iaitu perasaan mencintai Negara dan bangsa sendiri. Sikap patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya "Tanah Air" ini (suatu bandar atau rantau) sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Sebagai contoh: sejak kami kecil, kami sering diajar dengan moral yang bernilai positif seperti kami harus menghormati antara satu sama lain walaupun kami datang dari kaum bangsa yang berlainan, kita harus cintai Negara kita, mematuhi kepada undang-undang Malaysia dan lain-lain.
Cara-cara untuk menunjukkan kecintaan kita terhadap tanah air kita bukan sahaja dengan tindakan mengibarkan bendera kebangsaan semasa bulan kemerdekaan atau berdiri tegak semasa menyanyi lagu kebangsaan atau ketika melazafkan rukun negara tetapi ianya harus lebih daripada itu. Hal ini kerana patriotisme bukan sahaja akan wujud sekiranya kita melakukan tindakan ini tetapi kita harus mengetahui cara untuk menghayatinya. Belilah Barangan Buatan Malaysia juga merupakan salah satu cara kita menunjukkan semangat patriotisme kita kepada tanah air kita.
Selain itu, sebagai masyarakat majmuk yang berteduh di bawah satu payung kita perlu sentiasa menjaga keharmonian kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa. Masalah diskriminisasi terhadap sesuatu kaum itu tidak harus berlaku di Negara kita. Kita harus saling menbantu dan menghormati antara satu sama lain supaya keamanan dan keharmonian masyarakat dapat dikekalkan. Kita harus memberi sumbangan dan sikap perjuangan dan sedia berkorban untuk negara kita untuk menunjukkan semangat patriotisme kita seperti para perjuangan seperti pemimpin sekalian dan nenek moyang kita yang berusaha untuk berperjuang pada masa yang lalu. Semangat mereka harus dipraktikan oleh orang ramai.
Kami harus memupuk sikap patriotisme kepada generasi yang akan datang supaya mereka mengetahui cara yang betul untuk menunjukkan sikap patriotisme. Para remaja harus menjadi sebagai model yang baik kepada generasi yang akan datang. Contoh sikap patriotisme yang boleh diamalkan oleh para remaja adalah seperti kami tidak harus memberontak kepada raja dan kerajaan serta tidak harus melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak halal, aktiviti jenayah di mana ia boleh merosakkan keamanan masyarakat dan menjejaskan imej negara kita. Selain itu, kita perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama.
Sebagai seorang anak Malaysia, kita harus menyokong terhadap polisi yang dijalankan oleh kerajaan. Satu Malaysia merupakan tema kebangsaan pada tahun ini. Jadi, kita perlu melaksanakan Satu Malaysia dengan tindakan yang sesuai dan bukan bercakap sia-sia sahaja. Apabila kami memperkenalkan kami sendiri adakan kamu menjawab kamu seorang yang berbangsa cina, melayu atau india? Cara yang betul untuk memperkenalkan sendiri ialah menjawap dengan kami ialah rakyat Malaysia dan kami datang dari satu bangsa yang sama iaitu Malaysia, kami berbangsa Malaysia. Inilah Satu Malaysia.

JOANN OOI CHI YING (94981)

Anonymous said...

Apa itu patriotisme? Dengan penjelasan yang senang dan mudah, patriotisme merupakan semangat sayang akan negara yang lahir dari hati. Sejak kecil, kita diajar supaya sayang akan negara kita. Semasa budak-budak kecil, tiap-tiap tahun sempena Hari Kemerdekaan, kita mesti akan membeli pelekat ataupun bendera kecil Negara dan Negeri untuk menghiaskan basikal atau motosikal ayah! Selain itu, pertandingan melukis dan menyanyi juga akan diadakan di sekolah rendah dan menengah.
Jadi, selain semangat sayang akan negara, apa sebenarnya itu patriotisme? Saya telah mendapat makna yang lebih mendalam dengan bantuan Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Patriotisme juga merupakan sikap dan semangat yang positif seperti kasih kepada negara, sedia mempertahankan keamanan negara, sanggup berkorban untuk negara, sedia mematuhi undang-undang dan menghormati kepada raja dan negara.
Bagi sesetengah orang yang tidak mengetahui makna sebenar patriotisme, mereka agak bahawa patriotisme hanya merupakan tanggungjawab askar negara yang memertahankan negara!
Sebenarnya tidak! Semagat patriotisme merupakan tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk memertahankan nama baiknya Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, rakyat tetap hidup aman dan damai serta saling bantu membantu.
Bagaimana seseorang rakyat menunjukkan patriotisme? Adakah perlu untuk memdapat pingat emas semasa sukan Olympic? Atau apa-apa tindakan yang akan mendapatkan perhatian seluruh dunia baru dikatakan seorang yang patriotik? Sebenarnya tidak!
Contoh tindakan yang menunjukkan patriotisme:
• Berdiri tegak bersemangat semasa menyanyikan lagu negara ( boleh juga melangsungkan lagu negara sebelum sesebuah tayangan diadakan di teater )
• Mempertahankan memperjuangkan nama baik negara
• Mematuhi undang-undang
• Bangga atas menjadi rakyat Malaysia
• Melibatkan diri dalam kempen yang diadakan seperti “Beli Barangan Buatan Malaysia”
• Menjaga kebersihan diri serta alam sekitar
• Kitar semula untuk mengurangkan sampah sarap
• Tidaak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak halal seperti pelbagai jenayah dan berjudi
• Hidup aman damai sesama kaum dengan memahami keistimewaan dan budaya kaum lain
• Tidak sengaja membangkitkan masalah yang akan menyebabkan rusuhan kaum
Contoh diatas merupakan sedikit sahaja tindakan cinta negara. Sebagai kesimpulannya semangat cinta negara mesti kuat supaya bukan sahaja dapat mempertahankan negara malah dapat memajukan dan meningkatkan nama baik Malaysia.

Nama: Tan Lian Kah
No. Matrik: 95157
Sains Kemasyarakatan

Anonymous said...

Patriotisme merupakan suatu sikap positif dan cinta akan bangsa dan negara oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan. Patriotisme adalah semangat yang yang murni, universal, bebas daripada elemen perkauman, semangat perjuangan dan pengorbanan yang lahir daopada nilai-nilai cinta, kasih sayang dan kesetiaan kepada bangsa dan negara. .Patriotisme meliputli sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara cirri-ciri bangsa dan dasar budayanya, identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme membayangkan bahawa seseorang yang cinta akan negaranya wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepentingan diri dan kelompoknya.

Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia. Patriotisme membolehkan kata sebagai rakyat Malaysia itu dapat mengenal diri dan mmcintai warisan bangsa dan negara, mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat, memahami dan menghargai usaha-usaha negara alam pembangunan dan kemajuan negara, membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya, dan bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara. Patriotisme yang dipupuk dan diamalkan mestilah berasal daripada hati dan perasaan kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang untuk mempertahankan kemerdekaan negara, memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.

Contoh patriotisme ialah seperti berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dinyanyikan, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, melawat atau melancong di Malaysia, menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, tidak memburukkan nama baik negara dan apa-apa cara sekali pun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara. Di samping itu, kita juga mesti menyahut dan mampu mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Selain itu, contoh-contoh yang dilakukan oleh para patriotic Malaysia ialah pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest an menawan kutub Utara. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk membangunkan petempatan negara Malaysia, bersedia memberi sumbangan terhadap pembangunan negara Malaysia, menghargai usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara, memelihara alam sekeliling, berbangga dan bertanggungjawab terhadap flora dan fauna di Malaysia.

Semangat patriotisme penting untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan negara, mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, menjamin keamanan, kemakmuran dan keselamatan bangsa. Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme adalah lebih cenderung untuk mematuhi peraturan dan undang-undang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bekerjasama dan memupk semangat perpaduan untuk membangunkan dan mempertahankan negara.

Daripada:
Sin Lay Ching (95132)

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat cintakan negara. Semangat ini seharusnya wujud dalam diri generasi muda pada masa kini. Namun begitu, semangat ini semakin lama semakin menipis kerana tiadanya kesedaran. Apa perlu negara kita dijajah sekali lagi untuk mewujudkan semangat patriotisme ini dalam diri generasi sekarang? Mungkin perlu kerana hal ini akan menyedarkan generasi kini akan pentingnya semangat patriotisme untuk kemajuan negara.
Semangat patriotisme generasi kini hanya wujud semasa menyambut hari kemerdekaan dan juga di sekolah kerana terdapat majlis yang meraikan Hari Kemerdekaan. Juga wujud pada malam kemerdekaan dengan menghadiri konsert yang tidak sedikit pun memupuk semangat patriotisme. Generasi dahulu dan sekarang amat ketara perbezaannya dalam meraikan hari kemerdekaan. dalam diri mereka tidak wujud semanagat untuk cintakan negara dan mereka juga cuba merosakkan kemrdekaan yang sedia ada dengan cubaan mewujudkan masalah perkauman.
Oleh itu, sebagai generasi muda kita haruslah memupuk semangat patriotisme agar keamanan negara terjamin dan negara Malaysia ini tidak dijajah lagi.

PuTeRi NuR aIn binti JaLi
95120

Anonymous said...

Patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status, serta pengaruh bangsa dan negara. Soal bangsa adalah sinomin dengan soal negara. Oleh sebab itu, soal ketuaan Melayu menjadai tunggak kepada negara. Ketuaan Melayu merupakan satu konsep nasionalisme yang memerlukan satu kerangka bagi menonjol dan mendaulatkan melayu sebagai satu bangsa yang mencorakkan wawasan negara. Soal-soal kemelayuan adalah lambang identiti bagi negara. Meskipun ada bangsa-bangsa lain diberi tempat dan dibawa kongsi dalam hal-hal kenegaraan, tetapi ia perlu di bawah panji-panji Melayu.
Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan satu tanggungjawab rakyat. Kesetiaan pada Raja dan negara ditunjukkan oleh rakyat melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang amat penting. Unsur ini perlu ditanam di kalangan generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nilai patriotisme seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cinta akan bangsa dan negara perlu ditingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.
Objektif unsur patritisme perlu dipupuk adalah supaya pelajar dapat mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara, mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara, dan bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis. Selain itu, pelajar boleh lebih memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan. Lantaran itu, unsur patriotisme juga akan membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya dan bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum.
Satu rangka bagi membangunkan semangat patriotisme perlu dilakukan melalui dasar pembangunan manusia, ekonomi, politik, sukan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisme.


Nama : Ng Siew Ling
No Matrik : 95044
Masa Tutorial : 5-6pm (selasa)

Anonymous said...

Patriotisme adalah semangat yang ada dalam diri kita sama ada semangat untuk memepertahankan negara,agama, atau bangsa. patriotisme juga boleh dikatakan sikap berani berjuang dalam menegakkan keadilan dan tiak gentar dengan sebarang ugutan atau gertakan.namun kini patriotisme lebih kepada sejauhmana kita cintakan tanah air kita.
Namun sebagai remaja pada hari ini adakah kita masih lagi mempunyai semangat patriotisme seperti yang telah ditunjukkan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu. Kita pada hari ini hanya pandai berbangga dengan kejayaan yang telah lama dikecapi tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana jika kejayaan yang kita kecapi pada hari ini tiba-tiba sahaja hilang kerana kelekaan kita.
Benarkah kita merupakan anak bangsa yang bersikap patriotisme, yang benar cintakan negara kita? Jika jawapan yang diberikan adalah 'ya' sediakah kita untuk berkorban demi negara. berapa ramai masyarakat sekarang yang sanggup meninggalkan kemewahan yang dikecapinya demi negara.
rasanya pada hari ini ramai yang tidak mengingati lima prinsip yang terdapat dalam rukun negara. jadi dimanakah patriotisme kita?

ROSNANI BINTI MOHD NOOR
95125

Anonymous said...

Pada pendapat saya, patriotisme bukan sahaja semangat cinta akan tanah air dan tempat lahir sendiri yang selalu menjadi laungan orang ramai. Seseorang yang mempunyai semangat patriostisme akan berasa bangga menjadi sebahagian daripada tanah airnya, bangga apabila ditanya kewarganegaraan, dan lahir dari hati yang ikhlas mencintai segala milikan tanah airnya dan bersyukur dengan segala yang sedia ada di tanah air sendiri. Dengan adanya sikap bersyukur ini, kami akan secara automatik mempunyai tanggapan positif dan usaha memperbaiki nama baik negara. Orang yang berlainan akan mempunyai tanggapan patriostisme yang berbeza. Tetapi pada pendapat saya sikap yang selalu bersyukur akan menjadi saya seorang rakyat yang cinta akan negara saya secara ikhlas. Ada segelintir orang yang akan berasa malu apabila ditanya tempat asalnya, inilah yang menjadi pertanyaan saya. Negara yang bebas daripada peperangan, bencana alam, rakyat diberi perluang melanjutkan pelajaran tinggi di universiti dengan bantuan kewangan kerajaan, apatah lagi yang diidam-idamkan berbanding negara lain umpanyanya Africa yang selalu kedengaran kes mati kebuluran? Contoh-contoh semangat patriostisme termasuk mempromosikan kecantikan dan keaslian tanah air kepada pelawat dari tempat lain dan sabar memperkenalkan kaum, budaya majmuk di negara kepda mereka apabila ditanya keunikan negara. Contoh kedua ialah fasih dan bangga berbahasa kebangsaan di tempat rasmi. Sejak di bangku sekolah rendah, setiap rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa telah berpeluang mempelajari bahasa kebangsaan sendiri dan ini merupakan satu tanda perpaduan dan kesanggupan saling memahami. Contoh ketiga ialah jauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang akan merosakkan keamanan dan kesejahteraan negara. Misalnya sebaran khabar angin tanpa asas yang kukuh yang semata-mata untuk mencemarkan nama baik negara dan bukan niat untuk memperbaiki keadaan. Contoh keempat ialah membeli barang buatan negara sendiri dan melibatkan diri secara ikhlas dalam kempen anjuran kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup negara. Dengan sokongan beli barang buatan negara sendiri juga merupakan satu cara untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara dan membawa rakyat mara ke depan dalam keadaan ekonomi sekarang yang kurang baik. Contoh kelima ialah kesanggupan memahami cara hidup dan budaya kaum lain di negara dan melihat kita semua sama seperi satu bangsa, satu negara yang berkongsi tanah air. Kita harus menerima budaya dan latar belakang kaum lain dengan hari terbuka dan melihat perbezaan itu sebagai keunikan negara kami. Contoh keenam ialah memahami sejarah tanah air sendiri dan mengingati segala kejayaan dan kegagalan yang pernah dialami oleh tanah air sendiri sepanjang masa ini. Kejayaan itu dijadikan teladan dan simpan dalam hati. Kegagalan pula boleh dijadikan sebagai pengajaran dan bertekad membantu tanah air sendiri mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan itu.
Contoh ketujuh ialah belajar bersungguh-sungguh sebagai balasan kepada tanah air yang telah memberikan peluang untuk belajar sehingga di peringkat tinggi dan berusaha menjadi generasi muda yang mampu memimpin rakyat ke arah yang baik dan mampu mengubah nasib tanah air sendiri. Satu harapan, satu Malaysia, satu wawasan 2020. Semoga-moga kita semua diberkati Tuhan selalu.


Oleh
Lee Yun Qi
94989

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta,kasih,sayang,kesetiaan,kebanggaan,keikhlasan,kesanggupan,kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama,bangsa dan negara.Contohnya Hang Kasturi pahlawan di zaman Kesultanan Melayu Melaka menurut buku Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang yang bangun menentang Sultan yang zalim demi membela pembunuhan saudara sebangsa dengannya Hang Tuah.Membela kematian bangsa adalah salah satu ciri yang terdapat dalam mengukur patriotisme seseorang,semangat inilah yang dapat kita lihat ada pada Hang Kasturi.
Sebaliknya Hang Tuah saya anggap tidak patriotik,kerana kononya demi menjunjung titah Sultan dia sanggup membunuh saudara sebangsa denganya,Hang Kasturi,sedangkan dia tahu Hang Kasturi menentang Sultan adalah kerana membela kematianya.Bagi saya Hang Tuah sebenarnya adalah Pak Turut dan bukannya patriotisme yang sejati.

98879 Zulkifli bin Zainul Abidin

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta,kasih,sayang,kesetiaan,kebanggaan,keikhlasan,kesanggupan,kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama,bangsa dan negaranya.
Contohnya,Hang Kasturi pahlawam di zaman Kesultanan Melayu Melaka menurut buku Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang yang bangun menentang Sultan yang zalim demi membela pembunuhan saudara sebangsa dengannya Hang Tuah. Membela kematian bangsa adalah salah satu ciri yang terdapat dalam mengukur patriotisme seseorang,semangat inilah yang dapat kita lihat ada pada Hang Kasturi.Sebaliknya Hang Tuah saya anggap tidak patriotik,kerana kononnya demi menjunjung titah Sultan dia sanggup membunuh saudara sebangsa dengannya Hang Kasturi,sedangkan dia tahu Hang Kasturi menentang Sultan adalah kerana membela kematiannya. Bagi saya Hang Tuah sebenarnya adalah Pak Turut dan bukannya patriotisme yang sejati.


98879 Zulkifli bin Zainul Abidin

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta,kasih,sayang,kesetiaan,kebanggaan,keikhlasan,
kesanggupan,kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama,bangsa dan negaranya.Contohnya, Hang Kasturi pahlawan di zaman Kesultanan Melayu Melaka menurut buku Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang yang bangun menentang Sultan yang zalim demi membela pembunuhan saudara sebangsa dengannya Hang Tuah.Membela kematian bangsa adalah salah satu ciri yang terdapat dalam mengukur patriotisme seseorang. Semangat inilah yang dapat kita lihat ada pada Hang Kasturi.Sebaliknya Hang Tuah saya anggap tidak patriotik kerana kononnya demi menjunjung titah Sultan dia sanggup membunuh saudara sebangsa dengannya Hang Kasturi,sedangkan dia tahu Hang Kasturi menentang Sultan adalah kerana membela kematiannya.Bagi saya Hang Tuah sebenarnya adalah Pak Turut dan bukannya patriotisme yang sejati.


98879 Zulkifli bin Zainul Abidin

Anonymous said...

Pada pendapat saya, makna patriotisme adalah satu konsep yang mudah dan ringkas sahaja iaitu perasaan cinta kepada negara seseorang itu.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harud menunjukkan perasaan patriotisme kita kepada negara kita untuk melindunginya dan mempertahankannya daripada ancaman luar. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukut kepada nationaliti kita disebabkan kita hidup bersama-sama di bawah satu tempat yang aman dan damai. Tiada peperangan yang berlaku, tiada bencana alam seperti yang melanda Indonesia dan Filipina dan lain-lain negara, tiada kekurangan bekalan makanan seperti di Afrika, tiada rusuhan perkauman berlaku walaupun kita semua hidup dengan budaya dan etnik yang berbeza.

Perasaan patriotisme harus ditunjukkan oleh kita semua sebagai satu tanda mencintai negara kita. Cara menunjukkan patriotisme bukan semata-mata meletakkan bendera negara di kereta atau di rumah, tetapi adalah cara kita memelihara dan melindungi negara kita, menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat, memperkenalkan negara kita kepada dunia seperti pemain badminton Lee Chong Wei, kejayaan beliau dalam bidang sukan telah berjaya memperkenalkan negara kita kepada negara lain.

Jadi, fikirlah kita sebagai seorang rakyat Malaysia, apa yang kita boleh lakukan untuk mencintai negara kita, apa perubahan yang boleh kita lakukan untuk memajukan negara kita dari pelbagai aspek.

Yeoh Li Hon 95166

Anonymous said...

semukketong said:
definisi patriotisme bukan hanya terbatas kepada makna sayangkan negara tetapi ia juga boleh mempunyai maksud selain daripada itu..sebagai contoh patriotisme boleh dikatakan semangat cintakan bangsa, agama dan sebagainya. ciri ciri yang boleh dikatakan patriotisme amat banyak. seseorang individu boleh menjadi patriotime sekiranya mereka taksub, cinta,sayang,kasih,mengambil berat terhadap apa yang mereka sukai. ini bermakna mereka terlalu suka kepada negara terutamanya, ataupun bangsa, agama dan lain lain. semangat patriotisme mungkin boleh ke arah positif atau pun negatif. kalau positif seperti rela berkorban nyawa, harta, wang ringgit dan sebaginya demi negara, bangsa yang tercinta. kalau negatif pula seperti anti kepada sesebuah negara. contohnya, seseorang yang anti amerika seperti saya. ini bermakna semangat patriotisme terhadapnegara amerika tiada dalam diri saya. sekian dari saya...wassalam...

MOHD ZARULHAFIZ BIN MOHD ZUKI
95025

Anonymous said...

semukketong said:
definisi patriotisme bukan hanya terbatas kepada makna sayangkan negara tetapi ia juga boleh mempunyai maksud selain daripada itu..sebagai contoh patriotisme boleh dikatakan semangat cintakan bangsa, agama dan sebagainya. ciri ciri yang boleh dikatakan patriotisme amat banyak. seseorang individu boleh menjadi patriotime sekiranya mereka taksub, cinta,sayang,kasih,mengambil berat terhadap apa yang mereka sukai. ini bermakna mereka terlalu suka kepada negara terutamanya, ataupun bangsa, agama dan lain lain. semangat patriotisme mungkin boleh ke arah positif atau pun negatif. kalau positif seperti rela berkorban nyawa, harta, wang ringgit dan sebaginya demi negara, bangsa yang tercinta. kalau negatif pula seperti anti kepada sesebuah negara. contohnya, seseorang yang anti amerika seperti saya. ini bermakna semangat patriotisme terhadapnegara amerika tiada dalam diri saya. sekian dari saya...wassalam...

MOHD ZARULHAFIZ BIN MOHD ZUKI
95028

Anonymous said...

Patriotik. sering kali kita dengar perkataan ini terutamanya semasa negara kita menyambut hari kemerdekaan. apakah maksud sebenar patriotik ini, adakah denagn memegang senapang baru kita dikatakan patriotik. Patriotik ini bolah didefinisikan sebagai semangat 'kecintaan'.

Tidak kiralah samaada kecintaan kepada negara, keluarga, ibubapa atau sebagainya ianya bolah diandaikan mempunyai semangat patriotik. tetapi perkataan ini sinonim dengan semangat cintakan negara. Untuk menunjukkan semangat patriotik ini, kita tidak perlu memegang senjata dan pergi berperang.

Semangat patriotik ini boleh diperlihatkan dengan pelbagai cara seperti menghormati lagu dan bendera Malaysia, mengiktiraf pejuang-pejuang terdahulu, melindungi negara ini dari sebarang ancaman dengan mengamalkan hidup bersatu padu dan sebagainya.

Mohd Zuhairie B. Sahfii
95029
Universiti Sains Malaysia

Anonymous said...

Patriotisme adalah semangat cintakan negara. kita sedar bahawa dengan semangat inilah negara kita telah mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. British terpaksa akur dengan tingginya patriotisme kaum melayu menyebabkan kegagalan perlaksanaan gagasan Malayan Union. perjuangan patriotisme tanah melayu tidak bermula disitu, akan tetapi semenjak zaman kerajaan melaka lagi telah ada rasa cintakan tanah air sehinggkan muncul beberapa peristiwa penting yang mana sehinggakan berlakunya peperangan pada ketika itu.
keganasan parti komunis malaya suatu ketika dahulu memberikan penderitaan kepada masyarakat tanah melayu sesudah pendudukan jepun muncul pula satu penyeksaan baru menimpa masyarakat pada ketika itu. akan tetapi atas dasar semangat patriotisme semua itu bukan lah melemahkan semangat pejuang bansa sehinggakan mereka sanggup bergadai nyawa untuk memerdekakan tanah air.
namun hari ini patriotisme bukanlah perlu wujud sekiranya adanya peperangan. masyarakat tidak perlu mengangkat senjata api untuk mengecapi kemerdekaan. masa telah mengubah pemikiran masyarakat. patriotisme tidak lagi wujud hanya ketika kesusahan, akan tetapi perlu wujud ketika kita berjaya dan senang kerana selagi kita ada semangat cintakan negara melambangkan rasa terhutang budi terhadap mereka yang telah bersusah payah untuk melahirkan negara ini.

SYUKRI (95155)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Anonymous said...

salam 1 Malaysia...

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme ini memaksudkan bangsa atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa, dasar budaya dan sebagainya. Patriotisme juga dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya misalnya ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang.
Beli Barangan Buatan Malaysia juga merupakan salah satu cara kita menunjukkan semangat patriotisme kita kepada tanah air kita. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk yang berteduh di bawah satu payung kita perlu sentiasa menjaga keharmonian kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa.
Semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dalam kalangan anak-anak muda supaya mereka tidak terus lupa jasa dan pengorbanan pejuang lama yang telah sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka masa kini. Semangat tidak cintakan budaya sendiri dan tidak yakin dengan kemampuan bangsa menyebabkan mereka mudah terpesong dan mengagungkan budaya asing. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk , lambat laun perasaan cintakan negara akan terus lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka..

NORAINI BT MUSTAFAR
95071
USM
3P/ SAINS KEMASYARAKATAN

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia dan takziah kepada mangsa gempa bumi di Indonesia..
Petriotisme??? Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Hal ini kerana semangat petriotik bukan sahaja untuk Negara semata-mata tetapi perlu ditunjukkan juga untuk mempertahankan agama, bangsa dan diri sendiri. Patriotisme bukan sahaja terhad kepada semangat sayangkan negara tetapi juga meliputi semangat sayangkan bangsa. Semangat ini bukan sahaja perlu ada pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti pada hari kemerdekaan tetapi perlu ada setiap hari. Sifat patriotik boleh kita ditonjolkan bukan dengan hanya mengikarkan bendera tetapi dengan perbuatan dan pencapaian yang kita lakukan untuk menaikkan imej Negara dimata dunia. Sebagai seorang yang beragama islam, semangat ini perlu ditunjukkan untuk mempertahankan agama kita dari diperlekehkan sesuka hati oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Kepada peminat bola sepak adakah mereka mempunyai semangat patriotisme??? Menjadi peminat bola sepak pasukan luar dan memperlekehkan pasukan sendiri. Jika bukan rakyat Malaysia yang menyokong pasuan sendiri siapa yang akan menyoong pasukan kita??? Namun begitu pemain dan pengiat sukan juga perlu ada semangat patriotisme kerana mereka bermain untuk Negara bukan untuk kepentingan peribadi.. jadi semangat patriotisme bukan hanya mengibar jalur gemilang semata-mata.
Jadi sama-samalah kita fikir.. tepuk dada tanya otak..

SITI ROZILAWATI BT MOHD ASRI (EMA)
95142
3P/SK

Anonymous said...

Salam satu malaysia…..Pada pandangan saya, patriotisme merupakan semangat cinta akan negara. Ia bukan setakat percakapan di mulut sahaja bahkan perbuatan dan tindakan kita juga perlu melambangan semangat cinta akan negara. Semangat patriotisme ini sangat penting untuk menjadikan malaysia sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur. Kita tahu bahawa negara kita ini mempunyai pelbagai kaum dan agama yang berbeza. Oleh itu, semangat cinta akan negara ini penting untuk memupuk perpaduan tanpa ada sebarang persengketaan antara satu sama lain. Bagi memastikan malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan makmur, semangat patriotisme ini sangat penting. Selain itu, patriotisme juga meliputi sikap-sikap seperti bangga terhadap pencapaian yang dicapai oleh rakyat Malaysia dan saling menghormati antara kaum budaya bangsa yang berlainan untuk menjaminkan keamanan di Negara kita. Semangat mereka harus dipraktikan oleh orang ramai.
Kami harus memupuk sikap patriotisme kepada generasi yang akan datang supaya mereka mengetahui cara yang betul untuk menunjukkan sikap patriotisme. Para remaja harus menjadi sebagai model yang baik kepada generasi yang akan datang. Contoh yang dapat kita lihat seperti ‘’belilah barangan buatan Malaysia ‘ di mana kita menyokong pengeluaran negara kita sendiri iaitu Malaysia.

suhaiza sali
95150

Anonymous said...

salam 1 Malaysia...
Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Pada pendapat saya,patriotism adalah satu perasaan di mana setiap warganegara mempunyai perasaan di dalam diri untuk menyayangi dan menyintai dengan sepenuh hati terhadap negara mereka tidak mengira agama,bangsa, kaum dan sebagainya. Seseorang perlu mempunyai semangat patriotisme bagi mempertahankan keamanan dan kedamaian negara yang tercinta. Perasaan cinta yang mendalam dalam diri seseorang akan membawa kepada semangat untuk mempertahankan negara, menjaga negara dan berusaha untuk membangunkan negara. kekuatan sesebuah negara adalah tertakluk kepada keutuhan semangat cintakan negara setiap rakyat kepada tanah airnya. Sekiranya kita tidak mempunyai semangat patriotisme, kemungkinan negara kita akan dijajah oleh musuh-musuh kita. Oleh itu, semangat ini penting dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya kenangan pahit dijajah oleh penjajah tidak akan dirasai oleh kita. Semangat patriotisme penting untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan negara, mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, menjamin keamanan, kemakmuran dan keselamatan bangsa. contohnya, kita perlulah menyokong negara sendiri seperti membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia dan tidak membeli barangan luar negara. Selain itu juga, kita perlu bangga menjadi anak jati Malaysia dan berjuang mempertahankan negara kita. semoga kita dirahmati selalu..amin..merdeka...merdeka...merdeka...satu malaysia...

IDA MARDIANA BT AHMAD MUSELIM
94975

Anonymous said...

Patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap negara, rela berkorban demi kedaulatan negara, sentiasa bersedia dengan mengorak langkah untuk membantu negara ke arah kejayaan dan kerancakan ekonomi, kestabilan politik dan sosial, iaitu berusaha bagi mengharumkan nama baik negara kita di persada dunia, mengetahui asal-usul negara kita serta selalu berusaha mempertahankan negara daripada serangan musuh dan memperjuangkan nasib tanahair sendiri. Selain itu, patriotisme juga merujuk kepada kepercayaan, semangat persefahaman dan kekitaan, kesejahteraan dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh warganegara untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara kita.

Contohnya, semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita seperti Allahyarham Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman dalam usaha perjuangan bagi mencapai kemerdekaan negara dan anak-anak Malaysia iaitu M. Magendran dan N. Mohandas berjaya menjulang Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest pada 23 Mei 1997. Contoh-contoh yang lain ialah sebagai rakyat Malaysia, kita boleh menunjukkan semangat patriotik dan rasa cinta kita terhadap negara melalui nyanyian “Negaraku” dan pengibaran bendera “Jalur Gemilang”, kita harus berbangga dengan lagu dan bendera negara yang melambangkan semangat nasionalisme dan patriotisme. Selain itu, kita memupuk amalan bertutur dalam bahasa rasmi negara kita iaitu Bahasa Malaysia supaya identiti negara dapat dikekalkan. Tambahan pula, kita bersama-sama merayakan Hari Kemerdekaan kita pada setiap tahun. Kita juga harus menghayati dan mematuhi Perlembagaan Negara dan Rukun Negara yang diasaskan pada tahun 1970 yang bertujuan mewujudkan satu tahap persefahaman yang minimum terhadap aspirasi nasional di kalangan pelbagai komuniti di Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum ataupun daerah. Di samping itu, parti politik sama ada yang mewakili UMNO, MCA atau MIC dan parti-parti lain dalam komponen Barisan Nasional memainkan peranan masing-masing dalam mengekal dan memperkukuh kesetiaan dan janji merdeka di bawah panji parti masing-masing bagi mempamerkan semangat patriotisme yang kukuh.

Bukan Patriotisme pula bermaksud sifat ganas yang didukung oleh rakyat negara yang boleh mengancam perpaduan negara, melahirkan fahaman politik yang ekstrem yang boleh memecahbelahkan negara kita, memperalatkan isu perkauman sebagai modal untuk mencari publisiti, pengaruh dan sokongan masyarakat. Misalnya, perkara hitam 13 Mei 1969 yang menggugatkan keselamatan dan kedamaian negara, rakyat negara leka dan alpa terhadap segala perjuangan, kesengsaraan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita dalam memperjuangkan kemerdekaan, tindakan-tindakan yang tidak baik seperti mengapi-apikan sentimen perkauman, mencetuskan huru hara dan memporak-perandakan rakyat, perbuatan tidak menghormati perlembagaan kerajaan berparlimen, memburukkan sistem perundangan dan kehakiman negara, menagih campur tangan negara asing secara terang-terang dan sanggup membuka pekong di dada ke mata dunia, menggalakkan gejala subversif dan mengkhianati negara dan membentuk propaganda yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman negara

Daripada,
Chin Yoke Leng
94963
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
USM

norizasabri said...

patriotisme kini sudah tidak diagap penting bagi generasi belia,bagi mereka semangat itu hanya sesuai untuk menentang penjajah pada era 50-an sahaja. Sewajarnya generasi kini perlu sedar dan melihat sejarah dahulu sebenarnya semangat patriotisme ini adalah amat penting di tanam dalam jati diri setiap individu.

Noriza Bt Sabri
83742

Anonymous said...

sebenar hingga kini pelbagai pihak mula mempertikaikan apa maksud sebenar patritisme. bila satu pihak menekankan laungan merdeka itu patriotisme ada satu pihak yang mempertikaikannya,jika saru pihak mengatakan partiotisme itu semangat cintakan negara ada pihak yang mempersoalkan kenapa kita menggunakan undang-undang berdasarkan parlimen British,malah semua jenis definisi tentang patriotisme itu sendiri dipertikaikan dengan pelbagai jenis kekangan serta bukti. sebenarnya, semua definisi yang diberikan itu tidak salah malah jika semua definisi ini dijadikan satu ia membawa satu makna yang kukuh. jangan kata seseorang itu tidak berjiwa patriotisme sekiranya dia melaksanakan undang-undang berdasarkan undang-undang luar. dan jangan kata pula orang yang melaugkan merdeka itu patriotisme sedangkan hatinya tidak turut sama dengan makna yang dilaungkan. jadi patriotisme itu sendiri sebenarnya satu definisi yang sukar diungkap dengan kata-kata..

Norhamidah binti Ombi
95079
Social Work USM

Anonymous said...

Pada pendapat saya, patriotisme merupakan satu semangat di mana seseorang itu cintakan negara dan bangsanya. Ia menunjukkan rasa hormat, taat dan setia kepada negaranya. Patriostisme lahir daripada hati seseorang individu terhadap negara tercintanya. Antara cara untuk menunjukkan semangat patriotisme ialah dengan menghormati bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang semasa Hari Kebangsaan dan pada masa yang sama tidak melakukan perkara-perkara yang keji dan terkutuk yang boleh membawa nama dan imej buruk terhadap negara seperti membakar bendera dan juga mengutuk kerajaan Malaysia. Patriotisme harus wujud dalam jiwa setiap warganegara Malaysia untuk menunjukkan rasa bersyukur dan terima ksaih kerana kami hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Nama: Loschana a/p Kumaravelu
No.Matrik: 94992

Anonymous said...

Patriotisme adalah semangat cintakan negara yang hadir dalam diri seseorang individu. Namun begitu semangat cintakan negara ini perlu ditaman dan dididik. Patriotisme tidak boleh hadir jika tidak ditanam atau dididik dalam diri seseorang individu itu. Seperti yang dapat kita lihat, terlalu ramai remaja diluar sana yang tidak lngsung mempunyai semangat cintakan negara. Mengapa mereka jadi begitu? kita sendiri ada jawapan. Iaitu, mereka tidak diterapkan semangat cintakan negara. Bagaimana mahu menerapkan semangat cintakan kepada negara? mereka perlu kenal nagara mereka. mereka perlu tahu sejarah. penekanan dalam aspek sejarah adalah amat penting dalam menerapkan semangat patriotisme.

Nama: Shabarina binti Mohd Yusop
No. Matrik: 95128

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat cinta serta rasa tanggungjawab terhadap negara dan bangsa.Contohnya pejuang-pejuang negara yang bangun menentang penjajahan British.Mereka tabah dan gigih melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara walaupun nyawa menjadi taruhan.Ini lah yang di katakan semangat Patriotisme mendahului kepentingan negara daripada kepentingan diri.Pada zaman era globalsasi dan malaysia telah mencapai 52 tahun kemerdekaan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat malaysia semakin nipis

Anonymous said...

kita lebih mengetahui bahawa patriotisme adalah semangat cintakan tanah air tetapi kita tidak pernah mempraktiskan dalam kehidupan harian selain daripada menunjukkan semangat cintakan tanah air semasa menyambut hari kemerdekaan. apakah patriotisme tersebut dipamirkan semasa bulan kemerdekaan sahaja ataupun disebabkan semua orang mengibarkan jalur gemilang pada bulan tersebut?
sifat patriotisme lahir daripada semangat cintakan negara dan ia lahir bukan secara paksaan. contohnya, mengibarkan bendera kebangsaan bukan sahaja di bulan kemerdekaan, menghormati lagu negara, sanggup mempertahankan negara daripada anasir-anasir luar, dan kurangkan penggunaan barangan import. politik tidak boleh digunakan sebagai satu alat yang menunjukkan patriotisme di kalangan masyarakat hari ini tetapi sebaliknya menyemai sifat keberanian penjajah suatu ketika dahulu sebagai satu semnangat keberanian dalam mempertahan negara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan keamanan yang dikecapi hari ini.

aznida bt aziz
94960

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat cinta serta rasa tanggungjawab terhadap negara dan bangsa.Contohnya pejuang-pejuang negara yang bangun menentang penjajahan British.Mereka tabah dan gigih melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara walaupun nyawa menjadi taruhan.Ini lah yang di katakan semangat Patriotisme mendahului kepentingan negara daripada kepentingan diri.Pada zaman era globalsasi dan malaysia telah mencapai 52 tahun kemerdekaan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat malaysia semakin nipis.Sepatutnya tempoh ini merupakan jangkamasa yang sudah memadai untuk mematangkan setiap warga yang merdeka bagi menggilap semangat patriotik.Namun malangnya hari bersejarah ini tidak mempunyai apa-apa erti selain daripada cuti umum untuk bersantai dan beristirehat di rumah, bahkan ada pula yang mengambil peluang untuk berjalan-jalan sambil membeli-belah.Golongan belia pula menjadikan malam 31 Ogos sebagai malam pesta dan bukannya menghayati makna simbolik tarikh tersebut.Para pejuang negara yang telah banyak berkorban untuk negara akan di kenang hanya pada bulan kemerdekaan iaitu Ogos.Selain itu segala perkara yang berunsur patriotisme hanya muncul pada bulan tersebut sedangkan sepatutnya semangat patriotisme ini harus di pupuk setiap hari dan bukannya apabila masuk bulan lapan semua sibuk nak kibarkan bendera malaysia dan mulalah lagu patriotik berkumandang.Semangat patriotisme kini lebih kepada pemujukan atau ganjaran sesetengah pihak dan bukannya lahir daripada diri setiap rakyat malaysia.Seandainya negara ini di jajah sekali lagi berapa ramai yang berani berada di barisan hadapan.Semangat patriotisme sebenarnya perlu di mulakan dengan diri sendiri dan bukan menuding jari dan menyalahkan orang lain.Semangat patriotisme boleh di pupuk melalui penggunaan bahasa malaysia sebagai kebangsaan dalam perbualan seharian.Janganlah bangga dengan bahasa asing sedangkan kita mempunyai bahasa ibunda sendiri yang merupakan bahasa lingua franca pada suatu ketika dulu.Jika rakyat negara Jepun boleh berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka kenapa tidak kita?Namun malangnya bahasa penjajah yang menjadi santapan atau kebanggaan rakyat di negara ini.Semangat patriotisme boleh di lihat melalui penggunaan barangan buatan malaysia.Pelbagai kempen telah di laksanakan oleh kerajaan dalam memastikan rakyat di negara ini membeli barangan buatan malaysia.Namun objektifnya masih tidak tercapai.Sebagai rakyat malaysia seharusnya kita berbangga kerana barangan buatan malaysia bermutu tinggi dan selari dengan barangan buatan luar negara.Ini secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara.Selain itu sebagai rakyat yang cintakan negara tidak seharusnya melibatkan diri di dalam kumpulan pengganas atau militan yang memberi kesan kepada keselamatan negara.Sentiasa menyemat dan mengamalkan dalam diri 5 prinsip rukun negara walaupun berada di mana sahaja.Selain itu jadikan prinsip ini landasan diri sebagai rakyat yang cintakan negara.Hormat lagu dan bendera malaysia yang merupakan simbol negara.Tidak salah sekiranya kita berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan dan jangan jadikan bendera sebagai bahan eksploitasi.Ini kerana bendera adalah lambang negara malaysia.Perkara yang bukan menunjukkan semangat patriotisme ialah membakar bendera malaysia semasa bergaduh.Melakukan demonstrasi besar-besaran bagi isu yang di anggap kecil sehingga menimbulkan masalah perkauman.Selain itu terdapat rakyat malaysia yang terlibat dengan kumpulan pengganas seperti Nordin Mat ToP.Ini sekaligus mencemarkan negara malaysia.Oleh yang demikian mecintai tanah air itu perlu di pupuk dalam diri setiap orang.Rasa sayang itu mesti di pupuk sejak dari kecil bagi merealisasikan wawasan negara,1 Malaysia,1 Budaya dan 1 suara!.Keamanan dan keharmonian negara tidak semata-mata terletak pada polis atau tentera tetapi kita sebagai rakyat malaysia.

NURLINDA BTE OTHMAN
(95101)
Major ANSOS

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat cinta dan sayangkan tanah air yang mana pd 1 ketika kita perlu brkorban wlau dgn apa cara skalipun demi negara tercinta. Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
sejauhmanakah smgt patriotisme ni di terapkan dalam jiwa masyarakat sekarg. kalu d pikir2kan balik hanya segelintir sahaja yang mempunyai smgt patriotisme ni. 2 pun kpd perjuang bangsa, agama dan negara. sukar kita menerapkan smgt patriotisme ni kepada myrkt sekarang kerana masyarakat skrg bukan lg berada di bawah kepompong penjajah yang harus di tentang utk mendapatkan kebebasan di negara sendiri tapi masyarakat sekarng lebih menanam smgt mcmane nak kaya, nak populor dan sbgnya.Sifat patriotik boleh kita ditonjolkan apabila kita berasa yakin untuk menggunakan produk tempatan tanpa rasa ragu-ragu akan kualitinya. Sifat ini masih kurang dalam kalangan rakyat Malaysia kerana persepsi barangan import lebih baik masih belum terhakis sepenuhnya. Jika kita tidak yakin akan barangan keluaran negara kita sendiri, dan tidak menyokong industrinya, dimanakah letaknya patriotik yang riuh kita laungkan?

Jika kita tidak mampu menulis dengan menggunakan tatabahasa yang betul, bercakap menggunakan bahasa cacarmarba, dan berbangga menggunakan bahasa Inggeris yang dikatakan lebih berprestij dalam masa yang sama meragui kemampuan bahasa Melayu, patriotikkah kita kerana bahasa darah daging sendiri gagal kita kuasai. Dimanakah letaknya patriotik yang kita hebahkan?fikir2 kan lah..

Raja Mohamad Aminudin b. Raja Almanan
95122

suzana said...

Patriotisme???Pada pendapat saya patriotisme ini terlalu subjektif..sukar untuk kita mengukur bahawa seseorang itu patriotik ataupun tidak kerana maksud dan pengertiannya terlalu luas.Bagi saya, patriotisme ini merupakan semangat sayang dan cinta akan negara.semangat ini perlu dipupuk oleh semua golongan peringkat tidak kira tua ataupun muda.Namun ia bukan boleh diukur secara fizikal semata-mata.
Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi, perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan wataniah.( http://www.belia.org.my)

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme)

Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) pernah menjelaskan bahawa pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda amat perlu bagi menghadapi ancaman budaya luar.Sebagai pewaris negara ini, generasi muda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat patriotisme yang kukuh dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Pada alaf baru ini, amat merunsingkan kerana terdapat unsur-unsur tekanan daripada yang kuat terhadap yang lemah.Sehubungan itu, generasi muda perlu mempunyai semangat cinta kasih yang kekal dan kental kepada negara selain bersemangat setia pada negara.Semangat patriotisme juga meliputi semangat kekitaan dan rasa berbangga menjadi rakyat Malysia.
Menurut beliau lagi, semangat patriotisme amat penting untuk membangunkan negara supaya menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk dalam kalangan generasi muda, negara tidak akan dapat dipertahankan dari serangan budaya luar.Konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan pada alaf baru ini boleh menghakis identiti bangsa dan negara ini.Generasi muda harus sedar mengenai kesan negatif globalisasi dan tidak terus menerimanya secara bulat-bulat.Tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat patriotisme. (http://www.utusan.com.my).

Kesimpulannya kita sebagai generasi pelapis perlulah kental dan tegar dengansemangat ini agar
terus sebati dan tidak tenggelam dek arus kemodenan dan peralihan
zaman. semangat cintakan dan sayangkan negara ini perlu dipupuk sejak kecil lagi agar kita mempunyai perasaan
cintakan negara dan mengelakkan perasaan tersebutlenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka.


Nama: suzana binti zamli
No. matrik : 95154

Anonymous said...

Menurut Kamus Dewan, (Edisi Ketiga, 2002, halaman 987), Patriotisme bermaksud perasaa cinta akan Negara atau tanah air yang kuat. Pada pandangan saya, patriotisme bukan sahaja terhad kepada perasaan cinta akan Negara atau tanah air. Bahkan, ianya meliputi pelbagai perkara lagi. Antaranya ialah semangat patriotisme kita terhadap sesuatu perkara seperti menyokong barangan buatan Malaysia. Berasa bangga menjadi rakyat Malaysia juga merupakan salah satu semangat patriotisme. Terdapat segelintir daripada kita yang malu untuk mengaku bahawa diri mereka merupakan rakyat Malaysia. Pada hakikatnya kita amat bertuah dapat menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang aman damai serta dapat hidup dengan harmoni di dalam Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah kerana tidak hidup di dalam dunia peperangan, kebuluran atau ditindas akibat berlainan warna kulit atau perbezaan agama. Negara kita juga kaya dengan pelbagai budaya yang menarik yang mencerminkan berlainan bangsa dan agama tetapi masih dapat hidup di bawah satu payung kepimpinan dengan aman. Sebagai salah satu cara untuk menunjukkan semangat patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa setiap rakyat seharusnya menghormati kepelbagaian individu, budaya kaum masing-masing serta sikap saling menghormati perbezaan agama setiap kaum di Negara ini. Di samping itu juga kita berkongsi kepelbagaian budaya yang tedapat di dalam Negara untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, agama dan kaum. Dengan cara ini kita dapat merealisasikan 1 Malaysia sekaligus dapat mengekalkan keharmonian hidup di dalam Negara.

AMINAH BINTI YUSOF
94950

Anonymous said...

pada saya, patriotisme merupakan semangat CINTAKAN NEGARA,BANGSA dan AGAMA serta TAAT setia kepada Negara.Semangat ini bukan hanya perlu berada didalam hati sahaja tetapi perlu diiringi dengan perbuatan.

Kita dapat lihat remaja masa kini yang lebih meminati budaya dan gaya hidup masyarakat barat seperti Black dan Punk. Budaya inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita jika ia tidak dibendung.

Oleh yang demikian, kita perlulah menyerapkan semangat PATRIOTISME ini didalam diri setiap warga MALAYSIA. Janganlah hanya tiba HARI KEMERDEKAAN sahaja semangat ini berkorbar-korbar. Teruslah sematkan semangat ini didalam hati agar dimudah dijajah lagi....

NORFAHIZAH BINTI BAKAR
95078
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN

Anonymous said...

Patriotisme ialah perasaan taat setia yang merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. Semangat patriotisme dapat mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri.Sebagai anak anak watan kita perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain.
Setiap rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan.Zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap. Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. Kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. Pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Namun, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangani dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini. Selain itu, pencapaian negara dalam bidang ekonomi, pendidikan,sukan, budaya dan sebagainya turut berkaitan dengan semangat Patriotisme. Keamanan dan keselamatan sebuah negara yang terjamin dapat menentukan kecemerlangan bidang tersebut. Oleh itu setiap warganegara perlu memiliki semangat patriotisme dan bersedia dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman bagi melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni serta kukuh dalam pelbagai aspek samada ekonomi, sosial dan politik.




Nurulshahada bt Mohd Sharif
95116

Anonymous said...

Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan semangat patriotisme lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang terhadap agama, bangsa dan negara. Meningikut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menyatakan patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Menurut ensiklopedia melayu pula, patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air dan sikap bersiap sedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara. Beberapa cendekiawan Malaysia pula mendefinisikan patriotisme merupakan kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya, kesetiaan dan kecintaan seseorang kepada negaranya, dan juga sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Patriotisme adalah satu semangat yang lahir secara semula jadi dalam diri seseorang tanpa ada paksaan. Patriotisme adalah satu semangat murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangan perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih sayang dan kesetiaan kepada negara dan bangsa. Patriotisme juga melibatkan minda, hati, rohani, keinsafan serta kasih dan sayang. Umumnya, patriotisme didasari dengan sifat keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen setiap individu untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sebelum ini, patriotisme di negara kita sering dimanifestasikan menerusi aktiviti kesukarelaan dan keberanian individu dalam mempertahankan negara. Namun, pada hari ini patriotisme dapat dibuktikan menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktivit yang mencabar dan menguji keupayaan fizikal dan mental. Matlamatnya adalah supaya perlembagaan, undang-undang, kesejahteraan dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh mane-mane negara.

Hasiah Binti Salih (94973)
Major : Perancangan dan pengurusan pembangunan
Tutorial : Selasa (3-4 PM)

Anonymous said...

Patriotisme merupakan satu spirit dalaman yang lahir dari perasaan cintakan negara dan tanah air dan ia cuba dipaparkan dan ditonjolkan oleh setiap rakyat.Semangat dan perjuangan tokoh kemerdekaan dahulu sanggp bergadai nyawa demi membebaskan negara dari terus dijajah oleh penjajah durjana. Kini setelah kemerdekaan dikecapi sehingga perdamaian dirasai sehingga ke hari ini patriotisme didefinisi mengikut peredaran masa kerana takrifannya telah berbeza dari segi nilai dan penghayatan yang tidak lagi sama seperti dahulu. Kini patriotisme dari pengamatan saya hanyalah dikenang pada tanggal 31 ogos sahaja.Realitinya masyarakat hari ini ramai yang terlena berkhayal dengan arus kemodenan sehingga bersikap tidak apa dan lupa tentang pengorbanan perjuangan dahulu dan hasil mereka terdahulu kita kini hidup dengan keselesaan.Peringatan hanyalah diingati ketika tiba ulangtahun kemerdekaan negara. Bagi saya Patriotisme merupakan salah satu yang menghasilkan perdamaian negara yang kita kecapi sekarang. Keselesaan hasil keamanan belum lagi terjamin kelestarian perdamian untuk masa hadapan. Maka sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjaga dan mengekalkan semangat patriotisme tanpa mengira kaum, Jangalah kita menjadi rakyat yang alpa dengan kesejahteraan hari ini.Usaha-usaha yang signifikan dan efektif perlu ditelusuri oleh jiwa-jiwa etnik di Malaysia agar semangat Patriotisme menjiwai secara positif dan selalu mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang telah pergi kerana mempertahankan tanah air yang tidak bisa ditukar ganti.. SITI RUSHADA BINTI MD ZAINUDIN (98962)

Anonymous said...

Patriotisme merupakan istilah yang sering digunapakai oleh kebanyakan pemimpin Malaysia dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Patriotisme juga sering dikaitkan dengan nasionalisme.Hal ini jelas menunjukkan patriotisme ialah perasaan sayang dan cinta akan negara dan bangsa.

Masyarakat kita sering mendefinisikan patriotisme melalui skop yang terlalu sempit dan penggunaanya juga lebih disinonimkan dengan kemerdekaan. Adakah patriotisme seseorang rakyat diukur berdasarkan penglibatannya dalam sambutan kemerdekaan?Adakah individu yang mengibarkan jalur gemilang semasa sambutan kemerdekaan merupakan seorang yang patriotik, sementara individu yang melakukan sebaliknya dilabel sebagai rakyat yang tidak patriotik?

Bukan mudah untuk meletakkan patriotisme dalam suatu lingkaran tertentu kerana ternyata istilah ini terlalu luas untuk didefinisikan dalam beberapa ayat.Namun, suatu perkara yang jelas ialah patriotisme seharusnya membawa kita ke tahap yang lebih baik dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia.Ia melambangkan komitmen kita sebagai rakyat terhadap negara.

Patriotisme bukan hanya berkisar tentang bahasa yang kita gunakan dalam kehidupan harian mahupun jenis produk yang menjadi pilihan individu.Apa gunanya fasih berbahasa Melayu, tetapi masih mengamalkan diskriminasi kaum?Apa guna mengibarkan jalur gemilang menjelang merdeka, tetapi merempit setiap hujung minggu?

Adalah kurang praktikal untuk kita mencedok idea patriotisme yang diamalkan pada zaman sebelum kemerdekaan dan cuba mempraktikkannya dalam era globalisasi kini.Adaptasikannya secara bijak kerana perjuangan kita adalah berbeza berbanding masyarakat dahulu.

Patriotisme yang paling berpengaruh seharusnya bermula dari diri sendiri kerana ia bakal menentukan respons kita terhadap persekitaran.Laksanakan tanggungjawab kita terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat kerana dengan cara tersebut kita akan sedar nilai sebenar sebuah negara dan bangsa.

Antara contoh-contoh patriotisme ialah mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam bidang tertentu, melibatkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat, menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan sebagainya.Tindakan bukan patriotisme pula adalah seperti terlibat dalam gejala sosial, menjatuhkan maruah negara di peringkat global atau menafikan kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia.


NUR ZUHAILA MOHAMMAD YAHAYA (95096)

Anonymous said...

Patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia merupakan sesuatu semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Contoh bagi semangat patriotisme ini adalah semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan dedikasi seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan kedaulatan bangsanya.

Pendapat saya terhadap patriotisme adalah amat ringkas dan mudah, iaitu perasaan cinta terhadap tanah air diri sendiri. Perasaan cinta yang suci dan ikhlas inilah yang mendorong kita sanggup mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan tanah air diri sendiri tanpa mengambil kira pengorbanan.

Lazimnya, apabila membincangkan tentang patriotisme, kita akan mengaitkan pemikiran kita kepada askar-askar dan pemimpin-pemimpin yang pernah mengorbankan nyawa dalam peperangan mempertahankan negara sahaja. Namun pada pendapat saya, cara-cara untuk memaparkan semangat patriotisme adalah berbeza berdasarkan umur, sifat dan perwatakan seseorang rakyat.

Sebagai contohnya, semasa kecil, saya diajar oleh guru sekolah rendah untuk menghormati bendera dan lagu negara dengan berdiri tegak semasa lagu disiarkan, dinyanyikan dan bendera negara dinaikkan.

Contoh bagi sifat pula, rakyat yang bersifat pendiam mungkin akan mereka cipta sebuah puisi yang berkaitan dengan kemerdekaan negara sebagai hadiah untuk meraihkan kemerdekaan di samping meluahkan penghargaan mereka terhadap 'wira-wira' yang berkorban demi memperjuangkan kemerdekaan negara. Manakala bagi rakyat yang bersifat 'extraversion', mereka biasanya akan berkumpul di stadium Merdeka untuk meraihkan kemerdekaan negara, mencipta rekod dunia melalui aktiviti yang mencabar dan sebagainya.

Bagaimanakah siswazah menunjukkan patriotismenya terhadap negara diri sendirinya, Malaysia? Bagi perwatakan saya sebagai seorang penuntut ilmu di universiti, saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berkhidmat kepada negara pada masa yang akan datang. Selain itu, saya juga akan giat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sempena meraihkan Hari Kemerdekaan. Bagi perwatakan saya sebagai seorang kakak di rumah pula, saya akan menyalurkan semangat patriotisme kepada adik-adik saya.

Kesimpulan bagi pendapat saya ialah patriotisme tidak seharusnya terhad kepada masa dan tindakan-tindakan yang boleh nampak seperti meletakkan bendera di atas bumbung kereta semasa menjelang Hari Kemerdekaan. Sebaliknya, patriotisme harus dipupuk dan digalakkan sepanjang tahun, setiap hari. Contohnya, pelajar yang tamat melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi masih memilih untuk memberi perkhidmatan di negara sendiri sebenarnya juga menunjukkan patriotisme. Hal ini disebabkan tindakan pelajar tersebut telah menunjukkan perasaan cintanya terhadap negara diri sendiri dan sanggup mengorbankan pekerjaan yang menawaran gaji yang tinggi di luar negara.

Nama: Ong Yim Yim
No. Matrik: 95117

Anonymous said...

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria bahasa Greek patris, oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
Patriotisme seringkali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri–ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Di dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali. Di atas kepentingan patriotisme, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, “tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja”. Dalam usaha untuk menanam dan memupuk semangat patriotisme, elemen sejarah merupakan antara medium yang boleh digunakan untuk menerapkan semangat tersebut. Dalam episod sejarah hidup Sun Tzu, selain soal strategi perang, ada dua hal yang perlu kita titikberatkan. Pertamanya adalah soal patriotisme atau kecintaan terhadap rakyat dan negara dan keduanya tentang pengorbanan. Sun Tzu amat menekankan semangat patriotisme dan pergorbanan keranan dua elemen inilah yang paling penting jika ingin mempertahankan kedaulatan negara.
Makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Bagi generasi yang melalui pengalaman yang berbeza, fokus patriotismenya mungkin juga berbeza, walau pada hakikatnya ia tetap berpaksi pada makna yang sama. Bagi generasi pra-merdeka, fokus patriotismenya ialah memperjuangkan kemerdekaan. Selepas itu, fokus patriotismenya ialah mengisi kemerdekaan. Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan Malaysia yang baru dibentuk. Bagi yang mengalami tragedi 13 Mei 1969, fokusnya ialah meningkatkan perpaduan rakyat manakala pada masa kegawatan ekonomi pula, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan ekonomi negara.
Apakah pula fokus patriotisme kita hari ini? Sejauh manakah ia dihayati? Bagaimanakah ia dipupuk? Adakah ia muncul sebagai reaksi kepada masalah yang dihadapi negara? Adakah ia semarak pada tarikh tertentu saja? Lebih penting lagi, bagaimanakah dan sejauh manakah patriotisme diterjemahkan sebagai asas bagi meningkatkan kecemerlangan? Pada setiap zaman, muncul cabaran baru yang menggugat patriotisme. Setelah 50 tahun Malaysia merdeka, adakah di kalangan anak-anak muda tertanam semangat patriotisme?
Semangat patriotisme rakyat terutama generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai program yang menjurus ke arah itu. Kita perlu menerima hakikat, manusia seringkali mudah lupa untuk melihat kembali sejarah. Sebab itu, semakin lama usia kemerdekaan negara, semakin mudah rakyat khususnya generasi selepas era tersebut lupa akan pentingnya semangat patriotisme ini meskipun dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan. Yang jelas, masyarakat hari ini sudah berada dalam zon selesa, makmur dan bebas melakukan apa sahaja. Lantas, ancaman seperti pengaruh budaya liar menyusup masuk ke dalam jiwa tanpa disedari.

ALIA ASHRANI BT AZMI (98864)

Anonymous said...

Patriotime???Patriotisme mempunyai maksud yang stereotaip. Sungguhpun begitu Patriotisme bagi pandangan saya membawa maksud semangat cinta akan tanah air dan bertanggungjawab menjaga nama dan tempat tumpah darah kita.Sikap ini perlu disemai dalam jiwa setiap orang tidak mengikut agama, budaya bagi melahirkan perasaan cinta akan negara.

Patriotisme bukan sahaja merujuk kepada perasaan cinta akan tanah air tetapi juga perasaan untuk memelihara keselamatan dan keharmonian negara daripada anasir-ansir yang cuba untuk menghancurkan negara kita.

Sikap patrotik yang ada bukan hanya ditunjukkan semasa hari kemerdekaan dan dengan mengibarkan jalur gemilang tetapi sentiasa tersemai dilubuk hati seseorang. Supaya kita sentiasa mngingati betapa berjasanya generasi dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita sehingga sekarang.Ini kerana tanpa semangat patriotisme ini kita tidak akan merasai keamanan dan kesejahteraan hidup seperti sekarang.

Keganasan pihak parti komunis malaya suatu pada zaman penjajahan dahulu sangat menunjukkan penderitaan yang terpaksa dialami.Namun selepas itu wujudnya penyeksaan baru menimpa masyarakat pada ketika itu. Sungguh pun begitu atas dasar semangat patriotisme kuat, semua itu tidak melemahkan semangat rakyat. Mereka sanggup bangun menentang dan bergadai nyawa untuk mencapai memerdekakan tanah air dan juga demi maruah bangsa dan negara.

Namun hari ini, patriotisme bukanlah perlu wujud sekiranya adanya peperangan. masyarakat tidak perlu menghunus senjata dan mencetuskan peperangan untuk mengecapi kemerdekaan.

Kita beruntung kerana dilahirkan disebuah negara yang masih lagi dalam keadaan aman dan harmoni.Oleh itu, patriotisme tidak lagi wujud hanya ketika kita dalam kesusahan tetapi sentiasa wujud dalam diri dan kesedaran terhadap semangat patriotisme perlu sentiasa tersemai dalam diri setiap orang.

NoorHazita Binti Nazi
95050
(Sains Politik)

Anonymous said...

Apakah “Patriotisme”?? Kita sering mendengar perkataan ini lebih- lebih lagi apabila hari kemerdekaan tiba. Dengan laungan semangat merdeka, bendera negara gah dikibar di sana sini, tegak berdiri dengan penuh semangat menyanyikan lagu Negaraku, inikah Patriotisme ???
Patriotisme hakikatnya dilihat sebagai perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Patriotisme selalunya menonjolkan semangat juang yang tinggi yang mendaulatkan kedudukan, status, serta pengaruh bangsa dan negara. Soal bangsa adalah sinonim dengan soal negara. Patriotisme memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dalam mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara daripada musuh dan ancaman luar .
Jika melihat Kamus Dewan, Edisi Ketiga 2002, patriotisme dimaksudkan sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan ini dapat dibuktikan dengan sikap yang sentiasa bersedia untuk berjuang dan turut bersiap mengorbankan apa sahaja demi kepentingan negara.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam Rukun Negara adalah salah satu contoh unsur patriotisme penting yang boleh ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Nilai patriotisme yang amat penting seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkat bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.
Patriotisme boleh dibentuk melalui tindakan dasar pembangunan manusia, ekonomi, politik, sukan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia itu sendiri dalam konteks Globalisme.

NOR AKMAL BINTI HUSSAIN
95057

Anonymous said...

patriotisme bagi saya melambangkan semangat patriotik iaitu semangat cintakan negara. semangat cintakan negara dapat ditunjukkan dengan menghormati undang-undang negara, menghormati bendera, lagu negaraku dan menjaga nama baik negara Malaysia daripada dicela atau dijatuhkan oleh negara luar atau bukan warganegara Malaysia.

patriotisme yang wujud dalam diri tiap rakyat Malaysia kadang kala semakin pudar terutama golongan muda yang semakin tidak menghormati kedaulatan negara. mereka yang hanya mementingkan dunia sosial sehingga lupa tarikh bersejarah negara iaitu hari Kemerdekaan. apabila hari kemerdekaan negara pun tidak tahu, akan menyebabkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum kemerdekaan, iaitu mereka tidak mengetahui bagaimana pahit dan perit pejuang negara untuk mendapat kemerdekaan negara seterusnya menjadi sebuah negara yang semakin membangun dan berkembang pesat. oleh itu, golongan muda tidak ada semangat patriotisme yang mendalam seperti mana golongan terdahulu dan oleh sebab itu juga mereka sering mengabaikan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara ini.

patriotisme dapat digambarkan dengan menyokong produk buatan Malaysia bagi mengembangkan ekonomi negara dan tidak berbangga dengan barangan buatan barat yang hanya melengahkan kita dan menjadi ikutan golongan muda kini. selain aspek barangan, dari segi aspek pelancongan juga merupakan satu semangat patriotisme dimana mengenali Malaysia untuk dipandang seluruh dunia.

selain itu, patriotisme juga dapat digambarkan dengan perpaduan kaum saling hormat-menghormati antara satu sama lain. walaupun negara Malaysia sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, tetapi dengan semagat cintakan negara rakyat Malaysia dapat berganding bahu untuk perpaduan negara.

oleh itu, patriotisme ini dapat digambarkan dengan pelbagai aspek. semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalan diri tiap rakyat Malaysia sejak dari kecil dan sering menceritakan sejarah-sejarah kemerdekaan dan mengembangkan minda kanak-kanak tentang patriotisme dengan mengembangkan semangat patriotisme itu bukan sahaja hanya cintakan negara tetapi perlulah diterapkan sekali dengan perbuatan dan menyokong pembangunan dan ekonomi negara Malaysia.

Anonymous said...

Saya berpendapat patriotisme boleh membawa erti cara kita menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada negara samada dari segi tingkah laku atau perasaan.Pada saya semangat patriotisme bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang,melaungkan perkataan "merdeka" setiap kali tanggal 31 Ogos atau menyanyikan lagu Negaraku.Sebenarnya ia lebih daripada itu,kita perlu mempunyai semangat ini yang boleh dilahirkan dalam bentuk sumbangan untuk memajukan bangsa ,agama dan akhirnya negara kita.Sebagai contoh kita sebagai mahasiswa perlu menjadi modal insan untuk negara dalam mengeluarkan buah fikiran bagi membangunkan negara.Kita perlu sedar bahawa kita merupakan pemimpin generasi akan datang yang akan menentukan corak pentadbiran negara.Sebaliknya jika semangat patriotisme atau sayang akan negara ini tidak dapat diwujudkan tidak mustahil pada masa hadapan kita sanggup memberi rasuah atau mendedahkan rahsia negara semata-mata untuk wang sehingga menggadaikan maruah bangsa dan negara sendiri.Semangat patriotisme ini penting agar sejarah hitam negara dalam era penjajahan Tanah Melayu suatu masa dahulu tidak berulang lagi di mana ada rakayat kita yang sanggup menjadi tali barut penjajah dan membiarkan anak bangsanya sendiri hidup dalam keadaan merana.

AZIZAH MOHAMAD @AHMAD
94957
870202-02-6292
Selasa(3-4 ptg)

Anonymous said...

Saya berpendapat patriotisme boleh membawa erti cara kita menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada negara samada dari segi tingkah laku atau perasaan.Pada saya semangat patriotisme bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang,melaungkan perkataan "merdeka" setiap kali tanggal 31 Ogos atau menyanyikan lagu Negaraku.Sebenarnya ia lebih daripada itu,kita perlu mempunyai semangat ini yang boleh dilahirkan dalam bentuk sumbangan untuk memajukan bangsa ,agama dan akhirnya negara kita.Sebagai contoh kita sebagai mahasiswa perlu menjadi modal insan untuk negara dalam mengeluarkan buah fikiran bagi membangunkan negara.Kita perlu sedar bahawa kita merupakan pemimpin generasi akan datang yang akan menentukan corak pentadbiran negara.Sebaliknya jika semangat patriotisme atau sayang akan negara ini tidak dapat diwujudkan tidak mustahil pada masa hadapan kita sanggup memberi rasuah atau mendedahkan rahsia negara semata-mata untuk wang sehingga menggadaikan maruah bangsa dan negara sendiri.Semangat patriotisme ini penting agar sejarah hitam negara dalam era penjajahan Tanah Melayu suatu masa dahulu tidak berulang lagi di mana ada rakayat kita yang sanggup menjadi tali barut penjajah dan membiarkan anak bangsanya sendiri hidup dalam keadaan merana.

AZIZAH MOHAMAD @AHMAD
94957
870202-02-6292
Selasa(3-4 ptg)

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat cintakan tanah air yang amat kuat dalam diri seseorang. Seseorang itu sanggup berkorban apa sahaja demi tanah air tercinta di samping ada rasa hormat, taat dan setia kpd negara. Selain itu, patriotisme juga merujuk kepada kepercayaan, semangat persefahaman dan kekitaan, kesejahteraan dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh seseorang warganegara untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara. Smgat patriotisme bukan shja ditunjukkan dgn ungkapan kata-kata malahan harus diikuti dgn perbuatan yg positif bg menunjukkan bahawa kita benar-benar cintakan tanah air kita dan kita sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan kedaulatan negara kita. Sikap positif yg ditunjukkan demi menjaga kedaulatan negara adalah salah satu smgat patriotisme.

Misalnya, terdapat semangat juang yang tinggi dalam diri pejuang2 tanah air terdahulu seperti Tok Janggut yang sangggup berkorban demi mempertahankan tanah air tercinta. Sikap patriotisme dlm diri seseorang dapat dilihat apabila individu itu menghormati lagu kebangsaan dan bendera Malaysia yg menjadi lambang kedaulatan negara kita. Di samping itu, kita juga menunjukkan semangat cintakan tanah air dgn nyanyian Lagu Negaraku, mengebarkan Jalur Gemilang dn menyambut Hari Kemerdekaan pd stiap tahun.

Bukan patriotisme pula merupakan satu sikap yg tidak cinta pd tanah air. Tanpa smgat patriotisme, seseorang individu itu sanggup megkhianati negara sendiri, cuba mengancam keselamatan dan berpaduan negara, melahirkan satu fahaman politik yg ekstrem sehingga memecahbelahkan perpaduan antara kaum. Di samping itu, seseorang itu sanggup memijak2 bendera Malaysia dan tidak menghormati perlembagaan Malaysia. Malahan, tanpa smgat patriotisme ini, seseorang itu tidak mengambil kisah ttg keselamatan negara dan tidak sanggup utk berjuang bg mempertahankan tanah air tercinta. Malahan, mereka juga tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin utk mempertahankan negara.

drp: siti zaharah sulaiman
95145
Major Kerja Sosial, USM

Anonymous said...

Salam sejahtera...

Apakah itu Patriotisme??? Kebanyakan maksud patriotisme berbeza mengikut pandangan masing-masing. Bagi saya Patriotisme membawa maksud semangat cinta akan tanah air. Selain itu juga patriotism adalah satu perasaan di mana setiap warganegara Malaysia mempunyai perasaan untuk menyayangi dan menyintai negara sepenuh hati dengan tidak mengira agama,bangsa, kaum dan sebagainya.

Setiap orang perlulah mempunyai semangat patriotisme atau patriotik dalam diri mereka bagi mempertahankan keamanan dan kedamaian negara yang tercinta agar tidak dijajah dan dimusnahkan oleh anasir-anasir luar yang mahu menjatuhlkan kita. Perasaan cinta yang disemai dalam diri akan memberikan kepada semangat untuk mempertahankan dan menjaga negara serta sentiasa berusaha untuk memajukan negara, ekoran fenomena globalisasi yang sedang mencabar ini.

Kekuatan dan keteguhan sesebuah negara adalah terletak pada keutuhan semangat cintakan negara yang ada dalam diri setiap rakyat kepada tanah tempat tumpah darahnya.

Suatu ketika dahulu kita tahu bahawa terdapat banyak sejarah perjuangan rakyat dalam menegakkan keadilan dan keamanan negara. Pejuang-pejuang kita sanggup menggadai nyawa demi mencapai keamanan dan seterusnya kemerdekaan negara kita. Namun dewasa ini senario ini telah berubah. Semangat Patriotisme hanya wujud apabila tibanya hari MERDEKA. Ia ditunjukkan dengan hanya mengibarkan jalur gemilang, menghormati lagu Negaraku.

Pada zaman kini selepas mgharungi kemerdekaan dan bebas dari segala tekanan penjajahan,msyarakat tidak lagi mampu berpegang kepada hanya satu semangat iaitu semagat cintakan tanh air, tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat kmerdekaan yang dimiliki kini. Hal ini jelas dilihat dari aspek perpaduan yang mana dikatakan agak tegang dalam kalangan masyarakat kepelbagai bangsa atau kaum di negara kita.

Oleh itu, selaras dengan matlamat PM kita untuk mewujudkan intergrasi masyarakat dengan matlamat 1 Malaysia, " rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ".

Maizatul Akma Binti Mat Daud
94994
(Kerja Sosial)

Anonymous said...

Kira-kira 2500 tahun yang lalu, Socrates kata : “Patriotisme bukan bermakna seseorang bersetuju segala-galanya dengan apa yang dilakukan oleh negaranya.” Beliau telah mengalu-alukan kita semua bersikap skeptik untuk membangunkan negara kita ke arah “the best it possibly can be”.

Pada hari ini, konsep patriotisme ini berbeza bagi setiap warganegara. Mark Twain pernah mengatakan bahawa sesebuah negara biasanya terdiri daripada 50 peratus “patriot” dan 50 peratus “traitors”, dan “no man can tell which from which”.
Adakah anda berpendapat bahawa patriotisme adalah cinta akan negara? Perasaan cinta itu amat abstrak. Mungkinkah seseorang yang cinta akan negaranya berimigrasi ke negara lain? Mungkinkah seseorang yang benci akan negaranya berkorban untuk negaranya? Ya! Tingkah laku kita tidak sentiasa mengikut hati kita dan tiada seseorangpun yang berhak untuk “determine” bahawa tingkah laku anda betul atau salah, patriotikkah tidak.

Sejak bertahun-tahun, saya menerima surat rasmi yang berakhir dengan “berkhidmat untuk negara”. Berkhidmat untuk negaralah contoh kelakuan patriotisme. Buatlah sesuatu untuk negaramu dan jangan disebabkan kerana terpaksa. J.F.K.: “ Ask not what your country can do for you, but what you can do for your country.”

Vivian Tan She Nee (95161)
Waktu tutorial : 2-3pm Rabu

Anonymous said...

Bagi pendapat saya, "patriotisme" meliputi lingkungan yang luas. Ia bukan sahaja bermaksud cinta negara tetapi juga apa yang anda boleh laku untuk negara. Negara merupakan aset yang paling penting bagi kita. Kita tinggal di sini, jika negara ada apa-apa masalah, kitalah yang akan susah. Untuk itu, kita perlulah mempunyai semangat untuk melindungi negara dari apa-apa sahaja ancaman.
Ancaman itu bukan sahaja dari luar tetapi kadang-kadang ancaman itu boleh datang dari diri sendiri kita. Apakah yang makna "patriotisme" yang kamu percaya akan memutuskan pegangan kamu dalam sesuatu keadaan.
Ada orang yang berpendapat bahawa dia hendak memperjuangkan untuk negara tetapi ada orang yang berpendapat bahawa guna otak boleh menyelesaikan masalah negara. Kedua-dua caranya tidak salah, jadilah kita mempuyai pemimpin yang mengeluarkan idea dan askar-askar yang melingdungi negara kita.
Kita perlulah berhati-hati agar kita tidak dipergunakan oleh segolongan orang yang menggunakan idea-idea "patriotisme" tetapi dalam sebaran yang akan membahayakan negara kita.

Nama:Thor Bee Theng
No. Matrik 95159

Anonymous said...

Patriotisme ialah semangat kita kepada negara dan sayang akan negara.Setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan dan setiap itu lah kita melaungkan perkataan "merdeka" sebanyak tujuh kali.Semangat patriotisme seharusnya sentiasa ada walaupun hari kemerdekaan sudah berlalu bukan setakat pada hari kemerdekaan sahaja kita berpatriotisme .Kita sebagai rakyat malaysia seharusnya bangga mempunyai sebuah negara yang sudah merdeka.. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, asionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. Magnet pada kereta menjadi salah satu cara yang popular untuk menunjukkan patriotisme di Amerika Syarikat ketika pilihanraya tahun 2004.
Perdana Menteri kita yang pertama , mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam membebaskan negara dari penjajah.Semangat patriotisme itulah yang seharusnya dicontohi sebagai penaik semangat untuk kita menjaga negara dari di ambil semula oleh penjajah.Semangat patritisme boleh dilihat dalam kita menyanyikan lagu Negaraku.Semasa menyanyikan lagu tersebut, kita disarankan supaya berdiri tegak.Walaupun pada masa itu, kita tengah, kita wajib berhenti dan berjalan semula selepas lagu tersebut habis dinyanyikan.Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia disarankan membeli barangan buatan malaysia.Barangan buatan Malaysia berkualiti dan harganya juga murah berbanding barang import.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, seharusnya kita tidak menyalahgunakan bahasa tersebut dengan mencampuri bahasa tersebut dengan bahasa-bahasa yang lain khususnya bahasa Inggeris.Walaupun Bahasa Inggeris bahasa kedua selepas bahasa melayu, kita tidak boleh mengetepikannya kerana bahasa inggeris juga ada pentingnya.Seperti negara Jepun yang masih menggunakan bahasa pengantar walaupun negara itu lebih maju berbanding Malaysia.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia yang telah bebas dari penjajah seharusnya berfikiran terbuka dan matang.Kita seharusnya menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah dengan melakukan perkara-perkara yang dapat memajukan negara pada masa akan datang.Sifat Patriotisme Bukan sahaja pada tarikh itu sahaja tetapi semailah sikap patriotisme setiap hari, setiap masa dan setiap saat.
Sekian...
Mastura Nissa Mashod(95003)

Anonymous said...

PATRIOTISME SECARA UMUMNYA BERMAKSUD SEMANGAT CINTAKAN KEPADA SESEBUAH NEGARA DAN BANGSA. NAMUN SEBENARNYA, PATRIOTISME MEMPUNYAI MAKSUD YANG LEBIH LUAS BERGANTUNG KEPADA PANDANGAN SETIAP INDUVIDU. PADA PENDAPAT SAYA PULA, PATRIOTISME BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA KATEGORI YANG DAPAT DIPECAHKAN MELALUI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA.

SALAH SATUNYA ADALAH DARI SEGI TINGKAHLAKU. SESEORANG YANG BERJIWA PATRIOTISME SANGGUP BERKORBAN JIWA DAN RAGA DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA DAN BANGSA YANG TERCINTA. JIKA KITA IMBAS KEMBALI SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN, PEJUANG-PEJUANG KITA SANGGUP BERKORBAN NYAWA DAN TENAGA UNTUK MEMERDEKAKAN TANAH AIR INI. JUSTERU, SEMANGAT INI HANYA BOLEH DIRASAI SEKIRANYA SESEORANG INDIVIDU PERNAH MELALUI SEGALA KEPAHITAN DALAM MEMPERJUANGKAN NEGARA.

SELAIN ITU, PATRIOTISME DAPAT DITONJOLKAN MELALUI SOKONGAN TERHADAP BARANGAN KELUARAN NEGARA TANPA MEMPERLEKEHKAN BARANGAN YANG DIHASILKAN OLEH NEGARA SENDIRI. HAL INI JELAS DAPAT DILIHAT DALAM ASPEK PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA SEPERTI KERETA KELUARAN PROTON YANG BANYAK DIPANDANG RENDAH KUALITINYA BERBANDING KELUARAN LUAR NEGARA. DALAM HAL INI, SEGELINTIR MASYARAKAT MERAGUI KUALITI BARANGAN BUATAN MALAYSIA YANG DIANGGAP KURANG STANDARD JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU YANG LAIN.

PATRIOTISME JUGA BOLEH DILIHAT MELALUI PENGHAYATAN SENIKATA LAGU YANG BOLEH MENERAPKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA. DALAM HAL INI, LAGU KEBANGSAAN IAITU LAGU NEGARAKU HENDAKLAH DIHORMATI SERTA DIHAYATI BAGI MELAHIRKAN SEORANG YANG BERJIWA PATROITISME. NAMUN DEWASA INI, KEBANYAKAN WARGA NEGARA KURANG MENGHAYATI LAGU TERSEBUT DAN LEBIH BERMINAT DENGAN LAGU-LAGU CINTA MASA KINI.

SELAIN ITU JUGA, PATRIOTISME JUGA BOLEH DILIHAT MELALUI PENGHORMATAN KEPADA SESUATU SIMBOL YANG TELAH DITERIMA DALAM SESEBUAH NEGARA UNTUK DIHORMATI. JUSTERU, DALAM HAL INI, OBJEK SEPERTI BENDERA MALAYSIA DIJADIKAN SIMBOL PENGHORMATAN BAGI NEGARA INI UNTUK BERKIBAR BANGGA DIMATA DUNIA. BENDERA INI PERLULAH DIHORMATI DAN DIJAGA KERANA IA DIIBARATKAN SEBAGAI MARUAH NEGARA INI. WARGA NEGARA YANG HANYA MELIHAT BENDERA MALAYSIA JATUH DI ATAS JALAN SERTA DIPIJAK MERUPAAKN GOLONGAN YANG TIDAK MEMPUNYAI SEMAGAT PATRIOTISME DALAM JIWANYA.

SEBAGAI WARGA NEGARA YANG BERSIFAT PATRIOTISME, SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG DISAMBUT PADA 31 OGOS SETIAP TAHUN PERLULAH DIPENUHI DENGAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA DAN BUKAN SEKADAR MENYAMBUTNYA DENGAN PERCIKAN BUNGA API. PERKARA YANG PALING PENTING ADALAH SEMANGAT MASYARAKAT TERHADAP KESETIAAN SERTA MELINDUNGI NEGARA DARIPADA ANASIR-ANASIR JAHAT SEKALIGUS MEMBERIKAN SUATU KEBANGGAAN KEPADA NEGARA SEPERTI MEMPEROLEHI KEMENANGAN DALAM ARENA SUKAN DUNIA. SECARA KESELURUHANNYA, PATRIOTISME TIDAK SEMESTINYA DIUKUR MELALUI FAKTOR LUARAN SAHAJA, NAMUN FAKTOR DALAMAN JUGA PENTING UNTUK DIAMBILKIRA. SEBAGAI CONTOH, SESEORANG WARGA NEGARA INI TIDAK BOLEH DIKATAKAN TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTISME SEKIRANYA DIA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU TANPA MENGIBARKAN BENDERA MALAYSIA. HAL INI KERANA SEMANGAT DALAMANNYA YANG TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR BEGITU TINGGI TERHADAP NEGARA YANG SETERUSNYA DILUAHKAN MELALUI NYANYIAN LAGU TERSEBUT.

SESEORANG BOLEH DIKATAKAN TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTISME APABILA TIADA SEDIKIT PUN PERASAAN CINTAKAN NEGARA SERTA BANGSANYA. MEREKA SANGGUP MENGKHIANATI NEGARA SERTA BANGSA DENGAN MELAGA-LAGAKAN SETIAP KAUM YANG BERADA DALAM NEGARA INI DAN TIDAK MENGHIRAUKAN KONSEP SATU MALAYSIA. MEREKA INI TERGOLONG DALAM KELOMPOK YANG MENGHANCURKAN NEGARA.

NAMA: MASARAH BINTI MOHAMAD YUSOF
NO. MATRIK : 95000

Anonymous said...

Secara khususnya patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara dan tanah air dan sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara.Pada pendapat saya pula,patriotisme secara umumnya ialah semangat cintakan negara dan tanah air,sanggup berkorban untuk negara,sanggup melakukan sesuatu untuk negara tercinta selagi ianya masih dalam batas yang dibolehkan mengikut suruhan dan saranan Allah S.W.T.Sebagai seorang Islam kita disuruh mempertahankan negara daripada digugat oleh musuh negara samaada musuh luar atau musuh dalaman itu sendiri.
Patriotisme merupakan satu elemen yang sangat penting untuk kepada setiap rakyat yang merdeka.Tetapi kita tidak boleh sekadar menyebut2 sahaja akan patriotisme itu sendiri tanpa ditunjukkan dengan perbuatan yang mana sifat kita cintakan negara dan tanah air kita iaitu Malaysia.

Contoh patriotisme ialah seseorang itu sanggup berkorban melakukan perkara yang boleh memajukan dan mengharmonikan negara. Seperti contoh pasukan keselamatan negara yang sanggup berhadapan dengan musuh dalam mempertahankan negara. Seperti pasukan polis dan tentera. Kita sebagai rakyat biasa,mampu menunjukkan sikap ini melalui cara berakhlak mulia dan sentiasa hidup rukun damai serta sentiasa berusaha memajukan diri dan negara dlm usaha memajukan negara secara tidak langsung.

Sesuatu yang bukan patriotisme bagi pandangan saya ialah seseorang yang melakukan perkara yang boleh mengugat kemanan negara. Selain itu,seseorang yg sanggup membunuh diri juga tidak melambangkan patriotisme kerana seseorang itu telah menghilangkan modal insan yang berguna kepada negara...

Marhamah Mokhtar.
94995

Anonymous said...

Pada pendapat saya, patriotisme bukan hanya suatu kelakuan yang boleh menunjukkan semasa hari kemerdekaan. Akan tetapi, patriotisme merupakan orang2 bersemangat cinta kepada tanah air sendiri. Mereka adalah bebas pengaruh dari fizikal, tingkah laku, mental, dan lain-lain. Dengan semangat patriotisme, mereka akan tekun berusaha menjadi seorang warganegara yang berguna dan berkhidmat untuk Negara. Oleh sebab mereka harap melihat Negara beraman damai dan maju.
Bukan sahaja orang bernama tertentu atau bertaraf tertentu baru boleh menunjukkan sikap berpatriotisme. Tetapi, ia adalah ditanam sejak semasa kecil. Contohnya, sebagai seorang pelajar yang rajin supaya dapat berkhidmat untuk Negara hari datang. Selain itu, tidak melibatkan jenayah untuk memastikan rakyat negara hidup dalam keadaan aman.
Kesimpulannya, jikalau setiap rakyat berpatriotisme akan mewatakkan diri sebagai warga yang berkhidmat untuk Negara. Negara akan bersatu padu dan maju.

Yeong Shiou Ling(95167)

Anonymous said...

Pada pendapat saya, patriotisme bukan hanya suatu kelakuan yang boleh menunjukkan semasa hari kemerdekaan. Akan tetapi, patriotisme merupakan orang bersemangat cinta kepada tanah air sendiri. Mereka adalah bebas pengaruh dari fizikal, tingkah laku, mental, dan lain-lain. Dengan semangat patriotisme, mereka akan tekun berusaha menjadi seorang warganegara yang berguna dan berkhidmat untuk Negara. Oleh sebab amereka harap lihat adalah Negara yang aman damai dan maju.
Bukan sahaja orang bernama tertentu atau bertaraf tertentu baru boleh menunjukkan sikap berpatriotisme. Ia adalah ditanam sejak semasa kecil. Contohnya, sebagai seorang pelajar yang rajin supaya dapat berkhidmat untuk Negara hari datang. Selain itu, tidak melibatkan jenayah untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman.
Kesimpulannya, jikalau setiap rakyat berpatriotisme akan mewatakkan diri sebagai warga yang berkhidmat untuk Negara. Negara akan bersatu padu dan maju.

Yeong Shiou Ling(95167)

Anonymous said...

Pada pandangan saya, Patriotisme merujuk kepada semangat patriotik, semangat cintakan negara, bangsa, dan sanggup mempertahankan maruah negara dan bangsa walau dalam apa keadaan sekalipun. Patriotisme hanya wujud dalam diri jika seseorang itu mengerti maksud sebenar perjuangan memepertahankan sebarang perkara yang berkaitan dengan negara.
Patriotisme bukan sahaja mempertahankan maruah negara daripada penjajah malah menyokong segala perkara baik dan benar berkaitan negara. Dengan megerti maksud patriotisme akan membataskan tingkah laku seseorang supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang mengakibatkan kesan buruk yang boleh merosakkan persekitaran dan identiti negara.
Semangat Patriotisme harus sentiasa wujud dalam jiwa selagi seseorang itu bernyawa, dan menetap sebagai warganegara Malaysia, bukan dibentuk hanya sewaktu meraikan bulan kemerdekaan sahaja. Ia harus dipupuk dari generasi ke generasi supaya patriotisme itu sentiasa wujud dalam diri seseorang.

NORAZNIZA BINTI MOHD NORDIN
95077
MAJOR KERJA SOSIAL, SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Anonymous said...

Patriotisme secara umumya adalah semangat cintakan tanah air. Pada saya, orang yang mempunyai semangat patriotisme akan memiliki sikap-sikap yang positif terhadap negaranya, seperti sentiasa merasa bangga dengan pencapaian negaranya, sentiasa menyemai rasa tanggungjawab terhadap negaranya, sentiasa ingin memelihara ciri-ciri bangsa dan budaya negaranya serta sangggup berkorban untuk negaranya.
Kita sangat beruntung kerana tinggal di sebuah negara yang aman dan harmoni. Oleh hal yang demikian semangat patriotisme ini boleh ditonjolkan melalui sukan misalnya di mana kita boleh menunjukkan sokongan yang padu pada pasukan negara. Selain itu, kita juga boleh menunjukkan semangat patriotisme ini melalui sikap dan tanggungjawab kita untuk memelihara flora dan fauna serta alam sekitar kita.
Contoh lain semangat patriotisme di negara kita ialah melalui pengibaran jalur gemilang semasa bulan kemerdekaan serta logo atau lambang bendera Malaysia yang di tampal di kenderaan. Meskipun hal ini kelihatan agak remeh namun ia penting dalam menonjolkan semangat cintakan tanah air ini.

SITI SALWA BINTI AHAMAD
95133

Anonymous said...

Patriotisme boleh didefinisikan sebagai sikap-sikap positif, murni dan mendokong semangat terhadap "tanah air" iaitu semangat cinta akan tanahair oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya

Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem. Bagi pandangan saya, kini masyarakat muda belia kini sudah tidak lagi mengamalkan atau patriotik sifatnya. Hal ini demikian kerana kita sendiri boleh lihat sendiri belia muda kita naik motosikal atau kereta pada malam merdeka dengan mengibarkan jalur gemilang sebagai menunjukkan sifat patriotik, adakah ini yang dikehendaki oleh kerajaan bahawa ini adalah sifat patriotik, adakah kementerian penerangan,komunikasi,keseniandan kebudayaan yang ketuai oleh Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim sudah berpuashati dengan pencapaian belia kita dengan sifat patriotik kita fikirkanlah bersama. Bagi saya sebagai seorang mahasiswa masyarakat sepatutnya bangkit untuk merubah minda bersama agar tidak menjadikan sikap patriotik ini hanyalah semata-mata membawa bendera semasa perarakan pada malam kemerdekaan tetapi semasa keesokkan harinya kita dapat lihat bendera kita hanya dipijak-pijak....... fikirkanlah bersama

IKMAL HAFIZ BIN ISMAIL
98954

fiza said...

patriotisme adalah semangat cinta dan kesetian kepada negara. patriotisme adalah semangat murni,universal, dan bebas daripada elemen perkauman. semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan pada nusa dan bangsa. patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. contoh patriotisme yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ialah mengelilingi dunia secara solo dan menawan Kutub Utara. menghormati lagu kebangsaan, menghormati bendera walaupun ini kita lihat sebagai perkara kecil tetapi ia merupakan salah satu daripada semangat patriotisme. semangat patriotisme ini sangat penting kerana rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan sanggup melakukan apa sahaja untuk negaranya demi mempertahankan kedaulatan serta pencerobohan asing.

NUR HAFIZA BT ZAKARIAH
95090

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Patriotisme, pada saya perkataan ini sudah sinonim dalam diri masing-masing. Tetapi persoalannya, adakah setiap orang berpegang dan hanya bersemangat berkobar-kobar tetapi tidak mengamalkan apa yang didefinisikan dengan perkataan tersebut. Sikap cinta akan negara dan tanah air bukan hanya mengibarkan jalur gemilang, melaungkan perkataan 'merdeka'sewaktu sambutan hari kebangsaan, berdiri tegak semasa nyanyian lagu 'Negaraku' malahan intipati semangat patriotisme adalah menyeluruh jika hendak dinyatakan di sini. Jika hanya berbangga dengan barangan berjenama luar negara, bangga dapat bertutur dalam bahasa inggeris dalam perbualan harian, mengamalkan cara hidup Barat, di manakah letaknya patriotik yang kita hebah-hebahkan??

Anonymous said...

Patriotisme adalah semangat dan perasaan cinta akan negara. Perkataan ini memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.Tetapi tidak semua rakyat Malaysia menghayati erti kata sebenar patriotisme. Jika hanya berbangga kerana bertutur bahasa inggeris dalam perbualan harian, mengamalkan cara hidup Barat, bangga kerana orang memuji-muji dengan koleksi-koleksi pakaian berjenama dari negara luar, patriotisme hanya berjaya diuar-uarkan sahaja tetapi tidak diamalkan seperti yang di sebut-sebut.

Begitukah cara kita menunjukkan rasa bangga dengan negara kita??

Nor Faradila bt Ab mokti
95059

dinda said...

Salam 1Malaysia...Pada pandangan saya, patriotisme merupakan semangat cinta akan negara. Ia bukan setakat percakapan di mulut sahaja bahkan perbuatan dan tindakan kita juga perlu melambangan semangat cinta akan negara. Semangat patriotisme ini sangat penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur. Selain itu, patriotisme juga meliputi sikap-sikap seperti bangga terhadap pencapaian yang dicapai oleh rakyat Malaysia dan saling menghormati antara kaum budaya bangsa yang berlainan untuk menjaminkan keamanan di Negara kita.

Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan Seiring Patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi, perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan wataniah.( http://www.belia.org.my)


Patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap negara, rela berkorban demi kedaulatan negara, sentiasa bersedia dengan mengorak langkah untuk membantu negara ke arah kejayaan dan kerancakan ekonomi, kestabilan politik dan sosial, iaitu berusaha bagi mengharumkan nama baik negara kita di persada dunia, mengetahui asal-usul negara kita serta selalu berusaha mempertahankan negara daripada serangan musuh dan memperjuangkan nasib tanah air sendiri. Selain itu, patriotisme juga merujuk kepada kepercayaan, semangat persefahaman dan kekitaan, kesejahteraan dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh warganegara untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara kita.

Contohnya, semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita seperti Allahyarham Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman dalam usaha perjuangan bagi mencapai kemerdekaan negara dan anak-anak Malaysia iaitu M. Magendran dan N. Mohandas berjaya menjulang Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest pada 23 Mei 1997.

Sebagai warganegara yang bersifat patriotisme, Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun perlulah dipenuhi dengan semangat cintakan negara dan bukan sekadar menyambutnya dengan percikan bunga api. Perkara yang paling penting adalah semangat masyarakat terhadap kesetiaan serta melindungi negara daripada anasir-anasir jahat sekaligus memberikan suatu kebanggaan kepada negara.

Seseorang boleh dikatakan tidak mempunyai semangat patriotisme apabila tiada sedikit pun perasaan cintakan negara serta bangsanya. Mereka sanggup mengkhianati negara serta bangsa dengan melaga-lagakan setiap kaum yang berada dalam negara ini dan tidak menghiraukan konsep satu Malaysia. Mereka ini tergolong dalam kelompok yang menghancurkan negara sendiri.

Secara keseluruhannya, patriotisme tidak semestinya diukur melalui faktor luaran sahaja, namun faktor dalaman juga penting untuk diambilkira. Sebagai contoh, seseorang warganegara ini tidak boleh dikatakan tidak mempunyai semangat patriotisme sekiranya dia menyanyikan lagu Negaraku tanpa mengibarkan bendera Malaysia. Hal ini kerana semangat dalamannya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar begitu tinggi terhadap negara yang seterusnya diluahkan melalui nyanyian lagu tersebut.

SITI MARIAM BINTI MOHD JANUDIN
95137
3P/PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN

Anonymous said...

salam perjuangan..
pda pendapat saya patriotisme ialah perasaan dan semangat cintakan tanah air.contohnya,seorng rakyat Malaysia sedang berjalan kaki di tepi jalan lalu ternampak sampah di depannya.tindakan yang akan dilakukan oleh insan itu akan menunjukkan samada dia merupakan seorang yang patriotisme atau tidak.jika dia nampak sampah tersebut dan mengutipnya lalu dibuangkan ke dlm tong sampah,maka dia merupakan seorang yang patriotisme.hal ini kerana,seseorang yang mempunyai sikap dan perasaan cintakan kepada tanah air dan negara,maka dia ingin melihat negaranya nampak bersih dan tidak dicemari.akan tetapi,jika dia nampak sampah tersebut dan tidak menghiraukannya,maka dia dia tidak mahu melihat negaranya bersih dan indah.itu adalah satu contoh yg ringkas dan dalam kehidupan seharian kita.jika ditanya seseorang itu samada org itu ada sifat patriotisme atau tidak,org itu akan ckap ya.ya cuma dimulut tetapi di hati,pada tindakan,kelakuan,sikap jawapnnya tidak.renung2kanlah....kita boleh melihat sikap cintakan negara dari pelbagai aspek dan sudut.oleh itu,saya gunakan contoh di atasa dari sudut kebersihan,keselesaan dan kebahagian negara kita..

muhamad ramlan b. syed ahamed
95035

Anonymous said...

salam keamanan...
Pada pendapat saya,patriotisme merupakan satu perasaan atau semangat cintakan negara secara mutlak.seseorang yang mempunyai nilai-nilai patriotisme bukan hanya mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu negaraku tetapi haruslah mempunyai semangat mempertahankan negara dari pelbagai ancaman secara fizikal ataupun melalui teknologi.

Selain itu, patriotisme adalah seseorang yang mempunyai kecintaan kepada diri, agama, bangsa, sesama makhluk dan negara. Mereka akan berasa dengan keamanan sahaja boleh mendatangkan kabaikan kepada masyarakat dan mereka dengan takut mengorbankan diri walaupun mereka sedikit dan kalah. Bagi mereka adalah kebenaran untuk mendatangkan
keamanan kepada diri, keluarga, bangsa,negara dan agama adalah penting. contoh yang kita dapat lihat ialah perjuaangan rakyat palestin mempertahankan kedaulatan negara,bangsa,agama dan lain-lain lagi.

kita harus sedar bahawa keamanan yang selama ini kita kecapi tidak hadir dengan sendirinya.ianya hadir dengan semangat patriotisme yang wujud dalam diri pejuang-pejuang kemerdekaan.oleh itu,kita haruslah menanam semangat patriotisme kepada generasi muda agar ,merera tidak lali dan leka dengan keamanan yang kita kecapi hari ini.

dah habis...

muhammad saifuddin bin ibrahim
95040

Anonymous said...

Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Kita dapat lihat dengan jelas bahawa dewasa kini, kita dapati semangat patriotisme ini hanya wujud di dalam diri individu dikala bulan kemerdekaan. Kita dapati semangat patriotisme ini hanya muncul dalam diri setiap individu pada musim kemerdekaan sahaja. Pada tanggal 31 ogos setiap tahun, barulah masyarakat ada semangat patriotisme ni. Adakah semangat patriotisme ini hanya perlu ada dalam diri setiap individu pada bulan kemerdekaan sahaja?? Ini merupakan satu persoalan adakah kita mempunyai semangat patriotisme yang betul-betul ada dalam diri atau sekadar untuk merayakannya.
Seseorang itu dikatakan mempunyai patriotisme yang tinggi apabila sanggup Mempertahankan tanah air daripada penjajah serta dicaci dan berasa bangga apabila Negara mencipta kejayaan.
Manakala sifat yang bukan patriolitik yang dapat kita lihat ialah rakyat sendiri sanggup membakar bendera Negara sendiri kerana perasaan marah dan menghina lagu kebangsaan sendiri menunjukan bahawa kurangnya sifat patriotisme dalam diri mereka. Yang jelas, patriotisme ini bukan melibatkan isu politik.
Maka sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjaga dan mengekalkan semangat patriotisme tanpa mengira kaum, Jangalah kita menjadi rakyat yang alpa dengan kesejahteraan hari ini.Usaha-usaha yang signifikan dan efektif perlu ditelusuri oleh jiwa-jiwa etnik di Malaysia agar semangat Patriotisme menjiwai secara positif dan selalu mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang telah pergi kerana mempertahankan tanah air yang tidak bisa ditukar ganti....

salam perjuangan...
Zaid bin Abu Bakar
95171

Anonymous said...

patriotisme merupakan semangat cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara ,sebagai rakyat malaysia kita haruslah mempunyai semangat cintakan tanah air kita dan kita juga haruslah mempunyai keiginan untuk mempertahan tanah air kita,

malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri dari berbilang kaum, agama dan bangsa, oleh menjadi tangungjawab semua pihak dan penduduk negara ini untuk mempertahankan negara kita dari ancaman anasir luar yang ingin menghancurkan negara kita

namun kini semangat patriotisme semakin pudar dalam diri warga malaysia, kita dapat melihat kini keadaan negara malaysia yang mana semangat perkauman semakin membuak-buak. semangat perpaduan yang semakin luntur dalam diri masyarakt malaysia kini akan menjatuhkan malaysia.

memang tidak dinafikan bahawa semangat patriotisme kepada negara adalah penting, namun begitu sikap kesetiaann kepada pemimpin dan parti-parti politik haruslah tidak berlebihan, ini kerana ia akan menghancurkan negara dan akan menyebabkan keadaan yang huru-hara (chaos),malaysia kini mengamalkan politik berdasarkan kaum, hal ini dibuktikan dengan kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti umno, MCA, MIC dan sebagainya, ini menyemaikan perasaan berpuak-puak dan tidak bersatu padu dalam kalangan rakyat malaysia, oleh itu semangat cintakan tanah air haruslah diwjudkan semula untuk meningkatkan kembali perpaduan kaum di negara ini.

oleh itu rakyat malaysia haruslah hidup berstu padu dan saling berkasih-kasihan antara satu dengan yang lain tanpa menghiraukan batasan agama,bangsa, kaum dan budaya. selain itu rakyat malaysia haruslah berusaha untuk meningkatkat perpaduan kaum dan tidak terpengaruh dengan sistem poltik yang menggunakan kaum, agama dan bangsa sebagai alasan perjuagan mereka.

MUHAMAD RIDHWAN BIN NOR RAHMAD (95039)

Anonymous said...

dalam meningkatkan semangat cintakan tanah air malaysia adalah dengan menyayikan lagu kebangsaan negara dan lagu-lagu yang berunsurkan patriotik yang lain ini dapat meningkatkan semangat patroitisme dalam diri masyarakat yang lain.

pengisian pada hari sambutan kemerdekaan negara haruslah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat meningkatkan semangat cintakan negara, dan bujkanya sekadar dengan pertunjukkan kebudayaan, kelengkapan ketenteraan dan sebagainya.

sembutan hari kemerdekaan negara haruslah diisi dengan program-program seperti program-program muhasabah diri antara semua kaum di negara ini, ini dapat meningkatkan semangat perpaduan kaum di negara ini.

MUHAMAD RIDHWAN BIN NOR RAHMAD
(95036)

Anonymous said...

Negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-52 tetapi tahukah kita apa itu patriotisme??apabila tibanya bulan kemerdekaan kita sering mendengar kalimah patriotisme melalui pelbagai media massa sama ada media cetak atau media elektronik,tetapi sejauhmanakah kita faham erti patriotisme tersebut? Patriotisme boleh kita definisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya.Ia juga berkait rapat dengan nasionalisme dan kedua-duanya seolah-olah sinonim antara satu sama lain.Menurut Kamus Dewan pula patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air (Edisi Ketiga,2002 hal 987)
Bagi saya patriotisme bukan semata-mata kita melaungkan kalimah "merdeka" pada tanggal 31Ogos,mengibarkan jalur gemilang pada waktu tersebut, teapi ia lebih daripada itu. Sebagai contohnya kita hendaklah mengekalkan kemananan negara kita.Kita tidak boleh membiarkan negara kita dijajah kembali oleh negara asing.Jika dahulu negara kita mungkin dijajah dari segi fizikal seperti penguasaan ekonomi, kini kita sudah dapat lihat yang negara kita mungkin akan dijajah kembali tapi dari segi yang lain iaitu dari segi mental dan pemikiran. Sebagai contohnya, remaja di negara kita kini telah terpengaruh dengan budaya Barat.Lihat sajalah pemakaian mereka yang sudah hilang nilai ketimuran.Selain itu bagi saya juga semangat patriotisme juga boleh ditunjukkan melalui pembelian barangan buatan Malaysia.Hal ini kerana bila kita membeli barangan buatan tempatan, kita akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pada era perindustrian kini, negara yang maju dalam aspek ekonomilah yang menjadi peneraju dunia.Jika kita masih ketinggalan keterbelakang dalam bidang ekonomi, tidak mustahil kita bakal dijajah kembali.Patriotisme juga dapat ditunjukkan melalui keperibadian murni kita semasa bekerja. Kita hendaklah setia kepada negara iaitu apabila kita dipertanggungjawabkan untuk menyimpan sesuatu maklumat yang penting berkaitan negara kita, janganlah kita bersikap pecah amanah.Contohnya apabila kita ditawarkan dengan wang yang banyak oleh pihak dari negara luar untuk mereka mendapatkan maklumat tersebut dan kita terus menjualnya semata-mata untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Ini akan menyebabkan negara kita berisiko tinggi berhadapan dengan anasir luar yang berminat dengan negara kita ekoran kita mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti petroleum,bijih timah dan lain-lain.Malaysia adalah sebuah negara yang perbilang kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.Sehubungan dengan itu, kita hendaklah sentiasa hidup harmonis di antara kaum yang ada di negara ini. Kita tidak boleh mendiskriminasikan kaum-kaum lain kerana ini akan membawa kepada kehancuran keamanan negara. Hal ini akan memudahkan anasir luar untuk memasuki Malaysia dan memperok- perandakan negara kita dan seterusnya menjajah negara kita.
Pada pendapat saya seseorang yang tidak mempunyai sikap patriotisme pula ditunjukkan dengan mereka menggugat keamanan negara. sebagai contohnya kumpulan Hindraf yang mengadakan rusuhan dan demonstrasi sebagai tanda protes mereka terhadap pentadbiran kerajaan. selain itu juga bersikap memperlekehkan lagu NEGARAKU, Jalur Gemilang juga antara sikap seseorang yang berjiwa patriotisme. ini kita dapat lihat melalui kes Wee Meng Chee(Namawee), iaitu seorang rakyat Malaysia, pelajar tahun akhir Universiti Ming Chuan, Taiwan yh tlh memperlekehkan maruah negara melalui isu kontroversi yg menghina,dan mempermainkan lagu kebangsaan. oleh itu semangat patriotisme haruslah ada pada setiap rakyat negara ini kerana tanpa semangat patriotisme bagaimana rakyat negara lain akan menghormati negara kita, kerana kita sendiri sudah lenyap sifat itu dalam diri. Patriotisme juga penting kerana dengan adanya semangat patriotisme kita akan dapat mengekalkan kedaulatan negara.Insya-ALLAH....

WAN SUHAIZA BINTI WAN IBRAHIM
95165 (SELASA 3-4)

Anonymous said...

"One Malaysia" Patriotisme.
Peristiwa semasa kecil semasa bersekolah di Padang Besar (U)Perlis. Saya tinggal bersama keluarga di Bandar yang bersempadankan negara Thailand. Jarak sempadan dari rumah cuma beberapa meter sahaja. Masa tu juga tidak ada tembok pemisah seperti sekarang. So, selalulah keluar masuk ke Pekan Siam. Satu ketika, ketika hendak menonton wayang di Pekan Siam, sebelum tayangan dimulakan, semua hadirin dimestikan berdiri untuk menghormati Lagu Rasmi Negara Thailand dan juga sebagai menghormati Raja Bumiphol. Sesiapa yang ingkar, boleh didakwa kerana tidak menghormati dan menghina negara.Bagaimana pula di Malaysia?
Seingat saya, masa sekolah waktu perhimpunan pagi, semua kena menyanyi Lagu "Negara Ku" hinggalah kini saya bekerja. Itupun nak menyanyi Lagi Negaraku hanyalah pada waktu tertentu sahaja. Kenapa tidak setiap hari, tidak kira dimana kita berada seperti di Universiti, Pusat Membeli Belah, Pawagam dan sebagainya Lagu Negaraku dimainkan sebagai pembuka minda rakyat Malaysia.yang ada cuma di Majlis Rasmi sahaja.
Semasa tanggal 31 hb Ogos setiap tahun, bila sampai waktunya masing-masing sibuk nak pacak, gantung, cat bendera Malaysia. Habis merdeka, tuinggulah tahun akan datang pula.
Saya masih ingat bila Team bolasepak MU mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, rata-rata penyokong yang fanatik memakai Jersi MU tanda kemegahan dan sokongan. Bila gol dijaringkan oleh Michael Owen, semua menjerit gembira..mana perginya semangat patriotisme Malaysia?
Selepas merdeka, kita dipisahkan dengan sistem pendidikan yang berbeza. Ada Sekolah Kebangsaan, SRJKC, SRJKT kononnya untuk memberikan kebebasan pendidikan sesama kaum. Sepatutnya dari awal lagi dah ada Sekolah Wawasan, Sekolah satu saliran, sukatan pelajaran dan pepereksaan yang seragam. Barulah boleh membentuk semangat Patriotisme dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Kalau nak bekerja, jangan ceburi bidang keselamatan kerana gaji dan imbuhannnya yang tidak setimpal. Berniaga lagi dapat duit dan buat untung yang banyak untuk mengejar kekayaan dan kemewahan. Biar orang lain yang tolong berjaga malam, kita jangan peduli. Hingga kini, pengawal keselamatan pun dah ramai warga asing. Mana perginya semangat Patriotisme Negara?
Patriotisme bukan sekadar lagu Negara Ku, bukan Jalur Gemilang tetapi sebenarnya patriotisme ditakrifkan dengan pelbagai persepsi. Sayangnya kitasuka mengukur patriotisme menggunakan alat pengukur kosmetik hingga kita lupa semangat patriotisme pada kaca mata yang lebih besar dan pada konteks yang lebih bermakna. Patriotisme adalah keperihatinan dan ketinggian perasaan seorang rakyat yang mahu segalanya yang terbaik untuk negaranya dalam semua bidang.
So, hidupkan semula semangat patriotisme untuk Negara Malaysia yang tercinta. Lagu "Setia" nyanyian Francesca Peter amat bermakna bagi diri saya untuk melambangkan keperibadian patriotik dalam diri saya.

Mohd Uzir bin Ismail I/14263
Kerja Sosial USM 98875

Anonymous said...

Patriotik ini bolah didefinisikan sebagai semangat 'kecintaan', Tidak kiralah samaada kecintaan kepada negara, keluarga, ibubapa atau sebagainya ianya bolah diandaikan mempunyai semangat patriotik. Dari segi maknanya, patriotisme membawa erti cinta dan rasa tanggungjawab terhadap negara dan bangsa. Menurut Prof. Ismail Faruqi rasa cinta dan tanggungjawab ini adalah suatu yang positif serta digalakkan oleh Islam, bahkan Islam telah menetapkan beberapa garis panduan untuk mencapai objektif patriotisme tersebut. Malah menurut pandangan Islam juga, berbakti kepada negara dan bangsa adalah suatu yang sangat dituntut. Menurut beliau lagi patriotisme yang dianjurkan oleh Islam jauh lebih baik dan hebat berbanding dengan patriotisme Barat. Tetapi perkataan ini sinonim dengan semangat cintakan negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa, dasar budaya dan sebagainya.
Semangat patriotik ini boleh diperlihatkan dengan pelbagai cara seperti menghormati lagu dan bendera Malaysia, mengiktiraf pejuang-pejuang terdahulu, melindungi negara ini dari sebarang ancaman dengan mengamalkan hidup bersatu padu dan sebagainya. Selain itu kita boelh tengok contoh-contoh lain seperti menyokong negara sendiri seperti membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia dan tidak membeli barangan luar negara. Selain itu juga, kita perlu bangga menjadi anak jati Malaysia dan berjuang mempertahankan negara kita.
Kelunturan patriotisme dapat dilihat pada tingkah laku, pendirian dan cara bertindak generasi muda. Mereka yang berjuang dan berhempas-pulas menegakkan tiang seri jalur gemilang hanya mampu menggeleng dan menitiskan air mata bila melihat belia pada hari ini tidak mempunyai sikap yang prihatin untuk terus mempertahankan kedaulatan negara. Antara contoh yang boleh kita lihat adalah seseorang itu sanggup memijak2 bendera Malaysia dan tidak menghormati perlembagaan Malaysia. Malahan, tanpa smgat patriotisme ini, seseorang itu tidak mengambil kisah ttg keselamatan negara dan tidak sanggup utk berjuang bg mempertahankan tanah air tercinta. Malahan, mereka juga tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin utk mempertahankan negara.

KHAIRUL AIZAT BIN MOHD YUNUS
94986

Anonymous said...

Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Pada pandangan saya , patriotisme ini merupakan satu perasaan yang cintakan tanah air, semangat patriotisme yang lahir didalam jiwa ini merupakan perasaan bangga terhadap tanah kelahiran sendiri. lebih kepada bersifat spiritual, rasa kecintaan yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa dewasa ini, kita dapati bahawa semangat patriotisme ini hanya wujud di dalam diri individu hanyalah pada bulan kemerdekaan sahaja. Pada tanggal 31 ogos setiap tahun, barulah masyarakat ada semangat patriotisme ni. Adakah semangat patriotisme ini hanya perlu ada dalam diri setiap individu pada bulan kemerdekaan sahaja?? Ini merupakan satu persoalan adakah kita mempunyai semangat patriotisme yang betul-betul ada dalam diri atau sekadar untuk merayakannya.

Kita dapati antara contoh yang paling jelas yang dapat kita lihat adanya semangat patriotisme dikalangan masyarakat ialah dengan mengibarkan jalur gemilang tidak kira lah di kereta, rumah , sekolah dan sebagainya menandakan perasaan bangga terhadap tanah air. Seseorang itu dikatakan mempunyai patriotisme yang tinggi apabila sanggup Mempertahankan tanah air daripada penjajah serta dicaci dan berasa bangga apabila Negara mencipta kejayaan.
Manakala sifat yang bukan patriolitik yang dapat kita lihat ialah rakyat sendiri sanggup membakar bendera Negara sendiri kerana perasaan marah dan menghina lagu kebangsaan sendiri menunjukan bahawa kurangnya sifat patriotisme dalam diri mereka. Yang jelas, patriotisme ini bukan melibatkan isu politik.

semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dalam kalangan anak-anak muda sekarang supaya mereka tidak terus lupa jasa dan pengorbanan pejuang lama yang telah sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka masa kini. Semangat tidak cintakan budaya sendiri dan tidak yakin dengan kemampuan bangsa menyebabkan mereka mudah terpesong dan mengagungkan budaya asing. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk , lambat laun perasaan cintakan negara akan terus lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka.

NIK AHMAD SHAHIR BIN NIK YAHYA
870715035223
95045
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

Anonymous said...

Patriotik ini bolah didefinisikan sebagai semangat 'kecintaan', Tidak kiralah samaada kecintaan kepada negara, keluarga, ibubapa atau sebagainya ianya bolah diandaikan mempunyai semangat patriotik. Dari segi maknanya, patriotisme membawa erti cinta dan rasa tanggungjawab terhadap negara dan bangsa. Menurut Prof. Ismail Faruqi rasa cinta dan tanggungjawab ini adalah suatu yang positif serta digalakkan oleh Islam, bahkan Islam telah menetapkan beberapa garis panduan untuk mencapai objektif patriotisme tersebut. Malah menurut pandangan Islam juga, berbakti kepada negara dan bangsa adalah suatu yang sangat dituntut. Menurut beliau lagi patriotisme yang dianjurkan oleh Islam jauh lebih baik dan hebat berbanding dengan patriotisme Barat. Tetapi perkataan ini sinonim dengan semangat cintakan negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa, dasar budaya dan sebagainya.
Semangat patriotik ini boleh diperlihatkan dengan pelbagai cara seperti menghormati lagu dan bendera Malaysia, mengiktiraf pejuang-pejuang terdahulu, melindungi negara ini dari sebarang ancaman dengan mengamalkan hidup bersatu padu dan sebagainya. Selain itu kita boelh tengok contoh-contoh lain seperti menyokong negara sendiri seperti membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia dan tidak membeli barangan luar negara. Selain itu juga, kita perlu bangga menjadi anak jati Malaysia dan berjuang mempertahankan negara kita.
Kelunturan patriotisme dapat dilihat pada tingkah laku, pendirian dan cara bertindak generasi muda. Mereka yang berjuang dan berhempas-pulas menegakkan tiang seri jalur gemilang hanya mampu menggeleng dan menitiskan air mata bila melihat belia pada hari ini tidak mempunyai sikap yang prihatin untuk terus mempertahankan kedaulatan negara. Antara contoh yang boleh kita lihat adalah seseorang itu sanggup memijak2 bendera Malaysia dan tidak menghormati perlembagaan Malaysia. Malahan, tanpa smgat patriotisme ini, seseorang itu tidak mengambil kisah ttg keselamatan negara dan tidak sanggup utk berjuang bg mempertahankan tanah air tercinta. Malahan, mereka juga tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin utk mempertahankan negara.

KHAIRUL AIZAT BIN MOHD YUNUS
94986

Anonymous said...

Salam satu school...

Patriotisme pada saya merujuk kepada rasa kecintaan yang tinggi dalam diri terhadap tanah air dan negara. Rasa kecintaan tersebut merupakan suatu perasaan kasih dan sayang yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan dan keberanian dalam menangkis segala tomahan yang dilakukan oleh anasir-anasir luar terhadap negara kita.

Patriotisme sebenarnya bukan sahaja merujuk kepada rasa cinta semata-mata, sebaliknya kita perlu mempunyai semangat dalam memberikan sumbangan untuk memajukan bangsa ,agama dan tanah air itu sendiri tidak kira dalam apa jua bentuk, asalkan ikhlas dan rasa bertanggungjawab untuk melakukannya.
Contoh seseorang yang bersemangat patriotisme boleh dilihat apabila seseorang itu boleh naik marah apabila negara mereka dipersendakan oleh masyarakat dunia dan bangkit menentang walaupun dalam apa jua cara meskipun terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang dan sebagainya.

Bagi orang yang tidak patriotik pula boleh dilihat kepada masyarakat di zaman penjajahan Jepun dahulu yang mana ada individu yang sanggup menjadi tali barut jepun yakni sanggup mengadaikan maruah negara semata-mata tidak ingin menanggung kesusahan.

MOHD HASSAN HILMY B. HASBULLAH
95015
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN

Anonymous said...

Patriotisme adalah semangat kita cintakan tanah air kita sendiri.Semangat cintakan tanah air ini merangkumi kesetiaan dan sentiasa yakin mempertahankan negara kita daripada terus dijajah daripada anasir-anasir yang negatif seperti peperangan,permusuhan anatara kaum,keruntuhan akhlak dan moral,permasalahan dalam politik dan sebagainya.Pemikiran setiap individu di negara ini haruslah bersikap tegas dan berpendirian dalam menjadikan semangat patriotisme ini tidak mudah hilang begitu sahaja.

Semangat patriotisme ini janganlah diungkap melalui kata-kata sahaja tetapi mesti melakukan perkara-perkara yang boleh mengekalkan semangat patriotisme dalam diri sehingga memberi kesan kepada kita untuk menjadi seorang rakyat yang benar-benar mencintai dan memperjuangkan negaranya sendiri.

Antara kesungguhan sebahagian rakyat Malaysia yang membuktikan mereka begitu patriotik dalam memperjuangkan negara ialah telah mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung Everest dan Kutub Utara, mengelilingi dunia secara solo dan menyeberangi Lautan Selat Inggeris. Mereka menunjukka semangat cintakan negara dengan sanggup mempertarungkan nyawa dan tenaga untuk memberi kesedaran kepada kita tidak mudah lupa akan perjuangan orang-orang terdahulu yang banyak bertarung nyawa untuk mempertahankan negara kita daripada terus dijajah.Malah perjuangan orang terdahulu mempunyai tahap patriotisme yang amat tinggi sehingga negara berjaya mencapai kemerdekaan dan kita mampu hidup kesenangan pada hari ini.

Maka kita perlu melakukan sesuatu yang mampu meningkatkan semangat patriotisme seperti mengibarkan Jalur Gemilang, tidak melakukan perkara yang negatif seperti mengedar dadah, merompak,rasuah,dan sebagainya.Malah membuang sampah merata-rata juga dianggap tidak patriotisme kerana mencemarkan negara sendiri dengan sampah sarap. Maka kita hendaklah sentiasa melakukan sesuatu perkara itu demi berlandaskan agama dan semangat cintakan negara kita sendiri.

NOR HARIDA BT ABDUL HAMID(95061)

Anonymous said...

patriotisme merupakan semangat kecintaan dan perasaan bertanggungjawab kepada negara dan tanah air yang lahir dalam diri individu. semangat patriotisme atau cinta kepada negara perlu ada dalam diri setiap individu. sejarah perjuangan para pemimpin dan prajurit-prajurit negara sebenarnya telah banyak mengajar kita tentang semangat patriotisme. sebagai seorang rayat kita perlu menyelami perjuangan mereka kerana dengan semangat patriotisme pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan dan mempertahankan maruah negara membolehkan kita pada hari ini menikmati kehidupan yang lebih aman dan makmur. oleh itu sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlu memelihara keamanan dan kemakmuran yang dicapai setelah sekian lama ini. semangat patriotik sebenarnya meliputi semua aspek kehidupan semangat cinta terhadap budaya bangsa, bahasa,menjaga perhubungan perpaduan antara semua kaum dan etnik tidak mengira agama. walaubagaimanapun semangat patriotisme dalam kalangan generasi hari ini semakin pudar kerana kelalaian dan keasyikan hidup yang senang. hal ini menyebabkan mereka lupa akan semangat kenegaraan yang perlu ada dalam diri . perpecahan dan sikap mementingkan diri sendiri mula timbul dalam kalangan rakyat di negara ini kerana mereka lupa bahawa tindakan itu sebenarnya mengancam kepada kemakmuran negara walaupun telah sekian lama merdeka. ketiadaan martaba diri dan mengagungkan budaya luar yang begitu sinonim dengan budaya barat menyebabkan warisan budaya bangsa Malaysia diabaikan. semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga negara dan semangat patriotisme haruslah terus utuh dalam diri setiap rakyat Malaysia.

MUHAMMAD ARIF B. AHMAD
(95039)

Anonymous said...

Apakah itu petriotisme???. Bagi saya,ia merupakan satu persoalan yang sering diperkatakan dan tidak asing lagi bagi kita terutamanya apabila tibanya hari kemerdekaan. Namun, akhir-akhir ini kita melihat senario masyarakat Melayu khususnya sebagai 'tuan' asal Malaysia bumi bertuah ini kelihatan luntur patriotisme. Persoalannya apakah patriotism??. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Bagi saya patriotisme ini merupakan semangat sayang dan cinta akan bangsa dan negara. namun, sukar untuk kita mengukur /menilai seseorang itu samaada patriotik ataupun tidak kerana maksud dan pengertiannya sangat luas.
Seseorang itu, perlu mempunyai semangat patriotisme bagi mempertahankan keamanan dan kedamaian negara yang tercinta. Perasaan cinta yang mendalam dalam diri seseorang akan membawa kepada semangat untuk mempertahankan negara, menjaga negara dan berusaha untuk membangunkan Negara. Hal ini penting bagi mengelak Negara daripada senang-senang diserang oleh musuh terutamanya keadaan ekonomi yang sedang melanda sekarang. Sebagai anak jati dan sebagai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersemangat mengekalkan keamanan dan kedamaian Negara supaya semua masyarakat dapat mencapai kesejahteraan hidup dengan sempurna. Semangat ini juga penting dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya kenangan pahit Negara yang pernah dijajah oleh penjajah tidak akan berulang lagi dan kenangan pahit yang dirasai oleh rakyat dahulu tidak akan berulang dan dirasai oleh kita semua dan generasi akan datang.
Akhir kata dari saya, Sebagai anak muda dan anak jati Malaysia semangat ini perlu dipupuk supaya tidak terus lupa jasa dan pengorbanan pejuang lama yang sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta untuk kebahagiaan dan keselesaan rakyat malaysia. Oleh itu, sebagai remaja juga ingat!! Patriotisme bukan hanya berlegar pada perkara kemerdekaan dan bendara sahaja, sekiranya kita betul-betul cinta akan Negara kita jauhilah diri daripada budaya barat yang sering membelenggu pikiran kita dan merosakkan pemikiran golongan muda sekarang dan agong-agongkanlah budaya kita dan belilah barangan buatan Malaysia ‘’pikir-pikir kanlah”
Suraiya bt Ahmad
95153
Selasa ( 3.00-4.00pm)

Anonymous said...

Apa itu patriotisme? Adakah kamu faham makna sebenar patriotisme? Saya ingin menjelaskan serba sedikit mengenai patriotisme. Patriotisme boleh didefinisikan sebagai sikap yang positif dan bertanggungjawab dalam menolong tanah air oleh individu dan kumpulan. Antara sikap indivdu yang patriotisme ialah bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, memelihara cirri-ciri bangsa dan dasar budayanya. Seperti yang kita tahu patriotisme juga berkait rapat dengan nasionalisme.
Patriotisme juga boleh digambarkan oleh seseorang individu yang sanggup mengutamakan kepentingan Negara berbanding dengan kepentingan sendiri dan kelompoknya. Contohnya seseorang individu sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri dalam peperangan., ini merupakan contoh individu yang mempunyai patriotisme dalam diri. Tugu Negara, hari bekas perajurit dan upacara peringatan merupakan salah satu contoh tipikal bagi patriotisme. Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik contohnya mempemerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai dan lain-lain cara untuk menyatakan kesetiaan kepada Negara di peringkat umum. Kebiasaannya tahap patriotisme yang ada dalam diri individu dan kumpulan sentiasa berubah-ubah sepanjang masa dan berbeza-beza dikalangan politik. Semangat patriotik lebih tinggi apabila Negara diancam oleh pihak luar. Sebaliknya tahap patriotisme yang tinggi selalunya digandingkan dengan sifat suka berperang, iaitu menurut Correlates of War. Sebagai contoh, patriotisme dikatakan pada tahap tinggi oleh Correlates. Semangat patriotisme digalakkan kerana ia akan menjamin ketahanan nasional. Ia juga dilihat sebagai satu-satunya tenaga yang mampu mempertahankan nagara daripada sebarang bentuk ancaman dan dengan itu memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan sesebuah Negara-bangsa.
Perkara yang menyebabkan semangat patriotisme semakin berkurang adalah seperti kehidupan yang terlalu mewah dalam kalangan generasi muda sehingga melekakan dan mengabaikan peranan mereka terhadap Negara. Kekurangan pengetahuan sejarah dalam kalangan generasi muda juga akan mengurangkan semangat patriotisme mereka. Kekurangan kesedaran dan kefahaman sejarah tidak akan membantu memupuk patriotisme dalam kalangan generasi muda. Seterusnya ialah pengaruh budaya global dalam kalangan generasi muda menerusi penggunaan pelbagai alat elektronik, hiburan, kegiatan seni, makanan dan minuman, bahan bacaan dari luar. Keadaan ini menjadikan mereka lebih global sehingga melupakan patriotisme. Patriotisme yang mempunyai kepentingan nasional terpaksa bersaing hebat dengan pengaruh global yang kuat dan semakin meluas ini. Akhir sekali ialah nilai-nilai kolektif yang semakin berkurangan seperti keperihatinan sosial, kejiranan, perpaduan, kerjasama, permuafakatan dan lain-lain. Kemajuan dalam kebendaan, budaya wang dan keghairahan kepada gaya hidup mewah menguatkan lagi sikap individualistik dalam kalangan remaja dan ini memberi kesan terhadap nilai-nilai kolektif dan patriotisme mereka.

SITI AISHAH BINTI MUSA
870202465092
95134
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN

Anonymous said...

-Apakah itu patriotisme???

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman.Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan,dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya supaya negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.

Patriotisme penting kepada Malaysia kerana ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional. Sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Patrotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri, roh dan jiwa dan sebagainya. Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Di zaman muktahir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.

-Contoh-contoh program atau aktiviti yang menunjukkan sifat patriotisme

a)Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Kepentingan PLKN sebagai perintis semangat patriotisme. Ia bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing dan berkarisma tinggi. Secara tidak langsung, ia merupakan satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme. Program ini dapat mengurangkan polarisasi dan merapatkan hubungan perpaduan dan memupuk semangat cinta kepada negara.

b)Dasar Pendidikan Kebangsaan

Semangat patriotisme boleh dipupuk kerana semua aliran sekolah menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu). Sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh berupaya melahirkan generasi patriotik. Kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988. Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

c) Sambutan Perayaan

Sambutan perayaan merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme. Majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak saudara dan sahabat handai bertemu. Persaan rasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara.

c)Hari Perpaduan

Hari Perpaduan disambut pada 16 september yang bertujuan memupuk dan meningkatkan semamgat patriotisme yang ada dalam diri kita. Oleh itu, rakyat perlu sedar dan mengingati tarikh keramat ini yang merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara. Hari Perpaduan yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada.

-Perkara yang bukan menunjukkan patriotisme

Kejadian yang bukan menunjukkan konsep patriotisme ini melibatkan unsur-unusr yang negatif. Kes yang jelas seperti timulnya isu peperangan antara sesebuah negara dengan negara lain. Kesan keadaan ini muncul keadaan hura-hara dalam kalangan masyarakat. Sekali gus semangat patriotisme tidak dapat diwujudkan dengan mudah tanpa sikap setia kepada negara.

Sekian,
terima kasih

NOR FARAH WAHIDA BINTI HAHARY
95060

Anonymous said...

Bagi pandangan saya, patriotisme semangat cinta akan sesuatu lebih daripada kepentingan sendiri. Semangat patriotik ini tidak hanya tertumpu kepada negara sahaja, malah perkara-perkara lain juga boleh dijadikan sebagai model untuk melahirkan semangat cinta dan sayang. Negara baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 pada 31 Ogos yang lalu. Melihat kepada semangat patriotisme, iaitu cinta akan negara, generasi hari seakan-akan hilang perasaan tersebut. Malah, diri saya sendiri pun semakin luntur akan perasaan itu. Hal ini kerana kita tidak menyelami perasaan sebenar kemerdekaan itu. Generasi hari ini terlalu manja dengan kesenangan dan kemewahan yang diperolehi hasil titik peluh generasi yang terdahulu. Mereka tidak merasai keperitan generasi terdahulu yang menggadaikan kepentingan sendiri demi mencapai sebuah kemerdekaan. Kesenangan dan kemudahan yang dimiliki hari ini menjadikan generasi kini semakin lupa dan alpa akan pengorbanan generasi terdahulu. Seharusnya setiap individu perlu menilai kembali sejauh mana tahap patriotisme yang wujud dalam diri masing-masing supaya dapat melahirkan generasi yang lebih bersemangat waja dan cinta akan negara serta sanggup berkorban demi kepentingan negara. Sama-samalah kita renungkan kembali sejarah lalu...

[NURUL AKMAL BINTI MOHD HASHIM]
[95105]

Anonymous said...

Patriotisme?? Apa yang ada pada patriotisme?. Terlebih dahulu saya ingin memberi pandangan tentang apa yang dikatakan patriotisme. Antaranya, mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan Negara, mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan Negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis, memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan, membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya, dan bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
Di zaman silam, patriotisme sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.
Namun pada zaman ini patriotisme dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah.
Selain itu semangat patriotism juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.
Penerapan dan penyuburan patriotisme juga wajar perlu merangkumi aspek kepintaran dan kebijaksanaan, kesetiakawanan dan kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian, disiplin dan patuh kepada undang-undang.
Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin menghasilkan sikap pandangan dan fahaman yang terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain, malah mempunyai sikap setia pada negara yg keterlaluan dan sikap yang terlalu ekstrem.
Patriotisme adalah juga sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Adakah kita semua sanggup berkorban demi bangsa dan Negara kita yang tercinta ini?. Bukan sahaja berperang dengan menggunakan senjata yang dimaksudkan berkorban demi Negara tetapi individu itu sendiri perlu berjuang dan berkorban tidak kira berada dalam apa jua keadaan sekalipun adalah perlu berkorban dan berfokuskan kesejahteraan hidup untuk bangsa dan Negara kita ini ‘Malaysia’. Contohnya, sebagai seorang pelajar, kita perlu belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk mencapai cita-cita tetapi perlu berjuang untuk mencapai keamanan rakyat dan negara pada masa akan datang jika terdapat anasir-anasir yang negatif yang perlu dihindarkan.
Tambahan pula, Patriotisme bukan sahaja perlu menyanyi lagu Negaraku dan Patriotisme bukan juga sahaja mengibarkan Jalur Gemilang tetapi patriotisme adalah keprihatinan dan ketinggian perasaan seorang rakyat yang mahukan segala yang terbaik untuk negaranya. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.

KHAZAIMAH BINTI ABAS
94988
KERJA SOSIAL, SAINS KEMASYARAKATAN,USM.

Anonymous said...

Patriotisme ini merupakan satu perasaan yang cintakan tanah air, semangat patriotisme yang lahir didalam jiwa satu merupakan perasaan bangga terhadap tanah kelahiran sendiri dan lebih ersifat spiritual, rasa kecintaan yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Makna patriotisme ini tetap tidak berubah, namun yang berubah hanyalah bentuk atau focus patriotisme itu mungkin berubah mengikut masa dan keadaan.
Bagi generasi yang melalui pengalaman yang berbeza, fokus patriotismenya mungkin juga berbeza, walaupun pada hakikatnya ia tetap berpaksi pada makna yang sama. Bagi generasi zaman penjajahan, fokus patriotismenya ialah memperjuangkan kemerdekaan. Selepas itu, fokus patriotisme ialah mengisi kemerdekaan.
bagi kita sebagai generasi selepas penjajahan, focus patriotisme kita adalah untuk mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi zaman penjajahan. Namun, yang menjadi persoalan sekarang adalah tahap patriotisme yang ada dalam diri setiap generasi masa kini. Patriotisme bukan hanya pada hari kemerdekaan sahaja. Semanagt patriotisme ini perlu ada dalam diri semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui semangat cintakan negara,namun dalam konteks sekarang, bukan bermakna kita perlu mengangkat senjata. Sebaliknya kita perlu berusaha untuk berjuang agar dapat membebaskan diri daripada penjajahan minda yang dilakukan oleh Barat secara halus. Selain itu, perasaan bangga menjadi anak Malaysia merupakan salah satu contoh patriotisme yang perlu ada dalam diri kita.
Bagi individu yang tidak mempunyai semangat patriotisme pula, mereka akan sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan rakyat negara ini dengan menimbulkan isu2 yang sensitive demi kepentingan peribadi. Ini menunjukkan bahawa tiadanya semangat patriotisme dalam diri mereka itu.

Nursyafawati binti Samsudin,
95102
ANSOS

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Pada pandangan saya, patriotisme adalah merupakan satu sifat yang cinta akan tanah air.
Daripada sifat tersebut maka akan lahirnya sifatnya kasih-sayang dan bekerjasama antara satu sama lain antara golongan rakyat tidak mengira jenis kaum dan bangsa serta agama.

Setiap masyarakat dalam sesebuah negara perlu menanamkan sifat patriotisme dalam diri masing-masing kerana sikap tersebut yang akan menaikkan keamanan serta kemakmuran dalam sesebuah negara serta akan mencerminkan tahap keperihatinan seseorang dalam sesebuah negara.
Tanpa semangat patriotisme sudah pastilah sesebuah negara itu akan mengalami kemusnahan da munduran dengan mudah tanpa dipertahankan oleh penduduknya.

Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadi seorang pencinta tanah air yang berdedikasi, seperti berbakti kepada tanah air sendiri dengan cara tidak bekerja di negara luar.ilmu yang ada boleh dikongsi dan dicurahkan kepada nusa dan bangsa di tanah air sendiri.
selain itu, masayrakat patriotisme juga haruslah sentiasa bersemangat jitu dan saling bekerjasama serta bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira agama dan kaum, dengan itu akan mengelakkan dari tercetusnya perpecahan atau perbalahan antara kaum.


Semangat patriotisme haruslah bermula pada diri masing-masing terlebih dahulu dan memahami erti sebenar semangat cintakan tanah air. semangat tersebut boleh dipupuk dari kecil kepada kanak-kanak oleh ibu bapa, guru serta masyarakat sekeliling tentang pentingnya semangat patriotisme untuk memberika kesedaran kepada mereka di masa akan datang.

Akhir sekali, diharap semua rakyat dapat bersatu padu dalam mengamankan negara dan dunia dengan cara saling bekerjasama dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya jangan membuat keputusan dengan terburu-buru dimana boleh mencetuskan kesan yang tidak baik kepadsa semua.Patriotisme akan wujud dalam diri masing-masing berdasarkan dengan kepekaannya terhadap kepentingan bersama.

sekian.terima kasih.

ROSLIEHA ROHAIDA BT. RAMLI
98958
3P/SOCIAL SCIENCE

Anonymous said...

Pada pandangan saya, patriotisme bermaksud semangat cinta, kasih, sayang, dan rasa tanggungjawab terhadap tanah airnya sendiri. Kecintaan terhadap negaranya membolehkan seseorang individu sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja demi negaranya melebihi kepentingan diri sendiri. Semangat patriotisme ini penting terutamanya demi menjaga keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan maruah negara.
Pemahaman dan pengertian patriotisme ini haruslah ditanam ke dalam minda kanak-kanak sejak dari kecil lagi supaya semangat patriotisme yang dilahirkan menjadi lebih utuh dan kesedaran mereka dibentuk sedikit demi sedikit. Semangat ini harus dibawa dan diterapkan dalam kehidupan seharian dan bukan hanya ditonjolkan semasa hari ulang tahun kemerdekaan negara sahaja. Masyarakat kini tidak seharusnya hanya tahu mengibarkan bendera di bulan kemerdekaan dan menyanyikan lagu Negaraku sahaja, tetapi haruslah sanggup mempertahankan negara daripada anasir-anasir luar, mengurangkan penggunaan barangan import, menyokong barangan buatan tempatan serta mengekalkan nilai-nilai baik untuk generasi yang akan datang. Seseorang yang tidak patriotik pula boleh saya katakan sebagai tidak mempunyai jati diri yang kukuh dan nilai baik yang sepatutnya ada pada seseorang manusia. Semangat patriotisme berperanan penting dalam kehidupan manusia walaupun semangat itu tidak boleh dilihat, tetapi ia boleh dirasa dengan hati.
Sebagai contoh, kemerdekaan negara kita pada tahun 1957 berlaku disebabkan wujudnya semangat patriotisme yang tinggi oleh pemimpin negara pada masa itu sehingga mendesak penjajah Inggeris keluar dari Tanah Melayu sehinggalah tertubuhnya Malaysia, sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat. Oleh itu, semangat patriotisme haruslah sentiasa dipupuk dan dipelihara. Ia juga perlu dihayati oleh semua kaum di negara ini. Keharmonian kaum dan toleransi beragama di setiap peringkat harus terus diperkukuh demi menjaga kesejahteraan bersama.

QAMARUL ILHAM BIN ABDULLAH.
(95121)

Anonymous said...

Salam…secara umumnya, Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria dan dalam bahasa Greek patris, oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara. Pada pendapat saya, Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.manakala, Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain). Pada pandangan saya, mengibarkan bendera itu adalah sesuatu yang simbolik saja Kita seharusnya menunjukkan semangat patriotisme bukan sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa. Orang boleh mengibarkan bendera bukan saja satu tetapi dua, tiga atau berapa sekali pun untuk menunjukkan rasa patriotismenya. Tetapi kepada saya patriotisme juga bermakna tidak membuang sampah merata-rata. Menyokong sukan neara.semangat akan cinta pada flora dan fauna. Begitu juga kita tengok bagaimana orang meletakkan kereta mereka sesuka hati di tepi jalan. Jalan yang empat lorong tinggal dua saja. Ini tidak patriotik dan bertentangan dengan kemerdekaan. Siapa yang memberi hak kepada mereka mengambil kawasan orang sesuka hati. Kepada saya, patriotisme juga bermakna mematuhi undang-undang yang ada. Yang membezakan masyarakat Malaysia dengan mereka di negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat atau Jepun ialah mereka mematuhi undang-undang. Secara umumnya setiap hari mereka hormat kepada undang-undang dan menjaga kebersihan. kita harus sedar bahawa keamanan yang selama ini kita kecapi tidak hadir dengan sendirinya.ianya hadir dengan semangat patriotisme yang wujud dalam diri pejuang-pejuang kemerdekaan.oleh itu,kita haruslah menanam semangat patriotisme kepada generasi muda agar ,merera tidak lali dan leka dengan keamanan yang kita kecapi hari ini. Oleh itu, orang yang tidak patriotisme adalah orang yang sentiasa mahu menjatuhkan negaranya sendiri dari segala aspek. Sekian..
Siti noraini jusoh
95139

Anonymous said...

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan cintakan 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).

Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.


mohamad fareez bin husin
3P / sains kemasyarakatan
95006

Anonymous said...

Semangat patriotisme harus ada didalam diri seluruh warga Malaysia. Semagat patriotisme adalah 1 semnagat citakan negara,bangsa dan agama. Kita mestilah menyemai semangat ini agar terus mekar didalam hati serta tidak pupus dalam generasi akan datang.

Namun, semangat ini bukan hanya ada didalam diri tetap mestilah kita sedaya upaya untuk cuba mempertahankan negara daripada dijajah sekali lagi oleh bangsa asing. Kita dapat lihat bahawa kini negara telah banyak dipengaruhi dengan budaya barat. Remaja makin terjebak dengan masalah sosial.

Oleh yang demikian, kita haruslah berganding bahu untuk menyelamatkan remaja yang makin hari makin terjebak dengan gejala sosial ini. Jika semangat Patriotisme masih mengalir didalam diri, marilah kita pertahankan negara, bangsa dan agama kita. Semangat yang berkorbar-korbar tidak harus padam didalam diri.

NORSHUHANA BINTI ISMAIL
95067
KERJA SOSIAL

Anonymous said...

Patriotisme boleh diertikan sebagai semangat dan mencintai yang tidak berbelah bagi serta sanggup menabur segala jasa bakti kepada negara. Namun, semakin rancak menuju globalisasi, adakah masyarakat kita semakin patriotisme? Patriotisme adalah semangat kekitaan dan kemasyarakatan yang harus disemat dan dipraktikkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya.

Patriotisme adalah mempertahankan hak, kedaulatan negara, dan kekuasaan masyarakat dalam memastikan semua bangsa di negara ini akan selamanya kukuh dan bersatu padu tanpa mempunyai sikap individualistik yang dapat meruntuhkan benteng perpaduan, keamanan dan keselamatan negara kita.

Sebagai contoh, patriotisme sangat penting diterapkan dalam semua masyarakat terutama generasi muda yang merupakan generasi pelapis yang memainkan penting dalam menentukan hala tuju dan jatuh bangunnya negara di masa akan datang. Jika generasi ini masih alpa, terlalu hanyut dibuai kemodenan, lupa akan tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa, dan negara, tidak mustahil negara kita akan kembali ke zaman penjajahan, malah kemungkinan lebih menakutkan.

Oleh itu, nilai patriotisme seharusnya disemai, diabadi dan dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat. Jangan hanya mengadakan sambutan besar-besaran hari kemerdekaan, berhibur di sana sini, menjerit melolong sehingga pecah anak tekak tetapi bila ditanya "apakah sumbangan anda kepada negara?", mereka hanya pandai tersenyum menunjukkan senyuman yang "basi".

NAMA :NOOR HIDAYAH ARIS
(95051)

Anonymous said...

Patriotisme tidak dapat diukur, dilihat dan dipegang. Hal ini demikian kerana semangat tersebut tersembunyi dalam jiwa dan diri masing-masing. Patriotisme bukanlah maksud dengan kita menyanyi lagu negaraku, mengibarkan jalur gemilang membolehkan kita dianggap mempunyai semangat patriotisme ataupun perasaan yang bersungguh-sungguh cinta dan sayang kepada tanah air tumpah darah kita ini. Ia adalah sesuatu yang abstrak . Kebiasaan contoh asas yang kita tahu tentang patriotisme ialah kemerdekaan. Patriotisme ialah semangat yang berkobar-kobar cinta akan tanah air. Masyarakat kini kurang mengenal semangat patriotisme ini. Apa yang dikatakan kurang kenal dengan semangat patriotisme ini ialah masyarakat kini tidak kisah mengenai perkara ini. Semangat ini tidak ditanam dalam jiwa terutama anak-anak muda yang akan menjadi pelapis kepada pejuang-pejuang terdahulu.
Hal ini disebabkan oleh arus pemodenan yang menyebabkan kebanyakan masyarakat lebih mengejar kesenangan tanpa mengambil kira semangat patriotisme yang ada pada masyarakat sebelum kemerdekaan. Contoh patriotisme ialah mendidik anak-anak supaya menanamkan semangat jati diri dan patriotisme supaya mereka tidak pengaruh dengan budaya luar yang akan menghilangkan identiti rakyat negara ini. Melalui pendidikan awal ini, ia akan dapat membendung mereka daripada terpesong. Selain itu juga, perpaduan. Walaupun kita semua hidup berbagai kaum di Malaysia, kita perlu berkerjasama serta bertolak ansur bagi menjaga keharmonian negara. Melalui perpaduan yang ada ini, kita akan menjadi lebih kukuh dan cinta akan tanah air. Kita juga perlu memberi sokongan kepada barangan atau produk buatan Malaysia. Melalui sokongan yang padu diberikan, hal ini dapat meningkatkan mutu produk negara ini melalui sokongan masyarakat negara ini. Sekian.

EMI NOREMI BINTI RAZALI
94966
SK- USM-

Anonymous said...

Patriotisme??? mungkin sesiapa yang di tanya tentang patriotisme akan terus teringat pada bendera, lagu-lagu patriotik dan sambutan ambang merdeka... soalnya di sini ialah adakah setakat itu sahaja fahaman anak-anak muda zaman sekarang tentang sifat-sifat patriotik dalam diri??? kadang-kadan itulah yang di fikirkan oleh saya... bukan sebab tidak menghargai semangat patriotik tetapi mungkin kami anak muda generasi sekarang tidak mengambil peduli tentang semangat itu kerana tidak mengalaminya... tapi sekarang saya sedar bahawa semangat patriotisma itu penting dalam diri kita, andai kita sayang pada bangsa dan negara kita.. saya melihat nilai-nilai patriotisma sekarang dipandang remeh oleh anak muda masa kini kerana mereka menyalah ertikan erti kemerdekaan, patriotisme, dan sebagainya...

Sebenarnya patriotisme ialah sifat untuk mengenal diri dan mencintai bangsa dan negara... kita perlu bangga menjadi rakyat Malaysia khususnya. selain itu kita juga perlu berasa megah kerana memiliki rakyat yang sanggup untuk berjuang untuk menyelamatkan tanah tercinta dari di dimiliki oleh penjajah... pada masa sakarang andai kita tidak berjuang di medan perang kita juga perlu ada sifat patriotisme dalam diri... menghargai malaysia, bendera negara, memgingati hari kemerdekaan, menghargai dan menjaga kebebasan yang ada juga sudah cukup baik dari kita mencemarkan maksud patriotisma itu sendiri...

kita dikatakan tidak patriotisma jika kita membakar bendera, memperolok-olokkan lagu negara, mencemarkan nama baik malaysia pada mata dunua, menjadi tali barut pihak luar, memdedahkan rahsia negara dan sebagainya...

kita perlu memahami dan menghargai usaha kerajaan untuk memajukan malaysia. bersemangat untuk produktif untuk kemajuan bangsa dan negara juga boleh dianggap memiliki sifat-sifat patriotisme dan bukan hanya mengibarkan bendera semata-mata pada hari kemerdekaan...

sesiapa juga ada sifat patriotisme dalam diri mereka dan terpulang kepada individu untuk menghargainya... sekian terima kasih.....:-)

Nama: Mazaratul Fadhiah binti Abdul Hamid
No. Matrik:95004
pusat pengajian sains kemasyarakatan (PPP)

Anonymous said...

Tanggal 31 Ogos 2009, seluruh warganegara Malaysia akan menyambut
hari kemerdekaan yang ke-52. Maka terdengarlah laungan kemerdekaan
rata-rata tempat termasuk di corong-corong radio, televisyen.
Kibaran jalur gemilang kelihatan di sana-sini mencerminkan seolah-olah semangat yang tidak pernah
luntur dalam menyambut ketibaan hari yang dianggap keramat ini. Dari
berbagai bangsa dan keturunan akan menyambut hari kemerdekaan ini.

Berbagai agenda disusun dengan mencari berbagai-bagai formula untuk
membangktikan semangat patriotisme di kalangan generasi sekarang.
Antara objektif yang diutarakan ialah untuk membangkitkan bangsa ini
supaya setanding dengan bangsa-bangsa lain dalam menuju wawasan ke
arah negara maju.
Patriotisme dari segi bahasa dapat diertikan kecintaan kepada tanah
air. Dari segi istilah yang mendalam boleh mambawa maksud, "ikatan
yang timbul dari perkongsian hidup bersama dalam suatu wilayah
tertentu dan tidak bergerak keluar dari situ". Ketika ini naluri
mempertahankan diri sangat berperanan dan
mendorong mereka untuk mempertahankan wilayah yang mereka duduki,
iaitu tempat mereka hidup dan bergantung untuk kelangsungan hidup
mereka. Ikatan (semangat) ini muncul tatkala adanya ancaman dari
pihak luar yang hendak menyerang atau menaklukkan suatu negeri. Akan
tetapi ketika pihak asing tersebut dapat dilawan atau diusir, maka
hilanglah kekuatan ini.

Patriotisme secara umumnya membawa maksud kecintaan dan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap negara dan mempunyai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.
Patriotisme adalah langkah dalam melahirkan masyarakat beradab dan mampu menangkis cabaran dari dalam dan luar yang ketika ini semakin meruncing. Kemunculan semangat patriotisme berpunca daripada asal usul peradaban manusia itu sendiri, manusia hidup berkonflik bertujuan untuk mencapai keperluan asas.
Kewujudan konflik seterusnya menimbulkan kesedaran bagaimana untuk menguruskan konflik, dewasa ini pengurusan konflik lebih mencabar khususnya dalam dunia di era globalisasi. Kepincangan dalam pengurusan konflik secara tidak langsung akan memberikan impak yang boleh memecahbelahkan sesuatu masyarakat majmuk. Oleh demikian, semangat patriotisme dilihat menjadi pemangkin kepada pengurusan konflik bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin mampu memecahbelahkan masyarakat.

Contoh yang paling nyata, dapat dilihat bagaimana generasi sekarang.
Realitinya memang terjadi. Seolah-olah ianya hanya sekadar satu
upacara tanpa membekas dalam jiwa. Atau tidak keterlaluan jika
dikatakan itupun jika dipaksa atau disuruh. Malah hanya sekadar
untuk berseronok dalam menyambut erti istilah ini dengan diadakan
berbagai-bagai pesta dan festival.

Semangat patriotisme memang tidak dapat dinafikan, merupakan fitrah
dalam diri manusia dalam mempertahankan diri dan tanah air (wilayah
yang diduduki). Ikatan ini juga terdapat dalam dunia haiwan dan
sentiasa emosional sifatnya.

Berdasarkan hal tersebut, dapatlah diertikan bahawa ikatan ini tidak
dapat membawa manusia menuju kebangkitan dan kemajuan berdasarkan;
nilai ikatannya yang rendah, sentiasa bersifat emosional dan
sementara dan sentiasa berpeluang untuk berubah-ubah, iaitu hanya
ketika adanya ancaman, maka tidak sesuai untuk dijadikan asas
perpaduan yang berterusan. Sebenarnya yang perlu dicari adalah
ikatan yang sentiasa mengikat manusia sebilang masa, samada keadaan
damai atau diceroboh.


ALWI B.CHE HUSSEIN
94949
MAJOR KERJA SOSIAL

Anonymous said...

Pada pandangan saya patriotisme merupakan semangat cintakan negara dan tanah air dengan mempertahankan agama, bangsa, budaya dan sebagainya dari dijajah oleh penjajah mahupun penjajahan minda. Sikap patriotisme juga menggambarkan bahawa seseorang individu tersebut patuh dan taat kepada negara dan juga undang-undang yang tertakluk kepada warganegara. Dengan adanya semangat kecintaan terhadap negara kita akan dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan merdeka daripada sebarang unsur-unsur negetif contohnya seperti konflik perkauaman yang muncul daripada sesuatu kaum itu sendiri.

Lazimnya, apabila membincangkan tentang patriotisme, kita akan mengaitkan pemikiran kita kepada askar-askar dan pemimpin-pemimpin yang pernah mengorbankan nyawa dalam peperangan mempertahankan negara sahaja. Namun begitu bagi saya semangat patriotisme bukan hanya mengenai askar-askar yang mempertahankan negara itu saja, malah kita sebagai warganegra yang masih berada di tanah air ini perlu mempertahankan dengan memberikan segala kudrat yang ada untuk mempertahankan negara.

Contoh semangat patriotisme yang boleh dilakuka oleh rakyat Malaysia adalah dengan membeli barangan buatan Malaysia dan kurangkan mengagungkan barangan daripada luar negra. Hal ini kerana barangan Malaysia hampir sama taraf kualitinya dengan barangan luar negara. Dengan membeli barangan buatan Malaysia kita akan dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara. contoh seterusnya adalah dengan mempromosikan sektor pelancongan dan juga budaya di Malaysia ke dunia luar. Masyarakat dunia boleh mengenali kehidupan rakyat Malaysia dengan lebih mendalam apabila datang ke melancong ke Malaysia. Setrusnya adalah dengan membawa slogan Malaysia Boleh dengan berani menyahut cabaran dan membuktikan Malaysia setanding dengan dunia luar.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan apa yang kita ada sekarang disii. Kita seharusnya mempertahankan nagara Malaysia yang kita cintai ini daripada penjajah yang mungkin akan memrosakkan Malaysia daripada keamanan. dengan adanya semangat patiotisme ini, Malaysia akan terus maju dan berjaya dipersada dunia.

Nadiah Binti Mohd Rahim
9042.

Anonymous said...

Secara lebih lengkap maksud patriotisme ialah cintakan kepada tanahair dengan kesanggupan untuk menumpahkan hati-budi kepadanya. konsep patriotisme itu selalunya berkaitan rapat dengan ideologi yang menjadi teras kepada sesebuah negara, contoh yang dapat dilihat adalah daripada nilai patriotisme yang ada dalam filem tempatan menerusi penggunaan bahasa Melayu dalam filem, sekali gus melambangkan filem itu ada unsur kecintaan kepada Negara selain itu, PLKN adalah kemuncak langkah kerajaan dalam memupuk patriotisme di kalangan belia.


MARLIANA BT MORDERRI
94997

Anonymous said...

Patriotisme bermaksud satu perasaan ataupun semangat cintakan bangsa dan negara. semangat ini merupakan satu semangat yang universal, dimana setiap idvididu mesti mempunyai perasaan seperti ini. namun ia bergantung samada semangat itu tinggi atau pun sebaliknya. patriotisme sangat penting kerana ia merupakan asas pembentukan keamanan, kemakmuran serta keselamatan dalam sesebuah negara.
semangat patriotisme ini boleh ditonjolkan melalui sikap kita sendiri. sebagai contoh, untuk memperingati hari kemerdekaan negara, kita selalunya mengibar jalur gemilang bagi menandakan semangat kita cintakan negara sendiri. seperti juga semasa kejohanan sukan yang berlangsung di luar negara, jalur gemilang sentiasa dibawa untuk membuktikan bahawa, kita adalah rakyat malaysia yang sentiasa memperjuangkan kehebatan malaysia di persada dunia.
sekian

HASLINA BT MD RAMLY
94974

Anonymous said...

Patriotisme pada saya adalah perasaan taat setia, tanpa kira apapun halangan dan cabaran. Sudah tentu bile menyebut patriotisme, saya kan teringatkan hari kemerdekaan. Agak sinonim kan... Memang sudah terang lagi bersuluh.. Saya sebagai anak Malaysia perlu taat dan patuh kepada tanah bumi yang subur ini.

Namun kini, anak muda generasi teknologi kian alpa dan lupa tentang patriotik. Seakan terdampar di dunia asing dan cuma tersedar apabila mengibarkan bendera ketika bulan Ogos. Malah, sanggup menunggu malam yang semakin larut semata-mata ingin melihat bunga api... pelik kan... tapi itulah kenyataan cara warga muda menunjukkan semangat patriotik.

Jika dilihat dalam kehidupan seharian, kita sememangnya perlu taat setia kepada ibu bapa, "lectures", bangsa, agama dan negara tercinta.... Istilah melambangkan seribu makna...

maka, jika ingin mengetahui maksud patriotisme dengan lebih lanjut, klik sahaja laman web wikipedia/Patriotisme.

petikan minda : NURFAEZAH MASKAN (95097)

Anonymous said...

PATRIOTISME?? PERKARA PERTAMA YANG SELALU KITA DENGAR APABILA MENYENTUH SOAL KETAATAN KEPADA NEGARA. MALAH, JIKA GOOGLE, YAHOO SAHAJA, AKAN KELUAR PELBAGAI DEFINASINYA.

PADA SAYA, PEMUPUKAN NILAI PATRIOTIK PERLU DISEMAI DALAM KALANGAN GENERASI MUDA. HAL INI KERANA PATRIOTISME ADALAH SEMANGAT MURNI, UNIVERSAL DAN BEBAS DARIPADA ELEMEN PERKAUMAN. MAKA, IA PERLU LAHIR DARIPADA NILAI-NILAI KASIH SAYANG SESAMA WARGA DAN KESETIAAN KEPADA NUSA DAN BANGSA.

PALING PENTING ADALAH SIKAP YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU IAITU SEMANGAT PATRIOTIK YANG LAHIR SECARA SEMULAJADI.

AHMAD FAIZEE MOHAMAD YUSOFF
(94941)

bananababe said...

Patriotisme merupakan semangat atau cinta kepada negara. Adakah semangat patriotik ditunjukkan dengan mengibarkan jalur gemilang semasa hari kemerdekaan? Apakah makna patriotisme?

Pada pendapat saya, pengibaran jalur gemilang semasa hari kemerdekaan pada masa kini seolah olah hanya ingin menarik perhatian orang ramai dan bukan betul-betul bagi tujuan kebangaan negara sendiri. Hari Kemerdekaan telah hilang maknanya. Sifat patriotisme boleh ditunjukkan bukan pada Hari Kemerdekaan sahaja tetapi pada setiap hari.

Makna patriotisme bukan sahaja dengan mengibarkan jalur gemilang. Sifat patriotik patut disemai di dalam jiwa setiap warga Malaysia. Tanpa mengira bangsa dan agama, setiap warga Malaysia hyarus bangga dengan megara sendiri dan mempertahankan negara sendiri apabila dicemur atau dicaci oleh orang lain. Contohnya, setiap rakyat patut berganding bahu untuk membangunkan negara sendiri dan tidak bersikap mementingkan diri.

Selain itu, rakyat Malaysia dapat menunjuikkan sikap patriotisme dengan menghormati segala simbol atau lambang yang mewakili negara kita. Contohnya, berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan dan menghormati raja dan pemimpin negara kita.

Kita juga boleh berasa bangga dengan keluaran barangan tempatan negara sendiri dan menyokongnya. Masyarakat pada waktu sekarang mementingkan jenama negara luar sehingga lupakan tentang barangan keluaran tempatan.

Jesslyn Yeap
98868

Anonymous said...

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa. Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.
contoh dapat dilihat adalah daripada segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi kemasyhuran bangsa Malaysia memenangi Hadiah Nobel, kejayaan menerokai angkasa lepas, memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang sains, teknologi dan perubatan, serta menjadi pemain global dalam semua bidang.

NUR HAYATI BT MOHAMED RADZI
95093

Anonymous said...

patriotisme adalah semangat yang murni,universal dan bebas dari sentimen perkauman. semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. lazimnya patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan,keikhlasan dan kesanggupan, dedikasi dan komitmen seseorang untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara  kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.matlamat semangat patriotisme adalah supaya perlembagaan.undang-undang,integriti,kemakmuran, keharmonian,perpaduan,keamanan dan kelangsungan negara tidak diganggu gugat oleh sesiapa.oleh itu patriotisme adalah sesuatu yang abstrak, ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.patriotisme juga membabitkan minda, sanubari dan naluri. ia juga membabitkan roh dan jiwa semangat dan keinsafan serta cinta dan kasih sayang.pada zaman dahulu, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.

NAMA: NOR SHAKIRAH BT MOHD SAKARINO MATRIK : 95066

Anonymous said...

Assalamulaikum w.b.t.
Apakah makna patriotisme? Pada pandangan saya, patriotisme bermaksud perasaan cintakan negara dan tanah air. Namun, pada masa kini makna tersebut telah mengalami perubahan. Patriotisme mungkin dilihat sebagai bagaimana seseorang yang merupakan kaum minoriti yang dapat mengadaptasi keadaan dengan kaum majoriti. Contohnya, dari segi makanan seperti roti canai yang merupakan makanan yang menjadi kegemaran ramai pada masa kini. Oleh itu, cara kita menunjukka rasa patriotisme juga mestilah berubah dengan cara menerapkan kepentingan mempelajari ilmu sejarah dan menetapkan nilai-nilai kerjasama bersama-sama kaum yang lain dalam menghadapi pelbagai rintangan seperti masalah ekonomi, politik dan sebagainya. Cara yang paling mudah ialah dengan mengibarkan jalur gemilang dan hendaklah menghormatinya walau dimana sahaja kita berada.

Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas,
NOORZIAH HANIM BINTI HARON,
95056

Anonymous said...

Patriotisme merupakan semangat cinta akan negara.Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Untuk rakyat Malaysia patriotisme bermaksud cinta akan negara Malaysia merakumi pelbagai aspek seperti ketaatan kepada raja dan negara, meghormati undang-undang dan tidak mengabai atau meletakan negara dalam kekacauan(membelot).

Patriotisme bukan saja seperti di atas dan sekadar mengibarkan bendera, melaung-laungkan kata-kata petriotik(spt merdeka) tetapi merangkumi semangat sayangkan bangsa iaitu bangsa Malaysia yang pelbagai agama, budaya dan warna kulit.

Akan tetapi patriotisme ada hadnya, selalu digunakan orang ertentu demi kepentingan.Malcolm X seorang pejuang kulit hitam Afrika-Amerika pernah berkata" Kita tidak boleh dibutakan oleh patriotisme sehingga mengabaikan realiti. Yang salah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya atau siapa yang mengatakannya". Ini jelas menunjukan patriotisme harus diteliti oleh semua dan tidak secara membabi buta sahaja kerana mungkin kita diergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.

Antara contoh semangat cintakan negara iaiah keberanian Sarjan Hassan, Leftenan Adnan berjuang bermati-matian demi keamanan negara. Mereka ini lah seorang petriotik yang benar-benar mencintai negara sehingga sanggup menggadaikan nyawa untuk agama, bangsa dan negara.

Antara lain, menyokong negara dengan membeli, menyokong ahli sukan negara dan banyak lagi. Ketika ini, ramai yang gemar membeli barangan luar negara kerana anggapan yang kurang jelas seperti mengganggap barangan luar(import) lebih berkualiti dan barangan negara tidak ada standard. Kita lihat sendiri, kini beberapa menteri-menteri kerajaan negeri (spt Terengganu)yang sanggup menolak penggunaan kereta nasional(Proton Perdana) kerana anggapan kereta ini kurang berkualiti dan membazir. Tetapi rakyat sendiri menggunakan kereta tempatan. Selain itu, lihatlah sokongan penyokong bola sepak tempatan yang sering menyindir pemain sendiri. Jadi?? Fikir-fikirkanlah..

MOHD SHAHRIL BIN BASIR
91900
MAJOR:- PENGURUSAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Anonymous said...

Nama: Siti Rogayah binti Sulong
No.Matrik: 95141

Apa itu patriotisma???? Mengikut pemahaman saya mengenai patriotisma ni ialah lebih kepada perasaan atau semangat cintakan sesuatu perkara atau benda dan selalunya dikaitkan dengan negara kita MALAYSIA. Semangat cintakan Malaysia!!..

Selain itu, patriotisma juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara atau tingkahlaku baik yang malambangkan perasaan kita terhadap perkara tersebut.

Patriotisma selalunya disebut-sebut menjelangnya hari kemerdekaan untuk membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara untuk mengenang jasa dan juga pengorbanan nenek moyang kita. Generasi muda seharusnya ditanam dengan semangat patriotisma supaya tidak menjadi golongan yang tidak mengenang jasa.

Antara yang boleh dijadikan contoh semangat patriotisma yang pernah saya lihat ialah menjaga nama baik negara, menjunjung tinggi bendera negara, institusi beraja dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan negara serta menjatuhkan nama negara.

Anonymous said...

patriotisme adalah satu sifat yang melambangkan semangat cintakan tanah air, selain itu, patriotisme juga merupakan satu perasaan bangga kepada negara sendiri.semangat patriotisme ini lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan kepada keadaan yang aman damai dan harmoni dalam sesebuah negara. semangat cintakan negara ini boleh ditunjukkan melalui sifat mematuhi undang-undang, menyokong kerajaan yang memerintah dan sentiasa membantu negara untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi selama ini.
manakala sifat tidak patriotisme pula merupakan sikap tidak sayangkan negara dan membantah segala urusan negara. sebagai contoh sikap sesetengah aktivis politik yang sentiasa membantah undang-undang dan membuat huru-hara dalam negara. selamat hari merdeka

mohd noorfaiz bin sudin
95021

Anonymous said...

Patriotisme secara umumnya membawa makna rasa atau semangat cintakan negara. Semangat cintakan negara perlu ada bagi setiap warganegara kerana semangat ini akan mengekalkan keamanan dan kedamaian. Sebagai warganegara yang bertanggungjawap, kita perlu sentiasa menjaga nama baik dan maruah negara ini. Semangat patriotisme boleh ditunjukkan melaui pelbagai cara. Sebagai contoh dengan cara mengharumkan nama negara melalui pencapaian yang membanggakan dalam arena sukan. Jika kita lihat akan pengalaman negara lain, mereka menunjukkan rasa patriotisme sanggup berkorban harta dan nyawa demi negara. Pengalaman seperti ini telah kita lalui dahulu dan didapati bahawa semangat patriotisme orang dahulu sangat tinggi kerana rela berkorban harta dan nyawa demi memerdekakan negara dan mengekalkan kedamaian. Persoalannya, bagaimanakah semangat patriotisme generasi sekarang. Kita masih belum menerima ujian seperti dahulu. Oleh yang demikian, semangat patriotisme perlu disemai dan disuburkan agar perkara yang terjadi di negara lain tidak berlaku di Malaysia.

MOHD NIZAM B. SABLI
95019

Anonymous said...

Patriotisme dapat dipupuk kesan daripada perjuangan perajurit-perajurit negara yang terdahulu yang membangkitkan kesedaran kepada kita untuk bersama-sama berganding bahu mempertahankan negara. Selain itu, patriotisme dapat dilihat melalui usahasama kita sebagai rakyat Malaysia dalam menyambut hari kebangsaan di mana hari yang bersejarah itu disambut oleh semua peringkat umur tidak kira di peringkat sekolah, badan kerajaan dan bukan kerajaan turut bersama-sama melibatkan diri dalam meraikan hari yang menjadi titik tolak pembentukan negara di bawah jajahan sendiri sehingga terbentuknya SATU MALAYSIA pada hari ini di bawah pemimpin-pemimpin kita. sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa mempunyai rasa cinta akan negara kita bukan hanya di dalam bulan kemerdekaan sahaja namun ia perlu senantiasa wujud walau di mana saja kita berada. Hindari dari sifat yang cuba untuk mengganggugugat kemakmuran yang dikecapi pada hari ini agar negara dan rakyat berada dalam keamanan dan kedamaian. Insiden yang berlaku di negara lain yang menyebabkan keadaan huru hara , bunuh membunuh, dapat dijadikan tauladan kepada kita.


NOOR ALLAME BT AWANG
95046

Anonymous said...

Nama: Siti Rogayah binti Sulong
No.Matrik: 95141

Apa itu patriotisma???? Mengikut pemahaman saya mengenai patriotisma ni ialah lebih kepada perasaan atau semangat cintakan sesuatu perkara atau benda dan selalunya dikaitkan dengan negara kita MALAYSIA. Semangat cintakan Malaysia!!..

Selain itu, patriotisma juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara atau tingkahlaku baik yang malambangkan perasaan kita terhadap perkara tersebut.

Patriotisma selalunya disebut-sebut menjelangnya hari kemerdekaan untuk membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara untuk mengenang jasa dan juga pengorbanan nenek moyang kita. Generasi muda seharusnya ditanam dengan semangat patriotisma supaya tidak menjadi golongan yang tidak mengenang jasa.

Antara yang boleh dijadikan contoh semangat patriotisma yang pernah saya lihat ialah menjaga nama baik negara, menjunjung tinggi bendera negara, institusi beraja dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan negara serta menjatuhkan nama negara.

Anonymous said...

Nama: Siti Rogayah binti Sulong
No.Matrik: 95141

Apa itu patriotisma???? Mengikut pemahaman saya mengenai patriotisma ni ialah lebih kepada perasaan atau semangat cintakan sesuatu perkara atau benda dan selalunya dikaitkan dengan negara kita MALAYSIA. Semangat cintakan Malaysia!!..

Selain itu, patriotisma juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara atau tingkahlaku baik yang malambangkan perasaan kita terhadap perkara tersebut.

Patriotisma selalunya disebut-sebut menjelangnya hari kemerdekaan untuk membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara untuk mengenang jasa dan juga pengorbanan nenek moyang kita. Generasi muda seharusnya ditanam dengan semangat patriotisma supaya tidak menjadi golongan yang tidak mengenang jasa.

Antara yang boleh dijadikan contoh semangat patriotisma yang pernah saya lihat ialah menjaga nama baik negara, menjunjung tinggi bendera negara, institusi beraja dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan negara serta menjatuhkan nama negara.

Anonymous said...

Salam..Patriotisme bagi saya merujuk kepada perasaan cinta kepada Negara kita iaitu Malaysia. Segala perjuangan Patriot atau wira Negara perlulah diselidiki melalui Sejarah Kemerdekaan Negara. Sebelum kita mahu mengenali Patriotisme, sejarah Malaysia perlu dikuasai secara mendalam. Tokoh yang perlu kita ketahui iaitu "Bapa Kemerdekaan" iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj telah banyak berjuang mencapai kemerdekaan dari British diTanah Melayu.
Selain itu, semangat Patriotisma pada hari ini perlu diterjemahkan dengan perasaan yang kuat cintakan negara. Semangat cinta akan Negara dapat dijelaskan dengan menghayati Hari Kemerdekaan Negara iaitu pada 31 Ogos 1987. Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sahaja, tetapi perlu mendalami detik perjuangan, pejuang Negara suatu ketika dahulu seperti Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, Mat Saleh, Mat Kilau, Tok Janggut dan banyak lagi.
Segala pengorbanan dan darah tumpahnya kepada Negara perlu kita hayati pada setiap Tahun dalam mengenali Semangat Patriotisme. Sekian..Wassalam.

SALEHUDDIN BIN SAID
95126

Anonymous said...

Definisi Patriotisme ialah Patriotisme merupakan perasaan cinta akan negara atau tanah air dalam kalangan rakyat. Selain itu, patriotisme boleh disifatkan sebagai sifat-sifat positif mengenai tanah air yang diterapkan dalam diri setiap rakyat. Jika rakyat sesebuah negara mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, rakyat boleh hidup dalam keadaan yang harmoni, sejahtera, selamat, damai dan bahagia. ciri-ciri patriotisme boleh disifatkan sebagai berani dan sanggup berkorban untuk negara, bertanggungjawap menjaga keharmonian dan keselamatan negara, menjunjung nama baik negara dan menghormati Perlembagaan negara.
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk iaitu rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Sehubungan dengan itu, bagi menjaga perhubungan pelbagai kaum dan entik rakyat perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri dan mengamalkan konsep Integrasi sosial.
Rakyat Malaysia perlulah mengamalkan Integrasi sosial. Integrasi bermaksud menyatukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti sama. Ia perlu untuk keharmonian dan kesejahteraan. Integrasi boleh mewujudkan keselarasan antara norma perhubungan pelbagai tingkah laku. Selain itu juga, integrasi merupakan persetujuan pembentukan nilai yang dikongsi bersama. Setiap rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum dan entik boleh berkongsi pembentukan nilai-nilai murni dan saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, semangat patriotisme dalam diri setiap rakyat amatlah perlu bagi menjamin keharmonian sejagat.

Contoh Patriotisme ialah berdiri tegak ketika mendengar lagu Negaraku dimainkan. Hal ini bertujuan menunjukkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malysia. Selain itu juga, rakyat boleh mengibarkan bendera Malaysia bukan saja pada Hari Kemerdekaan bahkan pada hari-hari yang lain. Di samping itu juga, patriotisme boleh ditunjuk dengan menghormati Perlembagaan negara dan menghayati Rukun Negara. Hal ini bertujuan untuk menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara dan saling menghormati kepelbagaian setiap kaum dan etnik di Malaysia.
Selain itu, rakyat boleh menyambut Hari Kemerdekaan dengan menghayati perjuangan, jasa dan pengorbanan wira-wira negara.
Sanggup mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman yang boleh meruntuhkan sesebuah negara. Seterusnya,patriotisme boleh dilihat menerusi penyertaan rakyat dalam pertandingan-pertandingan seperti lagu, sajak, esei mengenai Patriotisme. Sehubungan dengan itu juga, unsur-unsur patriotisme diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sperti pertandingan membuat Folio dan Buku Skrap mengenai patriotisme dan sejarah negara.

Perkara yang bukan Patriotisme ialah demonstari jalanan. Perkara ini bukan semangat yang positif dan boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran sesebuah negara. Rakyat perlulah menggunakan saluran yang betul seperti melalui wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. selain itu juga, konflik yang berpanjangan dalam kalangan rakyat boleh membawa kepada pergaduhan dan perselisihan faham. Sabotaj negara juga bukan merupakan semangat patriotisme. Hal ini kerana sabotaj negara seperti memberikan maklumat-maklumat penting mengenai negara boleh menjatuhkan dan menjejaskan nama baik negara sendiri. Di samping itu juga, rusuhan dalam kalangan rakyat juga bukan merupakan patriotisme. Sesebuah negara yang mempunyai masalah rusuhan boleh membawa perkara-perkara yang negatif berlaku dan meninggalkan impak negatif terhadap rakyat dan negara yang mengalami rusuhan.

Nama : Wan Mohd. Habib Bin Wan Daud
No.Matrik : 90062
Major : Kerja Sosial

Anonymous said...

patriotisme adalah satu semangat sintakan tanah air. kunci kepada patriotisme ini ialah perpaduan. walaupun kita ialah rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan bangsa,kite tetap "satu" yang mana tetap diidentitikan sebagai warganegara Malaysia. dengan gelaran nama itu, secara langsungnya kita perlu ada semangat patriotisme ini. ia perlu ditanam kepada setiap lapisan masyarakat Malaysia, tak kira usia dan kulit. juga tidak kira status mahupun darjat kekyaan. semangat ini perlu dalam setiap ahli komuniti sebagai satu senjata perisai untuk melindungi cobaan anasir luar yang tidak diduga waktu kedatangannya. samuanya perlu dipupuk sama ada daripada pendidik kepada anak muridnya, daripada ibu bapa kepada anak-anaknya, daripada pengurus kepada staf-stafnya, daripada penjual kepada pelanggannya serta daripada pasukan pertahanan nagara kepada badan uniformnya dan juga nyawa yang dilindungi mereka.
semangat patriotik bukan sahaja semata mengibarkan jalur gemilang di ambang kemerdekaan, bersemangat melaungkan "merdeka" dan juga menghafal lagu-lagu patriotik tapi, dengan mengamati maksud setiap mesej yang ingin disampaikan. semangat cintakan tanah air atau patriotisme ini bukan sahaja fokus semata-mata dari segi pertahanan bagi mengelakkan serangan negara luar tapi adalah menguatkan negara dari segi ekonomi, sosial, politik dan yang paling penting, kebajikan setiap hli komniti tidak dilupa. hal ini demikian kerana tanpa 4 aspek utama ini, perpaduan tidak terbentuk dan dengan ini, secara langsung patriotisme itu sendiri tidak terbentuk. suara rakyat perlu diutamakan dan ditimbangtara bagi kepuasan semua. kurangkan konflik bagi pupuk semangat ini.


nurul akmar binti mohamad rosdi
95106

Anonymous said...

Patriotisme merupakan satu semangat cinta akan tanah air. Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa.

Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah.

Perbezaan patriotisme dahulu dan kini walau ada tetapi patriotisme tetap sama iaitu merupakan satu semangat cintakan tanah air. Pada zaman dahulu patriotisme dalam kalangan masyarakat adalah untuk menentang penjajah yang menjajah tanah air. Ini adalah untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Pada masa sekarang lebih kepada menentang penjajahan barat daripada segi minda dan pemikiran. Sebagai contoh, kini masyarakat lebih terpengaruh dengan budaya barat seperti cara pemakaian, cara pemakanan, berbahasa, dan banyak lagi.

Jelas pada saya patriotisme merupakan satu semangat cintakan tanahair, tetapi bezanya disini adalah cara dan bentuk yang praktikkan tentang patriotisme itu sendiri. Dahulunya semangat menentang penjajah melalui pengorbanan jiwa dan raga. Tetapi pada masa kini semangat tersebut hanya dihayati oleh segelintir masyarakat pada masa-masa tertentu sahaja dengan perarakan-perarakan, pengibaran bendera, perhimpunan-perhimpunan dan banyak lagi. Keadaan inilah yang jelas menunjukkan perbezaan antara patriotisme masa dahulu dan sekarang.
Mohd firdauz bahudin
98955

Anonymous said...

Patriotisme boleh didefinisikan sebagai sikap yang berbangga dengan pencapaian bangsa dan Negara serta mempunyai sikap sayang kepada Negara dan sanggup mempertahankan Negara daripada musuh. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan Negara berbanding kepentingan diri dan kelompok. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh bagi patrotisme ekstrem. Semangat Patriotisme ketika di ambang kemerdekaan lebih menonjol berbanding sekarang kerana tahap patriotisme sudah berubah mengikut masa dan keadaan.

Bagi saya, patriotisme adalah pelbagai dan bukan sahaja tertumpu kepada simbolik mengibarkan bendera, menyanyikan lagu negaraku atau menyemat pin pada baju atau beg yang bertulis patriotik atau patriotisme. Ia boleh jadi dalam bentuk tulisan seperti novel, rencana, buku, rencana dan sebagainya yang menggambarkan bahawa seseorang itu ialah patriotik. Selain bentuk penulisan, penyertaan juga merupakan satu bentuk patriotisme. Penyertaan secara sukarela dalam membangunkan Negara, memajukan Negara dan mengharumkan Negara juga boleh dilihat sebagai patriotisme.

Persoalannya, adakah generasi kini dilihat sebagai seorang yang patriotisme? Ada yang mengatakan ya dan ada yang tidak malah ada yang tidak tahu menjawabnya. Bayangkan jika Negara kita sedang menghadapi musuh yang besar, saya pasti ketika itu ramai yang bangkit menyokong atau mempertahankan Negara dan ada juga yang lari ke Negara lain kerana takut untuk bertempur dan menumpahkan darah. Saya tidak terkejut sekiranya hal ini berlaku kerana kemudahan komunikasi dan perhubungan memungkinkan segalanya.

Namun, kita tidak mahu semua ini berlaku. Jadi, selagi kita merasakan bahawa kita adalah anak bangsa yang merdeka hasil daripada perjuangan nenek moyang kita, maka kita harus mempunyai sikap patriotik dalam diri walapun sekecil kuman kerana yang kecil itulah yang menyelamatkan Negara apalagi yang besar semangat patriotismenya. Namun, perjuangan kini bukan terhad kepada peperangan memerangi musuh secara mengangkat senjata tetapi juga lebih meluas dan serangan luar ini dapat dilihat dari segi penghakisan budaya bangsa, bahasa malah agama juga turut terancam. Serangan secara senyap ini menghakis semangat patriotisme dalam diri generasi muda kerana terlalu mengagungkan sesuatu benda yang datang dari luar berbanding dalam Negara. Sikap inilah yang perlu dibendung supaya anak muda tidak lupa kepada asal usul mereka.

IMROATUSSHOLEHAH BTE MOHAMMAD SHOLEH (94976)

Anonymous said...

Patriotisme merupakan perasaan cinta dan sifat-sifat positif terhadap negara dalam kalangan rakyat. Patriotisme juga merupakan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara. Sesebuah negara yang rakyatnya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, rakyat boleh hidup dalam keadaaan aman, damai, harmoni dan keselamatan yang terjamin. Ciri-ciri patriotisme merangkumi sikap menghormati undang-undang negara, menjaga dan mengharumkan nama baik negara di mata dunia, bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keselamatan negara, berani dan sanggup berkorban untuk negara tercinta. Sebagai contoh, di Malaysia merupakan sebuah negara majmuk iaitu rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.
Semangat patriotisme penting dalam setiap kaum sangat penting bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara. Oleh sebab itu, rakyat perlulah mengamalkan konsep Integrasi sosial dan akomodasi. Integrasi ialah menyatukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti sama. Integrasi perlu diamalkan untuk tujuan mencapai keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Manakala Akomodasi pula merupakan penyesuaian satu keadaan apabila kelompok berkonflik bersetuju menghentikan konflik dengan mengukuhkan interaksi. Identity boleh diteruskan atas dasar tolak ansur, penerimaan ke atas perbezaan. Antara cara untuk mengurangkan konflik ialah kebebasan menggunakan pelbagai bahasa, agama, kepercayaan, menghormati perlembagaan Malaysia dan parti gabungan.
Contoh Patriotisme ialah menghormati Perlembagaan negara dan menghayati Rukun Negara. Hal ini boleh merapatkan jurang pelbagai kaum dan mewujudkan hubungan yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu juga, patriotisme boleh ditunjuk semasa rakyat sedang berdiri tegak ketika mendengar lagu Negaraku dimainkan. Seterusnya, rakyat menyambut Hari Kemerdekaan dengan menghayati jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh wira-wira negara. Di samping itu juga, media-media masa boleh memaparkan kisah-kisah mengenai patriotisme supaya rakyat sedar betapa pentingnya patriotisme. Patriotisme yang dipaparkan melalui media boleh memberikan kesedaran mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat. Selain itu, patriotisme boleh dilihat menerusi sikap sanggup mempertahankan negara daripada anasir-anasir jahat yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
Perkara yang bukan Patriotisme adalah seperti peperangan, rusuhan, demonstrasi jalanan, konflik berpanjangan di antara rakyat, pergaduhan dan perselisihan faham sehingga menimbulkan sengketa. Peperangan dan rusuhan dalam sesebuah negara boleh memberikan kesan-kesan negatif kepada rakyat dan negara. Selain itu juga, demonstrasi jalanan dan konflik yang berpanjangan dalam kalangan rakyat boleh menjejaskan keharmonian, keselamatan dan nama baik sesebuah negara.
Oleh sebab itu, semangat patriotisme amatlah penting bagi menjamin keselamatan dan keharmonian sejagat. Dengan adanya semangat patriotisme, rakyat boleh hidup dalam keadaan yang sihat dan selamat.



Nama : Roseline Nana Anak Chabuk
No.Matrik : 95124
Major : Kerja Sosial

Anonymous said...

Pada pandangan saya patriotisme adalah satu semangat atau perasaan di sanubari yang teramat sangat pada negara . Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara.Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa.Cinta dan setia kepada negara.Dedikasi yang tinggi kepada negara.Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya. Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.
Contoh patriotisme adalah apabila negara kita diancam seperti yang telah dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia terhadap rakyat Malaysia melalui ‘ganyang Malaysia’. Segelintir masyarakat Indonesia tersebut begitu memarahi rakyat Malaysia. Ini adalah kerana masalah mengenai tarian kebudayaan. Ini jelas menunjukkan semangat patriotisme rakyat Indonesia terhadap negaranya. Selain itu, patriotisme juga dapat dilihat dengan memilih untuk menggunakan kereta nasional proton berbanding kereta buatan luar.
Contoh bukan patriotisme pula adalah tidak cintakan negara seperti pada masa sekarang sikap sesetengah pelajar Malaysia di luar negara yang tidak mahu berbakti di tanah air sendiri dengan bekerja di tempat orang. Mereka diibaratkan mencari hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Dzulkifli Mohd Khadiri
98865

Anonymous said...

Patriotisme membawa maksud sifat-sifat yang positif oleh masyarakat terhadap negara dan bangsa tetapi ia juga boleh menjadi sebaliknya.Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya . Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza dalam kalangan komuniti politik .Ia bukan melihat pada kecintaan kita kepada negara semata-mata dengan segala bentuk perjuangan tetapi ia juga melihat dari konteks persekitaran kita dalam era globalisasi. Patriotism mengkehendaki pendamaian yang positif iaitu adanya kerjasama dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,bangsa atau agama. Patriotism yang sebenar tak akan wujud jika masyarakat masih berbelah bagi ironisnya pada zaman moden ini. Contoh patriotism ialah kita menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang ingin memajukan negara, menyumbang kea rah kemakmuran negara dan mempunyai nilai-nilai yang murni bukan hanya kibaran bendera dan laungan semangat sahaja. Manakala bukan patriotism pula dilihat pada sudut masyarakat yang terlalu taksub pada patriotism itu sendiri sehingga boleh menggangu ketenteraman awam seperti peperangan dan pergaduhan. Penagih dadah,perompak juga bukan dilihat sebagai patriotism kerana sanggup menghancurkan diri dan negara.

nurhidayah bt marzuki@yahaya
95098

Anonymous said...

Patriotisme (dari perkataan patriot) bererti perasaan dan sifat-sifat mencintai dan bersedia mempertahankan tanahair (tanah tumpah darah, watan).
Patriotisme bukan sekadar mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan. Ia juga tidak sekadar beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi dengan gaya segak dan wajah yang serius. Ia suatu komitmen, suatu perasaan mendalam, suatu semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan.

 

Dalam konteks masa kini, patriotisme boleh kita tafsirkan sebagai sikap, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan sebagainya.
Seseorang yang patriotik sangat prihatin terhadap untung nasib negaranya. Dia akan mudah tercuit dengan sebarang bentuk ancaman atau tindakan yang seakan memperlekehkan negaranya dan mudah terpanggil untuk bertindak balas atau melakukan sesuatu.
Patriotisme atau sifat patriotik juga harus merangkumi usaha-usaha yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan manusia seperti penerokaan dan perkembangan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, model dan kaedah-kaedah pembangunan, kerukunan hidup (seperti perhubungan etnik dan ras), keadilan sosial, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Patriotisme digalakkan kerana ia menjamin ketahanan nasional. Ia juga dilihat sebagai satu-satunya tenaga yang mampu mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman (dari dalam dan luar negeri) dan dengan itu memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan sesebuah negara-bangsa.Patriotisme diperlukan untuk ketahanan nasional dan menjamin kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa.

 

Kini, oleh sebab pelbagai faktor membantut percambahan dan perkembangan patriotisme khususnya di kalangan generasi muda, maka patriotisme semakin mendapat perhatian luas masyarakat. Ia malahan suatu tuntutan nasional yang mendesak. Pelbagai idea dan rancangan diwujudkan untuk memupuk patriotisme.Patriotisme bukan persoalan kecil, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara-bangsa yang baru cuba bertapak dan tegak berdiri di atas dekad dan keyakinan sendiri. Di samping berusaha memupuknya dengan berbagai-bagai cara, langkah-langkah berterusan perlu dibuat bagi mencapai tujuan patriotisme, yakni memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa.

 

SYAZWANI BINTI DRANI
98963
MAJOR: KERJA SOSIAL
 
 

Anonymous said...

Patriotisme (dari perkataan patriot) bererti perasaan dan sifat-sifat mencintai dan bersedia mempertahankan tanahair (tanah tumpah darah, watan).

 

Patriotisme bukan sekadar mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan. Ia juga tidak sekadar beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi dengan gaya segak dan wajah yang serius. Ia suatu komitmen, suatu perasaan mendalam, suatu semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan.Dalam konteks masa kini, patriotisme boleh kita tafsirkan sebagai sikap, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan sebagainya.
Seseorang yang patriotik sangat prihatin terhadap untung nasib negaranya. Dia akan mudah tercuit dengan sebarang bentuk ancaman atau tindakan yang seakan memperlekehkan negaranya dan mudah terpanggil untuk bertindak balas atau melakukan sesuatu.Patriotisme atau sifat patriotik juga harus merangkumi usaha-usaha yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan manusia seperti penerokaan dan perkembangan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, model dan kaedah-kaedah pembangunan, kerukunan hidup (seperti perhubungan etnik dan ras), keadilan sosial, keamanan dan kesejahteraan sejagat.Patriotisme digalakkan kerana ia menjamin ketahanan nasional. Ia juga dilihat sebagai satu-satunya tenaga yang mampu mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman (dari dalam dan luar negeri) dan dengan itu memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan sesebuah negara-bangsa.Patriotisme bukan persoalan kecil, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara-bangsa yang baru cuba bertapak dan tegak berdiri di atas dekad dan keyakinan sendiri. Di samping berusaha memupuknya dengan berbagai-bagai cara, langkah-langkah berterusan perlu dibuat bagi mencapai tujuan patriotisme, yakni memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa.

 
SYAZWANI BINTI DRANI
98963
MAJOR: KERJA SOSIAL
 
 

Anonymous said...

Dalam kemeriahan kita membuat persediaan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun hampir kita terlupa apakah erti kemerdekaan pada kita. Paling malang kita tidak tahu apa erti patriotisme.

Pelbagai cara telah dibuat bagi menggambarkan patriotisme sebagai contohnya ialah mengibarkan jalur gemilang dan sebagainya. walau bagaimanapun hampir saja kita terlupa menganai meksud patriotisme itu sendiri.

Perkataan Patriotisme berasal daripada perkataan Greek iaitu 'patrioties' bermakna rakan senegara dan 'patrice' bermakna tanah air kita, jadi ai membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Manakala menurut Kamus Dewan edisi ke tiga, halaman 987 pula mendefinisikan patriotisme sebagai perasaan cinta yang kuat pada tanah air, persoalannya kini, apakah patriotisme kepada kita.

pada saya patriotisme ialah rasa cinta pada negara, selain itu seorang yang patriotik seharusnya berasa bertanggungjawab terhadap apa saja yang berkaitan dengan kebajikan negara. Pada masa yang sama harus sanggup berjuang demi negara. Dalam konteks generasi kini, mempersiapkan diri dengan kelengkapan intelektual yang tinggi lengkap dengan pembangunan rohani dan jasmani yang seimbang adalah perlu kearah membina masyarakat yang cinta pada negara.

Nama : Siti Khadijah Binti MOhd Yusof
No Matrik : 98961

Anonymous said...

pada pendapat saya, patriotisme merupakan sikap positif dan menolong tanah air yang dilakukan oleh individu atau sesebuah kumpulan. ia meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri budaya bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.
bagi saya, adalah penting bagi setiap individu untuk mempunyai semangat nasionalisme dalam diri masing-masing. hal ini bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara untuk selama-lamanya. kita seharusnya berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Malaysia selama ini dan adalah diharapkan pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan oleh generasi pada masa akan datang.
saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia....

LISA BINTI ARIF,
94990.

Anonymous said...

maksud patriotisme adalah cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia.

bagi saya, semangat patriotisme itu lahir dalam diri apabila kita dilahirkan sebagai rakyat malaysia. saya berbangga kerana telah dilahirkan sebagai rakyat malaysia, yang berbilang kaum dan unik dimata dunia. bagi saya, semangat patriotisme ini saya wujudkan melalui kibaran "jalur gemilang" yang megah itu di sana sini.

semasa hari kemerdekaan yang lalu, saya juga turut serta bersama-sama untuk mengibarkan bendera jalur gemilang kita di dalam bilik saya. itu menendakan yang saya amat mencintai negara Malaysia ini. malah, saya juga dapat lihar ramai rakyat yang turut mengibarkan bendera malaysia sebelum hari kemerdekaan berlangsung.

saya juga dapat merasakan hari kemerdekaan akan disambut biasayna bermula pada 16 ogos sehingga ke 16September setiap tahun. saya juga telah lahir dalam bulan kemerdekaan, jadi secara tidak langsung saya juga turut merasakan kemeriahan sebelum menyambut kemerdekaan itu. semangat cinta kana negara Malaysia sudah wujud dalam diri saya sejak kecil lagi, samaada dipraktikkan di sekolah, mahupun dirumah atau kawasan kejiranan.

saya berasa bangga apabila laungan "merdeka" dilaungkan beberapa kali menandakan negara kita telah merdeka. saya menyayangi negara Malaysia kerana saya takut untuk negara ini akan dijajah semula. saya sangat berbangga dengan perwira negara pada masa dahulu kerana sanggup mengorbankan nyawa demi negara dan bangsa yang tercinta.

semangat partiotisme ini harus diterusakan dan diamalkan oleh semua rakyat malaysia agar satu masa nanti negara kita akan maju seiring dengan peredaran zaman dan terhebat di mata dunia tanpa peperangan.dengan 1 Malaysia yang telah diwujudkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak saya berharap semoga ia berjaya selamanya.


oleh:
siti zarina binti md yunus
95148

Anonymous said...

Nama: Siti Rogayah binti Sulong
No.Matrik: 95141

Apa itu patriotisma???? Mengikut pemahaman saya mengenai patriotisma ni ialah lebih kepada perasaan atau semangat cintakan sesuatu perkara atau benda dan selalunya dikaitkan dengan negara kita MALAYSIA. Semangat cintakan Malaysia!!..

Selain itu, patriotisma juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara atau tingkahlaku baik yang malambangkan perasaan kita terhadap perkara tersebut.

Patriotisma selalunya disebut-sebut menjelangnya hari kemerdekaan untuk membangkitkan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara untuk mengenang jasa dan juga pengorbanan nenek moyang kita. Generasi muda seharusnya ditanam dengan semangat patriotisma supaya tidak menjadi golongan yang tidak mengenang jasa.

Antara yang boleh dijadikan contoh semangat patriotisma yang pernah saya lihat ialah menjaga nama baik negara, menjunjung tinggi bendera negara, institusi beraja dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan negara serta menjatuhkan nama negara.

FoNG YEE@ 芳仪 said...

Pada pendapat saya, patriotisme membawa makna perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Patriotisme mungkin bukan secara semulajadi tetapi ianya boleh dimiliki dengan pelbagai cara seperti pengalaman hidup kita atau orang lain dan mungkin sahaja melalui pembacaan sejarah. Individu tidak mampu menilai serta melabelkan paras patriotisme kita kerana ianya sangat subjektif dan melibatkan naluri halus manusia yang bukan secara nyata tetapi kewujudannya diakui oleh semua. Contoh patriotisme ialah seperti berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dinyanyikan, melawat atau melancong di Malaysia, menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, tidak memburukkan nama baik negara dan apa-apa cara sekali pun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara. Secara keseluruhannya, patriotisme tidak semestinya diukur melalui faktor luaran sahaja, namun faktor dalaman juga penting untuk diambilkira. Sebagai contoh, seseorang warganegara ini tidak boleh dikatakan tidak mempunyai semangat patriotisme sekiranya dia menyanyikan lagu Negaraku tanpa mengibarkan bendera Malaysia. Hal ini kerana semangat dalamannya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar begitu tinggi terhadap negara yang seterusnya diluahkan melalui nyanyian lagu tersebut.

Poon Fong Yee 95119

Anonymous said...

Salam..

Apakah patriotisme?
Patriotisme merupakan semangat yang mendalam terhadap cintakan tanah air.Patriotismenya merupakan semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa.Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya. Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa. Patriotisme merupakan semangat yang lahir dalam naluri manusia sendiri. Ia merupakan semangat cintakan negara yang wujud secara tersendirinya terutama bagi mereka yang begitu cintakan sesebuah Negara.

Pada zaman dahulu, patriotisme di Malaysia sering dinilai berdasarkan semangat kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Namun kini, patriotisme Malaysia diklasifikasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya.
Hal ini kerana semangat patriotisme yang jitu telah membawa mereka dan mneyemarakkan semangat mereka bagi mengharumkan nama Malaysia.
Sememangnya semangat patriotisme amat abstrak dan sukar untuk ditafsirkan. Namun demikian, ia bergantung kepada penilaian dan persepsi individu tersendiri dalam menilai semangat patriotisme yang sebenar.

Sekian,
Halimahtun Saadiah binti Abu Hasim
<94972>

Jomulo said...

Pada pendapat saya,patriotisme merupakan sikap-sikap positif individu-individu atau kumpulan-kumpulan yang berada dalam sesebuah negara terhadap negara dan bangsanya sendiri.Antara sikap positif yang boleh membentuk semangat patriotik dalam diri seseorang termasuklah perasaan bangga terhadap setiap pencapaian bangsa dan negara,sikap sentiasa memelihara ciri-ciri yang diikuti dalam bangsa dan negara serta semangat untuk mempertahankan bangsa dan negara daripada segala bentuk ancaman yang boleh menjatuhkan bangsa dan negara.

Justeru,sikap patriotik ini amat sukar untuk dipupuk secara tulen iaitu bermaksud sukar untuk mempunyai semangat patriotik yang sebenar kerana patrioik secara terperincinya merupakan suatu nilai yang sangat murni terhadap perjuagan bangsa dan negara.Jika kita masih lagi mengagungkan produk-produk luar negara dan juga mengagungkan bahasa dan budaya luar negara seperti hari ini,kita sudah tidak boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai semangat patriotik walaupun perkara tersebut adalah hak kita untuk kita tentukan sama ada mahu membeli barangan tempatan atau tidak serta sama ada mahu menggunakan bahasa sendiri atau tidak.
Oleh itu,pada pendapat saya,semangat patriotik ini dapat dibentuk melalui sikap kita sendiri dan terpulang kepada kita sama ada kita mahu mempunyai semangat patriotik ataupun tidak.Tetapi sebagai ahli sosial sains,walaupun sukar untuk mempunyai semangat patriotik yang tulen dalam era globalisasi ini kita perlu ada kesedaran mengenai pentingnya semangat patriotik ini dan jika tidak banyak,sedikit pun sudah memadai semangat itu diterapkan ke dalam diri kita.Sekian terima kasih.

MOHD RAZALI BIN RAZAK
95023
SAINS POLITIK

Anonymous said...

salam,
Pada pendapat saya patriotisme adalah satu ungkapan yang unik dan memerlukan setiap individu memahaminya dengan mendalam. nilai patriotisme lahir dalam diri setiap rakyat, hal ini kerana patriotisme bukan sahaja semangat sayangkan negara tetapi juga meliputi aspek sayangkan bangsa dan agama. dalam masa yang sama juga, patriotisme didasari oleh semangat kesukarelawan,kesanggupan, kesungguhan dan ketabahan serta dedikasi yang sepenuhnya untuk memperjuangkan kemerdekaan yang sebenarnya.dengan wujudnya semangat cintakan negara, maka negara akan bebas daripada cengkaman musuh, kerana rakyatnya hidup dalam keadaan bersatu padu dan saling hormat-menghormati.
bila tiba 31 ogos, kita akan menyambut kemerdekaan, pelbagai program disusun seperti mengibar jalur gemilang, program ambang merdeka, pelbagai konsert dan sebagainya untuk memeriahkan hari kemerdekaan, tapi dengan acara seumpama itu, dapatkah patriotisme dipupuk dan ditanam dalam jiwa rakyat Malaysia amnya.
pada zaman ini, ironinya remaja-remaja seperti lupa akan patriotime, mereka dengan sewenang-wenangnya membakar bendera tanpa rasa bersalah. oleh demikian, perkara sebegini yang harus diselesaikan dahulu, sebelum kita heboh bercakap berkenaan patriotisme.
sebagai contoh, pelbagai program boleh diatur secara baik untuk memupuk semangat cintakan tanah air, seperti mematuhi undang-undang, membeli baranagan buatan Malaysia dan Tidak sengaja membangkitkan masalah yang akan menyebabkan rusuhan kaum serta sebaginya.
oleh demikian, berbanggalah lahir sebagai rakyat malysia kerana negara kita mempunyai segala sumber kekayaan yang tidak terdapat dinegara lain.
nama: Farhana Dayana Binti Samsudin Shah
Matrik:94968

Anonymous said...

Patriotisme adalah satu sifat ataupun semangat cintakan tanah air. Secara tidak sedar, patriotisme ini sebenarnya telah sedia ada dalam diri setiap individu. Hanya kita yang tidak menyedari perasaan tersebut kerana kita beranggapan untuk menunjukkan kita betul-betul cintakan negara adalah dengan mempertahankan negara daripada ancaman luar. Sebenarnya banyak cara untuk kita menunjukkan rasa cintakan negara contohnya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan, sektor pembuatan kereta dan sebagainya. Kita perlu sedar bahawa setiap kejayaan yang kita kecapi dapat menyumbangkan sesuatu yang positif terhadap negara walaupun tidak begitu besar kesannya. Oleh itu, kita tidak perlu merasa rendah diri dan menyatakan tidak cintakan tanah air disebabkan tiada bukti yang kita betul-betul mempertahankan negara...

NORAMIZA BINTI MOKHTAR
95072

Anonymous said...

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif da sifat kekitaan terhadap 'tanah air' oleh individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara ataupun negara bangsa. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan negara dan bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi yang memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya.

Contoh patriotisme adalah seperti mengkibarkan jalur gemilang kita semasa hari kemerdekaan dan mengkibarkannya di rumah kita sepanjang bulan kemerdekaan. Ini menunjukkan perasaan kekitaan dan cinta kita terhadap negara kita. Selain itu, patriotisme juga ditonjol semasa negara kita diserang melalui aspek fisikal ataupun verbal kita sebagai satu bangsa berpadu dan menentang serangan tersebut dan mempertahankan negara kita. Hal ini juga menunjukkkan semangat patriotisme kita terhadap negara kita.

Apa pula yang dimaksudkan sebagai bukan patriotisme? Bukan patriotisme ini boleh diungkapkan sebagai perasaan tidak ambil berat terhadap negara kita atau tidak berbangga dengan negara kita. Selain itu penderhakaan kepada negara juga boleh dirujuk sebagai tidak berpatriotik. Perlakuan ini wujud sebab tiada kesedaran mengenai patriotisme kepada individu yang bertindak sedemikian rupa. Contoh bukan patriotik boleh dikatakan apabila rakyat kita sendiri sanggup membakar bendera negara kita yang seharusnya dinilai sebagai nyawa kita sendiri. Perbuatan mereka tersebut seolah-olah membakar seluruh negara kita. Kesedaran patriotisme ini harus wujud di setiap jiwa rakyat malaysia supaya tidak mengulangi perbuatan sebegini.

GOPIRAJAN A/L MURUGIAH

94971

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia...
Pada pandangan saya patriotisme adalah merupakan 1 perkataan yang membawa erti semangat cinta akan negara tanpa berbelah bagi dan sentiasa bersedia serta sanggup untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Sebenarnya semangat patriotisme seseorang itu tidak boleh diukur hanya apabila dia telah mengharumkan nama negara dimata dunia dan telah mendapat gelaran akademik yang diiktiraf oleh negara lain sahaja atau sekadar seorang belia yang mengibarkan jalur gemilang ditengah jalan raya sambil memandu secara merbahaya tetapi semangat patriotisme seseorang itu akan dinilai jika seseorang itu telah meletakkan ketaatan sepenuhnya terhadap tanahairnya.
Dalam hal ini konsep patriotisme perlulah dilihat dalam makna yang lebih luas. Patriotisme hari ini adalah sebagai satu aspirasi yang perlu difahami oleh anak-anak bangsa hari ini supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka kepada tanahair mereka. Mereka perlu sentiasa peka akan kepentingan pendidikan yang boleh mencorakkan masa hadapan yang gemilang jika mereka berusaha bersungguh-sungguh dan setelah mendapat kepakaran tertentu mereka perlu berkhidmat kepada negara ini dan membina idea-idea tertentu untuk memajukan negara dan bukannya memusnahkan negara seperti seperti segelintir anak-anak belia hari ini yang menggunakan kepakaran yang mereka ada untuk tujuan yang tidak bermoral.
Selain itu saya rasa dengan adanya patriotisme dalam diri seseorang,maka beliau mampu menyemai kesedaran kepada masyarakat lain terutama masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bagi memastikan perpaduan dalam negara ini dapat diteruskan. Hal ini perlulah dipandang serius oleh kelompok politik yang menjadi tuggak pimpinan negara ini. Mereka seharusnya bersikap jujur dan faham akan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara Malaysia dan bukan hanya pandai menabur kata-kata yang berbaur patriotisme tetapi pendekatan yang dibawa dalam perjuangan politik mereka adalah menyimpang sama sekali dalam usaha memartabatkan bangsa Malaysia dan kata-kata sebilangan daripada mereka hanyalah retorik semata-mata.Merekalah sebenarnya yang perlu menghidupkan jalan kepada anak-anak bangsa hari ini dalam usaha membina jati diri dan ketaatan sepenuhnya kepada negara dalam menyemai patriotisme dalam jiwa anak bangsa kita.
Sebagai warganegara Malaysia yang sedar akan tanggungjawabnya tahu konsep patriotisme yang sebenar,kita perlulah memahami prinsip-prinsip dalam Rukun Negara Malaysia. Prinsip kepercayaan kepada Tuhan perlulah dihayati agar setiap warganegara Malaysia yang berbagai agama dapat hidup aman damai dan menghormati hak penganut agama lain supaya mereka tidak mudah berbalah.Prinsip kesetiaan kepada raja dan negara juga perlulah dihayati kerana sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dinegara ini mampu membentuk kerajaan yang aman dan adil serta saksama untuk mentadbir negara. Kesetiaan kepada raja juga perlulah dianggap satu konsep patriotisme kerana jika seseorang itu taat kepada rajanya maka sudah tentu beliau akan meletakkan ketaatan yang sepenuhnya kepada negara. Selain itu prinsip seperti keluhuran perlembagaan,kedaulatan undang-undang,dan kesopanan dan kesusilaan juga berkait rapat dengan konsep patriotisme,dimana dengan kepatuhan yang jitu terhadap prinsip-prinsip ini akan dapat membentuk pengukuhan jatidiri yang tinggi untuk menyemai semangat cintakan negara kita dan seterusnya memastiakn keamanan negara sentiasa terpelihara.
Perkara-perkara yang dianggap sebagai bukan patriotisme adalah seperti pesta-pesta hiburan yang semakin berleluasa hari ini dalam kalangan anak-anak muda kita yang semakin terpengarauh dengan budaya popular luar yang menyimpang.Selain itu,ramai daripada anak-anak negar ini yang menuntut diluar negara dalam bidang-bidang yang kritikal dan profesional telah berkhidmat dengan negara luar tanpa sedar akan tanggungjawab mereka untuk memajukan negara ini. Sekian…..

MARLINA BTE ABUL MALEK (94998)
Major:Sosiologi dan Antropologi
Sains Kemasyarakatan
USM

Anonymous said...

'Tanah air' itu merujuk kepada suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
Kita sepatutnya berasa hormat antara satu sama lain. Di Malaysia, senang saja untuk mengamalkan Patriotisme….mereka perlu menghormati antara satu sama lain, bertolak ansur, dan bekerjasama dalam semua hal. Tetapi kita mempunyai sekelopok VVIP ( orang kenamaan / ahli politik) yang langsung tidak memahami jiwa dan rakyat Malaysia. Masyarakat kita masih belum bertamadun dalam pelbagai aspek, tetapi kita kena berusaha menjadi contoh kepada mereka.
ARVINDJAYAN DHARMAPOLA
MATRIC: 94955

Anonymous said...

Apa yang saya faham mengenai Patriotisme ialah semangat cintakan Negara lebih daripada diri kita sendiri . Selain itu, ianya juga berkait rapat dengan semangat perjuangan dan pengorbanan yang tinggi dalam memerangi musuh yang mampu mengancam keselamatan Negara.Patriotisme juga sering dikaitkan dengan semangat perpaduan yang tinggi untuk memastikan kemakmuran Negara terus terjamin. Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menjadi kemestian kepada kepada semua kaum supaya bersatu padu. Patriotisme juga adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dari segi penglihatan kerana terlalu abstrak.Namun begitu , ianya dapat dilihat melalui perbuatan yang cuba kita tonjolkan samaada secara individu mahupun melibatkan semua pihak.Antara perbuatan yang menggambarkan kita seorang yang patriotisme ialah mengibarkan Jalur Gemilang pada hari kemerdekaan dan bangga menjadi rakyat Malaysia, menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat dan mematuhi setiap intipati yang terkandung dalam Rukunegara kita.Selain itu, semangat cintakan Negara dapat ditonjolkan dengan melakukan sesuatu yang dapat mengharumkan nama Negara seperti kejayaan rakyat Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest dan sebagainya.

Nurull Izzah bt Ishak (95115)
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
USM

Anonymous said...

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
Patriotisme juga seperti contoh dalam usaha kerajaan telah mengadakan latihan khidmat negara sebagai nadi ke arah kecintaan kepada negara.

>NORAINI BINTI AHMAD SHAH>
>95069<
>PENGKHUSUSAN KERJA SOSIAL>

Anonymous said...

Patriotisme ini merupakan satu perasaan yang cintakan tanah air, semangat patriotisme yang lahir di dalam jiwa ini merupakan perasaan bangga terhadap tanah kelahiran sendiri. Menurut Kamus Dewan, (Edisi Ketiga, 2002, halaman 987), Patriotisme bermaksud perasaa cinta akan Negara atau tanah air yang kuat. Patriotisme bukan sahaja terhad kepada semangat sayangkan negara tetapi juga meliputi semangat sayangkan bangsa.

Sifat patriotik boleh kita ditonjolkan apabila kita berasa yakin untuk menggunakan produk tempatan tanpa rasa ragu-ragu akan kualitinya. Akan tetapi sifat ini masih kurang dalam kalangan rakyat Malaysia kerana persepsi barangan import lebih baik masih belum terhakis sepenuhnya. Maka, semua rakyat Malaysia perlulah sedar dan menyokong barangan buatan Malaysia.

Selain itu, kita haruslah berasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia kerana kita amat bertuah daripada Negara-negara lain. Ini adalah disebabkan kita dapat hidup dalam sebuah Negara yang aman damai yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah kerana tidak perlu hidup di dalam dunia peperangan, kebuluran atau ditindas akibat berlainan warna kulit ataupun perbezaan agama.

Di samping itu, Negara kita juga kaya dengan pelbagai budaya yang menarik yang mencerminkan berlainan bangsa dan agama tetapi masih dapat hidup di bawah satu payung kepimpinan dengan aman. Sebagai salah satu cara untuk menunjukkan semangat patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa setiap rakyat seharusnya menghormati kepelbagaian individu, budaya kaum masing-masing serta sikap saling menghormati perbezaan agama setiap kaum di Negara ini. Seterus itu, kita juga berkongsi kepelbagaian budaya yang tedapat di dalam Negara untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, agama dan kaum. Dengan cara ini kita dapat merealisasikan 1 Malaysia sekaligus dapat mengekalkan keharmonian hidup di dalam Negara.

Selain daripada menyokong barangan buatan tempatan dan berasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia, semangat patriotik juga dapat digambarkan oleh pejuang-pejuang negara yang bangun menentang penjajahan British. Mereka tabah dan gigih melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara walaupun nyawa menjadi taruhan. Semangat Patriotisme ini adalah amat penting kerana seseorang itu telah mendahului kepentingan negara daripada kepentingan diri.

Kesimpulannya, kita sebagai generasi muda perlulah tegar dengan semangat patriotik ini supaya dapat membanguankan Negara Malaysia dengan lebih maju dan berteknologi tingggi. Semangat cintakan dan sayangkan negara juga perlu dipupukkan sejak kecil lagi agar kita mempunyai perasaan cintakan negara dan mengelakkan perasaan tersebut lenyap. 1 Malaysia dapat dibentukkan dengan kerjasama semua rakyat Malaysia.


Daripada,
Nama: Tai Nyok Yin
No Matrik: 95156
Major: Ekonomi

Anonymous said...

patriotisme ialah istilah yang digunakan bagi menggambarkan semangat kecintaan terhadap sesebuah negara yang ditunjukkan oleh rakyat negara tersebut.

semangat ini sangat penting dalam membentuk sebuah negara yang aman dengan rakyatnya yang bersatu padu.

contohnya,semangat juang yang ditunjukkan oleh tentera diraja malaysia dalam mempertahankan maruah,keselamatan dan kesejahteraan negara.

bukan patriotisme pula boleh dikelaskan kepada dua,1.orang yang hipokrit dalam berpatriotik iaitu orang yang hanya melaungkan perkataan patriotik tetapi tindakannya bercanggah dengan maksud patriotisme itu sendiri. 2.mereka yang menjadi musuh dalam selimut iaitu penjenayah-penjenayah yang bukan sahaj tidak melaungkan perkataan patriotik tetapi juga menimbulkan huru-hara dalam negara.

mohd asyraf b mohd hashim
95011

Anonymous said...

patriotisme ialah istilah yang digunakan bagi menggambarkan semangat kecintaan terhadap sesebuah negara yang ditunjukkan oleh rakyat negara tersebut.

semangat ini sangat penting dalam membentuk sebuah negara yang aman dengan rakyatnya yang bersatu padu.

contohnya,semangat juang yang ditunjukkan oleh tentera diraja malaysia dalam mempertahankan maruah,keselamatan dan kesejahteraan negara.

bukan patriotisme pula boleh dikelaskan kepada dua,1.orang yang hipokrit dalam berpatriotik iaitu orang yang hanya melaungkan perkataan patriotik tetapi tindakannya bercanggah dengan maksud patriotisme itu sendiri. 2.mereka yang menjadi musuh dalam selimut iaitu penjenayah-penjenayah yang bukan sahaj tidak melaungkan perkataan patriotik tetapi juga menimbulkan huru-hara dalam negara.

mohd asyraf b mohd hashim
95011

pEt said...
This comment has been removed by the author.
pEt said...
This comment has been removed by the author.
pEt said...

patriotisme merupakan satu sikap yang bangga akan pencapaian negara dan budaya bangsa, mempunyai kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan budaya yang sedia ada dan mengidentifikasikan perasaan patriotisme dengan ahli-ahli lain dalam setiap bangsa. Patriotisme berkait rapat atau sinonim dengan nasionalisme kerana ia melibatkan perasaan cinta akan tanah air dan kecintaan tersebut mendorong kita menentang penjajah dari sudut menjajahi mental, budaya, sosial kita dan sebagainya. selain itu, patritisme juga menggalakkan kita berkorban seperti para tentera ketika peperangan. mereka rela mati di medan perang demi mempertahankan negara yang tercinta.

sebagai contoh, apabila kita sudah mempunyai pekerjaan nanti, kita akan membeli kereta buatan Malaysia disebabkan kita bangga akan negara kita yang mampu mengeluarkan barangan sendiri.

contoh yang lain juga adalah, setiap majlis formal atau tidak formal yang dijalankan di merata tempat di Malaysia akan dimulai dengan menyanyi lagu "negaraku". ini bemaksud kita mempunyai sifat patriotik atau bangga akan negara kita yang aman, damai dan makmur.

JURIDAH BTE YUSSOF (94984)
SAINS POLITIK

Anonymous said...

Dilihat dari sudut definisi, “patriotisme” bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Secara logiknya, kewujudan dan keutuhan semangat patriotisme inilah yang akan menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. Selain itu , sifat patriotisme juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan sifat cintakan negara dan tanah air.

KHAIROL AZIZI BIN MOHAMED ISA
94985

Anonymous said...

patriotisme adalah salah satu cara kita sebagai rakyat malaysia mengekspresikan semangat kecintaan kepada negara. cara pengekspresiaan tersebut bukan sahaja melalui tingkah laku malah meliputi pelabagai aspek seperti kata-kata, penulisan, gerak kerja mahupun sumbangan-sumbangan yang hebat terhadap negara.

namun, permasalahan yang berlaku kini adalah terlalu sukar mencari rakyat malaysia yang sanggup memberi terbaik kepada negara sebaliknya kita melihat kemahuan mereka supaya negara memberikan hak terbaik kepada mereka. ini adalah salah satu sikap yang boleh mengikis sikap patriotisme dalam kalangan rakyat sekaligus boleh menimbulkan pelbagai sentimen negatif dalam kalangan rakyat juga.

sikap patriotisme ini bukanlah sekadar mengibarkan bendera tatkala menjelang hari kemerdekaan sahaja, namun apa yang lebih penting adalah pemahaman rakyat terhadap istilah dan makna patriotisme itu sendiri dan penglibatan rakyat untuk memberikan yang terbaik terhadap negara.

kepudaran sikap-sikap ini kini akibat sikap memberontak segelintir rakyat yang hanya mahupun penerimaan daripada negara bukannya pemberiaan terhadap negara. konsep sebegini tidak sewajarnya terjadi kerana apa yang lebih penting dalam mewujudkan negara yang harmoni dan maju adalah sikap mahu memberikan sumbangan yang terbaik terhadap negara.bukannya apabila negara melakukan sedikit kesilapan, kita beramai-ramai menyalahkan negara bukannya berusaha memperbaiki apa yang kurang.

diharapkan nilai patriotisme ini terus wujud dalam kalangan rakyat dan seterusnya mampu mewujudkan negara yang lebuh harmoni dan berdaya saing.



shurianie binti rahim(95131)
major 3p (usm)

Anonymous said...

ahoo.comPatriotisme pada pandangan saya ialah merupakan satu fahaman cinta pada tanah air sendiri. Jika seseorang itu amat cinta kepada tanah airnya dia bersedia untuk mempertahankan negaranya daripada segala ancaman. Perasaan cinta kepada negara ini boleh dilihat melalui tingkahlaku dan pemikiran yang dipamerkan seseorang itu. Dari segi tingkahlaku itu seseorang yang patriotik tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan, dan memberi ancaman kepada keselamatan negara sendiri.

Ia tidak hanya termasuk mereka yang telah dilabelkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara secara sah seperti pesalah ISA tetapi kita wajar bertanya, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin yang mengamalkan rasuah, diskriminasi, ketidakadilan, kezaliman dan sebagainya adakah mereka itu seorang patriot kerana berdiri atas nama seorang pemimpin yang wajib dihormati sedangkan perbuatan yang dinyatakan jelas menunjukkan perbuatan yang boleh menjurus kerah kehancuran negara sendiri. Perbuatan yang patriotik seharusnya ditunjuk melalui sikap positif seperti saling menghormati pelbagai kaum, hormati pemimpin yang adil dan semangat cintakan negara untuk hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni. Bukan hanya sekadar mengibar Jalur Gemilang dan laungan Merdeka yang semakin tidak membawa makna kepada generasi anak muda sekarang dan juga bukan sekadar hanya mencipta nama peribadi di peringkat dunia, tetapi biarlah sesuatu yang dilakukan itu mendatangkan kebaikan kepada semua rakyat negara kita.

Bagi pemikiran pula ialah tidak semestinya seseorang itu tidak patriot jika tidak melakukan sesuatu yang boleh dianggap patriotik dari mata kasar kita. Pemikiran juga boleh menjadikan seseorang itu sebenarkan menamalkan semangat cintakan tanah air. Contohnya, menyokong penggunaan barangan tempatan tanda mahu memajukan ekonomi negara sendiri. Selain itu juga pemikiran kita juga tidak harus dikongkong dengan anasir luar seperti fahaman barat kerana kita hendaklah mempraktikkan patriotisme dalam budaya kita sendiri kerana negara dan bangsa kita mempunyai sejarah yang hebat suatu ketika dahulu. kita kaya dengan pelbagai adat, budaya dan resam yang merupakan jatidiri bangsa Malaysia. Dengan itu berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia tanpa mengagungkan amalan budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya kita.

Normunira binti Abdul Samad
95083

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Patriotisme..apabila sahaja mendengar perkataan ini wujud satu perasaan yang sukar ditafsirkan dalam diri saya dan mungkin juga dalam diri seluruh rakyat Malaysia. Kita sering mendengar dan melihat perkataan ini. Namun begitu, adakah kita mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Patriotisme. Patriotisme merupakan satu semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Patriotisme boleh didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air (bahasa latin Patria, bahasa Greek Patris) oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Pada lazimnya, Patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, dan komitmen seseorang manusia untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan kedaulatan bangsanya. Patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan seseorang yang berasaskan kepentingan agama, bangsa dan negara. Sikap Patriotisme penting kepada Malaysia kerana ia menjadi satu prasyarat penting pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional. Dahulunya, sikap patriotisme ini sering diadaptasikan melalui kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan tanah airnya, berjuang menentang penjajah dan juga memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Namun begitu, dewasa ini, sikap Patriotisme di Malaysia diadaptasikan menerusi kempimpinan yang berjiwa rakyat, berusaha untuk memajukan negara supaya setanding dengan negara dunia yang lain dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan rakyat. Terdapat juga segolongan bangsa Malaysia yang mengadaptasikan semangat Patriotisme dalam diri mereka menerusi penciptaan rekod-rekod dunia aktiviti-aktiviti yang lasak, mencabar dan berbahaya. Sebagai contoh, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di Puncak Gunung Everest. Oleh itu, Patriotisme bukan hanya sekadar mengibarkan jalur gemilang sempena sambutan kemerdekaan dan juga menyanyikan lagu Negaraku pada setiap perhimpunan rasmi tetapi ia mempunyai skop yang lebih luas daripada itu.
Namun begitu, dalam keghairahan kita mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa untuk menharumkan nama negara, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak memiliki kesedaran sivik telah menunjukkan bahawa mereka tidak memiliki sikap Patriotisme. Mereka telah membakar bendera dan juga menghina lagu Negaraku. Di manakah letaknya kedaulatan sesebuah negara itu jika bendera yang menjadi lambang sesebuah negara itu telah dipijak dan dibakar oleh rakyatnya sendiri. Tidak wujudkah sekelumit rasa hormat kepada tanah air dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab itu?. Persoalan ini perlu dirungkaikan segera untuk mengelakkan ia menjadi lebih kritikal pada masa akan datang.
Pada pandangan saya, generasi kini kurang semangat Patriotisme kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai keperitan dan penderitaan pejuang-pejuang terdahulu menentang penjajah untuk memperoleh kemerdekaan negara. Apa yang mereka tahu sekarang ini apabila mereka lahir dan melihat dunia ini semuanya sudah tersedia di depan mata. Pernahkah mereka berfikir sejenak, daripada manakah datangnya semua kemudahan dan kesenangan yang mereka peroleh hari ini?ini semua hasil usaha orang-orang terdahulu yang sanggup menggadai nyawa mereka demi erti sebuah kemerdekaan negara. Sebagai kesimpulnnya, kita perlu memupuk semangat Pariotisme dalam kalangan generasi kini memandangkan kesedaan mereka terhadap semangat Patriotisme ini amat mengecewakan. Kita perlu sedar sekiranya semangat Patriotisme tidak wujud dalam diri generasi muda bagaimanakah mereka akan mentadbir negara ini pada suatu masa nanti kerana merekalah generasi penyabung warisan agama, bangsa dan negara.
Oleh itu, tepuklah dada dan tanya diri kita sendiri sedalam manakah semangat Patriotisme yang wujud dalam diri kita
Sekian, terima kasih
Wassalam

Salam Patriotisme,
Norshahila binti Salleh
95085
3P/Sains Kemasyarakatan

Anonymous said...

salam...
Bagi saya patriotisme membawa maksud sanggup bekorban,melakukan apa saja demi negara.
Bagi saya dewasa kini tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme. hal ini kerana dalam apa juga perkara yang kita lakukan mempunyai agenda tersendiri. Contohnya ingin mendapatkan nama, pangkat, populariti, ganjaran dan demi kepentingan diri sendiri sehingga menjadikan kepentingan negara pada akhir sekali.
Jadi amat sukar untuk kita menyatakan bahawa seseorang itu melakukan sesuatu perkara demi negara. Ada juga rakyat Malaysia yang terang menderang tidak mempunyai semangat ini. Contohnya menghina lagu negaraku, membakar bendera Malaysia, senjaga menimbulkan rusuhan, dan pelbagai perkara lagi yang boleh mengugat kestabilan politik dan tidak mengahargai negara.
Sanggupkah kita berkorban, melakukan perkara yang boleh menaikkan nama negara tanpa sebarang ganjaran, nama, pangkat dan sebagainya.
Tepuk dada tanyalah selera.

Farika Zana Binti Jaafar
94970

Anonymous said...

Semangat patriotisme perlu ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai keamanan negara. Sudah 52 tahun negara kita merdeka tetapi adakah semangat patriotisme ini masih wujud dan diamalkan oleh warganegara Malaysia.Patriotisme bagi pendapat saya merupakan satu semangat yang telah diperkenalkan oleh pejuang-pejuang kemerderdekaan suatu tika dulu yang menginginkan agar rakyat Malaysia mempunyai satu semangat iaitu cinta akan negara. Semangat cinta akan negara ini bermaksud sanggup berkorban apa sahaja untuk kesejahteraan dan keharmonian negara. Patriotisme boleh juga dikaitkan dengan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang terjalin daripada 3 kaum utama di Malaysia iaitu Cina, Melayu dan India.Dengan adanya semangat perpaduan kaum ini tahap keamanan negara dapat dicapai dengan lancar. Namun demikian keamanan ini bukan bermaksud tiada persengketaan diantara masyarakat tetapi keamanan disini bermaksud walaupun ada persengketaan antara kita namun segala persengkitaan itu diselesaikan dalam keadaan yang profesional.Pada pendapat saya semangat patriotisme pada masa kini semakin dilupakan oleh generasi sekarang sebagai contoh dahulu apabila kita mendengar sahaja lagu negaraku pasti semua orang akan terpacak kaku sambil menghayati dan mengekori menyanyikan liriknya tapi pada masa sekarang bolehkah kita lihat semangkat seperti dulu kembali? apakah puncanya dan dimanakah silapnya? adakah disebabkan taraf pembangunan kita sekarang atau adakah kerana perangai masyarakat Malaysia meman begitu....
hmmmm...sukar untuk mencari dimanakah silapnya.

Juliah Binti Omar
851214015458
98869
(3p)sains kemasyarakatan

Anonymous said...

patriotisme dapat diistilahkan sebagai semangat cintakan tanah air.konsep ini biasanya kita dengari dan sering menjadi intipati dalam membentuk makna. apa yang saya fahami, patriotisme bukan sahaja berdasarkan konsep cintakan bangsa dan tanah air tapi ianya merupakan pemahaman yang menjurus kita ke arah semangat cintakan negara dan bangsa secara mendalam bukannya sekadar melaung-laungkan sahaja umpama cakap tak serupa bikin..pada zaman sekarang kita boleh lihat betapa konsep yang sebenar semangat patriotisme diterapkan dalam diri setiap individu..saya lihat kini, pengukuhan terhadap konsep tersebut semakin bertambah pudar apatah lagi kini masyarakat semakin berhadapan dengan gelombang globalisasi..jadi persoalan mengenainya konsep patriotisme wujud iaitu sejauhmanakah konsep tersebut dihayati?, bagaimanakah ia dipupuk?,adakah ia muncul sebagai reaksi kepada masalah yang dihadapi negara atau adakah ianya semarak pada hari tertentu sahaja??..apabila ditanya kepada masyarakat umum, adakah dia sanggup berkorban untuk memperjuangkan tanah air? kemungkinan apa yang kita fikirkan berkenaan patriotisme mungkin bertambah celaru kerana mungkin seseorang itu dilihat mempunyai semangat patritisme yang tebal namun jika tidak menjiwainya, ianya merupakan suatu yang dianggap sia-sia.Lebih penting lagi, bagaimanakah dan sejauh manakah patriotisme diterjemahkan sebagai asas bagi meningkatkan kecemerlangan?Pada setiap zaman, muncul cabaran baru yang menggugat patriotisme.saya melihat masyarakat pada hari ini semakin taksub dengan konsep materialisme iaitu lebih mengejar kebendaan daripada mempertahankan negara..sanggup bermati-matian demi kepentingan individualisme daripada nasionalisme...anak-anak muda yang kini semakin tebal dengan kebudayaan barat.lihat sahaja cara kehidupan sehari-hari kita,cara pemakaian, hiburan, dan sebagainya. dari sudut pekerjaan pula kita lihat bahawa ramai di antara anak-anak muda lebih memilih kerja yang elok-elok di pejabat yang berhawa dingin(misalnya),namun apabila ditawarkan sebagai tentera negara semuanya lari. mungkin ada yang mendaftar secara suka rela tapi ada kemungkinan mereka ini lebih mementingkan gaji yang tinggi dalam pekerjaan sebagai pejuang negara kebanyakkannya. jika dibandingkan dengan pejuang negara pada zaman dahulu, mereka sanggup bergadai nyawa demi bangsa dan tanah air. sanggup mengorbankan harta benda dan keluarga demi kepentingan negara. kesimpulannya,dapatlah digambarkan bahawa betapa tebalnya semangat patriotisme dalam diri individu namun jika tidak menjiwainya mungkin ianya hanya sia-sia.maksud saya laungan kemerdekaan misalnya pada hari kemerdekaan bukannya suatu yang salah tapi penghayatan lebih penting iaitu kesedaran ke arah pemupukan patriotisme demi membentuk diri yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia. Pemupukan ke arah patriotisme yang sebenar harus diterapkan dengan lebih mendalam bukannya sekadar melaung-laungkannya sahaja. mungkin diluar sana ada yang berpendapat dengan saya bahawa konsep patriotisme perlu juga didorong kearah pemupukan patritik yang sejati.



Maslinah Jusidi
95002
sains politik,USM Penang

Anonymous said...

Secara khususnya patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara dan tanah air dan sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara.Pada pendapat saya pula,patriotisme secara umumnya ialah semangat cintakan negara dan tanah air,sanggup berkorban untuk negara,sanggup melakukan sesuatu untuk negara tercinta selagi ianya masih dalam batas yang dibolehkan mengikut suruhan dan saranan Allah S.W.T.Sebagai seorang Islam kita disuruh mempertahankan negara daripada digugat oleh musuh negara samaada musuh luar atau musuh dalaman itu sendiri.
Patriotisme merupakan satu elemen yang sangat penting untuk kepada setiap rakyat yang merdeka.Tetapi kita tidak boleh sekadar menyebut2 sahaja akan patriotisme itu sendiri tanpa ditunjukkan dengan perbuatan yang mana sifat kita cintakan negara dan tanah air kita iaitu Malaysia.

Contoh patriotisme ialah seseorang itu sanggup berkorban melakukan perkara yang boleh memajukan dan mengharmonikan negara. Seperti contoh pasukan keselamatan negara yang sanggup berhadapan dengan musuh dalam mempertahankan negara. Seperti pasukan polis dan tentera. Kita sebagai rakyat biasa,mampu menunjukkan sikap ini melalui cara berakhlak mulia dan sentiasa hidup rukun damai serta sentiasa berusaha memajukan diri dan negara dlm usaha memajukan negara secara tidak langsung.

MOHD NASARUDDIN PARZI
95018

Anonymous said...

dahulu saya sering mendengar orang asyik mengucapkan dan bercakap tentang patriotisme. saya juga kurang memahami apakah maksudnya.
nanum kini,bagi saya patriotisme itu bukan sekadar semangat cintakan negara dan juga bangsa sahaja.ia membawa satu maksud yang amat meluas.patriotisme adalah satu semangat atau satu jihad bagi menjaga dan memelihara negaranya.bukan sekadar untuk diucapkan sahaja malah ia perlu ditanam dan diamalkan dalam diri setiap individu.individu merupakan peringkat yang pertama dalam menyemai perasaan patriotisme kerana daripada individu barulah ia membentuk satu masyarakat.semangat harus sentiasa ditonjolkan setiap hari bukan semasa menyambut hari kemerdekaan sahaja. patriotisme juga sebenarnya menggalakkan kita supaya membuka lebih luas minda dan pemikiran kita.kita seharusnya melakukan satu perubahan yang membina bagi mengekalkan kesehjahteraan dan keamanan negara.kesejahteraan itu merangkumi banyak perkara contohnya kehidupan,ekonomi, politik, dan banyak lagi.
bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera, tanya diri kita apa yang sebenarnya kita inginkan agar negara kita terus maju dan kedaulatannya terjaga.

Anonymous said...

dahulu saya sering mendengar orang asyik mengucapkan dan bercakap tentang patriotisme. saya juga kurang memahami apakah maksudnya.
nanum kini,bagi saya patriotisme itu bukan sekadar semangat cintakan negara dan juga bangsa sahaja.ia membawa satu maksud yang amat meluas.patriotisme adalah satu semangat atau satu jihad bagi menjaga dan memelihara negaranya.bukan sekadar untuk diucapkan sahaja malah ia perlu ditanam dan diamalkan dalam diri setiap individu.individu merupakan peringkat yang pertama dalam menyemai perasaan patriotisme kerana daripada individu barulah ia membentuk satu masyarakat.semangat harus sentiasa ditonjolkan setiap hari bukan semasa menyambut hari kemerdekaan sahaja. patriotisme juga sebenarnya menggalakkan kita supaya membuka lebih luas minda dan pemikiran kita.kita seharusnya melakukan satu perubahan yang membina bagi mengekalkan kesehjahteraan dan keamanan negara.kesejahteraan itu merangkumi banyak perkara contohnya kehidupan,ekonomi, politik, dan banyak lagi.
bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera, tanya diri kita apa yang sebenarnya kita inginkan agar negara kita terus maju dan kedaulatannya terjaga.
patriotisme juga perlu disemaikan dalam diri individu daripada mereka kecil lagi barulah semangat ini tidak akam luntur daripada pemikiran mereka.

jamaliah ismail
94979

Anonymous said...

Apakah patriotisme?

Patriotisme merupakan perasaan seseorang rakyat terhadap negara dan tanah airnya. Namun begitu,
patriotisme bukanlah lagu "Negaraku" yang kita nyanyikan dan ia juga bukan Jalur Grmilang yang kita kita kibarkan. Sebaliknya, patriotisme adalah keprihatinan dan ketinggian perasaan seseorang rakyat yang mahukan segala yang terbaik untuk negaranya. pada zaman penjajahan dahulu, semangat ini amat dititikberatkan oleh pejuang-pejuang tanah air kita bagi memepertahankan negara daripada belenggu penjajah. Walaubagaimana pun, patriotisme hari ini amat berbeza dan tidak ditonjolkan seperti zaman dahulu kerana konsep patriotisme lebih bersifat abstrak dan subjektif. Oleh itu, semangat patriotik, kasihkan Malaysia dan cintakan negara harus terlihat dengan keupayaan warganya untuk memartabatkan ilmu, menguasai teknologi, berfikir secara alamiah, mempunyai kreativiti yang tinggi dan mempunyai keupayaan yangupaya strategik untuk mengimbangi rempuhan globalisasi dengan corak pembangunan berasaskan acuan kita sendiri.
Dengan itu, satu aspek yang paling utama untuk menampilkan rasa patriotik yang tinggi ialah mencapai tahap cemerlang dalam pembinaan modal insan. sebagai contoh, terdapat negara yang tidak mempunyai hasil bumi yang banyak namun ia dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain disebabkan fokus utamanya terhadap pembangunan modal insan untuk mencapai kemajuan. Jadi, Warga Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi harus bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai keterampilan dan teknologi di samping memiliki sistem nilai dan etika yang baik.
Sekiranya warga Malaysia terutamanya generasi muda merasakan negara ini adalah negaranya, perasaan cinta kepada negara ini harus ditunjukkan dengan persediaan untuk melakukan jihad ilmu, berdaya saing yang tinggi, kreatif, inovatif dan kompetatif dalam menghadapi cabaran alaf 21 yang amat sengit. Inilah jawapan terbaik bagi membuktikan perasaan cinta yang tinggi terhadap negara kerana tanpa penguasaan ilmu dan teknologi, Malaysia akan terus menjadi negara pengguna dan bukannya menjadi sebahagian negara penyumbang yang boleh dicontohi.
Walaubagaimana pun, seseorang tidak mempunyai perasaan patriotisme sekiranya memiliki kemahiran tinggi tetapi cenderung untuk membuat pilihan yang lebih memberi keuntungan peribadi kepada dirinya sedangkan pada masa yang sama negara amat memerlukan kemahiran tinggi tersebut.
Contoh yang boleh dikemukakan di sini adalah seperti kepakaran dalam bidang perubatan. Sasaran nisbah yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi setiap seorang doktor dengan jumlah penduduk adalah 1:600. Pada tahun 1957, nisbah seorang doktor dengan penduduk di Tanah Melayu adalah 1: 8,229.
Kesimpulannya, manusia yang dilantik sebagai khalifah mempunyai peranan yang besar supaya negara di mana mereka berada seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi, tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai azam dan tekad untuk memajukannya supaya negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan orang lain dalam acuan keMalaysiaan yang unik.

Anonymous said...

Apakah patriotisme?

Patriotisme merupakan perasaan seseorang rakyat terhadap negara dan tanah airnya. Namun begitu,
patriotisme bukanlah lagu "Negaraku" yang kita nyanyikan dan ia juga bukan Jalur Grmilang yang kita kita kibarkan. Sebaliknya, patriotisme adalah keprihatinan dan ketinggian perasaan seseorang rakyat yang mahukan segala yang terbaik untuk negaranya. pada zaman penjajahan dahulu, semangat ini amat dititikberatkan oleh pejuang-pejuang tanah air kita bagi memepertahankan negara daripada belenggu penjajah. Walaubagaimana pun, patriotisme hari ini amat berbeza dan tidak ditonjolkan seperti zaman dahulu kerana konsep patriotisme lebih bersifat abstrak dan subjektif. Oleh itu, semangat patriotik, kasihkan Malaysia dan cintakan negara harus terlihat dengan keupayaan warganya untuk memartabatkan ilmu, menguasai teknologi, berfikir secara alamiah, mempunyai kreativiti yang tinggi dan mempunyai keupayaan yangupaya strategik untuk mengimbangi rempuhan globalisasi dengan corak pembangunan berasaskan acuan kita sendiri.
Dengan itu, satu aspek yang paling utama untuk menampilkan rasa patriotik yang tinggi ialah mencapai tahap cemerlang dalam pembinaan modal insan. sebagai contoh, terdapat negara yang tidak mempunyai hasil bumi yang banyak namun ia dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain disebabkan fokus utamanya terhadap pembangunan modal insan untuk mencapai kemajuan. Jadi, Warga Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi harus bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai keterampilan dan teknologi di samping memiliki sistem nilai dan etika yang baik.
Sekiranya warga Malaysia terutamanya generasi muda merasakan negara ini adalah negaranya, perasaan cinta kepada negara ini harus ditunjukkan dengan persediaan untuk melakukan jihad ilmu, berdaya saing yang tinggi, kreatif, inovatif dan kompetatif dalam menghadapi cabaran alaf 21 yang amat sengit. Inilah jawapan terbaik bagi membuktikan perasaan cinta yang tinggi terhadap negara kerana tanpa penguasaan ilmu dan teknologi, Malaysia akan terus menjadi negara pengguna dan bukannya menjadi sebahagian negara penyumbang yang boleh dicontohi.
Walaubagaimana pun, seseorang tidak mempunyai perasaan patriotisme sekiranya memiliki kemahiran tinggi tetapi cenderung untuk membuat pilihan yang lebih memberi keuntungan peribadi kepada dirinya sedangkan pada masa yang sama negara amat memerlukan kemahiran tinggi tersebut.
Contoh yang boleh dikemukakan di sini adalah seperti kepakaran dalam bidang perubatan. Sasaran nisbah yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi setiap seorang doktor dengan jumlah penduduk adalah 1:600. Pada tahun 1957, nisbah seorang doktor dengan penduduk di Tanah Melayu adalah 1: 8,229.
Kesimpulannya, manusia yang dilantik sebagai khalifah mempunyai peranan yang besar supaya negara di mana mereka berada seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi, tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai azam dan tekad untuk memajukannya supaya negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan orang lain dalam acuan negara kita sendiri.

MAZIAH BINTI OMAR.
95005
MAJOR KERJA SOSIAL

Anonymous said...

PATRIOTISME....

Patriotisme boleh membawa maksud yang mendalam bagi seseorang individu. Patriotisme boleh diklasifikasikan sebagai semangat atau perasaan cintakan tanah air oleh seseorang individu atau sesebuah kumpulan masyarakat. Sikap patriotisme selalunya digambarkan dalam aspek positif, namun adakalanya boleh mendorong ke arah aspek negatif.

Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, serta identifikasi antara ahli-ahli lain dalam sesebuah bangsa. Patriotisme amat sinonim dengan nasionalisme dan amat berkait rapat antara satu sama lain.

Patriotisme mengandungi konotasi etika dan menggambarkan sikap seseorang ketika berlaku kesusahan. Ia juga berkait rapat dengan kesetiaan individu sama ada wujud sikap mementingkan diri atau tidak. Patriotisme juga selalu bergantung dengan tingkah laku simbolik, seperti mengibarkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan, ataupun menyertai suatu perhimpunan beramai-ramai.

Namun demikian, sikap patriotisme yang keterlaluan boleh mendatangkan unsur-unsur negatif seperti kumpulan perusuh dan golongan militan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya keganasan. Kita perlu bangga dengan pembangunan negara pada hari ini, namun, kita juga tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan bekas-bekas perajurit negara yang merintis ke arah kemakmuran negara pada masa ini. Hal ini demikian kerana, tanpa semangat patriotisme yang ada pada mereka, kita tidak mungkin dapat mengecapi keamanan seperti sekarang.

Antara contoh semangat patriotisme ialah, berdiri tegak dan bersemangat semasa menyanyikan lagu negara, mempertahankan dan memperjuangkan nama baik negara, menunjukkan imej yang baik kepada pelancong asing, mematuhi undang-undang, bangga kerana menjadi rakyat Malaysia, menyahut seruan kerajaan dengan membeli barangan buatan tempatan, memelihara keindahan alam sekitar, tidak melibatkan diri dengan kegiatan jenayah, saling bertoleransi antara masyarakat berbilang kaum,dan sebagainya.

Kebanyakan generasi muda tidak mengetahui pahit maung yang dilalui oleh bekas perajurit tanah air dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Kita cuma tahu melaungkan "merdeka" dan mengibarkan jalur gemilang semasa sambutan hari ulangtahun kemerdekaan negara, namun adakah kita semua tahu simbolik di sebalik hari kemerdekaan tersebut bagi individu yang menghadapi kesusahannya pada masa dahulu?

Oleh itu, sebagai generasi pelapis, kami perlu menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan pihak kerajaan perlu berusaha mengadakan sesuatu untuk memperingati jasa dan pengorbanan mereka. Kita perlu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan jujur, jika tidak ia akan menyebabkan patriotisme itu akan menjadi sebaliknya.

MASLINA BINTI MASNAWI
(95001)

syikin_amir said...

Patriotisme merupakan satu sifat yang universal, yang murni dan seharusnya ditanam dalam diri setiap rakyat. Sebelum Malaysia merdeka,semangat patriotisme dimanifestasikan menerusi kesukarelaan berjuang untuk membebaskan tanahair daripada ancaman penjajah.Namun kini, patriotisme dimanifestasikan melalui semangat cinta akan tanahair dengan cara menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. patriotisme zaman kini membabitkan jiwa, sanubari, semangat, serta rasa cinta, kasih dan sayang kepada negara. secara keseluruhannya, patriotisme boleh didefinisikan sebagai semangat perjuangan serta pengorbanan yang tinggi yang menuntut setiap rakyat agar menghayati serta menyemai rasa cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan ,kesanggupan, komitmen kepada agama,bangsa dan negara. sekiranya dahulu, semangat patriotisme ditunjukkan dengan memperjuangkan nasib negara, namun kini semangat patriotisme ditunjukkan dengan cara membakar Jalur Gemilang, bendera negara, mengubah suai lagu kebangsaan serta mewujudkan rusuhan disana-sini. Membakar Jalur Gemilang seumpama memperlihatkan kepada negara luar bahawa betapa pudarnya semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia. hal ini menunjukan bahawa generasi muda hari ini benar-benar tidak tahu menghargai nilai tersirat disebalik Jalur Gemilang. bukan itu sahaja, malahan ada dalam kalangan generasi muda hari ini malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu apatal lagi untuk merasa bangga dan kagum menjadi anak Malaysia.kita terlalu sibuk untuk memikirkan bagaimana memperkenalkan negara dipersada antarabangsa, namun kita alpa bahawa semangat patriotisme semakin meluntur dalam jiwa. Tepuk dada, tanya minda.

Norasikin binti Mohd Amir
95074.

nurul asyikin binti zakaria said...

Patriotisme sangat berkait rapat dengan semangat cinta akan negara. Namun ia tidak hanya tertumpu kapada semangat cintakan akan negara, bahkan lebih dari itu. Semangat patriotisme harus ditanam dalam diri setiap individu tidak mengira etnik. Oleh itu sangatlah penting untuk kita hidup aman, harmoni, berkejasama dan hormat menghormati sesama etnik bagi mengukuhkan semangat patriotisme yang tinggi. Maka semangat patriotisme yang kuat dalam diri setiap individu akan melahirkan semangat cinta akan negara, kestabilan politik dan kestabilan dalam ekonomi yang akan membawa kepada kehidupan sosial yang baik bagi semua etnik.
Semangat patriotisme boleh di wujudkan dengan mendukung konsep satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia. Konsep satu bangsa merupakan idea teras dalam mengukuhkan semangat patriotisme. Tentunya, bangsa Malaysia yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis. Oleh itu, selogan 1 Malaysia yang di pegang oleh masyarakat pada masa sekarang adalah salah satu cara meningkatkan semangat patriotisme.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Terdapat pelbagai etnik di negara kita seperti kelompok etnik Melayu, Cina, India, dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Sifat kemajmukan ini berbeza-beza mengikut wilayah, namun atas dasar satu negara dan satu bangsa, masyarakat berbilang kaum ini dapat hidup dengan aman harmoni.
Negara kita pada masa kini berbeza dengan negara kita pada awal era kemerdekaan. Boleh dikatakan Malaysia kini sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang membangakan. Kejayaan negara kita ini tidak mungkin tercapai sekiranya masyarakat berbilang kaum ini berpecah belah. Kejayan yang dicapai oleh negara kita tidak akan bermakna sekiranya negara terus maju tetapi ramai rakyat pelbagai etnik tertinggal dalam pembangunan arus perdana. Kestabilan ekonomi dan politik dalam negara akan menghasilkan kehidupan sosial yang baik kepada semua masyarakat. Kehidupan sosial yang baik bagi semua etnik adalah bergantung kepada intergrasi nasional yang kukuh dan berpanjangan.
NURUL ASYIKIN BINTI ZAKARIA
MATRIK NO : 95107

Anonymous said...

Patriotisme pada pandangan saya merupakan semangat untuk mempertahankan Negara dari sebarang gangguan sama ada dari dalam atau luar Negara. Ia juga perasan cinta akan tanah air dengan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan Negara. Contohnya, sewaktu dunia dalam darurat dan sewaktu dalam peperangan, pada waktu ini dapat dilihat masyarakat tanpa mengira kaum bersatu padu mempertahankan Negara. Bukan patriotism pula seperti mengagung-agungkan budaya barat melebihi dari budaya sendiri, seperti yang dapat diperhatikan pada anak-anak muda kini.

norisah,
95082

Anonymous said...

~Patriotisme merupakan semangat cintakan tanah air dan sayangkan negara yang kita miliki. semua orang tahu akan makna patriotisme ini. sejak di bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan perkataan ini. pada bulan kemerdekaan pelbagai program akan diadakan, kita akan mendapat cuti, bendera-bendera akan kelihatan di sana-sini dan kita tidak akan ketinggalan untuk menggantungkan bendera negara kita untuk menujukkan semangat patriotisme kita. Namun begitu, Patriotisme bukan hanya sekadar mengantungkan bendera dan melaungkan kemerdekaan tetapi lebih daripada itu. Semangat ini merupakan semangat yang mendalam sehinggakan kita sanggup mengabaikan kepentingan sendiri demi menjaga kepentingan negara. patriotisme merupakan perasaan cintakan tanah air yang kuat sehingga sanggup menenepikan cinta lain, contohnya seperti askar dan pejuang-pejuang negara dahulu yang telah meninggalkan keluarga tercinta bagi membuktikan cinta mereka kepada negara dengan berjuang menyelamatkan negara daripada dijajah oleh bangsa asing.patrotisme merupakan satu semangat yang perlu ditonjolkan melalui tindakan. Dahulu kita melihat patriotisme adalah tindakan berjuang menetang penjajah tetapi kini ,setelah mencapai kemerdekaan,semangat tersebut semakin luntur dan kurang kelihatan pada generasi kini. kemewahan hidup, keselamatan dan keamanan yang telah dicapai telah membuatkan generasi zaman sekarang kurang menitikberatkan soal patriotisme.keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh nenek moyang dan pejuang-pejuang dianggap sejarah dan dilupakan begitu sahaja. penghayatan erti patriotisme juga menjadi kurang. oleh itu, semanagat ini perlu disuburkan kembali kerana sebagai warganegar, kita perlu memiliki semangat patriotisme yang tinggi. tambahan pula, kita sekarang berada dalam era globalisasi. era globalisasi memungkinkan datangnya banyak ancaman yang boleh menggugat negara kita. dengan adanya semangat cintakan tanah air, ancaman dan halangan dapat diatasi bersama.Hal ini disebabkan oleh semangat ini akan mewujudkan perpaduan dan mengelakkan konflik. konflik juga merupakan salah satu ancaman yang dapat membawa kepada kemusnahan dan huru-hara di dalam sesebuah negara. oleh itu, kita perlulah mengelakkan konflik, mencintai negara dan bekerjasama degan semua bangsa di dalam negara tanpa diskriminasi.selain itu, sebagai warganegara yang memiliki tahap cintakan negara yang tinggi, kita juga perlulah berusaha bagi memajukan negara kita supaya setanding dengan negara lain. kita perlu bangga dengan apa yang kita miliki seperti budaya dan bahasa kita. kita juga perlu menjaga nama baik negara kita dan kita perlu menyokong perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk kebaikan bersama dan bersama-sama menaikkan nama negara kita di mata dunia. Yang paling penting ialah kesetiaan kita terhadap negara yang kita cintai. kesetiaan penting kerana jika kita tidak setia,maka kita mudah terpengaruh dan belot terhadap negara. Hal ini boleh membawa kerugian dan kesan yang amat besar sekali terhadap negara dan bangsa. penerapan nilai-nilai dan semangat cintakan negara ini terhadap generasi muda perlu dilakukan dengan lebih lagi supaya generasi muda akan membesar dengan pengetahuan dan semangat yang sama seperti pejuang-pejuang dahulu yang tidak gentar menentang penjajah.

Siti Nuraisyah bt Hashim
95140

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Petriotisme dalam erti kata sebenar adalah semangat atau perasaan cintakan atau sayangkan tanah air daripada dicemari oleh musuh-musuh yang ingin menjajah, merosakan, memusnahkan atau menghancurkan Negara dan budaya dalam masyarakat. Perasaan positif ini haruslah sebati dalam diri setiap individu yang merasakan bahawa Negara yang mereka diami itu harus dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Semangat Patriotisme ini mungkin tidak terhad kepada semangat cintakan tanah air semata-mata tetapi ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan setiap manusia dan individu. Dalam hal ini, kita tidak hanya sekadar melaungkan kata-kata Patriotisme semata-mata tetapi apa yang kita lakukan untuk menunjukan semangat sayangkan tanah air adalah yang paling utama. Jadi, apakah yang telah anda lakukan untuk menunjukan yang anda ini adalah seorang warganegara yang patriotism?? Mungkin dengan mengingati tarikh keramat Kemerdekaan Malaysia pada 31 ogos 1957 sahaja ataupun dengan mengangkat senjata memasuki pasukan keselamatan seperti Polis, Askar, Bomba, Rela, menjadi ahli Politik, Guru, Pensyarah, Cikgu, Doktor, Peguam dan sebagainya itu dikira sebagai Patriotik kepada Negara. Mungkin ia merupakan salah satu cara untuk menunjukan yang kita adalah seorang yang patriotik yang mempunyai semangat Patritisme. Bagi saya sendiri, saya pecaya dengan contoh-contoh diatas akan menunjukan bahawa kita mempunyai semangat Patrotisme. Selain itu, semangat ini tidak terhad kepada sayangkan tanah air semata-mata tetapi secara holistiknya mempertahankan Negara daripada amcaman penjajah dalam bentuk yang lebih moden adalah paling pada abad ini. Jangalah kita hanya melaungkan semangat cintakan tanah air semata-mata tapi tanpa tindakan susulan yang betul, antaranya pelbagai pengaruh barat kini sedang meresap dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik di Negara kita. Contohnya dalam aspek sosial, nilai-nilai moral dan etika dalam budaya kini kian hari kian hilang, aspek tradisional kini semakin terhakis disebabkan modenisasi dan globalisasi yang dibawa oleh pihak barat. Kini, kita mementingkan material lebih daripada nilai budaya itu sendiri. Lihat sahajalah dalam aspek ekonomi dan pembangunan, kita berlumba-lumba untuk menjadi kaya dengan mengejar kekayaan yang hanya kekal di dunia sahaja dan begitu juga dengan pembangunan negara yang hanya untuk menjadikan Negara kita setanding dengan Negara barat tapi malangnya usaha itu masih jauh jika kita sendiri berpaksikan kepada model dan kerangka pembangunan Negara barat dan saling menyalahkan antara satu sama lain disebabkan hal yang remeh dan kesepakatan untuk membangunakan Negara sukar untuk dicapai. Dalam hal ini, adakah kita sendiri yang merupakan pelaku pembangunan sedar akan keadaan ini atau sekadar ‘omong-omong kosong sahaja’ bahawa kita mempunyai semangat Patriotisme terhadap Negara kita sendiri ataupun tidak. Apa yang berlaku sekarang adalah isu berkenaan dengan ISA, PPSMI, Bahasa Melayu, Masalah Politik, Korupsi dan Penyelewengan dalam sektor Kerajaan, masalah Sistem Pendidikan dan Jurang Ekonomi dan sebagainya masih berlaku di Negara ini. Adakah mereka yang terlibat dalam isu ini mempunyai semangat Patriotisme atau tidak? Pada peringkat manakah semangat mereka itu? Adakah semangat ini boleh diukur ataupun dinilai? Dan adakah mereka ini mempunyai agenda tersembunyi disebalik isu-isu yang berlaku? Inilah yang menjadi persoalan dalam membicarakan tentang apakah itu Patriotisme dan apakah yang bukan Patriotisme? Apa yang pasti yang relevenya adalah pada masa kini kerana masyarakat kini dilihat sudah mengambil ringan akan semangat Patriotisme dalam diri mereka berbanding masyarakat pada masa penjajahan dan pra penjajahan iaitu ketika Negara kita mencapai kemerdekaan. Golongan muda kini dilihat kurang mengambil berat akan konsep ini walaupun pelbagai langkah mahupun kaedah telah dilakukan oleh kerajaan mahupun pemerintah.
Mohd Najid bin Mohd Zain (91305)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatana
Universiti Sains Malaysia

Anonymous said...

patriotisme adalah satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam negara ita buat masa kini dan masa depan demi mengekalkan kemerdekaan yang telah kita perolehi pada tahun 1957 iaitu tanggal pada 31 ogos. patriotisme merupakan satu semangat yang perlu ada dalam setiap diri individu bukan secara paksa malah secara sukarela dan benar-benar memahaaminya agar perpaduan antara kaum dapat upuk. patriotik bukan sahaja ada pada kata-kata sahaja, malah ia perlu ada dalam setiap tindakan dan cara pemiikiran kita supaya segala yang kita lakukan untuk negara dan masyarakat kita mencapai kesepaduan yang erat.

aifaief khairuddin
94947

miss idola said...

Patriotisme merupakan semangat cintakan negara. Semangat patriotisme ini harus diterapkan kepada diri individu sejak azali lagi untuk membentuk semangat jati diri dan cintakan negara. Semangat ini amat penting kerana muda mudi masa kini semakin nipis semangat cintakan negaranya. Apa perasaan rakyat Malaysia jika dia melihat benderanya di bakar oleh rakyat negara asing? Mungkin ada yang menganggap bahawa itu hanya sehelai kain yang di bakar, tetapi di sebalik itu semua ada perkara yang penting perlu di ingatkan bahawa dengan adanya semangat patriotisme, kita akan menjadi marah dan amat garam dengan perlakuan begitu. Semua ini wujud sekiranya ada semangat cintakan negara. Semangat ini begitu penting untuk semua warganegara Malaysia untuk sayang akan negara dan mengelakkan diri daripada di jajah secara fizikal dan mental.

NURUL FARAHANA BINTI MOHAMED IDRIS
95109

Anonymous said...

Pada pendapat saya, patriotisme merupakan satu semangat atau perasaan kecintaan terhadap negara dan bangsa dalam diri individu. Sewajarnya, setiap individu mempunyai perasaan dan semangat ini supaya mereka dapat menilai dan terus berusaha untuk menjaga dan memelihara keamanan serta keharmonian yang kita miliki kini. Patriotisme sebenarnya, bukanlah sekadar merayaikan hari kemerdekaan, melaungkan kata merdeka, mengibarkan bendera atau menyanyikan lagu negaraku. namun, ia seharusnya ada dalam hati setiap individu yang mana, perasaan dan semangat ini terus mekar dan sebati dalam diri mereka. seterusnya, mereka akan menjalani dan menikmati kehidupan dengan mengamalkan cara hidup yang betul dan tidak terpesong atau berbentuk fanatik. patriotisme juga merupakan suatu inspirasi yang boleh diterapkan dan dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia bermula di peringkat awal lagi seperti di bangku sekolah lagi. dengan adanya semanagat ini dalam diri, kita kan kuat untuk terus menghadapi pelbagai cabaran di masa depan selain tidak mudah berasa goyah akan risiko yang mungkin terpaksa di hadapi.

Anonymous said...

'Merdeka', 'Merdeka', 'Merdeka'. Laungan keramat ini akan bergema setiap kali sambutan ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos. Semangat petriotisme dalam kalangan masyarakat dapat dilihat dengan nyata dalam setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme juga adalah mengutamakan kecintaan kepada negara terlebih dahulu. Patriotisme yang sebenarnya juga adalah untuk mewujudkan keharmonian sesama manusia, melakukan keadilan dan menegah kezaliman. Semangat mencintai negara dan bangsa yang ditiupkan adalah untuk mengimbangi kecenderungan negatif yang mungkin terdapat pada negara dan bangsa lain bukannya untuk memulakan permusuhan. Patriotisme yang sebenar juga bukan bermaksud seseorang itu merelakan negara atau bangsanya mencabul dan menzalimi orang lain. Akhir-akhir ini kita melihat senario masyarakat Melayu khususnya sebagai 'tuan' asal Malaysia bumi bertuah ini kelihatan luntur patriotisme. Persoalannya apakah patriotisme. Mengapa pejuang patriotisme perlu diagung-agungkan? Patriotisme dan nasionalisme sebenarnya mempunyai suatu kuasa luar biasa yang boleh mengundang kekuatan yang istimewa. oleh itu, masyarakat harus menanamkan semangat cintakan negara bagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara yanga akan berterusan sehingga generasi akan datang.

ZURAIZI BT YUSOFF
(95173)

Anonymous said...

Pada pendapat saya, patriotisme bukan hanya suatu kelakuan yang boleh menunjukkan semasa hari kemerdekaan. Akan tetapi, patriotisme merupakan orang bersemangat cinta kepada tanah air sendiri. Mereka adalah bebas pengaruh dari fizikal, tingkah laku, mental, dan lain-lain. Dengan semangat patriotisme, mereka akan tekun berusaha menjadi seorang warganegara yang berguna dan berkhidmat untuk Negara. Oleh sebab amereka harap lihat adalah Negara yang aman damai dan maju.

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu.Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya.

Dalam hal ini konsep patriotisme perlulah dilihat dalam makna yang lebih luas. Patriotisme hari ini adalah sebagai satu aspirasi yang perlu difahami oleh anak-anak bangsa hari ini supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka kepada tanahair mereka. Mereka perlu sentiasa peka akan kepentingan pendidikan yang boleh mencorakkan masa hadapan yang gemilang jika mereka berusaha bersungguh-sungguh dan setelah mendapat kepakaran tertentu mereka perlu berkhidmat kepada negara ini dan membina idea-idea tertentu untuk memajukan negara dan bukannya memusnahkan negara seperti seperti segelintir anak-anak belia hari ini yang menggunakan kepakaran yang mereka ada untuk tujuan yang tidak bermoral.

Persoalannya???? Mengapa pejuang patriotisme perlu diagung-agungkan? Patriotisme dan nasionalisme sebenarnya mempunyai suatu kuasa luar biasa yang boleh mengundang kekuatan yang istimewa. oleh itu, masyarakat harus menanamkan semangat cintakan negara bagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara yanga akan berterusan sehingga generasi akan datang.

ROSDI BIN OSMAN
98878
PPSK USM MAJOR KERJA SOSIAL

Anonymous said...

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mendifinasikan patriotisme sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan yang kuat terhadap tanah air lahir dari jiwa yang bangga terhadap tanah airnya. Ia lebih bersifat spiritual, iaitu rasa kecintaan yang mendalam,subur dan kental kepada negaranya. Selain itu perlu disertai dengan nilai seperti kesungguhan, kebebasan, keyakinan, dan keberanian dalam mempertahankan negaranya. Dengan adanya semangat patriotisme ini dalam setiap diri warganegaranya maka akan memastikan negara sentiasa dalam harmoni dan sejahtera.
Petriotisme bukan bermakna kita mengibarkan jalur gemilang dan melaungkan merdeka, sebaliknya ia lebih dari itu. Semangat petriotisme bukan semata-mata perayaan, ia satu penghayatan yang mendalam oleh warganegaranya. Bulan Ogos pada setiap tahun menjadi bulan sambutan kemerdekaan, bagi memperingati detik-detik sejarah kemerdekaan tanah air. Pada bulan ini dapat dilihat kenderaan,bangunan dan jalan mula dihiasi dengan bendera. Juga pada bulan ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti bagi berkait dengan kemerdekaan.
Adakah semangat patriotisme ini hanya pada bulan kemerdekaan atau berterusan dalam diri rakyat negara ini?. Ia merupakan persoalan yang tiada noktahnya, kerana dapat dilihat generasi muda kini kian pudar semangat cinta akan negara. Ini jelas dapat dilihat apabila anak muda dijajah pemikirannya dengan meniru cara pemakaian, gaya hidup dan pergaulannya dari barat. Oleh itu pelbagai usaha perlu dipergiatkan lagi bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sanggup memperjuangkan negara apabila negera berhadapan ancaman.
Oleh itu semua pihak perlu bergabung bagi mengekalkan keamanan yang sedia ada. Keamanan yang kita nikmati hari ini lahirnya dari semangat patriotisme rakyat terdahulu. Warganegara perlu mengetepikan kehendak diri demi untuk memajukan negara.


NOR IMANI BINTI MAT SULAIMAN
95064
KERJA SOSIAL,USM.

Anonymous said...

kata2 ini sering didengar oleh generasi muda pada masa kini : 'eh xde perasaan patriotisme ke kat diri korang erk?'sekiranya sewaktu menyambut ulangtahun kemerdekaan adalah sambil lewa. Tidak memasang/mengkibarkan bendera malaysia di rumah, di kereta,ataupun tidak menyanyikan lagu negaraku dengan betol dan semangat,adakah ini sebenarnya yang dimaksudkan dengan patriotisme oleh generasi muda pada masa kini.? dan ape pula yang dimaksudkan dengan patriotisme oleh generasi terdahulu?mungkin generasi muda pada masa kini, patriotisme kepada mereka hanya terhad kepada semangat cintakan negara dan tanah air.tetapi perasaan patriotisme semakin kuat, apabila adanya buku-buku sejarah di sekolah, dimana pengalaman dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu mamstikan negara kita bebas dijajah tercatat di dalam buku sejarah, dan semanagt ini lah yang telah mendorong generasi muda pada masa kini,hormat kepada tokoh terdahulu dan menjadikan 31 ogos sebagai tarikh keramat kita dan meyambutnya dengan begitu meriah.itu, mungkin dari perspektif generasi muda. Bagaimana dengan generasi terdahulu? yang berhadapan dengan keadaan dimana negara dijajah, darah tumpah di depan mata,banyak nyawa yang hilang.bg mereka, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi negara yang tercinta.
Rukun negara yang selalu dilaungkan juga merupakan salah satu perasaan patriotisme. Jika kita faham maksud disebalik rukun negara itu, sudah tentu kita betol-betol rakyat yang cintakan tanah air kita. sekian

norashikin mohamed

Anonymous said...

Istilah patriotisme membawa maksud yang amat bermakna dan menjadi unsur penting bagi menyemarakkan semangat cintakan tanahair. Kepada sebahagian besar penduduk Malaysia, terutamanya generasi muda, semangat patriotisme atau perasaan dan rasa cinta kepada negara masih belum difahami ertinya yang sebenar. bagi saya pula patriotisme membawa maksud semangat cintakan negara..sayang dan bangga akan negara kita ini..banya maksud yang boleh diterjemahkan dengan perkataan patriotisme ini. setiap orang ada maksud yang tersendiri. pada saya , apapun maksud yang diterhemahkan ia seharusnya tidak lari dari tujuan atau kunci utamanya iaitu cinta akan negara. selain itu patriotisme pada saya juga adalah semnagat untuk mempertahankan negara, menjaga serta mengekalkan keamanan negara ini.
contoh semangat patriotisme ialah contohnya apabila tiba musim sambutan kemerdekaan kita pastinya tida sabar untuk melaungkan merdeka apabila jam tepat menunjukan pukul 12. hal ini kerana semangat cintakan kemerdekaan dan cintakan negara yang ada dalam jiwa kita. kita juga sering melihat ada antara warganegara kita yang sanggup berhabisan duit membuat pelbagai rekaan corak pada kereta mereka dengan lamang bendera malaysia dan sebagainya. hal ini kerana beliau mempunyai semangat patriotisme yang menebal serta berbangga dengan apa yang eliau kecapi hari ini. contoh lain ialah, contohnya apabila kita menonton siaran sukan, samaada perlawanan badminton atau pun sukan2 lain yang mana menunjukkan penyertaan malaysia. apakah perasaan anda jika melihat wakil negara kita mencapai kemenangan? pada saya, saya sangat berbangga dan kadang2 tanpa saya sedarai saya seperti mahu menitiskan air mata melihat kejayaan ini. hal ini kerana saya sangat gembira dan berbangga dengan pencapaian negara saya, kerana saya rasa adanya semangat patriotisme itu dalam jiwa saya. walaupun bukan saya yang menang tapi kemenangan itu adalah untuk negara saya. oleh itu sama2 lah kita memelihara keamanan negara ini dengan menanamkan semnagat patriotisme dalam jiwa masing2. saya anak malaysia! salam 1 malaysia.

nurul farhana binti ali
95110

Anonymous said...

Pada pendapat saya semangat patriotisme merupakan satu perasaan cinta terhadap negara dan tanah air dimana seseorang itu dilahirkan. Patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui sambutan hari kemerdekaan sesebuah negara malah dapat ditunjukkan melalui sumbangan masyarakat terhadap negara. Ini dapat ditunjukkan melalui sumbangan dalam pendidikan seperti mendidik anak bangsa di sekolah, institusi pengajian tinggi, membuka perniagaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.
Daripada pernyataan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui kerjaya politik. I ajuga dapat dibuktikan dengan penglibatan atau kejayaan warganegara dalam bidang kesukanan,ketenteraan dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita boleh menunujukkan semnagat patriotisme dengan melakukan sesuatu yang lebih memihak kepada negara sendiri. Ini termasuk dalam aktiviti seharian seperti membeli barangan buatan tempatan sepertimana yang diharap-harapkan oleh kerajaan melaui kempen "belilah barangan buatn Malaysia". Sepatutnya, sebagai warganegara yang ikhlas dalam membuktikan semangat patriotisme ini, mereka seharusnya membeli barangan buatan Malaysia secara ikhlas dan niat itu perlu datang daripada jiwa seseorang warganegara, bukan melalui paksaan pihak tertentu seperti desakan melalui promosi dan tindakan undang-undang daripada pemerintah.
Kesimpulannya, patriotisme yang tulen adalahdatang daripada keikhlasan dan jiwa warganegara tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak supaya mereka berbuat demikian.

Anonymous said...

Pada pendapat saya semangat patriotisme merupakan satu perasaan cinta terhadap negara dan tanah air dimana seseorang itu dilahirkan. Patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui sambutan hari kemerdekaan sesebuah negara malah dapat ditunjukkan melalui sumbangan masyarakat terhadap negara. Ini dapat ditunjukkan melalui sumbangan dalam pendidikan seperti mendidik anak bangsa di sekolah, institusi pengajian tinggi, membuka perniagaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.
Daripada pernyataan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui kerjaya politik. I ajuga dapat dibuktikan dengan penglibatan atau kejayaan warganegara dalam bidang kesukanan,ketenteraan dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita boleh menunujukkan semnagat patriotisme dengan melakukan sesuatu yang lebih memihak kepada negara sendiri. Ini termasuk dalam aktiviti seharian seperti membeli barangan buatan tempatan sepertimana yang diharap-harapkan oleh kerajaan melaui kempen "belilah barangan buatn Malaysia". Sepatutnya, sebagai warganegara yang ikhlas dalam membuktikan semangat patriotisme ini, mereka seharusnya membeli barangan buatan Malaysia secara ikhlas dan niat itu perlu datang daripada jiwa seseorang warganegara, bukan melalui paksaan pihak tertentu seperti desakan melalui promosi dan tindakan undang-undang daripada pemerintah.
Kesimpulannya, patriotisme yang tulen adalahdatang daripada keikhlasan dan jiwa warganegara tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak supaya mereka berbuat demikian.

Daniel Ugih Anak Echoh 94965

Anonymous said...

patriotisme.. menarik untuk dibincangkan bersama. Sejenak berfikir, mungkin daripada kita mengatakan bahawa patriotisme berkait rapat dengan kemerdekaan. Tidak dapat disangkal bukan? ada ketikanya kita berfikir tentang patriotisme ini ketika menyambut kemerdekaan..

Patriotisme lebih membawa maksud semangat cintakan tanah air. Walaubagaimanapun, bagi saya patriotisme adalah satu semangat dan kebanggaan kepada kita dalam menjaga kepentingan bersama pelbagai aspek tidak kira aspek sosial, politik atau ekonomi.
Dalam aspek sosial misalnya, penerimaan pemikiran generasi muda terhadap budaya barat, apakah itu semangat patriotisme mengekalkan budaya bangsa ketimuran kita? Pemikiran kita tidak seharusnya menjurus ke arah itu kerana apa yang mendatangkan keburukan tidak seharusnya diterima. Semangat patriotisme untuk mengekalkan budaya bangsa semakin luntur dengan adanya anasir-anasir luar yang cukup menguasai generasi kita.

Apa yang perlu kita fikirkan adalah, apakah sama semangat kita seperti orang-orang terdahulu yang sanggup mempertaruhkan nyawa, wang ringgit untuk keamanan dan semangat mereka atau kita hanya sekadar mengucapkannya..

Norasmahani abd aziz
95075

syamida said...

Patriotisme merupakan semangat yang murni, kental dan bebas daripada sentimen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan setia kepada nusa dan bangsa. Biasanya, patriotisme ini lahir dalam diri seseorang apabila adanya sifat atau sikap yang dilakukan terhadap sesuatu perkara dengan keikhlasan hati, kesukarelaan diri dalam dalam melibatkan diri terhadap sesuatu agenda, kesanggupan, kesungguhan serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam mempertahankan kemerdekaan negara serta kedaulatan bangsanya. patriotisme ini lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang untuk menegakkan keadailan dalam usaha mereka untuk mengharumkan nama negara, agama, dan bangsa. Hal ini selaras dengan objektifnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, keharmonian, perpaduan, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggugugat oleh sesiapa. Dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara. Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar merangkumi aspek kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan. Individu perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan. Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin akan mewujudkan ekstremisme. oleh yang demikian, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh. Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan di peringkat yang paling rendah dan asas sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Semangat ini harus disubur dari semasa ke semasa agar generasi yang akan datang akan tahu apa itu nilai patriotisme dan sentiasa disemai dalam sanubari mereka tentang patriotisme ini. Proses ini haruslah didokongi oleh semua bangsa kerana patriotisme bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan. Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, mempunyai kemantapan budaya, politik yang bebas dari pengaruh universalisme, perpaduan yang teguh dan semangat perjuangan yang tinggi. contoh patriotisme boleh dilihat melalui semangat individu dalam melakukan pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi selat Inggeris, memacak dan mengibarkan jalur gemilang di puncak Gnunug Everest. menghormati lagu Negaraku, menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh makna dan sebagainya.
sekian terima kasih.

NURSYAHIDA BINTI GHAZALI (95103)
PP.SAINS KEMSYARAKATAN (USM)

Anonymous said...

persoalannya "apakah itu patriotisme?"..banyak jawapan yang kita boleh ungkaikan berdasarkan pemahaman dan pendapat bagi setiap individu sama ada dari perspektif lahiriah mahupun rohani. bagi saya pula,ia merupakan semangat cinta akan negara yang menjadi tanah kelahirian kita sendiri.Seperti di malaysia,semangat patriotisme itu terpancar sekali dalam kalangan penduduknya apabila kita sama2 meraikan hari kemerdekaan setiap tahun iaitu pada 31 ogos.Semangat patriotisme ini dapat dibuktikan melalui perilaku kita sendiri contohnya tidak melakukan jenayah,patuh kepada undang-undang negara,menghormati lagu negara ku..disamping itu juga semangat patriotisme itu boleh ditunjukkan berdasarkan 5 rukun yang telah termaktub dalam perlembagaan malaysia sebagai teras utama dalam menyatupadukan rakyat di negara kita walapun terdiri daripada pelbagai kaum,agama dan bangsa.Disamping itu juga,sejarah lepas turut mengingatkan kita kembali sejauh mana semangat patriotisme yang ada pada askar2 tanah melayu mempertahankan tanah melayu daripada jajahan kuasa asing.Pengorbanan mereka itulah yang menjadikan semangat patriotisme perlu ada pada setiap individu.Apalah gunanya kita hidup sebagai rakyat malaysia jika kita tiada sikap patriotisme dan identiti sebagai rakyat malaysia.Membeli barangan buatan negara kita sendiri juga sudah melambangkan semangat patriotisme.Kita tidak mahu jika kita tinggal di malaysia tetapi minda dan diri kita dijajah oleh budaya asing kerana tiadanya nilai patriotisme.Terutamanya pada masa sekarang ramai dalam kalangan rakyat kita tidak seperti penduduk pada zaman dahulu,seolah-olah semangat itu kian luntur.Segelintir masyarakat hanya melaungkan perkataan "Merdeka" pada 31 ogos sahaja dan itu seolah2 omongan semata-mata pada hari bersejarah itu sahaja dan bukannya untuk hari-hari yang lain. Wahai anak bangsaku,bangkitlah dari dunia khayalan mu..marilah kita bersama2 menyemaikan semangat patriotisme tanpa mengira walau di mana anda berada,ingatlah bahawa kita adalah 1 malaysia. Dan tonggak utama kita untuk mencapai hasrat ini adalah hanya satu iaitu 'perlu adanya semangat patriotisme yang tinggi untuk mempertahankan negara serta menjaga imej negara supaya tidak terus dijajah oleh pemikiran-pemikiran budaya2 asing"

Madline Sadi,
94993,
Pusat Pengajian sains kemasyarakatan..usm

Anonymous said...

pada pendapat saya, patriotisme lahir dari kata dasar patriotik yang bermaksud cinta akan negara dan juga bangsa. semangat patriotik inilah yang dikatakan patriotisme. jika disoal tentang sejauh manakah semangat patriotisme di kalangan rakyat malaysia sudah pasti jawapannya semua rakyat memiliki perasaan tersebut namun adakah setiap individu itu betul-betul mempunyai semangat ini? sebagai contoh, pekara yang paling kecil iaitu meletakkan bendera di kenderaan, adakah ia hanya relevan pada hari kemerdekaan sahaja sedangkan semangat ini harus ada dalam individu pada setiap masa.
jika diteliti patriotisme ini boleh terbahagi kepada dua iaitu patriotisme yang baik dan juga melampau(taksub). bagi patriotisme yang baik, ia mampu meningkatkan perasaan cinta akan negara ke tahap yang mengagumkan.sebagai contoh, memperingati hari kemenangan negara iaitu hari kemerdekaan merupakan satu impilkasi positif semangat patriotisme. namun bagi patriotisme yang taksub ia mampu membawa kesan yang negatif kerana ia akan mendatangkan munasabah kepada negara kita sendiri. sikap seperti ini sering menimbulkan peperangan dan implikasinya dirasai oleh seluruh warganegara itu sendiri.sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu negara kita digemparkan dengan seorang rakyat yang kurang mempunyai semangat patriotisme dengan menunjukkannya melalui gubahan lagu yang menghina negara malaysia sendiri. kejadian ini sangat menyakitkan setiap rakyat malaysia. semua contoh-contoh ini hanya berdasarkan perlakuan sahaja belum lagi menyentuh kepada pemikiran tentang patriotisme.
dari segi pemikiran, kebanyakan rakyat kita masih belum dapat menangkis segala pengaruh luar iaitu masih bangga dengan pemahaman dunia luar sama ada dari segi budaya, percakapan, muzik dan sebagainya. keadaan ini mengambarkan bahawa kita masih berada di tahap yang memuaskan dalam meniti semangat patriotisme sedangkan seharusnya kita berbangga dengan negara tempat kelahiran kita, malaysia. walau apapun yang terjadi negara kita tetap negara yang kita harus sanjungi. bak kata pepatah" hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".
akhir sekali,patriotisme ini harus ada dalam setiap sanubari rakyat dan ia juga harus diterapkan terutama dalam pendidikan agar generasi muda sedar tentang hakikat patriotisme yang sebenarnya. bukan hanya dilaungkan sahaja tetapi harus diaplikasikan selalu. semoga setiap rakyta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara malaysia.
sekian terima kasih.


CHING SAI LING,
94964,
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, USM

Anonymous said...

Semangat patriotisme sememangnya harus wujud dalam diri setiap warganegara sesebuah tempat. Tidak kira bagaimanapun semangat itu ditunjukan atau ditonjolkan, yang penting ialah keikhlasan seseorang itu terhadap tanah tumpah darahnya. Walaupun dengan memakai pakaian serta menggunakan barangan buatan luar negara sekalipun tidak bermakna semangat itu tidak ada. Ia bergantung kepada pemahaman individu itu masing-masing dan cara bagaimana mereka lakukan. Namun matlamat tidak menghalalkan cara dan itu perlu diingat supaya tindakan kita melampaui norma-norma manusia dan undang-undang yang ada. Perasaan patriotisme ini perlu dididik sejak dari awal kerana ia tidak lahir bersama-sama kita sewaktu bayi. Tanpa semangat ini kita akan menjadi seperti kacang yang melupakan kulit. Pembangunan yang berlaku dalam Negara kini adalah salah satu cara kita selaku rakyat menunjukkan bahawasanya kita mempunyai semangat patriotisme dan setiap orang berhak menunjukkan dengan cara masing-masing.

SITI SAFAWATI BINTI MUSTAFA,95143

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia...

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.

Patriotisme mempunyai pelbagai definisi yang boleh kita fahami dan amati. Antara definisi patriotime yang dirujuk dari pelbagai kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris ialah :
"Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air".
"Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara".
"Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa".
"Cinta dan setia kepada negara".
"Dedikasi yang tinggi kepada negara".
"Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya".

Di dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali. Di atas kepentingan patriotisme, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, “tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja”.

Kini negara kita boleh berbangga dengan adanya pelbagai bentuk pasukan sukarelawan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), RELA, Palapis Tentera Darat, Palapis Tentera Laut, Palapis Tentera Udara, Pertahanan Awam dan macam-macam lagi. Adalah menjadi agenda kepada pembentukan ketahanan sahsiah diri yang berupaya membawa anak bangsa menjadi warga negara yang berjiwa kental, bersemangat waja dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.

Semangat patriotisme rakyat terutama generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai program yang menjurus ke arah itu. Kita perlu menerima hakikat, manusia seringkali mudah lupa untuk melihat kembali sejarah. Sebab itu, semakin lama usia kemerdekaan negara, semakin mudah rakyat khususnya generasi selepas era tersebut lupa akan pentingnya semangat patriotisme ini meskipun dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan. Yang jelas, masyarakat hari ini sudah berada dalam zon selesa, makmur dan bebas melakukan apa sahaja. Lantas, ancaman seperti pengaruh budaya liar menyusup masuk ke dalam jiwa tanpa disedari.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral. Selain itu juga bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya.

1 Hasrat, 1 Semangat, 1 Tekad
~Norshamiza binti Azizan~
Major Perancangan, Pengurusan & Pembangunan.
PP Sains Kemasyarakatan, USM

Anonymous said...

Patriotisme bermaksud semangat cintakan tanah air.semangat ini wujud dalam diri sejak azali lagi.terpulang pada diri masing-masing samada untuk mempraktikkan atau tidak semangat tersebut.semangat ini semakin membara apabila muncul pejuang-pejuang yang sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk mempertahankan tanah air dan untuk mencapai kemerdekaan.
Jika kita lihat,masyarakat zaman dahulu mempunyai semangat patriotisme yang amat kuat.penduduk kampung sanggup bersama-sama pejuang mempertahankan tanah air.malah kaum wanita pun sanggup bersama-sama membantu memperjuagkan tanah air.
Demi mengenangkan jasa pejuang-pejuang jika sehingga berjaya mendapat kemerdekaan,setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan secara besar-besaran.walaupun ramai pejuang-pejuang kemerdekaan telah meninggal dunia,namun jasa mereka tetap dalam ingatan dan dikenang.
Namun,sayang kebanyakan masyarakat zaman kini semakin mengabaikan rasa semangat patriotisme.kebanyakan mereka sibuk dengan tugasan masing-masing sehingga terlupa tanggungjawab terhadap negara seperti mempraktikan semangat cintakan tanah air.
Untuk menunjukkan semangat Patriotisme tidak semestinya kita pergi berperang.tetapi semangat ini boleh ditunjukkan dengan menjaga alam sekitar seperti tidak membuang sampah merata-rata.selain itu,ada juga sesetengah rakyat Malaysia berjaya mengharumkan nama Malaysia ke seluruh dunia seperti mendaki gunung Everast,mencipta nama berenang diselat Inggeris dan macam-macam lagi.
Oleh itu,marilah sama-sama kita menanam semangat Patriotisme yang semakin dilupakan ini.Jika bukan kita yang menanam semangat Patriotisme,siapa lagi yang akan mempunyai semangat ini.
NOOR EMEY ALIZA ABDUL GHANI
95047

Anonymous said...

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..Persoalan tentang patriotisme sangat menarik untuk dibincangkan dan dihuraikan di sini kerana persoalan ini perlu diketahui oleh semua rakyat yang tinggal dalam negara yang telah mencapai kemerdekaan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,patriotisme bermaksud sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air yang lahir dari jiwa yang kental dan berani. Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air lahir dari jiwa yang kental terhadap tanah air. Selain itu, dapat diterangkan di sini juga tentang patriotisme bukan sahaja perasaan sayang kepada negara malah juga meliputi perasaan cinta dan semangat sayangkan bangsa yang mendiami tanah air. Patriotisme juga dapat diterangkan dengan lebih lanjut iaitu satu perasaan yang bersifat spiritual, iaitu rasa kecintaan yang mendalam,subur dan kental terhadap negara yang didiaminya sendiri, contohnya negara Malaysia. bagi merealisasikan semangat patriotisme ini, itu perlu disertai dengan nilai seperti kesungguhan, kebebasan, keyakinan, dan keberanian dalam mempertahankan negaranya daripada golongan penjajah yang ingin menjatuhkan negaranya. bagi pendapat saya, dengan adanya semangat patriotisme dalam diri setiap warganegara yang mendiami di negara Malaysia ini maka mereka haruslah memastikan negara Malaysia sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
di sini dapat dibuktikan sekali lagi apabila satu fakta telah diketemui tentang semangat patriotisme ini iaitu Malcolm X pernah berkata bahawa " Kita tidak boleh dibutakan oleh patriotisme sehingga mengabaikan realiti. Yang salah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya atau siapa yang mengatakannya".
semangat patriotisme bukan sahaja dapat dibuktikan dengan laungan lagu negaraku, kibarkan bendera dan juga melaungkan "MERDEKA" tetapi semua perkara dari semua aspek perlu ada dan cukup untuk melahirkan seorang individu yang mencintai negara.
oelh yang demikian, bagi melahirkan masyarakat yang cintakan akan negara, pelbagai jalan perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi meneruskan lagi perjuangan negara dalam melahirkan sebuah negara yang aman damai dan maju setanding dengan negara maju seperti China, Jepun tanpa adanya pergelutan dan juga perbalahan antara rakyat..MALAYSIA BOLEH!!! 1 MALAYSIA, 1 SISWA.....

NORHAZWANY BINTI BAHARUDIN
95081
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN (PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN)

Anonymous said...

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..Persoalan tentang patriotisme sangat menarik untuk dibincangkan dan dihuraikan di sini kerana persoalan ini perlu diketahui oleh semua rakyat yang tinggal dalam negara yang telah mencapai kemerdekaan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,patriotisme bermaksud sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air yang lahir dari jiwa yang kental dan berani. Selain itu, dapat diterangkan di sini juga tentang patriotisme bukan sahaja perasaan sayang kepada negara malah juga meliputi perasaan cinta dan semangat sayangkan bangsa yang mendiami tanah air. Patriotisme juga dapat diterangkan dengan lebih lanjut iaitu satu perasaan yang bersifat spiritual. maksudnya ialah satu rasa kecintaan yang mendalam,subur dan kental terhadap negara yang didiaminya sendiri, contohnya negara Malaysia. Bagi merealisasikan semangat patriotisme ini, perlulah disertai dengan nilai seperti kesungguhan, kebebasan, keyakinan, dan keberanian dalam mempertahankan negaranya daripada golongan penjajah yang ingin menjatuhkan negaranya. Bagi pendapat saya, dengan adanya semangat patriotisme dalam diri setiap warganegara yang mendiami di negara Malaysia ini maka mereka haruslah memastikan negara Malaysia sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
Di sini dapat dibuktikan sekali lagi apabila satu fakta telah diketemui tentang semangat patriotisme ini iaitu Malcolm X pernah berkata bahawa " Kita tidak boleh dibutakan oleh patriotisme sehingga mengabaikan realiti. Yang salah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya atau siapa yang mengatakannya".
Semangat patriotisme bukan sahaja dapat dibuktikan dengan laungan lagu negaraku, kibarkan bendera dan juga melaungkan "MERDEKA" tetapi semua perkara dari semua aspek perlu ada dan cukup untuk melahirkan seorang individu yang mencintai negara.
Oleh yang demikian, bagi melahirkan masyarakat yang cintakan akan negara, pelbagai jalan perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi meneruskan lagi perjuangan negara dalam melahirkan sebuah negara yang aman damai dan maju setanding dengan negara maju seperti China, Jepun tanpa adanya pergelutan dan juga perbalahan antara rakyat..MALAYSIA BOLEH!!! 1 MALAYSIA, 1 SISWA.....

NORHAZWANY BINTI BAHARUDIN
95081
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN (PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN)

Anonymous said...

patriotisme bagi saya melambangkan semangat patriotik iaitu semangat cintakan negara. semangat cintakan negara dapat ditunjukkan dengan menghormati undang-undang negara, menghormati bendera, lagu negaraku dan menjaga nama baik negara Malaysia daripada dicela atau dijatuhkan oleh negara luar atau bukan warganegara Malaysia.

patriotisme yang wujud dalam diri tiap rakyat Malaysia kadang kala semakin pudar terutama golongan muda yang semakin tidak menghormati kedaulatan negara. mereka yang hanya mementingkan dunia sosial sehingga lupa tarikh bersejarah negara iaitu hari Kemerdekaan. apabila hari kemerdekaan negara pun tidak tahu, akan menyebabkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum kemerdekaan, iaitu mereka tidak mengetahui bagaimana pahit dan perit pejuang negara untuk mendapat kemerdekaan negara seterusnya menjadi sebuah negara yang semakin membangun dan berkembang pesat. oleh itu, golongan muda tidak ada semangat patriotisme yang mendalam seperti mana golongan terdahulu dan oleh sebab itu juga mereka sering mengabaikan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara ini.

patriotisme dapat digambarkan dengan menyokong produk buatan Malaysia bagi mengembangkan ekonomi negara dan tidak berbangga dengan barangan buatan barat yang hanya melengahkan kita dan menjadi ikutan golongan muda kini. selain aspek barangan, dari segi aspek pelancongan juga merupakan satu semangat patriotisme dimana mengenali Malaysia untuk dipandang seluruh dunia.

selain itu, patriotisme juga dapat digambarkan dengan perpaduan kaum saling hormat-menghormati antara satu sama lain. walaupun negara Malaysia sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, tetapi dengan semagat cintakan negara rakyat Malaysia dapat berganding bahu untuk perpaduan negara.

oleh itu, patriotisme ini dapat digambarkan dengan pelbagai aspek. semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalan diri tiap rakyat Malaysia sejak dari kecil dan sering menceritakan sejarah-sejarah kemerdekaan dan mengembangkan minda kanak-kanak tentang patriotisme dengan mengembangkan semangat patriotisme itu bukan sahaja hanya cintakan negara tetapi perlulah diterapkan sekali dengan perbuatan dan menyokong pembangunan dan ekonomi negara Malaysia.

Saya mohon maaf di atas kesilapan saya tidak menulis nama pada tempoh hari.

NAMA : NOOR SHUHADAH BINTI AHMAD
NO. MATRIK : 95052
MAJOR : SAINS POLITIK

dihantar pada :
October 6, 2009 1:44 AM

Anonymous said...

Patriotisme atau perasaan cinta akan tanah air merangkumi satu makna yang cukup besar dalam pembinaan negara dan bangsa. Setiap orang perlu disemai dengan semangat patriotisme supaya rasa kecintaan terhadap ibu pertiwi tidak luntur. Semangat patriotisme melambangkan kesanggupan seseorang individu itu untuk berkhidmat dan berkorban kepada negara, bangsa dan agamanya daripada tipu helah musuh di sekeliling. Malahan makna patriotisme sangat besar ertinya bagi pejuang-pejuang kemerdekaan yang berkorban jiwa raga demi mempertahankan tanah air daripada penjajah. Itu cerita 52 tahun lalu. Dan sekarang setelah 52 tahun negara merdeka, skop patriotisme menjadi meluas. Patriotisme sekarang tidak lagi perlu mengangkat senjata semata-mata tapi patriotik dalam diri itu yang penting. Hal ini berkaitan dengan cara seseorang mengolah kehidupan masing2. Dunia hari ini semakin hari semakin mencabar. Oleh itu, keperluan ilmu menjangkaui tahap pemikiran kita. Rajin menuntut ilmu sehingga keintelektualan kita menjadi rujukan merupakan satu contoh patriotisme pada hari ini. Bukan itu sahaja, ia turut merangkumi penggunaan produk dan perkhidmatan tempatan serta yakin akan mutu keluaran ciptaan sendiri seterusnya dapat meyakinkan pengguna luar akn kehebatan barangan kita. Itu juga patriotik kerana produk kita berdiri setanding produk luar. Perkara yang mustahak di sini ialah penggunaan bahasa harian sama ada berbahasa melayu dengan betul atau sebaliknya atau berbangga menggunakan bahasa asing. Nasib bahasa kebangsaan pada masa ini tidak begitu baik. Malah isu penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik tidak menunjukkan jalan penyelesaiannya. Kesannya, bahasa melayu semakin terpinggir dan terabai dalam urusan formal. Patriotik juga berkaitan dengan budaya, adat resam dalam upacara2 tertentu. Adalah menjadi hak seseorang untuk mempertahankannya. Patriotik perlu ada dalam diri setiap individu bagi menangkis anasir2 yang tidak baik. Kita ditegah sama sekali menjadi gunting dalam lipatan dan mengapi2kan sesama sendiri. Paling penting kita harus mempertahankan kemerdekaan yang dianugerahkan ini dengan sebaik2nya tanpa berlaku rusuhan atau himpunan yang semestinya akan mengugat kestabilan negara, ekonomi, politik dan sosial.

Norazira binti Ali
95076

Anonymous said...

Pada pandangan saya mengenai patriotisme adalah satu semangat cintakan tanah air,cintakan negara dan bangsa sendiri.Sikap patriotisme adalah satu perasaan yang mendalam terhadap tanah air sendiri.Orang yang mempunyai semangat ini adalah orang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka sendiri demi mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah atau dikuasai oleh orang lain demi negara serta masa depan negara mereka.Semangat patriotisme juga adalah satu tanda penghargaan kepada tokoh-tokoh atau bapa-bapa perjuangan pada masa dahulu.Walaupun negara kita tidak seperti keadaan sebelum zaman kemerdekaan ,namun kemerdekaan harus dikekalkan dan dipertahankan setiap masa dengan adanya semangat patriotisme dalam setiap rakyat.Tanpa semangat patriotusme mungkin negara kita akan diancam oleh musuh.Semangat patriotisme dapat dibuktikan dengan menyanyikan lagu negara dengan penuh perasaan dan menyelami makna-makna dalam setiap ayat yang dinyanyikan dalam lagu kebangsaan.Pengibaran jalur gemilang, sambutan hari kemerdekaan dan berjasa demi mengharumkan nama negara dapat membuktikan kita mempunyai semangat patriotisme yang mendalam.
Semangat patriotisme sudah diterapkan dalam diri masyarakat sejak dibangku sekolah lagi dengan mengadakan sambutan hari kemerdekaan di sekolah-sekolah untuk memupuk masyarakat pada maa hadapan sanggup berkorban dan berhadapan dengan ancaman musuh demi mempertahankan tanah air dan juga negara.

Sebaliknya apa itu bukan patriotisme?
Bukan patriotisme adalah merupakan orang yang tidak mempunyai semangat untuk mempertahankan tanah air.Orang yang tidak mempunyai semangat cintakan tanah air kemungkinan akan membawa dorongan untuk membawa ancaman kepada negara.Tanpa semangat patriotisme negara kita mungkin senang untuk diceroboh.Mereka yang tidak mempunyai semangat cintakan tanah air adalah orang yang sangat mementingkan diri sendiri padahal mereka tidak sedar semangat patriotisme amat diperlukan demi masa depan anak cucu mereka juga pada masa hadapan.

nurul belisa binti banjari
95108

Anonymous said...

patriotisme merupakan satu fahaman sayangkan negara dan bangsa.manakala, patriotik adalah sikap yang ditujukkan sebagai tanda menyayangi negara dan bangsa.semangat patriotisme adalah satu sifat yang murni dimana sikap dan tindakan kita tidak boleh mencemarkan dan menjatuhkan maruah negara dan bangsa kita sendiri.

Cabaran memupuk semangat patriotisme di negara kita bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. kerajaan perlu menjaga hati setiap kaum disamping mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.Hal ini supaya satu keadaan ekonomi, politik dan sosial yang stabil dapat diwujudkan.

Walaupun kesatabilan sosiopolitik di negara kita dikagumi oleh sesetengah negara, namun, masih ramai rakyat negara kita tidak menghargai nilai sebuah kemerdekaan.Baru-baru ini, terdapat rakyat Malaysia yang sanggup melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri semata-mata untuk menjadi warganegara Britain, namun akhirnya menjadi pelarian disana apabila kerajaan Britain telah menolak permohonan kewarganegaraan mereka. hal ini perlu dijadikan iktibar oleh semua rakyat Malaysia supaya tidak memperlekehkan isu kewarganegaraan, sedangkan jika kita perhatikan sekarang, bejuta-juta rakyat asing berlumba-lumba datang ke Malaysia disebabkan kestabilan politik, ekonomi dan sosialnya, tp ada juga rakyat Malaysia yang tergamak melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri,mereka tidak pernah bersyukur dengan keselesaan yang ada sekarang.

globalisasi merupakan cabaran yang besar terhadap sesebuah negara. Oleh itu,semangat patriotisme harus dipupuk sejak dari kecil lagi supaya anasir-anasir jahat yang dicipta oleh sesetengah pihak yang iri hati dengan keamanan negara tidak mudah mempengaruhi minda rakyat yang mengajak rakyat untuk membenci negara.

NURUL HUDA BINTI YACOB
95113

Anonymous said...

Patriotisme bukan sekadar semangat cintakan negara dan namun lebih daripada itu. Semangat patriotisme tidak cukup hanya sekadar mengibarkan bendera Jalur Gemilang setiap ulangtahun kemerdekaan Malaysia.

Namun patriotisme menuntut lebih daripada itu.Patriotisme tidak semestinya perlu ditunjukkan setiap masa. Adakalanya apabila kita memakai pakaian jenama luar negara atau membeli barangan buatan negara luar, kita tidak boleh dikatakan tidak cintakan negara. Ianya bergantung kepada pengertian dan penghayatan setiap individu terhadap semangat patriotisme ini.
Seharusnya setiap individu atau warganegara, walaupun tidak berpijak di tanahair sendiri, namun mereka seharusnya menanamkan semangat patriotisme ini di hati mereka. Walaupun setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi mengekspresikan kecintaan mereka terhadap negara, namun keikhlasan adalah melebihi segalanya. Walau kita melakukan pelbagai perkara bagi menunjukkan patriotisme tetapi hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa hati dan niat yang ikhlas, maka tiada gunanya kita digelarkan sebagai patriotisme. Dengan menghargai pembangunan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara, cukup untuk kita membuktikan kecintaan kita kepada negara. Setiap warganegara berhak menunjukkan semangat patriotisme dengan cara yang tersendiri. Rakyat khasnya golongan muda perlu dididik sejak kecil mengenai semangat patriotisme ini. Ini kerana mereka merupakan generasi pelapis harapan bangsa dan negara, dan diharapkan tidak berpaling tadah terhadap negara sendiri. Tanpa penerapan semangat ini, mereka akan menjadi tidak ubah seperti kacang yang melupakan kulit, yang tidak menghargai tanah tumpah darah mereka sendiri.

NORADILA BINTI MUSTAPA
95068
MAJOR : SAINS POLITIK

Anonymous said...

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.

Semangat Patriotisme boleh dipupuk dengan berbagai cara antaranyamelalui mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras dalam SPM terutamanya dikalangan pelajar.Kemudian dengan mengibarkan jalur gemilang juga boleh menunjukkan semangat patriotisme, malah menamakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan sebagai Bahasa Malaysia juga merupakan antara cara meneguhkan patriotisme..

Jadi banyak cara yang boleh dilakukan jika semangat patriotisme itu ada di dalam diri setiap individu.

Siti Inursuliana Binti Osman
98960

Anonymous said...

Patriotisme ini terlalu subjektif. Sukar untuk kita mengukur bahawa seseorang itu patriotik ataupun tidak kerana maksud dan pengertiannya terlalu luas. Bagi saya, patriotisme ini merupakan semangat sayang dan cinta akan negara.semangat ini perlu dipupuk oleh semua golongan peringkat tidak kira tua ataupun muda.Namun ia bukan boleh diukur secara fizikal semata-mata.

Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi, perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air.

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Sebagai pewaris negara ini, generasi muda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat patriotisme yang kukuh dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Pada alaf baru ini, amat merunsingkan kerana terdapat unsur-unsur tekanan daripada yang kuat terhadap yang lemah.Sehubungan itu, generasi muda perlu mempunyai semangat cinta kasih yang kekal dan kental kepada negara selain bersemangat setia pada negara.Semangat patriotisme juga meliputi semangat kekitaan dan rasa berbangga menjadi rakyat Malysia.
Menurut beliau lagi, semangat patriotisme amat penting untuk membangunkan negara supaya menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk dalam kalangan generasi muda, negara tidak akan dapat dipertahankan dari serangan budaya luar.Konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan pada alaf baru ini boleh menghakis identiti bangsa dan negara ini.Generasi muda harus sedar mengenai kesan negatif globalisasi dan tidak terus menerimanya secara bulat-bulat.Tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat patriotisme.

Kesimpulannya kita sebagai generasi pelapis perlulah kental dan tegar dengan semangat ini agar terus sebati dan tidak tenggelam dek arus kemodenan dan peralihan zaman. semangat cintakan dan sayangkan negara ini perlu dipupuk sejak kecil lagi agar kita mempunyai perasaan cintakan negara dan mengelakkan perasaan tersebut lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka.

Nama : AIDA SHAKILA BINTI ISHAK

No. Matriks : 94946