Followers

Saturday, November 7, 2009

Berapa Yang Cukup?


Syabas kepada PM yang dengan tegasnya menegur sikap CUEPACS. Saya sungguh tak faham....tak habis-habis CUEPACS meminta  kenaikan gajilah... bonuslah...insentiflah...dari Kerajaan...dalam masa kemalapan ekonomi yang dihadapi oleh negara tercinta ini! Saya seorang pesara dan bersimpati dengan dengan pegawai kerajaan golongan rendah. Tetapi, janganlah terus 'mendesak itu dan ini' ketika ini...tidak kena masanya! Kebanyakan rakyat yang bukan berkhidmat dengan Kerajaan akan marah dengan tuntutan sebegini. Saya sendiri kurang senang dengan sikap persatuan ini. Adakah segolongan besar penjawat awam begitu daif seperti mereka yang dipaparkan dalam program tv 3 'Bersama Mu'? 

Persoalannya, BERAPA YANG CUKUP? RM2000....RM3000.....RM10000 sebulan? Bukankah 'cukup' itu relatif? Mungkin RM10000 cukup bagi seorang individu tetapi jumlah itu hanya 'nyawa-nyawa ikan' sahaja bagi individu lain. Kalau tidak, masakan BNM mewujudkan AKPK untuk memberi kaunseling kepada mereka yang kurang 'arif' mengurus kewangan mereka.  Dan, stesyen-stesyen tv tidak perlu menayang program-program berkaitan dengan topik ini.

Luangkan masa untuk membaca rencana AKPK di akhbar 'NEW SUNDAY TIMES'. Ada individu yang berpendapatan 6 angka terpaksa meminta nasihat dari agensi tersebut bagi mengatasi masalah kewangan untuk mengelak daripada diistiharkan muflis. Berbagai nasihat diberikan bagaimana untuk mengelak dari terjebak dengan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Ini pandangan peribadi saya. Pada hemah saya, kebanyakan kita - bukan semua - tidak dapat mengawal nafsu!!  Baru-baru ini, si Hill-Billy ini telah pergi ke KL dan sempat ke kompleks membeli-belah. Sungguh menakjubkan...orang ramai berpusu-pusu kehulu kehilir....terpaksa berpusing-pusing untuk mencari tempat parkir kereta. Cafe-cafe/coffee house penuh sesak dengan pengunjung menikmati minuman/makanan. Sungguh hebat gaya hidup mereka ini! Kalau berkemampuan...apa salahnya?  Masalahnya, pada pengamatan saya, bukannya semua mereka ini dari golongan yang berkemampuan. Budaya 'bio pape asal begaye' inilah penyebab utama mengapa segolongan besar rakyat menghadapi masalah kewangan.

Tak percaya? Lihat saja apabila Hari Raya menjelang tiba. Perabot baru...langsir baru...pakaian sudah MESTI. Malah....kereta baru! Bermuhasabah buat seketika....adakah semuanya ini perlu? Kalau mampu...tiada masalah. Tetapi terdapat mereka yang sanggup berhutang hanya untuk memuaskan nafsu 'menunjuk'. Ini bukannya ajaran Islam. Ambil pula contoh seharian. Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat fatwa bahawa merokok itu haram. Semua orang tahu ianya memudaratkan kesihatan selain salah satu faktor kemiskinan. Mana tidaknya...sekotak rokok paling murah pun harga RM6. Sekiranya 1 kotak sehari, bererti RM180 sebulan. Bukankah wang sejumlah ini boleh disimpan untuk kecemasan atau pendidikan anak-anak?

Berbalik kepada segelintir anggota awam yang mungkin terlena seketika...anda semuanya sepatut bersyukur kepada Allah. Walau mungkin menerima hanya RM600 sebulan gaji pokok selama 25 tahun berkhidmat (satu andaian yang susah diterima), anda akan tetap menerima pencen RM720 dan kemudahan perubatan PERCUMA. Cuba tanya kawan anda di syarikat swasta...apa yang mereka akan terima? Hanya simpanan KWSP yang mungkin boleh bertahan beberapa tahun sahaja sekiranya tidak berhemah berbelanja. Perubatan? Bayar sendirilah! Di usia yang melepasi 'isyak' ini, kebanyakan kita menjalin silaturahim dengan para doktor dan jururawat. Ini kerana hospital menjadi rumah kedua, bukannya program 'Malaysia.. My Second Home' untuk menarik warga asing yang tebal poketnya untuk menetap di negara ini.

Janganlah terlampau mendesak Kerajaan. Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, uruslah kewangan anda sebaik-baiknya. Pedulikan apa anggapan orang. Ingat, apabila kita susah...kita yang menanggungnya; apabila kita senang...kita boleh membuat amal jariah.

Minta maaf lah...tetapi ini adalah pandangan ikhlas dari seorang pesara yang sentiasa bersyukur dengan kurnian Allah. Praktikkan peribahasa tok nenek kita '...ukur baju di badan sendiri'. InsyaAllah, selamatlah anda.

Jangan marah....OK!

10 comments:

FMZam said...

Saudara Nor,

Mungkin pada saudara CEUPACS ni keterlaluan tapi itulah peranan dia yang bertindakbalas diatas apa jua tindak tanduk kerajaan yang mendatangkan impak kepada ahli-ahlinya yang merupakan pekerja-pekerja kerajaan juga, jadi tidak hairanlah bila orang kata "every action there is reaction".

Kerajaan pun sepatutnya berfikir dahulu kalau dalam masa gawat dan kemalapan ekonomi ni mengapa bertindak menggalakkan kenaikan harga barangan, mengapa mesti setiap tahun selepas belanjawan saja harga barang naik. Rakyat sudah cukup susah menghadapi kenaikan harga setiap tahun dari manipulasi peniaga-peniaga tamak untuk disusahkan lagi oleh kesan sampingan dari belanjawan tahunan yang dibentangkan oleh kerajaan.

Apa yang tidak digunakan oleh peniaga-peniaga dari tindakan kerajaan dalam menjadikan alasan untuk menaikkan harga barangan? Jadi kerajaan lah yang patut bertindak mengekang dari melakukan tindakan yang menjadi penggalak kepada kenaikan harga, namun kerajaan kita tetap buta tentang ini, kenapa? Sedangkan dalam diam pun peniaga menaikkan harga inikan pula apabila mendapat alasan yang "disediakan" oleh kerajaan setiap belanjawan tahunan.

Dan bukannya semua permintaan CEUPACS ini mendapat layanan kerajaan, malah hampir semua permintaan CEUPACS mendapat kelulusan sebahagian sahaja, tak pernah penuh pun.

Yang bestnya apabila permintaan CEUPACS mendapat "layanan yang tak seberapa" dari kerajaan, Polis dan Tentera yang tidak mempunyai persatuan pun dapat habuan juga. Jadi sepatutnya kita semua bersyukur kerana CEUPACS juga membela nasib Polis dan Tentera, bukan hanya untuk pekerja awam sahaja.

Kerajaan ini yang tak peka dengan keadaan gawat kelembapan ekonomi untuk suruh rakyat peka, jadi salah kah bila rakyat bersuara dengan tindakbalas CEUPACS, atau kerajaan meminta disedarkan dengan tindakan mogok dan tindakan perindustrian lain kah?

Cuba lihat keadaan ini, setiap kali lepas belanjawan, barang naik, setiap kali cukai naik, minyak naik, tol naik, barang naik. Dan ini semua berlaku setiap tahun dah gerenti punya. Tapi tanpa itu semua pun barang tetap naik. Yang kita nak marah CEUPACS minta gaji naik, bukannya gaji naik setiap tahun, malah bila waktu gaji dinaikkan rakyat sudah bertahun menderita dengan entah berapa kali kenaikan harga barang dan kos hidup.

Bukan kita tak tahu bersyukur pada kerajaan tapi kerajaan yang tak tahu bersyukur mempunyai rakyat yang bersabar dan bertoleransi dengan kerajaan yang tak bijak mengendalikan situasi kalut yang kerajaanlah sebenarnya punca kekalutan itu!

Anonymous said...

Kita semua tetap bersyukur tetapi lihat lah apa yang di lakukankan olih kerajaan!!! pembaziran dan akibat nya rakyat yang menderita, ini bukan cerita dongeng dan bukan cerita script Rosmah yang jumpa kotak as saud dan dapat hadiah RM 7 juta beb... rakyat terasa amat tertekan, macam mana nak berjimat dengan sesuatu yang tidak mencukupi akibat tindak tanduk kerajaan yang salah mengurus harta negara.
Berjuta juta beli submarine untuk apa?
Berjuta juta beli A400M yang tergendala hingga 2016 untuk apa?
nak perang dengan siapa atau nak kaut komisyen sahaja?!!!
Dalam keadaan ekonomi tenat nak juga beli Eurokopter sedangkan Nuri masih mampu memberi khidmat nya hingga mereka dalam TUDM sanggup membuat agenda untuk memburuk kan helikopter NURI,( 1x Nuri was stripped off to undergo airworthiness test conducted by RMAF engineeer but was stopped by Sikorsky as RMAF has no authority,apart from a hidden agenda and RMAF chicken out that Sikorsky will sue them) supaya NURI bolih di gantikan semata mata kerana duit, duit dan duit..... bukan kah itu dasar kerajaan yang membazirkan.
Bolih bersyukur tetapi gomen kena ingatkan sengsara rakyat saudara!!!
PKFZ. landasan keretapi dan macam macam ada, jadi Pak PM tu cakap tak serupa bikin dan cakap pasal moral pulak tu!!!
CUEPACS masih berpijak di bumi nyata tetapi gomen masih tak sedar diri dan isu yang sebenarnya dan realiti nya terlalu ramai rakyat sengsara!!!
Elok lah kita ubah kerajaan demi ketuanan rakyat.
Maaf ya jangan marah!!!

Abah said...

Tuan,

Inilah masalahnya ketika PM suruh Kakitangan Kerajaan berjimatcermat dengan menegur CEUPAC, manakala di pihak yang lain pulak sibuk dengan berbelanja dengan sewenang-wenangnya.

Seharusnya langkah berjimat cermat ini dilakukan dari pucuk Pimpinan, maka barulah diikuti oleh akar umbi. Baru kena gayanya.

Capt's Longhouse said...

,,,sorry to say this ! but Malaysia is a welfare state and all its government servants are on state welfare-lah !.
,,,believe me !, set individual KPIs and see their deliverables ?. None would qualify even for their basic pay !!
,,,QEUPACS is just their Mafia Chief, demanding everything from nothing, yet its us Tax payers that have to bear it at the end. Its a burden really, if you want more money, come join us in the private sector or be in business legally to earn the money, BIG money for your blood, sweat and tears my friend !! BUT you have to bloody earn every single cent-lah honestly too yaa.
,,,I have been to Government Dept. and NONE has ever impressed me so far with regards to their work deliverables and sorry again none deserves my pity or the cheek for extra bonus ! issh issh issh !! nak tukar kerajaan ?...yaa sack every single pekerja kerajaan first and re-employ them after a proper interview as we carry out in the private sector !!..NONE will get their job back that I strongly believe.
,,,now don't give me any more crabs !!..I rest my case.

FMZam said...

Longhouse,

I'll give that crabs to you and for that matter I'll give anyone all the crabs in this world for partial thinking on workers, who keep thinking like you, differentiating that workers in Malaysia are good only in the private sector, all the bad workers are in the government sector. Have you done a survey to make that analysis? I doubt it if you have been going to ALL government depts to come up with your own analysis without a proper team only to make your own cheap analysis?

So don't give me that crab that all your workers in Pulau Kapas are well paid and they are all good, the most only your foremen are paid well for being good slave drivers. And don't give me that crabs that CEUPACS to you is Mafia when you are the Pirate Chief of Pulau Kapas who prey on government and government workers too to depend on their patronage to your island.

And don't give me that crab that if the government workers are not worth anything to you then it is the government to blame for not making them worthy, and I doubt it for don't you know the government gives good training to their workers in all those governmnet training institutions like INTAN? All other government depts have their own training institution too far too many to name than in the private sector to say nothing less than that "they can run this country even without a government". What a crab you gave us in saying they are not good other than that you are glorifying the workers in the private sector?

And don't give me that crab that you said come join us in the private sector or be in business legally to earn the money, BIG money for your blood, sweat and tears my friend !! BUT you have to bloody earn every single cent-lah honestly too yaa. Just how many of you in the private sector can really get that kind of BIG money for your blood? while the rest lowly workers sweat blood and tears because they are the same common Malaysians except they could not get employed in the government sector? Big money for the selective best topliners and most are imported maybe, but not for the downliners.

If you really have been to ALL government depts to make that stupid analysis, then why are our government medical staffs are being employed and lured into the private hospitals in this country as well as in Saudi Arabia?

You get my crabs?

Capt's Longhouse said...

,,,Obsessive-compulsive disorder is a common mental health problem. Sufferes find they are compelled to perform certain rituals or are plagued by obsessive, repetative thoughts. If you are worried you may be suffering from OCD, take our OCD questionnaire !!. Are you ready for it ??.
,,,Or just drop at Kapas Island for some rest ?..for some island crabs !!..Relax buddy, take it easy we are not here to kill each other but to fight a common enemy, don't be one hohoho..remember crusade against corruption ??.
,,,or are we talking crabs all these while ??
... Bipolar Disorder is a mental health condition featuring extreme mood swings. If you think you might have Bipolar disorder or are worried for someone you know visit our bipolar questionnaire !!. Will list it out if anyone needs it too ?.
,,,Some of us are more crazier than others, am one of them I guess ! hahaha.

Capt's Longhouse said...

Dear FMZam,

,,,Open up your own Blog ??..you have many good ideas and having that fighting spirit in you that would be of use to others too !!.
,,,Put up your face and identify yourself to the rest, you are a fighter, so be one !. "Who dares WIN" Commando style and you no chicken shit too from the manner you write yaa.
,,,pls advise your blog site asap..then you can have your say come what may !! Be a proper blogger-lah, not just commenting on others like crazy. Take this advise in good faith yaa !! hehehe.

Capt's Longhouse said...

Mej(R) Nor,

,,,Hi Buddy, sorry to use your blog at a target practise this time round ! Knowing me, you can appreciate my stand-lah !! hehehe ..am still as crazy if not more ??. Don't care a rat shit and straight to the point type as b4 yaa. Not trying to be anyone else, just oneself and the truth hurts and some might not like it, when it hits their own face !. Its bloody easy to comment but one must also mirror oneself often too.
Too many "want to be" and nil ears on others plus bloody sensitive on all issues. Only they have the right answers type yaa !! hehehe.
You/me can't say anything that they would find acceptable, in fact everything in Malaysia is not right !! yoo. Bila kita disagree/agree pun salah !! Geee.
I admit am the crazy type from day one but its those that don't we have a BIG problem with-lah.
,,,welcome to our crazy IT world of today ??. Talk but nil action !!..BIG crabby stuff, I must admit meself hohohoo. Bukan senang jadi PirateKing yoo. Banyak gila-gila kan ?.

"My Way or No Way"

FMZam said...

Longhouse,

I said go to hell with your OCD and all those crabs for you're the one who needs whatchamacallit OCD word more than me and anyone else, why? because you are one blogger who cannot control your emotion when confronted with criticism and start becoming jumpy out of issue.

I merely took your challenge to give you the crabs now why are you so cocky jumping out of issue and start telling about you a crazy fella you are as if I am afraid you are more crazy than others in this cyber or IT world? I care not who the hell you are and for that matter I don't care what you are. To me in blog you are not what you said you are, you are what you write and if you behave like monkey, I give you peanuts.

Just because you run a blog don't think you are crazy and smarter than others, don't think you are above others because you are a blogger. And you can say you are one crazy blogger and for that I say I am one crazy commentator, what's a big deal about that, you a blog runner, I a commentator, you write, I comment, so what's wrong with that? Who we are is not important lah, unless you want to make yourself important because you're so obsessive with your own self and you let it get into your big head.

Don't think you can simply chide others and get away with it for I am more crazy than you think you are to punish you. Better stick to answering the issue than wasting your energy with personal attack on me. But if you are a sicko and bent on belittling others, then TRY ME for all you want, crazy blogger VS crazy commentator, I am not afraid at all with your type of egoism for I've been with blogging long enough to know one snobbish blogger like you.

You better learn not to advise me lah for if I need one, I'll ask. And don't start turning to our Nor for support, use your own balls lah brother.

Anonymous said...

Kepada Saudara FMZam,

Andakah saudara perasaan bahawa kenaikan harga barang pada tahap ini adalah disebabkan oleh kenaikan gaji kakitangan kerajaan? Pikirlah dulu, bro.

Ir. Engkuli