Followers

Tuesday, November 24, 2009

Tiada Maaf Bagi Mu

Anda ada membaca artikel berkenaan Chin Peng yang menyuarakan impian beliau untuk kembali ke Setiawan, Perak dalam "STARMAG, SUNDAY 22 NOVEMBER 2009"? Saya ingatkan cerita ini sudah sampai penghujungnya tahun lepas tetapi tiba-tiba timbul semula. Mengikut laporan tersebut, buat pertama kalinya, beliau meminta maaf terhadap kezaliman yang beliau dan pengikut-pengikutnya lakukan kepada rakyat negara tercinta ini. Tetapi...tidak pula menyebut yang beliau telah menolak ideologi komunisme! Hai...macam ada yang tersirat ni! 

Sepertimana yang saya katakan dalam coretatan bertajuk "Di Suatu Ketika Dulu“, saya '..."berterima kasih” kepada Chin Peng. Polimik yang dicetuskan oleh pihak tertentu untuk membawa beliau kembali ke negara tercinta ini yang memberi inspirasi untuk saya menulis dalam blog.'



Perasaan saya telah diluahkan dalam coretan bermula dengan "Mengapa Saya Menentang Chin Peng Kembali Ke Malaysia" pada 20 Jun 2009 dan coretan seterusnya. Coretan ini dan "Pengalaman Ke2" telah dijadikan sebagai tugasan untuk siswa-siswi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui pandangan segelintir golongan remaja, sila baca komen mereka di coretan tersebut.

Mengikut Britannica Concise Encyclopedia, TDM dan PDRM masing-masing kehilangan lebih dari 500 orang anggota ; lebih 800 anggota 'special constables dan auxiliary police' terbunuh. Lebih 3,000 orang awam, kebanyakan kaum Cina, dibunuh or 'hilang'. Lebih kurang 500 anggota tentera British dan Commonwealth, termasuk Gurkhas, terbunuh dan juga lebih kurang 100 warga awam British, kebanyakan mereka 'planters', turut dibunuh. Ini belum lagi diambil kira mereka yang cacat anggota sepanjang hayat.

Agak-agak anda, apakah perasaan waris-waris mereka yang terkorban semasa menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu apabila membaca impian Chin Peng itu? Seperti waris wira-wira "Bukit Kepong" dan yang terkorban apabila helikopter Nuri ditembak jatuh di kawasan operasi Gubir pada 27 April 1976....
  • Kapt (U) Choo YB - 7 Skn
  • Kapt (U) Mustapa Kamal - 7 Skn
  • Lt (U) Chang MT - 10 Skn
  • Lt (U) Wan Munsiff - 10 Skn
  • Sjn Leong (AQM) - 10 Skn
  • Mej Haris Rejab - RAMD
  • Kapt Sulaiman - RAMD
  • Lt Ibrahim - RAMD
  • Sjn Kamis - RAMD
  • L/KPL Kamarulzaman - RGK
  • L/KPL Suandi - RGK
Atau perasaan mereka yang terpaksa menanggung kecacatan  anggota sehingga ke akhir hayat demi untuk mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman komunis?

Saya? Tiada maaf bagi mu. Apa pula pandangan anda semua....sedia kongsi bersama?

6 comments:

Abah said...

Tuan,

Didalam hak kepulangan Ong Bong HUa@CP rasa saya pihak Kerajaan juga harus juga dipersalahkan. Semasa perjanjian tersebut ada klaus-klaus tertentu yang membolehkan CP mempertikaikan haknya untuk kembali ke Malaysia.

Sepatutnya sebelum perjanjian dibuat dan ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak, setiap klaus-klaus harus diperinci dan mengambilkira sensitiviti semua kaum Marhaen, Mantan dan Anggota-anggota Keselamatan.

Walau bagaimana pun sebagai salah seorang Mantan dan pernah memburu serta menjejaki mereka, maka saya sangat tidak bersetuju sekiranya beliau kembali ke Tanahair.

Namun demikian sebagai Manusia juga kita harus berpegang kepada janji bab kata perpatah-perpatih " Kerbau dipegang pada talinya dan Manusia berpegang kepada Janjinya.

Cuma pandangan saya sahaja.

arboking said...

Tuan,

If I recall correctly, among the conditions imposed were former CPM members who wish to return to Malaysia must attend an interview with the security forces (for screening)to determine their suitability.

Chin Peng failed to attend this interview for reasons best known to him and why go to court and/or the media when he had the chance to return 20 years ago?

Surely those who grew up at a time where Communist insurgency was at its height will not forget the sleepless nights and mischief caused.

I personally believe that those who grew up after the ceasefire or who grew up in urban areas do not feel for those who lived in black areas.

I'll never agree to his return. Not in this life.

Thank you

Capt's Longhouse said...

,,,sure let him come back, we are forever waiting for that day !. He would wished then never to be back.

Anonymous said...

This is the problem when the government made the decision without consulting the people especially those affected.
So now, do we honor the agreement or be like an idiot, look like an idiot because idiot made the decision.
Common!!! people wake up!!! this is what happen when we allow them to make decision freely and later the government will 'tai ci" saying that the rakyat is against it and we the people look stupid.
Semoga mereka yang gugur mempertahan kan negara di rahmati dan generasi yang di tinggal tidak menyesali!!! Alahai...kerajaan ku!!!
Apo kono kau rakyat Malaysia......bangang !!!!

Anonymous said...

There is no more place for Chin Peng in Malaysia.

Ir. Engkuli

Abu Garcia said...

Salam,

Tuan-tuan, situasi pada masa perjanjian damai ditandatangani amat berbeza berbanding sekarang. Apa-apa syarat yg dirangka telahpun mengambilkira beberapa aspek, kesan dan akibat. Kita tidak sepatutnya berpendirian menyalahkan kerajaan pada masa itu memandangkan perkara yang dipersetujui pada masa itu dikira sesuai pada masa itu.

Klausa perjanjian (ikut undang2) tiada kaitan dengan pembunuhan yang dilakukan CP. "Kebijaksanaan" peguam politik tidak mampu memadamkan jenayah CP.

Usahlah jenayah keji inipun dipolitikkan atas nama suara rakyat kerana keluarga/waris mangsa kekejaman CP lebih mengerti.

Kalau perkara sebegini hendak dipertikaikan maka ianya tidak akan berkesudahan. Yang penting penjenayah tetap penjenayah. Chin Peng tidak harus dibenarkan datang ke negara ini.