Pengikut

Selasa, 16 Februari 2010

Manusia Atau Apa Ni...?

Sungguh ironi...Di Malaysia, segelintir manusia yang tidak berhati perut dan sungguh zalim, sanggup melakukan...
..
Mingguan Malaysia pada 14 Februari 2010

Kalau ia pun bayi itu meninggal dunia tatkala dilahirkan...sampai hati dibuang dalam tong sampah dan seterusnya dibakar...! Jenis apa manusia ini? Allah menjadikan manusia yang paling mulia ciptaanNya. Kalau manusia, mesti ada perasaan 'kasih sayang' walau segelumit saja. Jadi, ini tak sepatutnya terjadi. Adakah mereka dari golongan binatang? Tidak juga kerana binatang pun sayang anak...cuba anda hampiri anak itik angsa, atau kucing? Ibu angsa akan mengejar anda dan ibu kucing pula akan menggigit anaknya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Saya rasa jawapannya ialah...SETAN BERTOPENGKAN MANUSIA! 

Pada pandangan saya, perasaan 'MALU' mengatasi 'TAKUT'. Maksud saya, 'Malu' kepada 'apa kata orang'...stigma melahirkan anak di luar nikah akan menghantui anggota keluarga. Sepatutnya, kita semua mesti mempunyai perasaan 'Takut' akan balasan Maha Pencipta...ALLAH sekiranya melakukan maksiat. Tapi, ialah...kalau Allah pun mereka tak takut, apalah sangat manusia. Sekiranya mereka takut pada Allah...tak timbullah masalah ini semua. Betul tak?

Lain pula negara jiran kita, Singapura...Kerajaan menggalakkan rakyatnya 'membuat' anak! Eh...Eh...Macam kilang pula...Diarah untuk menambahkan produksi kerana 'under production'.
Mingguan Malaysia pada 14 February 2010

Menurut PM Singapura, Lee Hsien Loong, dalam ucapan Tahun Baru Cina "...tahun lalu sahaja (2009), kita kekurangan 10,000 bayi untuk menggantikan kita...". Ayuh...Apa lagi rakyat Singapura, 'full production' lah...He...He...He. Sebagai rakyat yang patriotisme...mesti patuh kepada arahan gomen. Bukan nak import dari Malaysia kut!

3 ulasan:

Robert Rizal Abdullah berkata...

Squad,

There are a lot of sick people out there who are willing to do inhumane things. The numbers are growing - if what we read and heard are taken as the guage.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Squad,

I'm lost for words!!

Tanpa Nama berkata...

Singapore pun dah tukar taraf jadi Singapore Inc. sudah..tambah "production" bayi :D

Kita Malaysia, entahlah