Berita Terkini...
Pada 22 Februari 2010, saya terima surat berikut dari PEJABAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA...
Sekiranya dianalisiskan, surat ini hanya'...untuk perhatian dan tindakan YBhg Datuk selanjutnya'. Apakah maksudnya? Apakah itu 'tindakan' yang perlu diambil oleh AKSPA? Kalau tak silap saya, dalam e-mel KSU kepada seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri pada 26 Jun 2009, KEMENTAH akan memajukan cadangan kepada JPM pada minggu itu juga....
'2. Adalah dimaklumkan bahawa Markas Angkatan Tentera Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan kajian keatas status PTU dan telah mengemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KEMENTAH pada hari ini 26 Jun 2009 mencadangkan supaya penerima PTU dibayar elaun bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sepertimana penerima Pingat Gagah Berani (PGB).' ....petikan e-mel KSU.
Datuk AKSPA...Saya harap kajian semula oleh pihak anda akan lebih meyakinkan dan dapat mempengaruhi pihak berwajib di JPM. Juga, saya akan berterima kasih sekiranya pihak Datuk dapat memaklumkan saya tentang perkembangan mutakhir berkaitan perkara ini...sama ada sudah dimajukan ke JPM atau masih 'tersangkut' di dalam 'tray' pegawai tertentu di KEMENTAH sendiri. Bayangkan betapa kecewanya saya sekiranya tidak mendapat sebarang berita berkaitan dengan isu ini. Apalah salahnya memaklumkan berita mutakhir daripada sepi seribu bahasa.
Betul tak peringatan KSN ni...?
...Tidaklah saya terpaksa bersusah payah menghantar e-mel kepada YAB PM, Pak Menteri, KSN dan KSU. Saya kerap menghantar e-mel kepada mereka kerana saya tidak mengetahui status terkini. Lagi pula, apa yang anda lakukan ialah membantu mantan warga tentera...wira-wira negara di suatu ketika dulu. Siapa lagi yang kami boleh harapkan kalau bukan pihak tentera sendiri?
3 ulasan:
Brother mej!!!
Either work in progress and sila ambil perhatian untuk tindakan selanjut nya are a clear indication of non committal.
26 APRIL IS COMING SOON!!! and it will keep coming every year without fail and we are yet to hear any news from the nation number 1 soldier and the nation number 1 airman.
Takkan itu pun tak tahu nak berfikir.... terbantut kot!!!
Minister has time to go round with his big bikes- what he thinks, if that what he wants to do, go and joint the Mat Rempit!!!
PAT-damn it!!! Don't waste time as he doesn't even know how screw up is his leadership, probably it is time for him to go to Uruguay or Dubai for holiday or search for the missing jet engines.
PTU-ohhhho... not this guy, he will be too busy looking for excuses to find the answer of his slip shod RMAF that he inherited!!!!
So, dear brother!!! betul lah siapa lagi yang bolih diharapkan? Tak de siapa kecuali ALLAH yang maha adil.
ada usaha Insyaallah they will do something about it.
Be positive about it and I believe they are with us...
Catat Ulasan