Pengikut

Khamis, 18 Februari 2010

Tragedi 26 April 1976...Pos Tragedi

Banyak cerita kemalangan pesawat Nuri di Gubir pada Selasa, 26 April 1976 yang saya sendiri tidak tahu. Walaupun saya berkhidmat di #10 Skn, TUDM Kuantan, ketika itu saya sedang mengikuti kursus 'Nuri Captain Conversion'. Jadi, buat seketika waktu ,tidak terlibat dalam penerbangan operasi.

Mengimbau semula kejadian 34 tahun dahulu...'crewroom' sesenyap-senyapnya apabila diberitahu sebuah Nuri telah ditembak jatuh pada jam 1030 dan kesemua aircrew and penumpang terbunuh. Saya memang mengenali kesemua mereka walaupun Kapt (U) Choo dan Kapt (U) Mustapha Kamal dari #7 Skn, TUDM Kuching. Kedua-dua mereka dan Lt (U) Wan Munsiff adalah kenalan semenjak di MTD lagi. Kapt (U) Mustapha adalah 'squad mate' Tauliah Jangka Tetap (TJT) Intake 11; Kapt (U) Choo dan Lt (U) Wan Munsiff sebagai kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP) Intake 14 dan kami ditauliahkan bersama pada 12 April 1969.  Kapt (U) Choo dan keluarga tinggal di tingkat 2 di apartmen yang sama dengan saya sebelum bertukar ke Kuching.  Seterusnya, Kapt (U) Mustapha dan Lt (U) Wan Munsiff adalah 'junior' saya semasa mengikuti kursus penerbangan di SEA Helicopter, TUDM KL.  Mej Haris Rejab adalah 'senior' saya semasa di MTD; beliau TJT Intake 10 dan berjawatan 'Senior Under Officer' (SUO) untuk Kompeni 'Alam Shah'.

Saya kerap terbang dengan Lt (U) Chung sebagai co-pilot dan Sjn Leong sebagai AQM. Kali terakhir penerbangan saya dengan mereka ialah pada...
  • 25 Mac 1976 - Lt (U) Murad/Self/Sjn Leong, OD 321B Trp Lift, Ktn-K.Krai-Ktn, Flt Time - 7.40 hr.
  • 28 Mac 1976 - Lt (U) Chung/Self/Sjn Hua (mendiang), OD 345 Resup, Ktn-U.Kinta-Bertam-Ktn, Flt Time - 4.35 hr. 
Saya telah dilantik, sekarang dinamakan, 'Pegawai Pelarasan  Kematian' untuk Arwah Lt (U) Wan Munsiff Bin Wan Salim. Masih lagi dalam ingatan...saya bersama isteri pergi ke 'quaters' untuk menziarah Puan Khadijah Khalid, seorang guru di SMK Alor Akar. Ketika itu, ramai ahli keluarga TUDM turut menziarah beliau. Pegawai Memerintah (PM), mendiang Kol (U) Barney Chua telah memberitahu beliau bahawa pesawat Nuri ditimpa kemalangan tetapi tidak pasti nasib aircrew. Hanya pada lewat petang/ malam (?) PM memberitahu Puan Khadijah bahawa suaminya  terkorban dan menanya beliau di mana jenazah hendak disemadikan...Dan saya ada bersama ketika itu. Sungguh menakjubkan...beliau kelihatan terkejut hanya buat seketika sahaja...selepas itu...paling tenang. Inilah pertama kali saya melihat reaksi seorang isteri yang sungguh tenang selepas menerima berita kematian suami!

Mungkin saya silap, mangsa terakhir dikeluarkan pada hari ketiga disebabkan cuaca buruk. Beberapa orang pegawai TUDM Kuantan diarah untuk mengiringi mangsa-mangsa ke destinasi terakhir mereka. Antara mereka yang saya masih ingat, ialah Lt (U) Kamaruddin dan saya mengiringi arwah Lt (U) Wan Munsiff ke Kangar; mendiang Kapt (U) Thiagarajah dan Kapt (U) 'Igi' Lim mengiringi mendiang Lt (U) Chung ke Klian Intan.  Kedua-dua mangsa disimpan dalam 'kotak' kayu dan pada malam itu di tempatkan di sebuah bilik di RSAT, TUDM Butterworth, sebelum diterbangkan keesokan hari. Malam itu, kami semua tidur di wad RSAT. Kerana terlalu letih...letak saja atas katil besi, terus tidur.

Saya terjaga mendengar satu jeritan. Salah seorang dari kami, tak usahlah disebut nama, terbangun dari tidur dan melihat satu 'lembaga' putih mundar-mandir dalam wad...mana dia tak terkejut beruk! Sebenarnya, salah seorang hamba Allah tidak boleh tidur, jadi dia bangun dan 'excercise' agaknya dengan berselimutkan cadar putih. Sungguh melucukan...He...he...he...Jawabnya sampai keesokan hari kami semua tak tidur.

Keesokan hari...Jenazah arwah Lt (U) Wan Munsiff diterbangkan buat kali terakhir ke tempat lahirnya untuk disemadikan...Selepas pengkebumian, saya telah terbang balik ke Kuantan dengan Nuri untuk mengurus pertukaran Cikgu Khadijah ke Perlis. Untuk makluman...Saya difahamkan arwah Lt (U) Wan Munsiff adalah suami Cikgu Khadijah yang 'pertama dan terakhir' sehingga kini....Al-Fatihah.

Bersambung...

13 ulasan:

wanpar berkata...

Salam...

Pengorbanan wira-wira negara tidak akan sama sekali dilupakan. Walau puan ada segelintir muda yang mula lupa dan sebilangan tua yang cuba mencucuk semula.

Perjuangan akan diteruskan. Bagi yang tidak berpeluang memakai uniform, senapang berganti pen, celoreng berganti briefcase, kereta kebal berganti perlembagaan. Jihad tetap sama.

Tetapi tiada usaha anak merdeka setanding dengan perjuangan dan pengorbanan mereka yang berjuang dan mereka yang syahid menentang PK, penjajah dan pengganas. For that we thank you and we pray for you...

Harapan kami, doa kan perjuangan kami pula....

Wan Muzaffar Shah Bin Wan Munsiff
Putrajaya

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya percaya anda adalah anak arwah Wan Munsiff. Anda masih kecil semasa kejadian tersebut. Salam saya dan isteri kepada Cikgu Khadijah.

wanpar berkata...

Insyaallah, saya akan sampaikan salam tuan.

Arwah pergi terlalu awal... tapi Allah lebih menyayangi beliau. Pengorbanan beliau dan semua yang berjuang termasuk tuan tidak sia-sia. Generasi kami tidak akan biarkan anasir-anasir yang ada sekarang ini untuk meperlekehkan perjuangan wira negara dahulu.

*Sebenarnya saya masih di dalam kandungan semasa kejadian.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara wanpar,

Bolehkah mengesahkan bila arwah ayah anda selamat dikebumikan? Ibu anda masih tinggal di Kangar ke? Sekiranya saya boleh bertanya, berapa semua adik-beradik, kalau tak silap 3? Dan, anda sekarang bertugas di agensi kerajaan mana?

wanpar berkata...

Saya tak berapa pasti bila dikebumikan. Ibu (mama) masih di Kangar. Mej Nor boleh hubungi beliau kalau nak tahu perkembangan terkini. 04-9761410 atau 019-4721441. No saya 019-5677272.

Saya bertugas di JAKIM... tapi bukan sebagai ustaz.. hehehe. Pentadbir je. Keluarga Mej sihat? Mama pernah bercerita tentang Mej semasa arwah masih hidup dulu dan semasa pengebumian arwah termasuk usaha Mej utk tolong perpindahan ibu saya balik ke kampung. Terima kasih banyak2 atas pertolongan Mej ke atas keluarga saya pada masa tu walaupun saya masih dalam kandungan.

Semasa kejadian kakak saya berumur 3 tahun dan saya due pada bulan ogos. Kami 2 beradik shj. Kakak dan suaminya di Penang, dah 2 hero. Saya dah dikurniakan sepasang, yg hero 5 tahun, heroin 8 bulan. Kami tinggal puchong, dekat skit dgn putrajaya ni. Tuan masih di Jitra?

Capt's Longhouse berkata...

Wan Muzaffar Shah Bin Wan Munsiff,

,,,it was an honour to know your dad, while we were in the same sqn. during our tour of duty for king and country.
,,,your dad's sense of humour is indeed the spice of life for us his mates for life.
,,,your dad is well-prepared and is soldom baffled by problems. He accepts things that cannot be changed. Nonetheless, he is realistic and always on look out for options, solutions, renewal and growth and not perfectionism.
,,,he was a true professonal that I enjoyed crewing with always with that smile of wisdom of his.
,,,you have a priceless mom too and she is also priceless to your late dad too. She gives/gave her dear husband affection, care and strength ; bears and raises his wonderful children and tends and beautifies the home.
,,,my salute to your late dad plus to your mom and all of you kiddos of my dearest sqn mate Lt(U)Wan Munsiff Bin Wan Salim.

Salam from Capt. Shariff (UBAN) tel 012-3770214
shariff.abbas@gmail.com

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Wanpar,

Terima kasih dan saya menetap di Jitra. Sekiranya anda masuk ke blog isteri saya, sitiroffinimy.blogspot.com, background music ialah "Cherry Pink Apple Blossom White". Semasa bertandang kerumah arwah di Taiping ketika itu, saya telah bertanya pada beliau samaada tahu tajuk lagu itu. Arwahlah yang memberitahu. Apabila mendengar lagu tersebut...sudah pasti saya mengingati arwah Wan Munsiff!! It happens to be my wife's favourite song.

Take care.

wanpar berkata...

Capt's Longhouse,

Although I didn't have a chance to meet my dad, from the stories I heard from my mum, relatives and friends and now from you and Mej. Nor, he was quite a man.

What all of you did during that troubled time has always been an inspiration to me. I've always wanted to be a pilot but unlucky circumstances denied me that dream.

May I know where you reside now? Feel free to contact me anytime you're in Putrajaya.

Capt's Longhouse berkata...

wanpar,

,,,thanks for the invitation and do bring your family and friends to Capt's Longhouse at Kapas Island where am now running as a guesthouse. Do check-up my blog for up-dates etc.
,,we all like your dad, his honesty and kind hearted personality too. Always smiling with his big misai kuching!. hahaha
,,,glad to note his children are doing fine...regards to your mom.

Seri Payong berkata...

Assalamualaikum Encik NIBS (spatutnya saya panggil 'Tuan' ttp dlm satu post, Tuan lebih suka dipanggil 'Encik'):

Saya telah menjadi pembaca setia blog xnuripilot apabila secara tak sengaja menemui link blog ini beberapa hari lalu. Mungkin drp facebook, maaf tak ingat drp mana.

Sejak itu, saya meluangkan masa beberapa jam sehari membaca pelbagai pengalaman Encik & rakan2. Semakin saya baca, semakin banyak perkara yg saya rasa mempunyai kebetulan / persamaan dan semakin dekat di hati saya.

Pertama, kebetulan saya menetap di Changlun dan Encik di Jitra, dalam daerah yg sama, Kubang Pasu.

Kedua, kisah kemalangan Nuri di Gubir yang memang mnjadi ingatan saya. Ketika kejadian, saya baru menamatkan pndidikan menengah dan mengikuti laporan peristiwa malang itu melalui akhbar & TV.

Ketiga, saya adalah seorang pendidik yang pernah berkhidmat bersama dengan Kak Jah (Khadijah) Khalid (isteri Arwah Lt (U) Wan Munsiff) di SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau Perlis antara tahun 1981 - 1988. Kak Jah menetap di Taman Jali, Kangar bersama dua anaknya (Wanpar masih bersekolah rendah pada ketika itu). Kak Jah yang saya kenali, adalah seorang wanita yg amat tabah, mesra dengan semua rakan sejawat dan murah dengan senyuman walaupun melalui pengalaman hidup yg amat pahit.

Keempat, saya dilahirkan di K.Kangsar tetapi dibesarkan di 'kawasan hitam' Lasah dan pernah hidup 'di dalam kawasan kawat berduri SK Lasah' dan melalui era perintah berkurung 6 ptg hingga 6 pagi. Perintah berkurang ini hnya ditarik balik menjelang akhir 1980-an, kalau tak silap saya.

Saya masih ingat di era 80-an, ketika saya pulang bercuti dan tiba selepas jam 6 petang, saya perlu memohon permit di Balai Polis Sungai Siput (U) sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Lasah. Pengalaman perjalanan malam yang amat menakutkan di dalam 'kawasan hitam'. Permit itu untuk ditunjukkan kepada pihak keselamatan yang melakukan rondaan dan sekatan jalan di sepanjang jalan dari Sungai Siput ke Lasah.

Semua tempat operasi ketenteraan di Lasah dan Jalong, juga amat dekat di hati saya.

Kelima, Encik NIBS mempunyai akar-umbi (roots) di K.Kangsar. Apakah kita drp rumpun yg sama?

Tahniah atas kesungguhan Encik NIBS mengenengahkan pelbagai pengalaman pahit/manis berjuang menentang ancaman PK bersama rakan-rakan seperjuangan hingga membolehkan rakyat hidup bebas drp belenggu ancaman PK, bebas daripada hidup dalam lingkungan 'kawat berduri' dan perintah berkurung.

Juga tahniah atas usaha berterusan memartabatkan anugerah-anugerah kepahlawanan udara agar diberikan kedudukan dan pengikhtirafan yang sewajarnya oleh pihak pemerintah. Mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah dan mencapai kejayaan satu hari nanti.

Semoga titipan pengalaman yang amat berharga ini dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat dan sentiasa mengingati dan menghargai segala pengorbanan pelbagai cabang dan unit pasukan keselamatan.

Wassalam.

Anak Merdeka (lahir 1957)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Cikgu Seri Payong,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kisah di suatu ketika dulu. Lasah memang tidak asing bagi pilot Nuri ketika membuat penerbangan "Bamboo Express". Tapi kami hanya berada di sebuah padang berhampiran dengan ladang kelapa sawit.

Saya memang kagum dengan Cikgu Khadijah. Tenang setenang-tenangnya.

Seri Payong berkata...

Mej (B) NIBS,
Just for the records, pada awal 1982 (saya tak ingat tarikh sebenar) sebuah pesawat latihan TUDM yang berpangkalan di Kepala Batas telah jatuh terjunam ke bumbung makmal sains SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau, membunuh seorang pelatih yang memandu pesawat berkenaan. Dipercayai pelatih cuba melakukan pendaratan kecemasan di sawah padi berhampiran namun sayap pesawat telah tersangkut pada hujung pokok rhu menyebabkan pesawat berkenaan terus terjunam dan menghempap bumbung makmal sains. Kejadian berkenaan pastinya 'menyentap' semangat Cikgu Khadijah yang pada ketika itu, bertugas di sekolah berkenaan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Cikgu,

Terima kasih. Pesawat yang anda maksudkan itu ialah Pelatus PC7. Sudah pasti kejadian itu sedikit sebanyak mengimbau semula nahas yang berlaku kepada arwah suami Cikgu Khadijah.