Followers

Sunday, March 7, 2010

Jitra...Oh...Jitra

Saya mula bermustautin di Jitra pada November 2000. Cuacanya sungguh jauh bezanya dengan tempat yang pernah saya tinggal, seperti Lumut, Taiping, Kuantan, Labuan dan Kuala Lumpur. Pada waktu malam sungguh sejuk dan terpaksa memanaskan badan dengan memakai 'flying suit'. Sudahlah tu...tiupan angin pula menggerunkan. Patutlah banyak bumbung rumah di kampung-kampung melayang ditiup angin.  Setakat banjir...perkara biasalah. Itu musim 'winter'.

Musim 'summer'...bagaimana? Sekarang ini musim summer. Tahun ini, panasnya sungguh terik. Jam 1800 suhu diluar masih 37*. Sebelum ini, tidak sepanas yang dihadapi sekarang. Buat pertama kali semenjak bermain golf di KKDR dan DGCC, kolam kering-kontang...Lihat gambar kolam di KKDR.

Sebagai warga Malaysia yang sentiasa bersedia menyahut seruan Kerajaan, kami, penarik troli, terpaksa main 9 lubang sahaja. Maklumlah...nanti jadi macam penari dalam siri tv "Black & White Minstral Show"...pembaca era saya fahamlah apa yang saya cakapkan.

Ah ha...'setiap negatif mesti ada positif '. Masa inilah tee-off saya melebihi 150 meter. Sekiranya anda bertanya jarak tee-off saya, jawapannya ialah '...terpulang kepada musim. Winter...tidak melebihi 150 meter'. He...he...he. Serius sikit...Pemandangan di kiri-kanan lebuhraya/jalan raya sungguh indah sekali...

Pemandangan di Jalan Langgar, Alor Setar

Itu pasal cuaca. Bagaimana pula sesuatu organisasi menjemput orang ramai untuk menjayakan sesuatu aktiviti, seperti menggalakkan golongan tententu menjadikan masjid sebagai institusi yang mesti dilawati? Hanya di Jitra sahaja terdapat Jawatankuasa Masjid yang begitu kreatif dalam usaha mereka peringati jemaah menunaikan tanggungjawab mereka kepada Allah Yang Maha Kuasa...

Kain rentang ditujukan khas untuk pencuri di Masjid Ar-Rahman Kampung Melele, Jitra

Di suatu ketika dula, ada satu iklan dalam tv yang menggambarkan 3 gadis berkongsi bilik di IPT. Salah seorang daripada mereka adalah dari Kedah. Tepat tekaan anda...bukan Sg Petani...bukan Kulim..bukan Langkawi...MESTI JITRA!! Persepsi yang terpahat dikalangan kebanyakan rakyat ialah Jitra = sebuah pekan di 'ulu' utara Semenanjung Malaysia.

Tapi...tak kisahlah kerana persepsi ini tidak merugikan saya walau sesen pun. Coretan "Jitra's Summer" boleh dibaca di sini.

No comments: