Dalam episod "KEMENTAH" siri Tragedi 26 April 1976, saya menyatakan mungkin itu 'penamat' kepada cubaan saya supaya Kerajaan mengabadikan insiden dalam bentuk filem. Pada 11 Mac 2010 jam 2300, saya telah 'tertonton' program 'Suatu Ketika' bertajuk "Laskar Senoi" di saluran 105 Astro Prima. Ia mengisahkan keperwiraan pasukan Senoi Praaq semasa menentang pengganas komunis. Mereka terlibat dalam 'Operasi Bamboo' yang memang sudah sebati dengan pilot helikopter Nuri. Dikalangan kami, operasi tersebut lebih dikenali sebagai 'Bamboo Express' dan sinonim dengan sebuah padang di Lasah, Sungai Siput, sebagai 'pick-up' point. Mana boleh lupa Gob, Fort Chabai, Gemala, Pasig, Fort Kemar, dll. Saya menceritakan sepintas lalu berkaitan operasi ini dalam coretan bertajuk "Idiosyncrasies Of Nuri Captains".
Ini menaikkan semula semangat saya...Masih ada jalan untuk mencapai impian! Apa lagi...tanpa membuang masa, pada jam 2343, saya telah menghantar sms berikut kepada Pak Menteri...
'Assalamualaikum. Maaf menganggu. Sebentar tadi menonton program 'Suatu Ketika' bertajuk "Laskar Senoi" di ch105 Prima. Mangabadikan keperwiraan Senoi Praaq. Saya sungguh berharap agar ATM mengabadikan tragedi Gubir. Saya akan mencuba menghubungi penerbit-FM Production-mencadangkan mereka mendokumentasikan insiden tersebut. Apa komen Dato?'
Rsepons? Tak apalah...hanya rugi 15 sen caj sms! Mengapa saya 'menganggu' beliau? Kerana saya terlalu kecewa dengan pihak tertentu di KEMENTAH. Semua e-mel yang dilayangkan kepada pihak berwajib...sepi seribu bahasa!! Malah jawapan standard agensi yang paling popular "...Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan" pun tidak diterima!
Tan Sri KSN...Walk the talk. Nampak sangat Penjawat Awam (PA) memperlekehkan peringatan TPM...
Kesihanlah rakyat seperti kami yang tak ternama ini...Menunggu...terus menunggu!! Adakah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menjawab e-mel dari rakyat? Bukannya saya meminta projek jutaan RM atau anugerah Datuk (sekiranya nak bagi, saya terimalah...he...he...he), tapi hanya nak mengabadikan wira-wira yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
Tidak seperti ahli politik dimana kita semua diberi peluang untuk 'menilai prestasi' mereka setiap 4/5 tahun, keluhan/rentetan rakyat kerdil seperti saya tidak menjejaskan kerjaya PA sehingga usia mencecah 58 tahun. Malah, mungkin perkhidmatan akan dilanjutkan secara kontrak...maklumlah mereka ini terlalu 'indispensable'...tanpa mereka akan lumpuhlah jentera Perkhidmatan Awam!! Tetapi ingat...kita semua ada PERSAMAAN...destinasi terakhir dan keadilanNya!
Tanpa mengaku kalah, saya telah menghantar e-mel berikut kepada Astro...
Tragedi 26 April 1976
Mon, March 15, 2010 5:59:48 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Jaya Astro jaya_mahajan@astro.com.my
Saya tertarik dengan program 'Suatu Ketika' bertajuk "Laskar Senoi" pada 11 Mac 2010 jam 2300 di saluran 105 Astro Prima. Syabas saya ucapkan kerana anda sedia menyiarkan apa yang dikatakan oleh anak salah seorang veteran terbabit "...mereka adalah 'the unsung heroes'". Program tersebut sudah pasti menyedarkan para penonton tentang peranan anggota Senoi Praaq semasa menentang pengganas komunis (PK) di suatu ketika dulu.
Di sini saya ingin mencadangkan agar anda mendokumentasi tragedi tajuk di atas. Untuk makluman, pada tarikh tersebut, buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, sebuah helikopter Nuri telah ditembak jatuh oleh segerombolan PK di kawasan operasi Gubir, Kedah Darulaman. Kesemua 11 warga tentera, 5 anak kapal dan 6 anggota Tentera Darat, terkorban.
Saya percaya ramai rakyat Malaysia tercinta ini tidak mengetahui insiden tersebut kerana tiada sebarang usaha untuk mengabadikan keperwiraan mereka. Saya telah mengesyorkan kepada agensi-agensi Kerajaan terbabit tetapi kecewa sekali, responsnya tidak memberangsangkan. Satu agensi bersetuju dengan cadangan saya tetapi ada agensi tertentu pula tidak memberi sebarang respons. Apa hendak dikatakan...saya berhadapan dengan kerenah birokrasi!! Mungkin dengan organisasi terkemuka seperti Astro, responsnya pasti lebih positif.
Sebagai latar belakang, saya telah menceritakan pengalaman saya sendiri dan cerita dari mereka yang terlibat semasa kejadian tersebut dalam siri coretan saya bertajuk "Tragedi 26 April 1976" di http://xnuripilot.blogspot.com. Sila hubungi saya sekira inginkan penjelasan selanjutnya.
Sekian untuk tindakan anda. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Berita Terkini...Ini respons Astro...
RE: Tragedi 26 April 1976
Tue, March 16, 2010 5:29:28 PM
From: "MAHAJAN SUTHA, Jaya" jaya_mahajan@astro.com.my
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
Dear Mr. Sulaiman,
Many thanks for your recommendation, its deeply appreciated.
We will do further research on this concept to figure out its viability for our documentary slot.
Many thanks once again for your recommendation-
Kind Regards-
Jaya Mahajan
Vice President -Factual Programming
Astro Entertainment Sdn Bhd
Apakah maknanya...adakah ini respons standard pihak swasta? Kita tunggu dan lihat sajalah!!
Saya yakin sekiranya filem dokumentari ini ditonton oleh pelatih-pelatih PLKN/BTN, akan menyemarakkan semangat patriotisme mereka terhadap negara tercinta MALAYSIA yang satu ini. Itu saja nawaitu saya...!!
9 ulasan:
Salam,
Segala usaha Tuan tanpa penat dan jemu ini benar-benar disanjung tinggi.
Sekiranya kita menjengah ke kedai-kedai buku terutama yang ternama, didapati rak buku mereka dipenuhi dengan buku yang menceritakan kisah perjuangan PKM, sehingga ada yang bersiri.
Manakala untuk mencari buku yang menceritakan pengorbanan para pahlawan dan pejuang seperti Tuan dan rakan-rakan Tuan baik TUDM mahupun TLDM amat sukar, bahkan sepanjang pencarian saya belum pernah saya temui.
Namun TDM amat bernasib baik kerana kisah perjuangan perwira-perwira mereka ada dibukukan dan tidak hairan lah sekiranya sebahagian dari generasi kini lebih tahu peristiwa dan perjuangan perwira TDM daripada TUDM.
Namun apa yang menyedihkan adalah ramai generasi baru ini lebih banyak membeli dan membaca buku-buku perjuangan PKM ini dan akhirnya mengagungkan pengkhianatan PKM ini hingga generasi ini menganggap tindakan PKM ini merupakan satu perjuangan yang disanjung.
Apakah pegawai-pegawai kerajaan dan ahli politik sekarang tidak pernah ke kedai buku? Hingga tidak sedar buku perjuangan musuh negara ini lebih mendapat minat pembaca kerana lebih banyak untuk dirujuk berbanding dengan kisah pahlawan negara.
Jangan lah selepas ini, bahkan sedang berlaku sekarang, apabila ramai generasi muda mengatakan perjuangan PKM adalah perjuangan yang sejati dan disanjungi kerana minda mereka lebih banyak diisi dengan kisah-kisah perjuangan petualang negara kita ini.
Buat pemerintah dan penjawat awam di atas sana.Ingat......MATA PENA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG....!
Saudara Anonymous,
Terima kasih atas pandangan anda. Saya bersetuju betul apa yang anda katakan. Sekiranya ada pihak yang bersedia untuk membiayai kos penerbitan, mungkin saya akan menulis kisah pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan agar golongan muda tidak terlupa terhadap pengorbanan wira-wira yang sedia berkorban agar mereka boleh menikmati kehidupan mereka sekarang.
nor,
,,,it cost you nothing to write and in fact you can earn some from it too. AND if its good the publishers will be lining up at your front door.
,,,anyone who lives within their means suffers from a lack of imagination. hahaha its not whether you get knocked down, its whether you get up.
,,,you are a fighter, so no worries matey. GO for it.
Dear NIBS,
When you mentioned Lasah, Ahh it brings back memories of our flying days! Just the other day I was heading towards Kuala Kangsar from Ipoh using the old trunk road. Just after passing Sg Siput town before the Tasek Cement factory, I recognised the familiar peculiar shaped hill that used to serve as our reference point for Lasah from the air. As I was not in a hurry(just going to KK to sample my favourite pau at Yut Loy coffe shop, my favourite kopitiam since my school days -'67 to '71, taste of the chicken pau is heavenly, try it out whenever you pass KK town) Well I decided to turn right to head for Lasah (you won't miss, it, the spanking Sg Siput hospital is situated at the junction to the left of the Lasah road). Approximately 7-9 km from the junction I came across a beautiful concrete bridge. Yes after checking with the locals it was confirmed that it has replaced the rickety wooden bridge which we could see from the old PFF pick up point of our flying days. And I couldn't locate the pick u[p point, it has since been taken over by overgrown trees and bushes. My what a surprise, the roads are wide and there are a lot more Kg houses, a lot are concrete built! Times surely change. There's also a PLKN camp nearby. From thereyou can now proceed direct to KK without turning back to the earlier junction which I came in. Just to relate to you choppers guys how much Lasah has changed. TQ
Dear Anonymous,
I know the 'pau' shop. Don't forget that my root is from KK. You're right, all these places bring back memories.
Nice post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.
Dear Anonymous (2:24 AM)
Thank you for reading my blog. Nice to know that my blog could assist you in your assignment.
Assalamualaikum Mejar.
Saya seronok melayari blog Mejar.Kisah2 ini sebati dgn kehidupan saya sebagai anak Senoi Praaq suatu masa dahulu.Teringat kem SP di Kroh di mana waktu kecil saya selalu ke padang pendaratan Nuri & Alloutte & Caribou utk melihat Nuri mendarat.Ada ketikanya kami diajak pilot naik ke cabin.pengalaman yg mengujakan bg anak kecil pada masa itu.
Saya syorkan Mejar berhubung dgn pengarah Drama Lembing dan layang tersebut.Sebagai anak kecil yg turut merasai perjuangan Tentera kita.saya juga ingin merasai peristiwa di Gubir yg saya dengar waktu Darjah 5 pd masa itu.Sejarah begini mmg wajib pihak kerajaan ketengahkan sama spt Peristiwa Bukit Kepong dulu yg telah difilemkan.
Akhir kata saya doakan usaha Mejar dan rakan akan dimakbulkan.Roger & Out.
Salam ramadhan.
Waalaikumussalam Saudara Mus'ab,
Terima kasih kerana membaca coretan saya. Kroh dan pasukan Senoi Praaq tidak asing bagi saya. Pegawai Memerintah ketika itu ialah Supritendant Tajuddin (kalau tak silap). Kami banyak terlibat dengan SP untuk 'Bamboo Express'.
Ada seorang penerbit yang berminat untuk membuat filem dokumentasi tentang operasi di Gubir dan Selamat Sawadee. Kita tunggu dan lihat. InsyaAllah.
Catat Ulasan