Pengikut

Selasa, 9 Mac 2010

Tragedi 26 April 1976...KEMENTAH

Pembaca...Akhirnya saya dapat alamat e-mel PAT & PTU. Sebelum ini, saya hanya menghantar e-mel kepada alamat tertentu di DTU...beliau terlalu 'sibuk' untuk memberi sebarang respons. Itu sebabnya, semua e-mel saya ke pihak KEMENTAH dihantar kepada KSU. Sekurang-kurang telah terbukti Dato' KSU ada juga masa untuk melayan perkara tertentu yang saya kemukakan. Harapkan respons dari DTU...jauh panggang dari api! 

Tanpa berlengah lagi, saya telah menghantar e-mel berikut kepada 'orang kuat' KEMENTAH  dengan harapan agar mereka bersedia berkerjasama dengan FNM bagi mengabadikan tragedi tersebut...

Tragedi 26 April 1976
Fri, March 5, 2010 1:12:32 PM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com 
To: KSU Indef abubakar@mod.gov.my; PAT azizan06@hotmail.com; PTU rodzalinov@hotmail.com
Cc: Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my; Kol Jamal Kesek pengsek07@yahoo.com; KP FNM rajarozaimie@filemnegara.gov.my; Abu Hasan abuhasan@filemnegara.gov.my; Muhammad Ammir PPM ammir@pmo.gov.my; sidek ksn sidek@pmo.gov.my

Assalamualaikum,

Saya telah membuka jalan agar tragedi di atas didokumentasi. Respons dari pihak FNM sangat memberangsangkan "... Cadangan tuan amat baik sekali dan boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya."

Peluang ini tidak sepatutnya dilepaskan begitu saja. Pada pandangan saya, sekiranya terlaksana projek ini, sekurang-kurang dapat menebus maruah ATM amnya, TUDM khususnya, yang teruk tercemar imejnya disebabkan kes kehilangan dua buah enjin F5E di akhir 2009...

Dengan adanya filem dokumentari itu nanti, rakyat jelata akhirnya akan mengetahui peranan TUDM semasa negara menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Saya percaya, kebanyakan rakyat hanya beranggapan TUDM sinonim dengan pesawat pejuangnya membuat pertunjukkan udara atau terlibat dalam 'exercise' udara sahaja.

Saya telah memaklumkan kepada pihak FNM bahawa butir-butir kejadian tersebut boleh diperolehi dari pihak Inspektor Jeneral TUDM untuk laporan "Lembaga Penyiasatan" dan TDM untuk "INTSUM". Sekiranya laporan-laporan tersebut tidak dapat dikesan...tidak menghairankan. Apalah sangat laporan tersebut jika dibandingkan dengan kehilangan Pulau Batu Putih. Pulau tersebut menjadi hak milik Singapura hanya kerana Malaysia kehilangan dokumen penting.

Terserahlah kepada pihak KEMENTAH. Bola di gelanggang anda semua. Ini saja yang mampu saya lakukan dalam perjuangan saya agar wira-wira tersebut diabadikan...bukannya hanya dalam blog mejar pencen ini sahaja. Siapalah saya...!

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya menerima hakikat bahawa kemungkinan besar e-mel tersebut tidak melepasi 'gate-keepers' di rumah tol. Jadi, saya tidak menyalahkan YB Menteri sekiranya beliau terpinga-pinga apa yang saya cakapkan. Justeru, pada 7 Mac 2010, jam 1920, saya telah menghantar sms berikut kepada YB Menteri...

'Assalamualaikum. Saya berharap KEMENTAH sedia berkerjasama dengan FNM untuk mengabadikan 'TRAGEDI 26 APR 1976' dimana sebuah Nuri ditembak jatuh di Gubir & kesemua 11 aircrew & warga TDM terkorban. Bahan sejarah ini boleh memupukkan semangat patriotisme dikalangan rakyat, terutama golongan muda. Terima kasih'. 

Memang sudah sah...Respons berikut dari Pak Menteri pada 7 Mac 2010, jam 2135, memberi gambaran yang beliau dalam kegelapan apa yang saya cakap...e-mel saya tidak melepasi 'Gate-keepers' dan kemungkinan besar di'delete'...

'Tolong tulis persejarahan itu & serah kpd saya utk diolah menjadi skrip'.

Pada malam yang sama, saya telah menghantar sms kepada Pak Menteri memberitahu beliau bahawa saya tidak terlibat secara langsung dalam tragedi tersebut. Keesokan harinya, saya telah menghantar e-mel berikut...

Fw: Tragedi 26 April 1976
Mon, March 8, 2010 7:05:56 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Hamzah Hussin MoD hh.ppm@mod.gov.my
Cc: KSU Indef ; PTU ; PAT ; Kol Jamal Kesek ; Hamzah Hussin MoD ; Maj Kamarul RMAF RMAF ; Dato\' Zahid Hamidi

Assalamualaikum,

Berhubung perkara tajuk, respons YB Menteri melalui sms pada 7 Mac 2010, jam 2135 sungguh menggalakkan...

'Tolong tulis persejarahan itu & serah kpd saya utk diolah menjadi skrip'.

Saya telah membalas sms YB memberitahu bahawa saya tidak terlibat secara langsung dalam tragedi tersebut, hanya sebagai Pegawai Pelarasan Kematian untuk arwah Lt (U) Wan Munsiff. Butir-butir kejadian boleh didapati dari laporan BOI di IG DTU dan INTSUM dari TDM. Apa yang saya tahu boleh dibaca dalam blog saya.

Saya berharap tragedi ini tidak hanya disemadikan dalam blog mejar pencen ini, http://xnuripilot.blogspot.com sahaja.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Apabila difikirkan semula, saya akan menulis 'persejarahan' sepertimana yang disyorkan oleh Pak Menteri, InsyaAllah.

Kepada waris wira-wira tersebut...Sekiranya pihak berwajib memberi respons positif...Syukur Alhamdulillah. Jika tidak...Kemungkinan coretan ini merupakan PENAMAT kepada Tragedi 26 April 1976. Saya telah berusaha sedaya upaya...hanya Allah menentukannya. Inilah yang dinamakan TAKDIR. Keperwiraan ayah/tok wan anda hanya diabadikan dalam blog seorang xnuripilot sahaja...Wallahualam!!

Pembaca...Ketaksuban saya dengan isu ini telah menjadikannya bahan coretan isteri bertajuk "Chasing A Dream".  Jika berminat mengetahui dari perspektif seorang isteri, sila baca di sini

5 ulasan:

mangchikla berkata...

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/55708-reply-to-emails-promptly-civil-servants-urged

Robert Rizal Abdullah berkata...

Squad,

Well done. You have started something good. Follow it up until it is done. Only then you can be proud of what you have done and say "If not because of me it wouldn't have happen"

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Squad,

Thank you. I'll try, InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Mej!!!
Mungkin kalau mej cadangkan tajuk begini akan cepat mereka bertindak...
"RMAF jet injin.com dalam kenangan"
"Hantu sarong dalam RMAF Base.com"
"RMAF RM 50 million man"
"The generals that sleep when the engine walked away from the base"
" I am A sargeant, not A general-RMAF the lost iron"
"Mej General, Lt General and a General where is the missing link"
"Menantu dan anak Jeneral -siapa berkuasa"
"KL to Uruguay and Dubai where is your choice for holiday"
Mungkin rasa nya mereka terkejut kot!!!!
Jangan putus asa mej, just like golf until you putt in, the game is not over. Insya'ALLAH.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Anonymous,

You're right. I'm sure I'll get an immediate reply from both the PAT & PTU if the title of the film is "Engines...A Memorable Journey From Malaysia To Uruguay". He..he..he.I won't give up that easily, InsyaAllah.