Followers

Saturday, February 27, 2010

Patriotisme Atau Materialisme?

Tengok orang menulis artikel dalam majalah, rasa teringin juga...Manalah tahu ada bakat terpendam.  Buat permulaan, cuba berjinak-jinak menghantar ke "Surat Pembaca" majalah "PERAJURIT". Coretan berikut adalah yang kedua disiarkan oleh majalah tersebut...akademiklah konon-kononnya...

Pindaan: Tarikh tragedi Gubir ialah 26 April 1976 

Sekarang nak cakap sikit pasal kepakaran IT. Tak malu dikatakan yang saya tak tahu bagaimana hendak 'download' artikel dari majalah/akhbar ke dalam blog seperti mana yang saya lihat lain-lain blogger lakukan. Maksud saya, lihat saja coretan di atas...guna kanta pembesar (magnifying glass) pun masih tak boleh baca. Hanya pada Ahad,  14 Februari, anakbuah memberitahu salah satu caranya ialah 'klik' pada gambar/artikel tersebut. Kalau tak percaya...cubalah klik. He...he...he.

Nak tahu lagi kisah 'kehandalan' saya dalam bidang  IT, sila baca coretan bertajuk "Elementary, Watson, Elementary!!" di sini.

Thursday, February 25, 2010

1st Anniversary Evergreen Golf Tournament

24 February 2010...1st anniversary of 'Evergreen' golf tournament. Already a year has passed since the first tee-off! Syukur Alhamdulillah, I'm still able to pull my trolley and enjoy both the game and the company of the evergreens. The respond for today's event was overwhelming. A total of 48 golfers participated; 41 males and 7 lady golfers. For RM38 (optional), you can get a shirt and a cap like mine in the picture. Best of all...the non-winners, including yours truly,  still get a 'lucky draw'.
L to R: Nor Ibrahim, Hj Marzuki Ali, Dato' Zaki, Liow You Siang at hole # 7 (Par 3) 

My game? Of course you know me better than to ask silly questions...Gross 50 over 9 holes. He...he...he. To be one of the 7 winners, you have to play at least  1 'under'. The champion today played 6 under and the 7th winner 1 under (OCB). But it does not matter to me anymore. The main thing is I really enjoyed the game and look forward for this forthnightly event. I have passed the stage to 'muhasabah' all those swing, pitching, putting and what not...que sera...sera.

We had 'curry mee', bread, coffee and tea after the game...
 

What a wonderful way to spend my twilight years...Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, February 23, 2010

Masih Ada Harapan?

Berita Terkini...

Pada 22 Februari 2010, saya terima surat berikut dari PEJABAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA...

Sekiranya dianalisiskan, surat ini hanya'...untuk perhatian dan tindakan YBhg Datuk selanjutnya'. Apakah maksudnya? Apakah itu 'tindakan'  yang perlu diambil oleh AKSPA? Kalau tak silap saya, dalam e-mel KSU kepada seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri pada 26 Jun 2009,  KEMENTAH akan memajukan cadangan kepada JPM pada minggu itu juga....

'2. Adalah dimaklumkan bahawa Markas Angkatan Tentera Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan kajian keatas status PTU dan telah mengemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KEMENTAH pada hari ini 26 Jun 2009 mencadangkan supaya penerima PTU dibayar elaun bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sepertimana penerima Pingat Gagah Berani (PGB).' ....petikan e-mel KSU.

Datuk AKSPA...Saya harap kajian semula oleh pihak anda akan lebih  meyakinkan dan dapat mempengaruhi pihak berwajib di JPM. Juga, saya akan berterima kasih sekiranya pihak  Datuk dapat memaklumkan saya tentang perkembangan mutakhir berkaitan perkara ini...sama ada sudah dimajukan ke JPM atau masih 'tersangkut' di dalam 'tray' pegawai tertentu di KEMENTAH sendiri. Bayangkan betapa kecewanya saya sekiranya tidak mendapat sebarang berita berkaitan dengan isu ini. Apalah salahnya memaklumkan berita mutakhir daripada sepi seribu bahasa.

Betul tak peringatan KSN ni...?
...Tidaklah saya terpaksa bersusah payah menghantar e-mel kepada YAB PM, Pak Menteri, KSN dan KSU. Saya kerap menghantar e-mel kepada mereka kerana saya tidak mengetahui status terkini.  Lagi pula, apa yang anda lakukan ialah membantu mantan warga tentera...wira-wira negara di suatu ketika dulu. Siapa lagi yang kami boleh harapkan kalau bukan pihak tentera sendiri?

Sunday, February 21, 2010

Tragedi 26 April 1976...ANM

TUDM memang tidak berminat untuk mendokumentasikan penglibatannya, terutama helikopter Nuri dan 'Gunship' Alouette 111, semasa pasukan keselamatan menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Tak apalah...biarlah Mejar pencen ini berusaha agar wira-wira tersebut sekurang-kurangnya diabadikan dalam blognya. Manalah TUDM nak ada masa untuk mengenang cerita 34 tahun dahulu...perkara remeh-temeh!

Selain menulis dalam blog, saya cuba melobi agar pihak berwajib membuat sesuatu agar cerita ini tidak dilupai. Justeru, melayanglah e-mel berikut...

Tragedi 26 April 1976
Mon, February 15, 2010 2:06:55 PM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: YB Dato Rais yatim drrais@kpkk.gov.my; Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my; Dato Latt Shariman latt.shariman@treasury.gov.my
Cc: sidek ksn sidek@pmo.gov.my; KSU Indef abubakar@mod.gov.my; Kol Jamal Kesek pengsek07@yahoo.com; Maj Kamarul RMAF RMAF webmaster@airforce.gov.my; Dato Muslim datomus@mail.gtitec.com.my

Assalamualaikum,

Saya percaya tarikh tersebut tidak memberi sebarang makna kepada YB/Tan Sri/Dato' semua. Pada hari tersebut, sebuah helikopter Nuri telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis (PK) di kawasan operasi Gubir dan telah mengorbankan 11 anggota tentera, termasuk aircrew. Tidak dinafikan ramai warga TDM terkorban semasa menentang PK, tetapi insiden ini adalah buat pertama kalinya dalam sejarah Negara Malaysia yang tercinta ini dimana PK telah berjaya memusnahkan sebuah helikopter.

Di sini saya ingin mencadangkan agar pihak berwajib, terutama KPKK dan KEMENTAH mendokumentasikan insiden ini samaada dalam bentuk filem atau pun buku. MUNGKIN...ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme rakyat terutama golongan muda.

Fikir-fikirkanlah.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya memang sudah sedia maklum, Pak Menteri , KSN dan KSU sudah pasti tidak akan layan e-mel ini...bolayan. Itulah sebabnya saya mencuba kaedah lain pula,  'kacau' agensi yang terlibat secara langsung, Arkib Negara Malaysia (ANM). Nasiblah...Kalau tak cuba...mana nak tahu!

Tragedi 26 April 1976
Tue, February 16, 2010 4:20:16 PM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Dato\' Sidek sidek@arkib.gov.my
Cc: Puan Gowri gowri@arkib.gov.my; Sulasteri sulasteri@arkib.gov.my; Mohd Ariffin Santol ariffin@arkib.gov.my; Hj Noh noh@arkib.gov.my

Assalamualaikum,

Saya pasti 26 April 1976 tidak memberi makna kepada Dato'/Tuan/Puan. Pada tarikh tersebut, sebuah helikopter Nuri telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis (PK) di kawasan operasi Gubir. Kesemua 11 anggota tentera, termasuk anak kapal, terkorban. Inilah satu-satunya insiden dalam sejarah negara Malaysia dimana PK berbangga dengan kejayaan mereka memusnahkan sebuah helikopter.

Saya sungguh kecewa kerana peristiwa ini tidak diketahui umum. Buat permulaan, saya telah menyenaraikan mereka yang terkorban dalam blog saya - http://xnuripilot.blogspot.com. Terdapat pembaca yang mengetahui insiden tersebut dan telah meceritakan pengalaman mereka ketika itu melalui kolum 'comments'.

Saya berharap pihak ANM membuat sesuatu untuk menonjolkan insiden ini. Saya percaya, laporan Lembaga Penyiasatan oleh TUDM keatas kejadian tersebut boleh di'declassified' untuk mendapat butir-butir selanjutnya. Saya bersedia membantu sekiranya diperlukan.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya yakin ANM akan memberi respons standard "...Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan". Tanggapan saya sungguh meleset. Tidak seperti agensi Kerajaan tertentu dalam coretan yang terdahulu, Syukur Alhamdulillah...saya menerima respons yang positif dari pihak ANM...Maafkan saya ANM.

RE: Kajian Pesawat Nuri Ditembak Jatuh Di Gubir
Wed, February 17, 2010 9:55:04 AM
From: sulasteri sulasteri@arkib.gov.my
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
Cc: Dato Hj Sidek Jamil sidek@arkib.gov.my; zahriah@arkib.gov.my; Hjh Daresah Hj Ismail daresah@arkib.gov.my; ariffin@arkib.gov.my

Assalamualaikum,

Terima kasih kasih di atas email tuan kepada Arkib Negara. Kami sedang mendapatkan sedikit sebanyak maklumat mengenai peristiwa ini dari bahan-bahan yang terdapat di Arkib Negara. Untuk makluman sebagai mengenang jasa dan memperingati peristiwa ini saya berdacang untuk memasukkan peristiwa bersejarah ini ke dalam program ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ untuk bulan April akan datang (iaitu pada tarikh peristiwa berlaku 26 April 1976) untuk siaran di RTM, di TV1 dan radio.

Kami mengalu-alaukan sekiranya tuan sudi untuk berkongsi maklumat yang berkaian agar dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik yang datang ke Arkib Negara untuk menjalankan kajian lanjut.

Terima kasih di atas sokongan

Sulasteri Abd. Hamid
Seksyen Dokumentasi
Arkib Negara Malaysia

Pembaca...kita tunggu 26 April 2010. Sekiranya program ini diudarakan seperti yang dijanjikan oleh ANM, inilah buat PERTAMA kali tragedi tersebut diperingati oleh negara setelah 34 tahun ianya berlaku...walaupun untuk beberapa saat!! Ini peringkat pertama. Manalah tahu selepas itu ada di kalangan rakyat yang prihatin terhadap pengorbanan wira-wira tersebut dan bersedia untuk membuat filem dokumentari atau menulis buku tentang insiden ini, InsyaAllah.  Saya berharap pembaca semua, terutama waris wira-wira tersebut, mencatat dalam diari akan tarikh itu. Kepada semua penyumbang, dalam bentuk komen dan keratan akhbar, yang telah memudahkan saya menulis coretan ini...TERIMA KASIH. 

Friday, February 19, 2010

Tragedi 26 April 1976...Keratan Akhbar

Disiarkan keratan-keratan akhbar berkaitan dengan "Tragedi 26 April 1976" untuk renungan anda semua.





Kepada mereka yang tahap IT seperti saya (TASKA), sila klik pada keratan tersebut untuk membolehkan anda membacanya. Penghargaan saya kepada sahabat istimewa yang tidak mahu identitinya disiarkan, Lt Kol Basri Hj Omar PGB (B) dan Puan Nurhanan Mohamad, Perpustakaan Negara , diatas kesedian mereka menghantar keratan-keratan akhbar di atas. Terima kasih.

Bersambung...

Thursday, February 18, 2010

Tragedi 26 April 1976...Pos Tragedi

Banyak cerita kemalangan pesawat Nuri di Gubir pada Selasa, 26 April 1976 yang saya sendiri tidak tahu. Walaupun saya berkhidmat di #10 Skn, TUDM Kuantan, ketika itu saya sedang mengikuti kursus 'Nuri Captain Conversion'. Jadi, buat seketika waktu ,tidak terlibat dalam penerbangan operasi.

Mengimbau semula kejadian 34 tahun dahulu...'crewroom' sesenyap-senyapnya apabila diberitahu sebuah Nuri telah ditembak jatuh pada jam 1030 dan kesemua aircrew and penumpang terbunuh. Saya memang mengenali kesemua mereka walaupun Kapt (U) Choo dan Kapt (U) Mustapha Kamal dari #7 Skn, TUDM Kuching. Kedua-dua mereka dan Lt (U) Wan Munsiff adalah kenalan semenjak di MTD lagi. Kapt (U) Mustapha adalah 'squad mate' Tauliah Jangka Tetap (TJT) Intake 11; Kapt (U) Choo dan Lt (U) Wan Munsiff sebagai kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP) Intake 14 dan kami ditauliahkan bersama pada 12 April 1969.  Kapt (U) Choo dan keluarga tinggal di tingkat 2 di apartmen yang sama dengan saya sebelum bertukar ke Kuching.  Seterusnya, Kapt (U) Mustapha dan Lt (U) Wan Munsiff adalah 'junior' saya semasa mengikuti kursus penerbangan di SEA Helicopter, TUDM KL.  Mej Haris Rejab adalah 'senior' saya semasa di MTD; beliau TJT Intake 10 dan berjawatan 'Senior Under Officer' (SUO) untuk Kompeni 'Alam Shah'.

Saya kerap terbang dengan Lt (U) Chung sebagai co-pilot dan Sjn Leong sebagai AQM. Kali terakhir penerbangan saya dengan mereka ialah pada...
  • 25 Mac 1976 - Lt (U) Murad/Self/Sjn Leong, OD 321B Trp Lift, Ktn-K.Krai-Ktn, Flt Time - 7.40 hr.
  • 28 Mac 1976 - Lt (U) Chung/Self/Sjn Hua (mendiang), OD 345 Resup, Ktn-U.Kinta-Bertam-Ktn, Flt Time - 4.35 hr. 
Saya telah dilantik, sekarang dinamakan, 'Pegawai Pelarasan  Kematian' untuk Arwah Lt (U) Wan Munsiff Bin Wan Salim. Masih lagi dalam ingatan...saya bersama isteri pergi ke 'quaters' untuk menziarah Puan Khadijah Khalid, seorang guru di SMK Alor Akar. Ketika itu, ramai ahli keluarga TUDM turut menziarah beliau. Pegawai Memerintah (PM), mendiang Kol (U) Barney Chua telah memberitahu beliau bahawa pesawat Nuri ditimpa kemalangan tetapi tidak pasti nasib aircrew. Hanya pada lewat petang/ malam (?) PM memberitahu Puan Khadijah bahawa suaminya  terkorban dan menanya beliau di mana jenazah hendak disemadikan...Dan saya ada bersama ketika itu. Sungguh menakjubkan...beliau kelihatan terkejut hanya buat seketika sahaja...selepas itu...paling tenang. Inilah pertama kali saya melihat reaksi seorang isteri yang sungguh tenang selepas menerima berita kematian suami!

Mungkin saya silap, mangsa terakhir dikeluarkan pada hari ketiga disebabkan cuaca buruk. Beberapa orang pegawai TUDM Kuantan diarah untuk mengiringi mangsa-mangsa ke destinasi terakhir mereka. Antara mereka yang saya masih ingat, ialah Lt (U) Kamaruddin dan saya mengiringi arwah Lt (U) Wan Munsiff ke Kangar; mendiang Kapt (U) Thiagarajah dan Kapt (U) 'Igi' Lim mengiringi mendiang Lt (U) Chung ke Klian Intan.  Kedua-dua mangsa disimpan dalam 'kotak' kayu dan pada malam itu di tempatkan di sebuah bilik di RSAT, TUDM Butterworth, sebelum diterbangkan keesokan hari. Malam itu, kami semua tidur di wad RSAT. Kerana terlalu letih...letak saja atas katil besi, terus tidur.

Saya terjaga mendengar satu jeritan. Salah seorang dari kami, tak usahlah disebut nama, terbangun dari tidur dan melihat satu 'lembaga' putih mundar-mandir dalam wad...mana dia tak terkejut beruk! Sebenarnya, salah seorang hamba Allah tidak boleh tidur, jadi dia bangun dan 'excercise' agaknya dengan berselimutkan cadar putih. Sungguh melucukan...He...he...he...Jawabnya sampai keesokan hari kami semua tak tidur.

Keesokan hari...Jenazah arwah Lt (U) Wan Munsiff diterbangkan buat kali terakhir ke tempat lahirnya untuk disemadikan...Selepas pengkebumian, saya telah terbang balik ke Kuantan dengan Nuri untuk mengurus pertukaran Cikgu Khadijah ke Perlis. Untuk makluman...Saya difahamkan arwah Lt (U) Wan Munsiff adalah suami Cikgu Khadijah yang 'pertama dan terakhir' sehingga kini....Al-Fatihah.

Bersambung...

Tuesday, February 16, 2010

Manusia Atau Apa Ni...?

Sungguh ironi...Di Malaysia, segelintir manusia yang tidak berhati perut dan sungguh zalim, sanggup melakukan...
..
Mingguan Malaysia pada 14 Februari 2010

Kalau ia pun bayi itu meninggal dunia tatkala dilahirkan...sampai hati dibuang dalam tong sampah dan seterusnya dibakar...! Jenis apa manusia ini? Allah menjadikan manusia yang paling mulia ciptaanNya. Kalau manusia, mesti ada perasaan 'kasih sayang' walau segelumit saja. Jadi, ini tak sepatutnya terjadi. Adakah mereka dari golongan binatang? Tidak juga kerana binatang pun sayang anak...cuba anda hampiri anak itik angsa, atau kucing? Ibu angsa akan mengejar anda dan ibu kucing pula akan menggigit anaknya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Saya rasa jawapannya ialah...SETAN BERTOPENGKAN MANUSIA! 

Pada pandangan saya, perasaan 'MALU' mengatasi 'TAKUT'. Maksud saya, 'Malu' kepada 'apa kata orang'...stigma melahirkan anak di luar nikah akan menghantui anggota keluarga. Sepatutnya, kita semua mesti mempunyai perasaan 'Takut' akan balasan Maha Pencipta...ALLAH sekiranya melakukan maksiat. Tapi, ialah...kalau Allah pun mereka tak takut, apalah sangat manusia. Sekiranya mereka takut pada Allah...tak timbullah masalah ini semua. Betul tak?

Lain pula negara jiran kita, Singapura...Kerajaan menggalakkan rakyatnya 'membuat' anak! Eh...Eh...Macam kilang pula...Diarah untuk menambahkan produksi kerana 'under production'.
Mingguan Malaysia pada 14 February 2010

Menurut PM Singapura, Lee Hsien Loong, dalam ucapan Tahun Baru Cina "...tahun lalu sahaja (2009), kita kekurangan 10,000 bayi untuk menggantikan kita...". Ayuh...Apa lagi rakyat Singapura, 'full production' lah...He...He...He. Sebagai rakyat yang patriotisme...mesti patuh kepada arahan gomen. Bukan nak import dari Malaysia kut!

Sunday, February 14, 2010

Tragedi 26 April 1976...Sumbangan Pengalaman

Siaran ulangan...
Dalam sejarah Negara Malaysia, inilah pertama kali sebuah helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis (PK). Semua aircrew dan penumpang berikut terkorban -"KIA" - Killed In Action...
  • Lt (U) Chung Ming Teck PTU, #10 Skn, Kapten pesawat
  • Lt (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, #10 Skn, Co-pilot
  • Sjn Leong Yee Heng PTU, #10 Skn, AQM
  • Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB, #7 Skn (Kapten)
  • Kapt (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, #7 Skn (Co-pilot)
  • Mej Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
  • Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Bde
  • Lt Ibrahim bin Zakaria, 3 RAMD
  • Sjn Kamis bin Dolmat, 3 RAMD
  • L/Kpl Kamarulzaman bin Zakaria, X Sqn RGK
  • L/Kpl Suandi bin Saim, X Sqn RGK  
Kebanyakan kita semua tidak berpeluang untuk mengetahui apa yang berlaku kerana Laporan Lembaga Penyiasatan diklasifikasikan sebagai 'Rahsia'. Memadailah membaca cerita dari mereka yang 'terlibat' semasa insiden tersebut. Saya telah 'menciplak' komen-komen dalam blog saya (tanpa edit) berkaitan kejadian yang menggemparkan negara di suatu ketika dulu...

Semuanya bermula di sini...Kem Gubir...
Capt's Longhouse said...Nor,

,,,guess, you might be interested to know that i might be the last aircrew from the No.10 squadron that briefed them before their departure to ops. gubir to recover another shot-up 139 holed Nuri (Murad's)from Gubir back to Butterworth base.

,,,in fact, i was to carry out the aircraft ferry back but since i had flown more than 100 hrs within that bloody week, Capt Choo from 7 Sqn. as relief back-up crew, advised me to just ferry my chopper back to Kuantan for its servicing schedule.

,,,so that morning, while having a shower together, all 3 of us, Choo & Chang plus myself discussed about the emergency landing sites available along the Gubir valley and protocol to follow in case of force landings if in case we can't make it to the emergency LPs !.

,,,My advise was to force land into the deep valley basin and on to the bushy bamboo trees inorder to help cushion the chopper, which Capt. Choo agreed but Lt(U)Chung suggested that force landing on the bigger trees would be his option !.

,,,we were jolly about it since this informal safety briefing was carried out in the bathroom while soaping ourselves naked !.

,,,if am not wrong, the Nuri that was shot down was crewed by Lt(U) Chung and Lt(U) Wan Munsiff and not Capt. Choo & Capt(U) Mustapha as most might think so.

,,,I was flying overhead Grik, when I heard over the radio that the Nuri had crashed but unfortunately my chopper has just enough flying hours to ferry her back to Kuantan. My request to divert for SAR was turned down due to the technical short comings, however there were other choppers already at the location to carry out the SAR function.

,,,Apparently, the crashed chopper initially landed over a huge tree and caught fire upon contact with the ground below, killing everyone onboard, indeed most unfortunately. Am not too sure if it could have made it to the deep valley end, whereby the trees were smaller in size ?.

,,,the bathing experience together plus special jolly briefings we had together still is fresh in my mind until today !. I can somehow still remember the great jokes and laughters while having that very early morning cold shower too at the officer's Mess RMAF/RAAF Butterworth.

,,,Indeed, we always had a great time together too there after our operational flights from the thai/M'sian border areas.

,,,This is the 2nd time and the last that Capt(U)Choo had taken over my flight assignment during our tour of flight duties !. He was a great buddy and I own him aplenty. Just a few months before he had positioned his chopper as the dummy to be shot at, while I carried out the winching down of troops to surround the bloody CTs during another special ops. near the Thai/M'sian border area and not too a distance away from Gubir.

Faizul said...Hello Capt Longhouse,

Thank you for refreshing our memories on that tragic incident where we lost a lot of our friends and comrades.

I was in Sibu Detachment during that period fighting our own little war with the CT's there.

There was a marked increase in traffic on our HF channel 2 and it eventually dawned on us that we had lost an aircraft and all on board.

Ex-Caribou-AQM

Abah said...Seperti yang telah saya maklumkan dahulu, saya salah seorang anggota yang terlibat didalam operasi Gubir tersebut. Saya juga merupakan salah seorang 'Volunteer' didalam serangan Kem PGk tersebut dengan menaiki NURI utama yang betul-betul turun secara Wincing di-tengah-tengah Kem tersebut. Pada rancangan awalnya kami diturunkan secara Repeling, malangnya tali Repeling tersebut tersangkut didahan kayu.

Dipendik cerita semasa NURI yang membawa mangsa dan letupan itu hampir ke LP. NURI ditembak oleh Penganas PGK. Malangnya NURI tersebut tidak mendarat di LP tersebut, tetapi berpatah balik ke Kem Gubir. Setelah sekian masa perhubungan dengan NURI tsb putus. Maka kumpulan Penyelamat di kerahkan. Setelah di kesan ada kebakaran dilokasi, maka 3 orang anggota Penyelamat terdiri dari anggota GGK telah diturunkan di bangkai Pesawat NURI tersebut.

Untuk mendapatkan cerita selanjutnya Tuan boleh mendapatkan cerita selanjutnya dari mantan SSJN 14040 Yussof yang merupakan Section Comd saya ketika di No1 Troop X Skn. Kalau tak salah saya setelah beliau bersara dan kembali ke Kampung halaman nya di Dusun Tua Ulu Langat.

Cerita di tempat kejadian boleh didapati sendiri dari mulut beliau kerana beliau merupakan Comd Air Resque Team semasa kejadian . Belia dan 2 anggota bermalam disitu bersama-sama Jenazah-Jenazah sehingga Pesawat NURI datang pada keesokan harinya.

Sementara saya berada di Kem PGK tersebut sehingga diarahkan keluar dari Kem tersebut beberapa hari kemudian. Oleh kerana lokasi yang berbeza maka saya tak dapat ceritakan keadaan sepenuhnya cuma cerita dari mulut dari Kumpulan Penyelamat tersebut diketahui apabila operasi tersebut selesai.

Allahuwaalam

Abah said...Sambungan.....
Takdir menentukan segala-galanya....

Pada hemat saya sekiranya NURI tersebut mendarat di LP tersebut, maka peratusan yang tinggi semua yang yang berada didalam NURI tersebut terselamat dari maut. ini memandangkan LP tersebut betul-betul 'Secured' pertahanan yang terdapat dipersekitaran LP tersebut dikawal hampir-hampir satu TP (XSqn). Kemungkinan juga Juruterbang berpendapat pesawat yang dipandunya boleh samapi ke Gubir berdasarkan sebelum itu sebuah NURI juga telah ditembak oleh PGK dengan kesan tembakan yang maksima dari PGK telah membawa dengan selamatnya (TP dari Skn Z) kembali ke Gubir atau mungkin ada arahan pihak atasan supaya NURI tersebut diterbangkan ke Gubir memandangkan Lokasi tersebut betul-betul berada di Negeri Thailand bukan di Hutan disebelah kita.

Hanya dapat saya nyatakan semasa NURI mengambil Lencongan kehadapan sedikit dari Kem PGK tersebut, NURI tsb ditembak. Tembakan M79 dilepaskan oleh rakan-rakan saya secara rambang jangkaan Lokasi Musuh berada dan juga bantuan

Tembakan ARTY diminta kearah jangkaan Lokasi Musuh berada

Alfatihah........Amin

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...Saudara Abah,

Terima kasih atas sumbangan cerita tersebut. Saya tidak boleh memberi sebarang komen mengapa Pilot tidak mendarat di 'Green Patch'. Mungkin ketika itu beliau tidak menyedari masalah sebenarnya yang dihadapi. Sepertimana yang anda katakan, sebelum kejadian tersebut, sebuah Nuri telah ditembak dan berpuluh peluru mengena tangki minyak. Namun, Kapt Murad telah selamat mendarat di Gubir.

Untuk makluman, secara kebetulan, AQM Kapt Murad ialah Sjn Leong yang akhirnya terkorban dalam insiden Nuri tersebut.

Melalui pengalaman semasa berada di LP kawasan Klian Intan (KI), saya 'lift off' ke KI apabila ditembak oleh PK dengan M79. Sekiranya tindakan ini tidak diambil, mungkin kami semua '...tinggal dalam kenangan'!

Abah said...NURI yang terhempas itu membawa bersama bahan letupan seperti PE, Det Cord dll bagi tujuan untuk meletupkan Bunker(Tunnel) di Kem PK tsb. Mengikut jadual awalnya PM saya ketika Lt Kol Hasbullah Bond(allahyarham) bercadang untuk pergi bersama dengan AC tersebut bagi melihat sendiri keadaan Kem tsb. Oleh kerana sesuatu sebab maka beliau tidak dapat bersama didalam AC tsb. Walaubagaimana pun beliau juga mengalami nahas Udara (NURI) di Serawak dan meninggal dunia didalam tragedi tsb.

Dengan adanya bahan letupan tsb didalam AC juga memarakkan lagi kebakaran dan berlaku letupan kepada NURI tsb.

Walaubagaimana pun bahan letupan dapat juga dihantar ke Kem PK, walaupun tidak sama dengan jumlah penghantaran pertama yang terbakar itu.

Pada ingatan saya juga mereka yang menaiki AC itu juga bertujuan sama iaitu untuk ingin meninjau dan melihat sendiri keadaan Kem PK tsb. Malangnnya hajat mereka tidak kesampaian.

Betul, mengikut cerita lisan juga, terdapat seorang mangsa tidak terbakar. Berkemungkinan dia tercampak keluar atau nekad untuk terjun dari Pesawat.

Lagi satu.....

Ketika kami diturunkan secara Wincing pun PK melakukan Tembakan M79. Kami bernasib baik peluru M79 tersebut terkena dahan dan tidak terkena AC. Berkemungkinan juga mereka dalam keadaan panik ketika itu. 'Worst to worst' Pilot,AQM dan Air Dispatch@Air Resque Team bertekad untuk menurunkan kami walaupun keadaan nyawa mereka juga terancam ketika itu.

Allahhuwaalam

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...Saudara Anonymous,

Saya telah menghubungi seorang pilot x-#7 Sqn. Beliau memberitahu aircrew #7 Sqn telah diarahkan oleh Markas Udara untuk membantu #10 Sqn kerana Sqn tersebut tak cukup 'tangan'. Keadaan terlalu getir.

Aircrew pertama untuk 'det' ialah Capt (U) Choo, Capt (U) Mustapha (co-pilot) dan Sjn (AQM) Honorious. Ketika insiden itu berlaku, 'det crew' mengikuti pesawat untuk 'familiarization flight' sebelum mengambil alih det di Butterworth. Nak jadikan cerita, arwah Capt Mustapha mengarah Sjn Honorious mengambil 'helmet'nya yang tertinggal di mes, kem Gubir. Tanpa menunggunya, Lt Chung berlepas dan AQM tidak sempat ikut bersama. Beliau terselamat kerana 'helmet'...takdir!

Robert Rizal Abdullah said...Squad,

I was then in Markas 2 Div as SO 1 Log. I saw the mandi jenazah of Allahyarham Kapt (U) Mustafa Kamal at Kem 2 Div in Penang and sembahyang jenazah.

With this kind of cruelty do we still want Chin Peng to come back to Malaysia? He better not otherwise somebody will take revenge and kill him.

Kepada mereka yang terlibat atau mengetahui insiden ini...marilah kongsi bersama cerita anda itu.

Bersambung....

Friday, February 12, 2010

Melopong Sajalah...!

Tanpa  ragu-ragu lagi...Sudah sah...Kerajaan memang menghargai 'NAMA' dari 'NYAWA'!! Maksud saya...Rakyat Malaysia yang 'mengharumkan' negara gerenti mendapat 'imbuhan' sama ada dalam bentuk kewangan atau gelaran. Manakala, wira-wira negara - dalam kata erti sebenarnya - (kecuali penerima SP & PGB) yang berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara melopong sajalah...!

Masihkah Kau Ingat...Isnin 26 April 1976, jam 1030 di kawasan operasi Gubir...

Aircrew yang terkorban telah dianugerah Pingat Keberanian Negara - PGB, PTU & KPKKapt (U) Choo Yeok Boo dianugerah PGB dan warisnya mendapat 'one time payment' pada Jun 2002; waris penerima PTU dan KPK tidak menerima walau satu sen pun...kerana pingat-pingat tersebut tidak 'berpristij'! Mengapalah  penerima JPP, PTU & KPK didiskriminasikan...Kesihan!

Sebaliknya...Tanpa ribut taufan...Pada 6 Februari 2010 YAB PM mengumumkan pemberian 'insentif'  RM2000 sebulan sepanjang hayat kepada qari/qariah negara yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan berkuat kuasa Oktober 2009. Ini bererti kesemua mereka yang pernah menjuarai kejohanan tersebut semenjak 1961 layak menerima imbuhan yang diumumkan...Syukur Alhamdulillah.


Pembaca...Tolong...Tolong...Jangan samasekali dipersamakan wira-wira tersebut semua dengan ahli-ahli kelab eksklusif ini...
Sekiranya badan Olympic mewujudkan satu lagi pingat - 'aluminium' - saya yakin Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk penerimanya.

Begitulah nilainya pengorbanan wira-wira negara dari kaca mata Kerajaan!!

Happy Birthday...Tuah

12 February 2010...
HAPPY 13TH BIRTHDAY...TUAH

Name: TUAH s/o KITTY
Place Of Birth: No 9 Lrg CP8/29, Perdana Park
                        Taman Cheras Perdana
                        Bt 10, Jalan Cheras
                        43200 Selangor 
Tuah and his late mummy, Kitty, having their afternoon siesta

This is Tuah's Annual Vaccination Certificate which records periodic examinations...
The last examination was done on 25 January 2010. If you want to know how my wife becomes a cat  lover and makes Tuah become a member of this family, please read here entitled "My Cats",  posted on 27 July 2009.

Wednesday, February 10, 2010

Mungkin...Mungkin...Mungkin!

Hooray...Saya sungguh teruja! Mana tidaknya...Akhirnya saya berjaya 'membolos' saringan 'Gate-Keepers' rumah tol di Pejabat Perdana Menteri! Maksud saya, setelah banyak  menghantar surat dan e-mel yang tidak pernah dijawab...tiba-tiba terkejut beruk apabila menerima surat berikut...he...he...he...
Saya yakin apa yang menyebabkan Gate-Keepers 'terpaksa' melayan kerenah Mejar pencen ini ialah kerana kemungkinan besar YBhg Datin Seri Rosmah Mansor  bertanya kepada mereka tentang surat yang saya hantar kepada beliau (coretan bertajuk "Suntikan Nafas Baru"). Kalau tidak, anda ingat mereka ada masa untuk ini semua...bolayan!

Di coretan terdahulu, saya telah merayu agar Datin Seri dapat menggunakan pengaruh beliau, selaku Penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan, agar Kerajaan turut memberi elaun kepada penerima JPP, PTU & KPK.

Secara jujur, saya tidak mengharapkan sebarang 'tindakan' dari pihak KEMENTAH. Mereka hanya diarahkan '...untuk perhatian dan pertimbangan...' sahaja (macam pernah dengar...respons standard dari agensi kerajaan!). Saya sudah sampai tahap dimana akan hanya mempercayai sesuatu 'janji' dari pihak berwajib apabila melihat  sendiri perlaksanaannya. Dalam isu ini, apabila menerima cek atau telah dikredit dalam akaun bank. Itulah tahap kepercayaan saya terhadap....fikir sendirilah! 

Mungkin saya silap...Mungkin Kerajaan benar-benar jujur dengan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dan mempraktikkannya. Mungkin...Mungkin...Mungkin!!

Monday, February 8, 2010

Idiosyncrasies Of Nuri Captains

I wonder who this 'Anonymous' is! I'm confident I know you, my friend. His unedited comments in my article entitled "Serba Tak Kena"...

'...Still not change heh... keep writing so that I can continue reading and to tell you hah... you are just like you.... do you realize that!!! may be many of your copilots or sqn boys knew it.... hahahahahaha fun reading and don't come to the city or else will drive you crazy or you will fumble the first hole at the Darulaman GCC the next day you play golf....

You are just great..!!! friend!!!'

...triggers me to write on idiosyncrasies of Nuri captains whom I had the opportunity to fly with during my copilot days at No 10 Squadron, RMAF Kuantan. I flew with almost all the captains of the squadron. However, there were 3 captains whose idiosyncrasies are still fresh in my memory.

A. Flight Commander (FC)...

This particular FC speciality was to perform running landing on the runaway either on coming back to the Base from operational flying or during training flights. For the benefit of non-fliers, the limitation for 'running landing' of the Nuri is 40 knots. That is stated in the Flight Manual. However, this executive loved to 'run' at 110 knots...just like a fixed wing aircraft!! As a co-pilot, I just shut up. Now...Don't blame the squadron pilots if they follow suit. Afterall...we follow our leaders...Leadership by Example! I dread to imagine what would happen if the tyres burst or the undercarriage gave way!

B. Flight Commander (FC)... 

Not the same FC mentioned above. This guy was very much concerned with 'SAR' (Search and Rescue) in anticipation of a forced landing in the jungle. All military aircraft are required to make 'Ops Normal' call to the Base Ops Room at 30 minutes interval during transit flights. Say the flight from Kuantan to Ipoh...The normal practice was  to say '...Abeam Kuala Lipis this time...Ops Normal'. Not good enough for this captain. 'What do you mean by 'abeam Kuala Lipis'? North...south...north-west...10 nm....40 nm...blah...blah.  Accuracy...accuracy. So '...20 nm north west of Kuala Lipis...Ops Normal'. Those days there were no GPS ...otherwise I suppose  I had to include 'long & lat' of the reporting points. He was right and I agreed with him...it made SAR easier if ever there need to be one. To a certain extent...I inculcated this habit throughout my flying days.

However, he was not that 'SOP-abiding' pilot! Once I was flying with him to Pulau Perhentian Besar. We flew senior government officers assigned to assess the influx of the 'Boat People' - Vietnamese refugees - fleeing their country with the fall of Saigon (Ho Chi Minh City). There were thousands of them on the island and they came using barges. That was my first and last trip to the island...a real beautiful island. After offloading the paxs, we flew back to Kuantan. When we approached Rantau Abang, famous for turtles those days, he took control from me and did a low level flying over the beach. There were a lot of foreign tourists then. Now you know why the turtles refused to 'visit' Rantau Abang anymore...no peace even to lay eggs!

Sadly, he is no longer with us ...only memory lingers on! Al-fatihah...

C. Squadron Pilot...

I looked forward for 'Bamboo Express' (Ops Bamboo) tasks. The task involved troop lifts and resupply for the Police Field Force (PFF), mainly the Senoi Praaq. The pick-up point was Lasah, Sg Siput. The flight time from Lasah to certain posts, eg, Pasig, Gob, was more than 30 minutes. So, you see, one round trip to Pasig took about 1 hour. On the average, I clocked more than 20 hours for these Ops and we had to night stop at Butterworth Base, at least for 2 nights. This captain, Lieutenant in rank, took off early in the morning from Kuantan and on reaching Lasah, shut down the Nuri for a short briefing by the Liaison Officer (LO). That  was the last shutting down before landing at Butterworth Base. After that...'running' refuelling and  running lunch of 'nasi bungkus'.  We had our lunch during running refuelling or while flying to the posts. I 'had control' while he ate and vice versa. Frankly, I didn't understand why he refused to shut down for lunch under the tent prepared by the PFF.

When we clocked the daily maximum of  7 flying hours, he would then request an extension for flight to Butterworth Base. It was  really a very tiring flight...8 solid hours in the seat except for a short briefing! What do you expect of me on reaching the room? After dinner at the 'Makcik' stall...back to the room...z z z z z. Totally exhausted to say hello to members there!! The next day...back to the same routine.

He too...is no longer with us! May your soul rest in peace...

Now...back to Anonymous. I wonder what my squadron pilots/co-pilots make up of me! It does not matter anymore to me. Afterall...those were the good old flying days...my friends.

Saturday, February 6, 2010

Eco-Friendly Golf Course

What a pity...! Look at the barren landscape between holes #13 and #15 of Darulaman Golf & Country Club (DGCC). Formerly the area was covered mostly with rubber trees. Now the area has been cleared to make way for bungalow houses.
Taken from #13 with #15 in the background

I'm not against development, mind you. What I really cannot comprehend is why the developer has to cut down all the trees? Why not just cut those that are necessary only?

Why I'm complaining? Well, first of all, now the course is very dusty indeed, especially during the current hot spell. Heavy lorries moving along the perimeter of the course resulted in the surrounding areas being covered with dust. However, on a positive note, you don't have to dye your hair  with henna since, not only your hair but your entire body, will be coloured 'gold' due to the dust.

Secondly...As a 'trolley puller', I really enjoy the morning stroll. You can listen to the 'merbok' (doves) and other species singing and chirping merrily while we hit the balls. And 'platoons' of monkeys running around the course, particularly the 'Sultanah 9' (2nd 9). Squirrels swinging from trees to trees. Now, except for the birds and an alarmingly reduced number of squirrels, there are no more monkeys to be seen hunting for their 'breakfast'! To me, it was a beautiful sight to behold seeing them running and we have to wait till they cross the fairway to resume our play. Now...only the memory lingers! Their natural habitat is being replaced by human beings.

This Pride of the North is an eco-friendly golf club. Don't believe?
See the organic fertilizer on the tee-box...I sympathise with the Malaysianised- Mexican, complete with sombrero with his over-used 'driver' to tee-off at Par 3.  Oh boy...he is truly a 'driver-man'. Without the driver, he is incapacitated...driver for tee-off, fairway shots, 'tree-under', rough and even in the bunkers! Old timers...remember the tv series "Have Gun Will Travel"? Well...this Mexican buddy of mine subscribes to "Have Driver Will Play". He had to be extremely careful not the hit the fresh organic fertilizer on the tee-box, otherwise you know what....! That is one hazard we, the morning golfers, have to endure before the workers remove those unwanted contributions.

Whatever it is, as long as I'm allowed to pull my trolley...I'm happy. Afterall, who am I to comment? 

Tuesday, February 2, 2010

The Unforgettable 1st February 1984...

1st February 1984...Labuan Island became a Federal Territory/Wilayah Persekutuan! Where was I on that particular day? Of course I'll never forget that date...!

Flashback...As I've been saying in my ealier postings, I was OC No 5 Squadron, RMAF Labuan, from January 1982 till December 1984. For readers not from the Services, every unit in the MAF has an organisation called BAKAT -  Wives Association. Chairperson of BAKAT is the wife of the Commanding Officer (CO), of course.  In the event he is a 'weekend husband', ie, his wife is not with him, then the wife of next senior officer will be appointed by the CO to be the Chairperson. Well...My CO was a widower then and the next senior officer was the OC Flying Wing. His wife was appointed the Chairperson. After some time at the job, due to reasons not privy to others, she resigned. At this juncture, the CO appointed my wife to take over her place. I disagreed with this appointment on the grounds that first of all, my wife was a career woman, and secondly, the next senior officer was the SEngO (Senior Engineering Officer). However, by convention then, the normal practice was that it had to be the wife of a flier...correct me if I'm wrong.

But the CO was adamant and insisted that my wife took over the appointment. I only agreed when he agreed to my terms that the Base must secure her release from the school when her presence was required during working days and I must accompany her whenever she had to attend meetings away from the Base. The reasons were simple...First of all, her primary obligation was to the school, not to the Air Force...it was the school that appraised her performance! Fortunately, the school was accommodating and released her unconditionally. Secondly, as far as I remember, there was no budget/allocation/fund for travelling expenses; she was not entitled to any claim. Mind you, she had to represent RMAF Labuan and had to fly to Kuala Lumpur whenever there was a requirement by Central BAKAT. For this, she had to make her own arrangements for accommodation and transportation. The normal practice then was to 'squat' at friend's house...much to my dislike! If she wanted to stay in a hotel and use a taxi...well...it was the poor husband who had to bear all the costs. Where got road man...!

BAKAT activities were quite hectic, especially during visits when the visitors brought along their wives...and quite frequent at that! You had these annual visits by the Regional Commander, Air Commander, Air Force Chief and other VVIPs.
Visit by Almarhumah HRH Raja Perempuan Selangor to BAKAT in conjunction with the official visit of Almarhum HRH Sultan of Selangor to RMAF Labuan

So, some time in late January 1984, I accompanied my wife to KL to attend a BAKAT meeting. There was no Hercules C130 scheduled flight back to Labuan on that day...1 February. By the way, those days C130 was the sunshine airways for troops/family movement between Peninsular and Sarawak/Sabah. On checking with KL Base Ops Room, I was told that there was F28 VVIP flight to Labuan. I need to get the permission of the VVIP if I wanted to hitch a ride. He was in the VVIP room at the Air Movement. Well, I approached his ADC to request if I could jump aboard the aircraft. He relayed my request to the VVIP and ...no objection. So...my wife and I happily flew back to Labuan; there were 4 passengers only including both of us. And the VVIP was none other than the DPM then...Tun Musa Hitam.  He flew there to attend the ceremony on the declaration of Labuan as a Federal Territory.

On landing...all the who's who in Labuan were there to welcome DPM, including my CO. After Tun had disembarked...the CO could not believe his eyes on seeing this couple happily emerging from the F28...he...he...he. I could see the displeasure on his face...Trust this Major Nor Ibrahim...! Dato'...Jangan marah.