Pengikut

Ahad, 20 Februari 2011

Dah Terima

Sungguh tak dijangka...asak punya asak untuk menekankan 'a sense of urgency', saya pun terimalah 'Sekapur Sireh' dari Pejabat Menteri Pertahanan semalam, 19 Feb melalui Pos Laju...


Seterusnya, saya hantar pula sms kepada Pak Menteri meminta kebenaran untuk memuatkan gambar beliau di atas documen tersebut. Gambar dicari melalui internet. Jawapannya 'Diizinkan. Saya di Abu Dhabi sekarang'. Manalah saya nak tahu beliau ada di sana. Gambar yang 'nampak' paling 'official' ialah yang terdapat di Wikipedia. Jadi, sms pula pada Polisek. Dia suruh saya hubungi seorang pegawai tertentu. 

5 ulasan:

platun_pandura berkata...

Assalamu'alaikum Tuan,

Tuan, saya SHARFIRAN BIN JAMALUDIN ex-17melayu diraja(para) dan saya adalah salah seorang peminat setia blog tuan. Untuk pengetahuan tuan, saya pernah beberapa kali memberi comment dalam blog tuan dahulu.

Tahniah tuan, satu kejayaan tuan dalam memartabatkan satu kisah suka dan duka wira-wira veteran diera insurgensi suatu ketika dahulu tidak kira sama ada yang masih hidup ataupun yang terkorban serta dari unit dan kor mana sekali pun. Demi keamanan dan kedaulatan negara tercinta ini, tuan dan teman-teman seperjuangan sanggup utamakan tugas tak kira dimana dan apa juga keadaan dan rintangan yang akan dihadapi supaya generasi masa kini dan segenap mana lapisan masyarakat sekali pun dapat mengecapi keamanan dan kemakmuran tanahair kita MALAYSIA sehingga kini, sekarang dan selama-lamanya. Apapun yang tuan dan teman-teman lakukan adalah satu tugas yang murni dan tidak boleh dijual beli kerana semuanya adalah satu perjuangan untuk agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Tuan, satu permintaan saya, kalau buku coretan tuan siap untuk dipasarkan tolong hubungi saya kerana saya berminat untuk membeli senaskah buku coretan kisah perjuangan tuan. Tuan boleh hubungi saya melalui email saya (kopaskaggk@yahoo.com).

Terima Kasih tuan.

Tanpa Nama berkata...

Syabas!
Sudah dapat penghargaan daripada orang terpenting kementerian. Saya percaya, tidak lama lagi mungkin akan menyusul beberapa lagi siri penghargaan yang amat bermakna lebih daripada itu. Insyaallah....

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Harap-harap begitulah, Insya-Allah.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana segala pengalaman "as a RMAF chopper pilot especially Nuri crew" dapat dikongsi bersama generasi muda sekarang, seperti saudara platun pandura, saya juga ingin membeli senaskah buku hasil coretan kisah perjuangan tuan dan krew-krew Nuri dan Alouette, saya boleh dihubungi melalui email:JeffNSP@hotmail.com

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Jeff,

Terima kasih. Saya akan memaklumkan bila buku itu siap diterbitkan nanti. Kemungkinan besar pennghujung Mac, InsyaAllah. Dah seminggu bersengkang mata buat edit. Walaupun dicedok daripada blog ini, seboleh-bolehnya kena juga jaga ejaan dan tatabahasa.