Dalam coretan di sini dan halaman 121 buku "Coretan Xnuripilot" bertajuk 'Terkorban', saya menceritakan kisah 'CAR (combat air rescue)' yang pertama kali dilakukan dalam sejarah TUDM. Misi ini melibatkan penerbangan untuk mengambil seorang 'casevac' 6 RAMD - L/Kpl Majeni bin Abd. Rahman (Pbt ketika itu). Nuri yang diterbangkan oleh Kapt (U) Chong Keng Lay bersama Lt M (U) Johan, Sjn Mohsain (KU) serta arwah L/Kpl Ismail (salah seorang daripada 2 anggota Air Rescue Team) telah ditembak di LP dan mengorbankan L/Kpl Ismail PGB. Itu cerita daripada perspektif juruterbang.
Ketika membelek buku "PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia", JILID 2, saya terbaca bab tentang 'LKpl. Ismail dalam Op Selamat Sawadee 1'. Jadi, untuk melengkapkan coretan saya tersebut, jawabnya 'copy & paste' cerita Pbt Majeni yang cuba diselamatkan oleh Kapt (U) Chong (klik untuk membaca).....
Pembetulan:
1. Nuri tidak '...menggunakan mesin-gan yang telah dipasang pada pesawat Nuri (ms 170)'. Tiada mesin-gan dipasang pada Nuri. Anggota ART hanya dilengkap dengan M-16 sahaja.
2. Alouette Gunship akan membuat 'straffing' sebelum Nuri mendarat di LP, bukannya anggota ART menembak ke arah kawasan yang disyaki kedudukan musuh (ms 170) sebelum Nuri mendarat.
3. Nuri berkenaan bukannya ditembak '...sedas tembakan ke arah pesawat (ms 171)'. Ia telah ditembak bertubi-tubi dan telah menembusi windscreen, main rotor blade (terpaksa diganti) dan fuselage.
Saya difahamkan L/Kpl Majedi telah kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah.
4 ulasan:
Assalamu'alaikum Mej
Sedih dan geram hati betul bila membaca tentang orang-orang kita yg terkorban oleh angkara komunis! Tambah terkilan bila kita rasakan mereka yang berjaya meraih kehidupan mewah di negara ini tak menampakkan keprihatinan pun kepada pengorbanan para pejuang kita.
Allah sahajalah yang membalas pengrobanan para wira itu dengan seadil-adilnya.
Selamat meneruskan ibadah puasa dan ibadah lain-lainnya sepanjang Ramadhan yang mulia ini.
Waalaikumussalam Cikgu,
Terima kasih. Sedih sekali ramai rakyat negara tercinta ini yang kurang mengetahui sejarah negara mereka sendiri. Sama ada mereka sedar atau sebaliknya, Chin Peng dan konco-konco tidak pernah menyesal dengan ideologi komunisme mereka; mereka berbangga dengan prinsip kehidupan mereka. PKM tidak pernah dibubarkan.
Sepertimana yang diceritakan oleh rakan saya yang hadir di Kampung Perdamaian semasa upacara memusnah senjata, ketibaan Chin Peng disambut oleh pengikut-pengikutnya seperti '....menyambut bapa baru balik dari Mekah'.
Selamat berpuasa.
Saudara Nor,
Setinggi tahniah diatas kejayaan saudara mendapatkan elaun JPP dan PTU bagi semua penerima. I salute you.
YBhg Dato',
Terima kasih juga kepada Dato' yang sentiasa memberi sokongan dan galakan untuk saya meneruskan perjuangan. Selamat berpuasa.
Catat Ulasan