Dokong & Rambutan
RM2.00 bagi setiap 1kg dokong & rambutan: 2 kg=RM3.00. Jadi, tadi beli 2 kg setiap jenis buah-buah tersebut. Ketika singgah di Tapah R & R pada 1/2 Ogos baru-baru ini, terkejut saya dibuatnya apabila melihat harga dokong...RM8.00/kg...Eh...Eh...Eh. Tapi yalah...Siapa pula sasaran penjual tu!
Jitraq ni, walaupun dipersamakan dengan tempat 'ULU', pasal buah memang 'sempoi'. Saya sebenar tak tahu apa makna perkataan ini. Jadi, bila seorang pembaca kata buku saya 'sempoi', tanpa segan silu, saya tanyalah apa makna istilah golongan muda ni. Maklum sajalah, saya golongan yang nak hampir masuk isyak...manalah nak tahu istilah-istilah anak muda sekarang ini. Kepada mereka dalam golongan saya, ia bererti 'BEST'. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih kepada beliau.
SELAMAT BERBUKA PUASA
6 ulasan:
Sebelum rambutan tu jadi layu, elok iris dia ambil isi saja buat macam laici. Lepas tu masak air dengan gula putih dan masukkan isi rambutan tadi dan biarkan dia sejuk sebelum dimasukkan dalam peti ais. Lepas tu minum dia...cuba try mesti 'sempoi'.
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Setengah dah habis. Mana tidaknya, lepas terawih saja mengadaplah buah-buah tu. Terlalu manis...pasti kandungan gula dalam badan melambung naik. Beli durian pula dah buat lempuk. Tahun ni buah-buahan memang menjadi di Jitraq ni.Tak payah ada dusun, memadai 'baja' warna 'hijau' atau 'merah' yang cop 'Zeti' dah gerenti lebat buah tu. He...He...He.
Salam Tuan
Berkunjung ke Langkawi sebelum puasa juga mengejutkan saya dengan harga rambutan nih... seikat lebih kurang sekilo lebih hanya RM1.00 sahaja kerana terlebih penawaran dari permintaan. Tak pasti pulak bila time puasa ni, mau turun lagi harganya.
Bagus jugak cadangan Anon di atas tu tapi sugar content dlm badan dilupa jangan.
Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka kepada semua pembaca
Alhamdulillah..Rezeki di bulan Ramadhan
Saudara Semua,
Memang betul...Rezeki di bulan Ramadhan yang diberkatiNya. Jaga-jaga makan tu bila berbuka.
Tak perlu ada dusun sebab pokok cap payung ada dimana2, Jitra, Tanah Merah, Tok Jalai he3
Catat Ulasan