Eh...Eh...Eh....Glamor bebeno sekarang ni. Mana tidaknya, daripada seorang mejar pencen yang 'obscure', sekarang ni dah masuk tv dan akhbar. Sendiri masuk bakul, Utusan tolong angkat...He...He...He.
Apa yang saya banggakan? Ha...Sekarang ini sekurang-kurangnya pembaca akhbar Utusan Malaysia sudah tahu apakah 'Anugerah Perkasa'....Bukannya hanya terhad kepada SP & PGB sahaja!! Saya ada menghantar sms kepada seorang penerbit program tv mencadangkan agar beliau membuat dokumentari tentang 'PTU'. Respons beliau....'Wat is ptu?'.
Saya sama sekali tidak lupa penerima KPK. Ini terbukti dengan luahan saya dalam rencana tersebut. Saya tidak tahu di mana silapnya sehingga KPK tidak dipertimbangkan. Saranan saya agar ada penerima anugerah tersebut, terutama mereka yang berpengaruh dan jujur untuk membantu penerima-penerima yang kurang berkemampuan dari aspek kewangan, mengambil alih 'baton' daripada saya untuk meneruskan perjuangan ini. Saya telah menghubungi 3 organisasi - PBTM, PBPM & RAFOC - agar membawa isu ini ke pihak berwajib. (PBPM=Persatuan Bekas Polis Malaysia & saya telah menghantar senarai penuh penerima KPK kepada Yang DiPertuanya). Why not unite to fight for a common cause that will benefit all the members. After all, unity is strength!! Put aside, quote '...not to steal the thunder' (petikan 'x2 bintang' apabila saya menyarankan agar beliau turut membawa usul ini dalam forum organisasinya).
Dan, saya percaya rakyat sekarang mulai sedar terhadap peranan TUDM menentang pengganas komunis di era insurgensi. Saya telah dijemput 2 kali oleh Kedah FM ke studio RTM Kedah untuk ditemubual. Pertama kali sempena Hari Pahlawan dan kedua menjelang Hari Kemerdekaan. Sudah pasti saya menekankan peranan TUDM. Inilah sumbangan saya bagi mengangkatkan lagi imej satu agensi kerajaan yang pernah saya berkhidmat dulu....My Way.
Di studio RTM Kedah pada 31 Julai 2011, jam 1900
Pada 7 Ogos pula, anggota 'Klasik Nasional' pula telah datang ke teratak saya untuk membuat rakaman...apa lagi kalau tak bukan program 'Di ambang Merdeka'. Bila dan sama ada disiarkan...Wallahualam.
Bersama staf Klasik Nasional & RTM Kedah
Saya juga turut menerima undangan daripada penerbit Radio Fxxx untuk ditemubual pada 23 Ogos bagi program di ambang merdeka juga. Tetapi saya menolaknya kerana malas nak ke Angkasapuri. Apa yang dipinta ialah agar penerbit mempromosikan buku saya. Untuk itu, beliau menghantar sms ini '...btw i can giv a slot to u...can u come to angkasapuri? i can arrange for next month...is it ok w u?'. Terima kasih tetapi sekali lagi saya menolak jemputan tersebut. Peluang dah diberi tapi menolaknya....Memang tak reti cari makan!
Dato' Zaini Hassan ('Cuit' UM), wartawan Mohd Shariza (UM Kedah), Klasik Nasional, RTM Kedah, Radio Fxxx & PR MTU....Terima kasih.
10 ulasan:
Tahniah tuan...lepas ni boleh buat dlam terjemahan BI pulak
tahniah tuan......selamat menyambut ramadhan dan syawal yg bakal menjelang
tahniah....saya sangat berharap agar bekas anggota komando dari X squadron GERAKHAS dapat hantar pengalaman mereka bertempur masa zaman insurgensi dulu terutama di Gubir untuk di siarkan di blog Mejar ini. Tentunya pengalaman anggota squadron berlambangkan tengkorak ini sangat menarik dan berbeza methode nya....ceritalah sikit komando ooiii...jangan duduk diam mengurut lutut yang selalu sakit tu...mana kegagahan kamu masa dulu ...kongsi la sama
http://excdo.blogspot.com/
mangchkla.....terima kasih,saya selalu tengok blog tu tapi banyak pengalaman beliau masa nak bertatih nak jadi komando jer....kita nak pengalaman combat sebenar masa insurgensi dulu.
Dear Nor,
You can forget PBTM from doing anything worthy for the ex-soldiers; let alone do something for the receipients of the KPK. I think RAFOC can be a better organisation to lead the cause, since it has reputable people in that outfit. Let's see if they can do something. Once again Nor, your effort will be long remembered by all. Salam dan selamat menyambut Idil Fitri.
Saudara Semua,
Terima kasih. Saya harap ramai veteran di luar sana sudi kongsi pengalaman mereka.
Dear Dato',
Thank you. I sincerely hope RAFOC can do something about this issue.
AKUM TUAN..SAYA BERHARAP SANGAT KEMUNCULAN XNURIPILOT 2.UTK MAKLUMAN TUAN BUKU XNURIPILOT YG TUAN POS KAN KEPADA SAYA TEMPOH HARI DAH 3 KALI SAYA BACA...
Saudara MOHD KHUZAIRE,
Waalaikumussalam dan terima kasih. Kalau cukup bahan, ada juga niat untuk menulis lagi tentang pengalaman para veteran, insyaAllah.
salam tuan mejar..saya telah membaca artikel tuan..
Catat Ulasan