Pengikut

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mari Kongsi Bersama


Saya setuju bebeno dengan apa yang dikatakan oleh Lt Khaidir TLDM dalam komen beliau di coretan ini.....petikan 'Sy percaya semua exservicemen mempunyai cerita mereka sendiri yg sesuai utk dikongsi bersama rakyat Malaysia yg lain yg tidak berpeluang utk mencurah bakti sbg anggota tentera...'. Masalahnya, bagaimana nak meyakinkan mereka agar menulis atau menceritakan pengalaman mereka itu!! Saya dah melalak sana...melalak sini, tapi hasilnya? Sangat kurang memberangsangkan!!!

Saya terima keratan akhbar berikut daripada seorang pembaca, Saudara Azman Yusof...

Ha...9 kali bertempur dengan musuh...tu memang hebat. Sekiranya sesiapa mengenali S/Sjn Ramli yang kini tinggal Bukit Selambau, Sungai Petani, harap beritahu saya. Saya akan cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan ceritanya dengan lebih terperinci untuk bacaan pembaca semua. Pengalaman para veteran sepatutnya didokumentasikan agar tidak berkubur bersama dengan empunya badan bila tiba masanya nanti.

Pembaca....Siapa yang boleh dipersalahkan sekiranya generasi akan datang memandang enteng terhadap laungan keramat 'MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA'? Mereka membesar dalam sebuah negara yang begitu aman sejahtera, tanpa perlu berkorban nyawa dan raga. Mana mereka nak tahu apa yang terpaksa dihadapi oleh tok nenek mereka? Jadi, kita yang 'bertuah' kerana turut terlibat secara langsung ketika negara menghadapi berbagai cabaran sebelum berada di tahap sekarang ini, rekodkan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mintak simpang dan dijauhi Allah jika xpengganas komunis (XPK) pula yang dianggap sebagai wira negara kerana XPK membukukan kisah mereka untuk bacaan rakyat. Ini bukan satu yang mustahil! 

Blog saya ini merupakan satu 'avenue' untuk sesiapa yang sudi menceritakan pengalaman mereka. Sekiranya cukup bahan dan ada tajaan, mungkin boleh diabadikan dalam bentuk buku. Fikir-fikirkanlah.....! 

Saudara Azman Yusof....Terima kasih.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asaalamualaikum tuan.....

lagi kisah seorang wira yg tak di dendang....kalau di ikutkan fakta dlm artikel akhbar tersebut dah lebih 20 thn SSjn Ramli ni bersara. Macam mana lah agak nya kehidupan beliau sekarang.

pian berkata...

ya la betul tu...XPK pulak buku biogarafi mereka berlambak kat pasaran ..rashid maidin,abdillahCD, CHIN PING...walupun apa pun alasan mereka masuk komunis tapi mereka tetap pernah komunis dan ATHEST!!!
Buku biogarfi tentang XATM, SPECIAL BRACH,FIELD FORCE hampir langsung takde...kesian kita

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Waalaikumussalam,

Saya harap ada pembaca memberi nombor S/Sjn Ramli untuk saya hubungi.

Saudara pian,

Tak tahu macam mana nak yakinkan para veteran untuk menceritakan pengalaman mereka!!