Pengikut

Selasa, 11 Oktober 2011

Beres

Saya telah 'copy & paste' coretan ini dan meng'emel'kannya, bersama nama & nombor telefon saudara 'X', kepada KP JHEV.  Pada 10.10.2011, jam 5.51 PM, saya terima  respons berikut.....

'Assalamualaikum Tuan, terima kasih diatas maklumat tentang xcommando tsb. Saya akan maklumkan Pej Jhev Negeri Kedah utk menjejaki veteran tsb. Dari maklumat yg Tuan berikan tu, kemungkinan veteran tsb dlm lingkungan umur 40 ke 50s sbb anak2 masih di bangku sekolah. Saya agak hairan juga mengapa beliau tidak mendampingi atau menghubungi mana2 pej Jhev yg berdekatan. Kami tidak mungkin dapat membantu sekiranya Jhev tidak di beritahu yg veteran memerlukan bantuan. Betul saperti yg Tuan coretkan itu bahawa adalah diluar kemampuan Jhev utk menjelajah seluruh pelusuk negara utk mengesan veteran2 yg perlukan bantuan. Saya juga hairan mengapa veteran tsb tidak memiliki KBT dan maklum tentang rawatan percuma yg beliau berhak menerimanya.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan tkasih kpd Tuan kerana telah mengemukakan masaalah veteran tsb kpd saya. Keperihatinan Tuan itu memang mulia dan kita sama2 berharap ramai lagi di luar sana dapat saling membantu kawan2 kita yg memerlukan bantuan, insyallah. Salam'.

Kes saudara X sekarang mendapat perhatian JHEV, syukur Alhamdulillah. Tut...Tut....pada hari yang sama, terima sms ini dari Jitra....

'Aslmkm Tuan, slm bajet 2012 bagi ex Atm yg xda pencen sakit kronik dpt bantuan sara hidup rm200 JHEV. Dulu nak sambung perkhidmatan  x boleh sbb darah tinggi je saya x faham, kerjasama tuan sngt2 saya harapkan'. 

Saya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan. Adakah beliau bermaksud JHEV akan memberi RM200 sebulan kepada pesakit kronik yang tidak mendapat pencen seperti beliau? Saya akan hubunginya untuk mendapat penjelasan nanti, insyaAllah.

3 ulasan:

Abah berkata...

Salam tuan,

Saay ada terbaca artikel ini dialam FB Pres PBTM. Saya agak tertanya-tanya tentang penerangan peribadi tersebut. Mengikut berita sayabaca itu dan telah saya ulas didlam FB Pres PBTM itu.

Usia dia 52 tahun pada tahun 2011, Dia berhenti dari angkatan Tentera tahun 2002. Beliau mempunyai tempoh perkhidmatan selama 9 tahun semasa beliau berhenti. kalau mengikut matematik yang mudah dia mauk Tentera ketiak berusia 32 atau 33 tahun.Boleh ke berusia 332 atau 33 tahun masuk Tentera? Betul-betul Confius saya, entah siapa yang membelit cerita samaada pemberita akhbar tsb atau yang mempunyai badan.Yang kedua saya tertanya-tanya juga iaitu tempoh perkhidmatan ketika dia berhenti ailah 9 tahun. Setahu saya tempoh perkhidmatan Tentera 10thn, 12thn, 15thn, 18thn dan 21tahun (tempoh matang/bersara.

Sepanjang tempoh perkhidmatan yang pernah saya lalui didalam Kor RGK, yang mana pasukan tidak memberhentikan seseorang itu sewenang-wenangnya, tambahan pulak yang mempunyai kesihatan seperti itu. Ada dikalangan anggota yang lumpuh, kehilangan pancaindera seperti mata, tangan, kaki dsbnya, mereka ini bersara dan menamatkan perkhidmatan. Macamnana pula beliau menyatakan beliau ditamatkan perkhidmatan disebabkan masalah kesihatan? Saya merasakan tuan punya badan memohon untuk diberhentikan walaupun telah dinasihatkan oleh Pegawai memerintah sebuah Rejimen.Rasa saya maslah ini sama seperti maslah yang di alami oleh Lkpl Che Kob apa yang diuar-uarkan melalui FB dan dilanjutkkan didlm Blog tuan.Waallahuwaallam.

Abah berkata...

Tuan,
Yaa Allah banyaknya salah ejaan, sila perbetulkan seperti:-

Saay - Saya
Dialam/Didlam - Didalam
mauk - masuk
ketiak - ketika
maslah- masalah

Maaf.....TK

Tanpa Nama berkata...

Mungkin sidia ni lari dari tugas atau kena snlr, atau pun x kena mengena terus dgn ATM, saja pandai nk buat cerita.