Pengikut

Isnin, 24 Oktober 2011

Mungkin 2012?

Saya sebenarnya telah 'forward'kan emel dalam coretan ini kepada, siapa lagi kalau tidak bukan BOS #1 penjawat awam,....KSN sendiri. Berikut adalah respons daripada beliau dan juga agensi terbabit.

From: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
To: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan
Cc: YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf ; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad ; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim ; nor ibrahim sulaiman ; "kamis@istiadat.gov.my"
Sent: Sunday, 23 October 2011 10:41 AM
Subject: RE: ALTERNATIVE MEDIA

YBhg. Tan Sri KSN,
Saya juga mengucapkan terima kasih atas peringatan dan pandangan yang diberikan. Pada minggu lepas saya telah mengeluarkan penegasan kepada semua pegawai-pegawai khususnya Ketua Bahagian di PAJPM dan beberapa agensi dibawah saya supaya sentiasa membaca dan mengambil tindakan serta respon segera keatas email/termasuk lain-lain komunikasi  yang diterima walaupun pada waktu lepas pejabat atau hujung minggu. Pekara ini amat penting pada saya dan mengingatkan kepada pegawai-pegawai saya supaya kita tidak lagi berkerja selama 8 jam tetapi  kerja-kerja pejabat juga  boleh dilakukan dirumah/diluar  sejajar dengan kemudahan komunikasi yang ada.
2. Mengenai jemputan mengenai Hari Malaysia/kemerdekaan saya akan pastikan supaya jemputan-jemputan kepada tetamu yang sepatutnya diundang tidak akan tertinggal lagi.
Terima kasih.
Othman Mahmood.
23.10.11
Ybhg. Datuk Wan Hamidah- Harap bincang pekara dua diatas dalam mesyuarat mingguan PAJPM.

From: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan [mailto:sidek@pmo.gov.my] 
Sent: Sunday, October 23, 2011 8:27 AM
To: nor ibrahim sulaiman
Cc: YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim; Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Subject: RE: ALTERNATIVE MEDIA
Wa’alaikummussalam Mejar.  Saya mohon berbanyak maaf kerana terlambat benar membaca mel Mejar.  Tidak ada alasan yang munasabah yang boleh saya berikan! Dan oleh itu saya tidak akan memberinya.
2.      Saya memahami dan menghargai pandangan-pandangan yang diberikan dan InsyaAllah dimana yang boleh akan dilaksanakan.  Terutamanya untuk mengingatkan diri saya dan lain-lain pegawai bukan sahaja untuk membaca e-mel dan lain-lain komunikasi yang diterima tetapi menjawabnya.
3.      Spesifik mengenai jemputan ke perayaan Hari Malaysia/Kemerdekaan saya percaya Datuk Othman Mahmood, TKSU Kanan JPM akan mempastikan ianya tidak lagi terlepas pandang untuk tahun-tahun mendatang.
Sekali lagi saya memohon maaf jua dan mengucapkan terima kasih atas ingatan yang diberikan.
 (SIDEK HASSAN)
23 Oktober 2011
From: nor ibrahim sulaiman [mailto:nibsny@yahoo.com]
Sent: Monday, 17 October, 2011 2:14 PM
To: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan
Cc: kamaruddin@kpkk.gov.my; KSU KEMENTAH; Datuk Wan Hamidah; Dato Abu Bakar JPA
Subject: Fw: ALTERNATIVE MEDIA
Assalamualaikum Tan Sri,
Berikut adalah pandangan seorang rakyat kerdil terhadap segelintir penjawat awam. Oleh kerana sikap mereka ini yang tidak mesra pelanggan, jangan salahkan rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap prestasi agensi kerajaan. Tidak dinafikan banyak agensi kerajaan melaksanakan piagam mereka dengan penuh dedikasi dan amanah. Untuk itu, saya ucapkan....SYABAS. 

Rakyat, termasuk saya, tidak lagi 'MENGHARAP'kan, sebalik 'MENGHENDAKI''  tindakan diambil dalam sesuatu tempuh yang ditetapkan. Ini selaras dengan imbuhan dan 'perks' yang dinikmati oleh penjawat awam dengan pengumuman bajet baru-baru ini. Dengan adanya insentif-insentif tersebut, sudah pasti rakyat mahukan produktiviti meningkat, bukannya masih mendatar. Laksanakanlah 'EXIT POINT'' kepada mereka yang dianggap 'deadwoods', jika perlu, sekira tindakan ini dapat memulihkan persepsi rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Fikir-fikirkanlah. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Ha....Ini yang saya kata, kalau tak cuba mana nak tahu! Respons macam ini yang saya hendaki, bukannya 'dalam perhatian kami'. Sama ada mereka 'walk the talk', saya terpaksalah tunggu Ogos atau September 2012 nanti, itu pun sekiranya panjang umur dan masih sihat, wallahualam.

Tan Sri KSN...Terima kasih.

4 ulasan:

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
It is obvious that you have established your credentials in high places and your views are well respected and acted upon. Shabas.Are we now to understand that all holders of JPP, PTU & KPK? will receive official invitations for Malaysia / Merdeka Day?

e xveteren berkata...

Tuan Nor tq and welsaid....ade tetapinya tuan,kalau jadi tak terasa malu ke kepada KPK receipient nanti? ialah anugerah yang tak di ikhtiraf dan tak ada apa2 nilai jika dibandingkan dgn pingat2 lain yang mana RM1000-00 is the minimum alaun given, but KPK has nothing to smile for,what will this KPK guy will answer when people ask What pingat u dapat?... adakah penerima KPK ini akan menjauhkan diri mereka?...TQ

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Arunzab,

Thank you. I don't think I've established a rapport with the top hierarchy in the government service. One thing I noticed is that KSN is responsive to comments from the general public as long there're merits.

As for the invitations, my understanding is that from this year onwards, recipients of JPP, PTU & KTK are guests of the government during Merdeka Day celebrations. I'm forwarding those e-mails to PAT suggesting that we should be invited to attend Hari Pahlawan on every 31 July, too. Just wait & see.

Saudara exveteran,

Terima kasih. Pada saya, tiada apa yang nak dimalukan. Pertama sekali, penerima KPK MESTI beranggapan bahawa akhirnya kerajaan telah mula mengiktiraf nilai KPK. Itu step pertama. Saya telah menghubungi Yang Dipertua PBPM supaya beliau turut melobi agar KPK turut diberi elaun. Sekiranya dua kementerian - KEMENTAH & KDN, PBTM, PBPM & RAFOC, terus mengasak tentang isu ini, manalah tahu satu-satu hari nanti akan termakbul, wallahulam.

Arunzab berkata...

Saudara exveteran,

You can be critical in your comments but there is no need to be insulting and (perli) holders of KPK. Remember they still have something which thousands other soldiers past and present don't have and they can be very proud of that.If the authorities decide to invite them so be it. Why do you have a problem with that.!!!!