Pengikut

Jumaat, 10 Ogos 2012

2 Dalam 1

Saya teruja dan kecewa serentak!!!!
Teruja....Kerana perjuangan saya semenjak 2009 lagi telah berhasil. Saya telah mencadangkan kepada KP PLKN agar mengundang para veteran, iaitu penerima Anugerah Perkasa (SP, PGB, JPP, PTU & KPK) dan mereka yang terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis sebagai 'Pengkisah'. Malah, ketika terserempak dengan PAT pada 10 Mac 2012 di DGCC, Jitra, saya turut mengajukan saranan tersebut. Minggu lalu, saya dimaklumkan bahawa PLKN akan menjemput para veteran untuk siri 'Jejak Pahlawan'. Ini telah disahkan oleh seorang rakan; beliau telah menerima kunjungan dari pihak PLKN pada 7/8/2012. Menurut beliau, intipati lawatan itu lebih kurang apa yang saya syorkan dulu. Boleh tahan juga mejar pencen ni...He...He...He.

Kecewa....Pengkisah hanya terhad kepada para penerima SP & PGB sahaja. Macam mana ini boleh terjadi? Mengapa dihadkan kepada golongan itu sahaja? Saya telah menghubungi PLKN untuk bercakap dengan Dato' KP bagi mendapatkan gambar sebenarnya. Tapi dimaklumkan yang beliau sedang menunai fardhu umrah sekarang ini. Talian disambungkan kepada pegawai tertentu yang ada kaitan dengan isu ini. Menurut beliau, siri ini masih di tahap 'pilot project' yang melibatkan 5 kem PLKN. Buat permulaan, mereka memilih para penerima SP & PGB berlandaskan kepada saranan seorang penerima SP. Sudah pasti saya kecewa!!

Knowing me....Melayanglah emel berikut.... 

From: nor ibrahim sulaiman ;
To: KP PLKN ;
Cc: KP Veteran ; Tan Sri PAT ; PTD ; PTU ; Dato' Shahrul Polisek ; msaibie@khidmatnegara.gov.my ; farihan@kihdmatnegara.gov.my ; PTL ; KSU KEMENTAH ;
Subject: PENGKISAH JEMPUTAN
Sent: Tue, Aug 7, 2012 5:23:30 AM 


Assalamualaikum Dato',

Syukur alhamdulillah, saya difahamkan akhirnya PLKN dalam proses mengundang para wira untuk kongsi bersama pengalaman mereka. Namun demikian, saya kecewa kerana para pengkisah jemputan itu hanya terhad kepada para penerima SP & PGB sahaja. Saya dimaklumkan oleh staf Dato' bahawa siri 'Jejak Pahlawan' ini adalah satu 'pilot projek'. Dato' telah bersetuju dengan cadangan seorang penerima SP agar, buat permulaan, hanya kategori anugerah tersebut dijemput.  Persetujuan itu mencerminkan bahawa kami, para penerima JPP & PTU, disisihkan walaupun kami juga tergolong penerima 'Elaun Kenangan'  sepertimana yang dinikmati oleh para penerima SP & PGB.

Sebagai seorang penerima PTU pula, persepsi saya ialah pihak PLKN meminggirkan peranan TUDM di era insurgensi.  Percayalah, peranan TUDM amnya, Nuri khususnya, tidak hanya sekadar terbang menghantar trup, rangsum, ambil casevacs sahaja. Justeru, sudah pasti saya terkilan!

Pada pandangan saya, semasa peringkat inilah sepatutnya semua kategori Anugerah Perkasa, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK, serta mereka yang terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu, diundang. Saya telah mencadang bakal pengkisah ini semenjak 2009 lagi (klik di sini)...


Saya mengharapkan agar siri ini berterusan bagi semua kursus PLKN, bukannya bermusim seperti yang saya coretkan di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/seasonal-patriotism.html. Saya sendiri berbangga kerana telah terlibat secara langsung  dalam operasi negara menentang kedurjanaan pengganas komunis. Ini diluahkan melalui buku saya, Coretan Xnuripilot, dan di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/08/sejarahjangan-dipinggir_5.html.

Respons daripada Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya terima pelbagai respons daripada rakan seperjuangan yang bukan penerima sebarang pingat berkenaan. Semuanya memberi gambaran yang negatif. Jawabnya, hantar emel berikut kepada pengalamat yang sama....

'...Lanjutan kepada perkara di atas, maklum balas yang diterima tidak begitu menggalakkan daripada wira-wira tanpa sebarang anugerah. Persepsinya ialah ketiadaan ketelusan di pihak PLKN yang menghadkan para pengkisah kepada penerima SP & PGB sahaja. Justeru, bagi menghindar tanggapan negatif, dicadangkan pihak Dato' menjemput para veteran yang berminat menjadi Pengkisah dalam program 'Jejak Pahlawan'. Mereka perlu menghantar 'resume' pengalaman untuk dinilai. Penghebahan boleh disalur melalui media massa, JHEV, PERHEBAT, PBTM, dll.'

OK lah...Tak payahlah hantar resume. Penerima anugerah dah secara otomatik layak diundang. Yang lain-lain itu boleh dicalonkan oleh persatuan-persatuan bekas tentera atau mereka sendiri memohon. 

Saya menekankan institusi-institusi latihan semata-mata kerana mereka ada bajet untuk penceramah jemputan. Justeru, jika diundang, pengkisah akan diberi elaun 'subsistence' mengikut kadar gomen ~RM100 sejam (tertakluk kepada pangkat dan kelulusan. Sebenarnya, pada sayalah, tak logik langsung...Apa kena mengena mengisahkan pengalaman, seperti cedera dek jerangkap samar, dengan pangkat atau kelulusan? Peluru dan jerangkap samar tidak mengenali sesiapa pun....baik jeneral, mejar atau prebet sekali pun). Mungkin RM100-RM200 bagi mereka yang berada hanya sekadar cukup membayar 'green fee' bermain golf di kelab 3* saja, tapi amoun ini sungguh bermakna bagi mereka yang kewangannya agak 'merosot'

Ramai hero-hero yang tak berpingat cacat anggota badan angkara operasi menentang musuh. Saya pasti sekiranya mereka datang dengan tongkat putih seperti wira di sini, berkerusi roda, dan sebagainya, akan memberi impak maksima kepada para peserta kursus, wallhualam. Tapi, ialah, depa ni mana ada glamor!!

Saya tak pasti bagaimana sambutan daripada para jemputan golongan tersebut. Itu bukanya satu persoalan. Apa yang paling penting sekali ialah jemputan itu sendiri mencerminkan pengiktirafan Negara terhadap pengorbanan mereka. Pokoknya, mereka diberi peluang. Terpulanglah kepada mereka sama ada nak menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.


Untuk makluman, ada 81 kem PLKN di seluruh negara. Difahamkan ada 3 pengambilan peserta satu tahun. Ini bermakna ramai pengkisah diperlukan. 

Saya setuju bebeno dengan apa yang dikatakan oleh seorang Dato', penerima KPK, semalam '...terpulang kepada PLKN. Itu hak mereka untuk memilih sesiapa yang mereka mahu jemput'. Oh mak datuk...macam kepala dipukul dengan penukul...Memang terserentak. Eh...Eh...Eh...Macam mana saya boleh lupa yang saya ini hidup dalam alam kenyataan....Bukannya alam mimpi!! Siapalah simejar pencen ni nak riuh rendah bagai nak rak? Terpaksalah banyak-banyaklah berastagfirullah. 

Rasanya dinoktahkan sajalah isu ini. Apa yang terpendam dalam hati sudah diluahkan. Terpulanglah kepada agensi berkenaan untuk memikiokannya.  Saya berbangga kerana perjuangan saya selama ini akhirnya akan dilaksanakan nanti, insyaAllah. Harapan saya agar pihak terbabit dapat menghindarkan persepsi bahawa siri Jejak Pahlawan ini dimonopolikan oleh golongan tertentu. Saya telah berusaha...Allah penentunya.

Tan Sri PAT & Dato' KP PLKN....Terima kasih.

2 ulasan:

ღ cik faye ღ berkata...

Salam Uncle...dun give up! Country needs people like you to spread the awareness on patriotism. Perhaps you can ask others to joint you. Two or more heads are better than one head :-), Good luck!

http://luckyseveninlove.blogspot.com

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam cik faye,

Terima kasih. Saya bersyukur kerana objektif saya telah berjaya. Menurut seorang Bos PLKN, mereka akan menjemput lain-lain wira, termasuk wira sukan, selepas pilot projek itu nanti, insyaAllah. Keberangkalian saya tidak dalam senarai mereka nanti ialah 99.9% . Saya terlalu tersinggung dengan ungkapan beliau sehingga menghentikan perbualan. Tapi itu bukan satu isu. Tiada seorang pun yang 'indispensable'.

Malah, sekira wujudnya satu miracle yang membuat mereka mengundang saya, saya akan mencadangkan seorang rakan seperjuangan yang tidak berpingat tapi kaya dengan pengalaman. Bukan saja seorang yang petah bercerita, apa jua imbuhan yang mungkin diterima dapat membantu kehidupan seharian beliau.