Followers

Saturday, March 31, 2012

'Gading' & 'Cepung'


Seorang peminat pesawat TUDM, Kapten Dr. Ahmad Damanhuri Ibrahim, telah mengemel gambar berikut bagi memenuhi permintaan Saudara Luke...

From: Kapten Dr. Ahmad Damanhuri Ibrahim 
To: noribrahimsulaiman 
Sent: Wednesday, 28 March 2012 9:36 PM
Subject: KAPTEN NASIR MA LEE BIN ABDULLAH
Salam Tuan,
Gambar Alouette III TUDM FM 1324 dipandu oleh Kapten Nasir Ma Lee bin Abdullah sedang membuat gerakan menyelamat mangsa kebakaran Bank Bumiputera. 'Response' untuk 


Anonymous said...am tuan,
Kalau tuan ada menyimpan keratan akhbar tentang operasi menyelamat yang dilakukan oleh Kapten Nasir, boleh tak tuan menyiarkannya dalam blog tuan?

Luke



Wednesday, March 28, 2012

Tragedi 26 April 1976...Kisah XAlouette Pilot

Saya telah menghubungi Lt Kol Harun Bin Ayob TUDM (B), Ketua Flait No 3 Skuadron, TUDM Butterworth, agar menceritakan penglaman beliau ketika Ops Gubir. Saya memaklumkan pada beliau bahawa sekiranya diberi peluang dan ada rezeki bagi menerbit edisi ke2 'Coretan Xnuripilot', saya bercadang untuk memuatkan pengkisahan beliau, insya-Allah. Malah, saranan ini telah diajukan kepada beliau ketika kami bersua semasa menerima PJM di sini.

Pada 26 Mac 2012, saya terima emel berikut...

From: Harun Ayob
To: "nibsny@yahoo.com"
Sent: Monday, 26 March 2012 7:26 PM
Subject: Operasi Gubir 1976.

Pada 15 April 1976, Kapt (U) Harun b Ayob memandu pesawat helikopter Alouette III Gunship bernombor FM 1314 bersama Sjn Lee untuk gerakan Operasi Gubir. Tugasnya ialah 'escort' helikopter Nuri terbang memasuki kawasan hutan sempadan Malaysia-Thailand yang diduduki oleh pengganas komunis. Pada 16 April 1976 pra-operasi bermula diwaktu pagi dengan penerbangan tinjauan untuk cari lokasi kem pengganas oleh Lt (U) Mohamad Darby Owen dengan helikopter Alouette III sebanyak 2 missi tetapi tidak berjaya. Kapt (U) Harun b Ayob telah mengambil alih missi ke-3 penerbangan tinjauan tersebut bersama Lt (U) Mohamad Darby Owen disebelah petang. Setelah menjalani penerbangan rendah taktikal (tactical low flying) lebih kurang jam 1600 beliau berjaya jumpa kem pengganas tersebut terletak di atas satu banjaran bukit selang banjaran sempadan dan memberi koordinat yang tepat kepada Markas Operasi Gubir. Sekembalinya ke Markas Operasi Gubir, Kapt (U) Harun telah memberi taklimat terperinci kepada Pemerintah Operasi Bersama ATM. 

Pada 17 April 1976 (D-Day), Kapt (U) Harun telah bertugas memandu helikopter Alouette III Gunship bersama rakan sejawat yang lain (Lt (U) Khalid b Ali) untuk 'escort' helikopter Nuri S61A-4 mengangkut trup Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) ke lokasi memintas laluan bolos (enemy escape route) pengganas komunis beberapa meter di seberang sempadan Malaysia-Thailand, di utara Betong, Thailand. Setelah 'cut off troops' mengambil tempat masing masing, barulah operasi bermula (H-hour) dengan pengeboman 'target' kem komunis oleh pesawat 'ground attack' Jet Tebuan CL 41-G diikuti oleh pesawat Jet Pejuang F 5-E. Operasi berlanjutan hingga ke senja dan beberapa hari selepas itu. Ekoran dari gerakan tersebut, Penduduk Betong dibawah pengaruh dakyah komunis telah melancarkan tunjuk perasaan besar besaran anti-Malaysia. Peristiwa ini memberi kesan terus berupa tekanan pengunduran kepada kehadiran Pasukan Polis Hutan Malaysia di Betong, Thailand.

Kem komunis tersebut berjaya ditawan dengan kemasukan trup Tentera Darat melalui gerakan 'abseiling' dari atas helikopter Nuri S61A-4 ke atas kem pengganas, tetapi bukan tanpa pengorbanan. Helikopter Nuri pertama sampai kedudukan 'hovering' telah ditembak oleh sepasukan pengganas sehingga bersarang perut pesawat menyebabkan bahan bakar Avtur bertaburan seperti hujan. Kapten pesawat tersebut telah bertindak pantas mengelak pesawatnya dari terhempas dan terbang balik ke Kem Gubir dengan pertolongan Allah Subhanahu Wataala dengan selamat.

Tidak semua Wira Wira ATM dalam Operasi Gubir 1976 ini dapat mengelak dari trajedi dan pengorbanan. Pada pagi 26 April 1976 Bilik Operasi TUDM Butterworth telah dikejutkan dengan berita sebuah pesawat helikopter Nuri telah ditembak jatuh di kawasan Operasi Gubir. Pegawai Memerintah Pangkalan TUDM Butterworth, Lt Kol (U) Fauzi b Husin telah mengarahkan Kapt (U) Harun membawa beliau meninjau kawasan kemalangan dengan helikopter Aloutte III bernombor FM 1306. Selepas 25 minit penerbangan, pesawat tiba di kawasan kemalangan, lebih kurang 5 minit 'flight time' dari Kem Gubir. Ketika itu masih kelihatan api sedang marak membakar pesawat Nuri tersebut. Pasukan penyelamat Nuri masih belum dapat diturunkan kerana 'crash site' berkedudukan sulit dikelilingi hutan tebal dan lurah dalam. Diantara yang terkorban ialah Kapt (U) Choo Yok Boo dan Lt (U) Wan Munsif. 

Catatan oleh:  Lt Kol Hj Harun b Ayob (B) TUDM
                     Kenanga Villa,
                     Lorong Sri Kenanga
                     Jejawi Dalam,
                     02600 Arau, Perlis.

Kini Lt Kol Harun mengusaha inapdesa "KENANGA VILLA", di Arau, Perlis. Beliau boleh dihubungi di...
Bantu le rakan mempromosikan homestay beliau

Lt Kol Harun bin Ayob...Terima kasih.

Monday, March 26, 2012

'Erti Sebuah Perjuangan'

Kepada sesiapa yang masih belum melihat video ini, hayatilah apa yang dikatakan oleh seorang wira yang tak didendang....Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar (B)...

Ihsan X 7 RAMD & Mangchik Mangchok

X 7 RAMD & Mangchik Mangchok....Terima kasih.

Friday, March 23, 2012

'Cepung' Pun OKlah

Saya terima e-mel daripada Saudara Azeem Zainal, anak kepada arwah Mejar Zainal Abdul Rashid SP di sini. Beliau telah mengepilkan  gambar-gambar Alouette 111 '...A collection from Allahyarham MEJ (B) Zainal Abidin Ibrahim (Paymaster RGK). more of old MSSC pics at www.facebook.com/pages/Rejimen-Gerak-Khas'. Saya cuba melayari sesawang berkenaan untuk meminta kebenaran memuatkan gambar-gambar tersebut dalam blog ini. Tetapi usaha saya gagal. Saya harap  pengendali facebook 'Rejimen-Gerak-Khas' membenarkan saya poskan gambar terbabit dalam blog saya ini.



Saya dimaklumkan gambar ini diambil sekitar 1975. Tak pasti di mana pula. Siapa pula krewnya? Jika di Semenanjung, Alouette ini adalah daripada No 3 Skuadron, TUDM Butterworth.

Saudara Azeem Zainal dan pengendali facebook Rejimen-Gerak-Khas....Terima kasih.

Wednesday, March 21, 2012

Pengkisahan

20 Mac....Saya terima surat ini daripada ANM...

ANM... Terima kasih.

Selain telah menghantar e-mel kepada PAT (di sini) dan Pak Menteri Datuk Seri Utama Rais Yatim (di sini), saya turut menghubungi beberapa agensi kerajaan di Kedah dan Perlis seperti ANM, Perpustakaan Awam, JKKN, UiTM.  UUM, Polimas dan IPG. Apa yang saya cuba tekankan ialah menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara kita yang satu ini. Juga, saya memaklumkan bahawa saya bukannya ejen untuk menganjur seminar.  Peranan saya hanyalah memberi 'contact persons'. Sekiranya berminat, agensi berkenaan hubungilah mereka. Sama ada mereka bersetuju atau tidak...Wallahualam.

Semasa 'kitchen cabinet meeting' selepas 9-holes, saya terima panggilan daripada Perpustakaan Pulau Pinang  menjemput saya sebagai Pengkisah pada 8 September 2012 di Pulau Pinang.  (Kucing ini pun nak tumpang manja ketika orang sibuk bermesyuarat. Dia betul-betul mengingatkan saya akan 'Tuah' yang kami sekeluarga sungguh sayang tetapi telah pergi...di sini).  Saya mencadangkan kenapa tidak dijemput juga para veteran daripada TDM. Saya boleh memberi nombor individu berkenaan untuk mendapat butir selanjutnya. Bagi diri saya sendiri, jika tiada aral melintang, Insya-Allah. 

Saya bersyukur kerana ada para veteran yang sudi menjadi pengkisah. Malah, 2 hari sudah saya terima e-mel daripada seorang rakan seperjuangan dari Kuala Lumpur yang sedia melibatkan diri sekiranya ada undangan.

Rasanya, coretan tentang topik ini ditamatkan di sini sajalah. 

Monday, March 19, 2012

Giliran Pak Menteri Pula

Kat PAT telah diemelkan di sini. Sekarang tiba pula giliran Pak Menteri Penerangan menjadi 'mangsa' mejar pencen ini. He...He...He.
From: nor ibrahim sulaiman ;
To: YB Dato Rais yatim ;
Cc: kamaruddin@kpkk.gov.my ; Hj Derasah ANM ; Sulasteri ; Md Farizal ANM ;
Subject: MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH DARURAT
Sent: Sun, Mar 18, 2012 4:56:57 AM 


Assalamualaikum Datuk Seri,

Dengan segala hormatnya, saya ingin mengucapkan SYABAS kepada agensi di bawah Kementerian Datuk Seri, iaitu ANM. Saya sungguh terharu dan teruja apabila agensi tersebut telah mengundang saya dan rakan seperjuangan ke Majlis di atas pada 13 Mac yang diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur. Keprihatinan Datuk Seri menekan semangat patriotisme terhadap negara tercinta ini, terutama golongan remaja, sangat membanggakan. Ini terbukti apabila Datuk Seri telah merasmikan 'Kolokium Sejarah Malaysia' pada 25 Februari di Universiti Malaya dan menyaran agar penulis blog 'menerap cinta kepada negara' (petikan Utusan Malaysia 17/3 ms3).   

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya jika terdapat segelintir generasi 'X' dan 'Y' yang mungkin semangat patriotisme mereka agak terhakis. Ini kerana mereka tidak didedahkan dengan maklumat sewajarnya. Melalui pemerhatian saya, kebiasaannya topik ini hanya 'bermusim', seperti menjelangnya Hari Kemerdekaan dan apabila tercetusnya polimik mempersoalkan siapa yang dianggap wira negara. Sepatutnya aktiviti seperti yang dianjurkan oleh ANM berterusan sepanjang masa dan tidak tertumpu di Kuala Lumpur sahaja.

Sekiranya diizinkan memberi cadangan, saya berpendapat kegiatan ini perlu dianjurkan di peringkat negeri. Agensi-agensi di bawah KPKK seperti ANM, Perpustakaan Awam, DBP, JKKN, Pejabat Penerangan, boleh memainkan peranan. Saya yakin ramai para veteran sedia menceritakan pengalaman mereka sekiranya diundang sebagai Pengkisah. Ini kerana jemputan tersebut mencerminkan bahawa negara mengiktiraf pengorbanan kami demi mempertahankan kedaulatan negara di suatu ketika dulu. Negara seharusnya tidak melepaskan peluang ini ketika ramai wira-wira terbabit masih hidup. Saya sendiri berbangga jika mendapat jemputan dan, jika tiada aral melintang, akan turut hadir, Insya-Allah.

Akhir kata, saya ingin merakamkan  penghargaan kepada warga ANM, terutama Puan Yatimah, Puan Sulasteri dan En Mohd Farizal, di atas layanan yang diberikan kepada saya sepanjang berada di Kuala Lumpur . Diharap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada  pihak Datuk Seri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Rasa-rasanya memadailah setakat ini. Sekiranya mendapat respons positif daripada pihak terbabit....Syukur Alhamdulillah. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya saya telah mencuba,  Allah menentukan.

Oh ya...Saya ada menerima jemputan untuk memberi ceramah kepada guru-guru pelatih  di sebuah IPG  di selatan Semenanjung Malaysia. Disebabkan faktor jarak yang jauh, dengan dukacita saya terpaksa menolak. Namun demikian, saya telah mencadangkan squad-mate saya, Mej Dato' Salehuddin Mutalib PGB (B), mengganti hero ini. Syukur Alhamdulillah, Dato' setuju menerima jemputan tersebut.

Semalam saya terima e-mel daripada xmejar komando. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah ditugaskan '.... Mesy Agung KVKM  akhirnya mereka mahukan saya mengumpulkan sejarah pertempuran dan dibukukan saya perlu dapatkan bahan bahan dari empunya cerita seterusnya sahkan perkara tersebut.' Saya bersyukur kepada Ilahi kerana tulisan saya sekurang-kurangnya menjadi penggerak kepada para veteran mengabadikan perjuangan mereka demi negara tercinta ini...Real satisfaction!! 

Para Veteran....Dokumentasikanlah pengalaman anda untuk dijadikan bahan rujukan kepada generasi akan datang. Kalau tidak kita yang mengusahakannya....Siapa lagi?

Pensyarah terbabit....Terima kasih. 

Sunday, March 18, 2012

Satu Cadangan

Eh...Eh...Eh...Tak habis-habis mejar pencen ni nak mempromosikan keperwiraan para veteran! Setelah diberi peluang bercerita di ANM, sekarang nak suruh ATM pula mengundang wira-wira yang tak didendang menceritakan pengalaman mereka di pusat-pusat latihan ATM.   

From: nor ibrahim sulaiman
To: Tan Sri PAT
Cc: Dato' Zahid Hamidi ; PTD ; PTL ; PTU ; KSU KEMENTAH ; VC UPNM
Sent: Friday, 16 March 2012 4:12 PM
Subject: PENGKISAHAN SEJARAH INSURGENSI

Assalamualaikum Tan Sri,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan di atas kesediaan Tan Sri mendengar rentetan saya ketika kita terserempak di Darulaman Golf & Country Club, Darulaman, pada Sabtu, 10 Mac. Sepertimana yang saya tekankan, dewasa ini topik patriotisme hanya hangat dibincangkan ketika menjelang Hari Kemerdekaan dan apabila tercetusnya polimik yang mempertikaikan siapa yang sepatutnya dinobatkan sebagai wira negara. Pada pandangan saya, semangat kecintaan terhadap negara seharus dipupuk sepanjang masa. 

Saya bersyukur kepada Ilahi kerana usaha saya untuk menonjolkan peranan TUDM telah terpahat di Arkib Negara Malaysia (ANM) pada 13 Mac. Saya dan PW1 Mohsain (B) telah dijemput sebagai Pengkisah dalam Majlis Pengkisahan Sejarah Darurat - 'Peristiwa Gubir - Pengalaman Anggota TUDM Menentang Pengganas Komunis' yang diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Walaupun pengkisahan hanya sekadar sepintas lalu disebab kesuntukan masa yang diberikan, ia merupakan langkah pertama. Saya percaya pengkisahan tersebut telah menyedarkan para hadirin, terdiri daripada siswa-siswi IPTA, tentang pengorbanan anggota ATM.  Paling penting kepada saya ialah para penyelidik boleh mendapat sedikit-sebanyak fakta tentang peranan TUDM, khususnya helikopter Nuri, ketika Ops Gubir dan Ops Selamat Sawadee di ANM. 

Agensi kerajaan tersebut mengabadikan kisah seperti ini untuk rakyat Malaysia yang berminat mengetahui sejarah negara. Persoalannya pula, adakah ATM sendiri yang sedia mengambil langkah agar  kisah-kisah pengorbanan para veteran mereka sendiri disebarkan kepada anggota-anggota yang masih berkhidmat? Saya difahamkan ada pegawai berpangkat Lt Kol TUDM sendiri tidak mengetahui tragedi 26 April 1976 dimana sebuah Nuri telah ditembak jatuh dan telah mengorbankan kesemua 11 warga tentera yang berada di dalamnya; apatah lagi mereka yang baru menceburi kerjaya ini! Mungkin tidak salah saya beranggapan bahawa persepsi rakyat hanya arwah Lt Adnan Saidi dan Dato' Kanang  sahajalah perwira ATM! 

Sekiranya diizinkan membuat cadangan, para veteran yang tidak didendang, seperti mereka yang cacat anggota angkara kedurjanaan pengganas komunis, dan penerima Anugerah Perkasa, diundang menceritakan pengalaman mereka di institusi latihan ATM, seperti KTD, KTU, KTL, UPNM, PLR, maktab turus, dan sebagainya. Apa yang perlu hanyalah 2-3 jam sahaja setiap kali kursus dijalankan, dengan lain perkataan...proses pengkisahan berterusan. ATM sepatutnya mengambil peluang tatkala para veteran masih hidup. Jika tidak, semua pengalaman akan berkubur dengan empunya jasad.

Saya difahamkan Tan Sri peka tentang sejarah ATM. Ini terbukti apabila Tan Sri menyuarakan kesedian untuk mengetengahkan cadangan saya yang telah diajukan semenjak 2009 kepada sebuah agensi di bawah KEMENTAH. Namun sehingga sekarang, respons stereo-type 'dalam perhatian kami' pun tidak diterima. Agensi tersebut, pada pandangan saya, adalah salah satu platform sewajarnya kerana objektifnya adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan remaja. 

Saya tidak mewakili sesiapa. Saya sendiri, mungkin para veteran yang lain, akan terharu jika diundang ke majlis yang dicadangkan. Ini kerana ia mencerminkan bahawa ATM mengiktiraf pengorbanan kami. 

Akhir kata, sekiranya program ini sudah dan masih dilaksanakan....Syabas dan teruskan. Jika sebaliknya, harap ia mendapat pertimbangan positif daripada pihak Tan Sri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Sekarang serius sikit. Pe tanya sikit...Ada kebenarankah apa yang saya cadangkan? Adakah kita perlu menunggu 'mat saleh' menceritakannya melalui 'History Channel' dan mengaut keuntungan? Masih ingat 'Blackhawk Down'? Bila ditayang saja, baru terkeluar cerita kehebatan pasukan kita yang terlibat menyelamatkan soldadu uncle sam tu. Jangan disalahkan penerbit filem tersebut kerana sudah pasti mereka akan menonjolkan kehebatan tentera mereka. Alangkah sedihnya sekiranya ATM sendiri terpaksa meminta penceramah daripada orang awam hanya untuk menceritakan kisah-kisah operasi yang melibatkan ATM sendiri!!!Bukannya satu perkara  mustahil....Kemungkinan itu ada.

Oh ya...Soalan cepu mas. Apakah 'probability' penerima memberi respons kepada e-mel tersebut? He...He...He.

Wednesday, March 14, 2012

Di Memorial TAR

13 Mac 2012...
Wartawan silap lapor. Bukannya 'Ops Bamboo'

Dari kiri: Puan Hajah Derasah, Datuk Ab. Ghaffar, Datuk Maglin D. D'Cruz, Nor Ibrahim, PW1 Mohsain, DSP (B) Mior Roslan

Kapt Murad tidak hadir atas urusan

Cenderahati daripada ANM

Lt Kol Husaini TUDM (B) (klik di sini) yang turut hadir, telah naik ke pentas untuk menceritakan pengalaman beliau ketika berkhidmat di No 7 Skuadron, TUDM Kuching dan di Kampuchea.
Dari kiri: Mohd Farizal, Mej Harison TUDM, Lt Kol Husaini TUDM (B), PW1 Mohsain, Nor Ibrahim,  Puan Sulastri, Puan Yatimah

Saya telah mencadangkan kepada Pengerusi Sesi, DSP (B) Mior Roslan daripada UPNM, agar UPNM turut menganjurkan majlis sebegini. Universiti Pertahananlah yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam usaha menobatkan sejarah perjuangan pasukan ATM. Beliau berjanji akan membawa cadangan ini ke pihak atasan. Tunggu dan lihat sajalah. 

Apa pun, saya bersyukur kepada Ilahi kerana telah berjaya mengabadikan peranan TUDM dalam simpanan ANM untuk dijadikan bahan rujukan kepada mereka yang berminat. Walau apalah sangat yang diceritakan, ianya tetap sebagai langkah pertama. Memetik sms seorang pegawai TUDM '....Tahniah tuan...diatas kewibawaan dan keprihatinan tuan terhadap p'juangan dan p'ngorbanan demi negara, bangsa dan Agama...Nama TUDM akan terpahat di Arkib Negara..'. Satu penghormatan bagi saya.

Saya cuba sedaya upaya menonjolkan TUDM kepada umum. Adakah TUDM pula 'sudi' mendengar pengalaman para veteran mereka sendiri untuk warga mereka yang masih berkhidmat? Saya pasti ramai daripada kalangan anggota TUDM yang masih berkhidmat 'jahil' tentang peranan Tentera Udara di era insurgensi. Tapi, ialah....Masa sudah berubah. Ini hanyalah sekadar sejarah sahaja dan yang penting....Air Force Next Generation!!

KP dan warga ANM , terutama Puan Sulastri dan En Mohd Farizal....Terima kasih.

Monday, March 12, 2012

Perajurit...Sambungan.

Sambungan daripada coretan di sini...


Kalau nak lebih selesa membaca artikel di atas, sila klik di sini (dengan izin penulisnya). 

Saudara Katon-Tin-Ton...Terima kasih.

Saturday, March 10, 2012

Bulldozed Saja

10 Mac...Saya mengambil keputusan tak main golf di Kedah Kelab. Sebabnya, saya nak bulldozed my way to see No 1 Boss of Government Servants.....KSN himself. Beliau main golf di kelab saya hari ini....

Tekaan anda memang tepat sekali...ini mesti pasal Elaun Kenangan! Tujuan saya hanyalah untuk mendapat kepastian tarikh kuatkuasa pemberian elaun tersebut - bermula 2009 atau 1 Julai 2011? Sebelum itu, pada 9 Mac, jam 2208, saya telah menghantar e-mel kepada beliau, petikan '...Hanya untuk mendapat kepastian. Tan Sri ada bersama ketika YAB PM  mengumumkan pemberian elaun tersebut pada 30/7/2011 di Port Dickson. Kalau tak silap saya, beliau menyatakan tarikh kuat kuasa 2009. Sebaliknya, JPM menegaskan 1/7/2011.

Saya memohon agar Tan Sri memberi kepastian terhadap percanggahan apa yang diumumkan dengan apa yang dilaksanakan nanti. Saya tidak memetik tarikh tersebut dari 'thin air'.

Pagi-pagi lagi saya pun berjalan kaki ke DGCC untuk memberi makan kepada 'Comot' dan member-membernya sebelum berjumpa The Big Boss. Ini sudah menjadi rutin setiap hari...Kesian tengok mereka ni. Depa sentiasa menuggu saya, malah dah kenal bunyi enjin kereta saya pun. Berlari-lari kepada saya bila saya buka pintu...

Comot & geng
Wow....Hampir semua 'who's who' orang gomen berada di kelab. Sana-sini depa menyapa sesama mereka Tan Sri dan Dato'. Saya ternampaklah kelibat seorang mantan TUDM. Kami sama-sama berkhidmat di Kuantan dulu. Sepintas lalu beliau mengucap 'Hai' sahaja dan terus berlalu untuk sarapan pagi. Tak apalah...Sekurang-kurangnya beliau masih cam muka mejar pencen ini! Seorang 2-bintang TUDM pula beritahu saya yang beliau masih belum baca buku saya. Jawab saya....No problem Dato'.

Tapi yang mengejutkan saya ialah apabila terdengar panggilan 'Nor'. Bila kalih ke arah beliau, orang itu ialah Tan Sri PAT. Jujur saya katakan, saya tidak mengenali beliau dan pertama kali bersua dengannya ialah pada 2 Ogos 2011 di KEMENTAH ketika penlancaran buku saya. Saya memaklumkan hasrat saya untuk bertemu KSN. Sementara menunggu The Big Boss, saya mengambil kesempatan untuk meluahkan kekesalan terhadap ketiadaan sebarang reaksi terhadap e-mel saya kepada agensi di bawah KEMENTAH. Not even the stereo-type 'dalam perhatian kami'! 

Saya memaklumkan kepada beliau tentang cadangan yang saya syorkan kepada  PLKN semenjak 2009 lagi agar mengundang para veteran memberi ceramah kepada para peserta. Objektif utama agar dapat menyemarakkan semangat patriotisme di golongan remaja. Dan, apalah salahnya menyumbang sedikit insentif - kadar gomen - kepada penceramah tersebut. Sekurang-kurangnya dapatlah menampung kos kehidupan yang kian meningkat. Adakah 1-2 jam, mungkin 2 kali setahun, membebankan gomen? Beliau berjanji akan mengetengahkan cadangan ini. Mungkinkah ini akan menjadi kenyataan akhirnya? Wallahualam.

Turut berada di meja ialah seorang pegawai MKN (tak pasti Dato' ke). Beliau setuju dengan cadangan saya. Knowing me, saya katakan masalahnya ialah isu patriotisme hanya mendapat liputan menjelang Hari Kemerdekaan, atau apabila ada pihak memahkotakan pengganas komunis sebagai Hero, dan sebagainya.  Sepatutnya, semangat kecintaan terhadap negara mesti dipupuk sepanjang masa. Ramai lagi para veteran yang masih hidup boleh menceritakan pengalaman mereka. Kalau tanya saya, PLKN, BTN, IPG, IPTA, dan agensi-agensi berkaitan, adalah platform yang boleh memainkan peranan penting. Tapi, siapalah saya!! 

Apa pun, PAT telah memanggil saya untuk bertemu KSN. Saya pun memberitahu The Big Bos yang saya mengharapkan kepastian bila elaun itu dikuatkuasakan. Itu saja. Beliau berjanji akan memaklumkan saya nanti, insya-Allah. 

Wednesday, March 7, 2012

Perajurit - 'Nostalgia'

2 Mac 2012...Saya terima e-mel daripada Saudara Katon-Tin-Ton, antara lain menyatakan '.... Sedih, geram, marah pun ada bila baca kisah ex-navy yg terpinggir dlm majalah perajurit edisi March 2012. Kisahnya lebih-kurang begini... Beliau bersama 2 org lagi rakan terlibat dalam satu insiden ketika operasi menangkap Nelayan Asing. Ketika 'escort' ke tempat yg selamat, mereka bertiga ditugaskan mengawal di atas bot nelayan asing tersebut.'


Saya tidak membaca edisi tersebut, jadi saya tak tahu apa yang membuat beliau 'sedih, geram, marah'. Jawabnya, saya syorkan agar beliau 'scan & e-mel' artikel berkenaan pada saya supaya dapat dikongsi bersama. Inilah apa yang dimaksudkannya....
 Bersambung....

Monday, March 5, 2012

Semuanya Terpulang...

3 Mac 2012....Saya terima seorang tetamu dari ANM Kuala Lumpur. Beliau menyerahkan surat jemputan daripada Ketua Pengarahnya untuk majlis yang dicoretkan di sini (surat yang dipaparkan itu diterima melalui e-mel). Juga, beliau telah menghadiahkan sebuah buku terbitan ANM. Oh Mak Dato'...beratnya saja 2kg!


Ia adalah koleksi 50 artikel sebagai penghargaan terhadap 'Bapa Merdeka/Bapa Malaysia' oleh 'Who's Who of Malaysia'; bermula oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar dan berakhir oleh Tunku Dato' Dr Hajjah Safiah Jewa. 

Sedang rancak bersembang, terima panggilan daripada seorang kenalan dari Melaka. Menurutnya, beliau sedang menghadiri mesyuarat persatuan veteran dan topik Majlis Ceramah ini turut disentuh. Maka, timbullah harapan ahli persatuan agar ANM turut memberi peluang kepada mereka menceritakan pengalaman mereka. Tetamu saya mendengar apa yang kami bualkan dan beliau memaklumkan, Majlis ini adalah siri pertama dan banyak lagi siri yang akan dianjurkan. Mungkin siri akan datang akan melibatkan anggota persatuan tersebut.

Saya juga meluahkan perasaan terkilan kepada tetamu saya kerana hanya Dato' Kanang seorang sahaja yang mewakili ATM semasa Kolokium ini (ANM tidak terlibat terhadap pemilihan para ahli panel kolokium tersebut). Apalah salah menjemput dua-tiga orang daripada ATM...Macamlah ATM tak ada hero lagi!!! Ini membuatkan saya berfikir....Mengapa majlis pengkisahan ini tidak dibuat di peringkat negeri? Agensi-agensi seperti ANM dan  Perpustakaan Negeri, boleh memainkan peranan bagi menganjurkan majlis tersebut. 

Jadi, pagi 4 Mac, saya pun telefon ANM Kedah/Perlis dan Perpustakaan Negeri Kedah mencadangkan agensi kerajaan tersebut menganjur majlis pengkisahan seperti yang rancang oleh ANM KL. Jemput para veteran daripada TDM dan TUDM sebagai pengkisah. Objektif utama ialah untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat, terutama  'Generasi  X &Y'. Apa maknanya...Wallahualam. By the way, ada ke generasi Z? 

Saya ditanya sama ada boleh mengenalpasti mereka yang mungkin sedia menjayakan rancangan itu sekiranya ia menjadi kenyataan. Jawapan saya, tiada masalah, Insya-Allah. Seterusnya, saya menghubungi Mejar Mahammad Basri bin Din, PGB (B) memaklumkan cadangan saya ini. Syukur Alhamdulillah, beliau tiada halangan sekiranya dijemput. Malah, beliau sedia mengumpul ramai lagi veteran untuk menyertai projek ini  sekiranya perlu. 

Respons agensi-agensi tersebut agak menggalakkan. Sama ada ia akan menjadi kenyataan....Wallahualam. Tunggu dan lihat saja. 

Kedah dan Perlis menjadi tumpuan saya kerana kos yang terpaksa ditanggung oleh pengkisah seperti saya adalah minima. Saya tidak mengharapkan sebarang imbuhan. Untuk lain-lain negeri, jika berminat, kenalah tanggung kos perjalanan atau pun jemput wira-wira di negeri berkenaan, wallahualam. 

Ahli apa jua persatuan para veteran...Sekiranya mahukan pengalaman  anda diketahui rakyat jelata dan diabadikan, saya cadangkan persatuan menghubungi agensi-agensi tertentu, seperti ANM, BTN. Kita mesti mengambil langkah pertama; jangan harapkan orang mencari kita. Semuanya terpulang kepada kita.

ANM...Terima kasih di atas jemputan tersebut.

Thursday, March 1, 2012

Pengkisah

Pada Disember 2011, saya menerima panggilan daripada seorang staf Arkib Negara Malaysia (ANM) memaklumkan perkara di atas. Menurutnya,  ANM berhasrat untuk melengkapkan pengkisahan Sejarah Darurat dengan mendapatkan input daripada pihak TUDM pula. Ha....Siapa lagi kalau bukan mejar pencen ini dijadikan sebagai 'Pakar Rujuk'....He...He...He.

Bagi menjayakan Majlis tersebut, beliau bertanya sama ada saya sudi disenaraikan sebagai seorang 'Pengkisah'. Saya tak ada masalah dan kalau tiada aral melintang, no problem, InsyaAllah. Tapi, siapa yang akan membiayai kos perjalanan dan penginapan? Menurut beliau, kos terbabit akan ditanggung sepenuhnya oleh ANM.

Pegawai berkenaan juga bertanya sekiranya saya boleh menamakan beberapa veteran TUDM yang perlu dijemput sebagai Pengkisah. Saya telah memberi nama 4 Nuri pilots, seorang Gunship pilot, seorang AQM dan seorang anggota Air Rescue Team. Beberapa hari kemudian, beliau memaklumkan mereka hanya memerlukan tambahan 2 Pengkisah sahaja. Jadi, saya pun menamakan seorang Nuri pilot dan seorang AQM.

Selepas itu, saya terimalah surat jemputan berikut....

Saya pun faks surat penerimaan ini....
Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga agensi kerajaan yang sedia memberi peluang kepada veteran TUDM menceritakan pengalaman mereka semasa negara tercinta ini menghadapi ancaman pengganas komunis di era insurgensi. Ini satu pengiktirafan kepada TUDM amnya, krew helikopter, khususnya.

Bagi mereka yang terlepas pandang tentang Kolokium Sejarah Malaysia yang saya coretkan di sini, resolusi yang dicapai adalah seperti berikut....

"Histories make men wise"...petikan Sir Francis Bacon. Betul tu, tapi "wise but forgetful" pun tak guna juga.