Pengikut

Jumaat, 29 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxvi

Bersambung dari SINI...

Para wartawan sentiasa mengejo Tunku! Setelah mendengar laporan Too yang dihantar ke Klian Intan pagi itu, 20 Nov, beliau pergi ke Batu Ferringhi, Pulau Pinang untuk cuti hujung minggu. Para wartawan dah sedia menunggu beliau di sana...tak boleh escape dari wartawan! Ini diluahkan oleh beliau kepada Khor Cheong Kee, wartawan The Straits Times, "It seems we cannot escape the Press, so you shall all be informed of the date and venue." (Khor Cheong Kee, The Straits Times, Goodwill season set for talks, 21 Nov 1955, hlm. 1). Tak boleh juga salahkan mereka kerana sapa nak melepas peluang covering berita yang begitu panas. Dah pasti orang nak tahu bila dan di mana rundingan itu akan diadakan. Satu dunia nak tahu...ya tak?

Menyentuh tarikh rundingan tersebut, Tunku memaklumkan ia akan diadakan pada lewat Disember, selepas Christmas. Beliau memberitahu yang beliau telah menghubungi Marshall kelmarin (19 Nov) bertanyakan tarikh yang sesuai sementelah Marshall akan pergi ke London diikuti sambutan Christmas. Marshall pun nak juga meraikan Christmas. Apa pun, lewat Disember tahun itu juga!

Lokasi rundingan? Menurut Tunku, Chin Peng nak diadakan di KL. Tapi Tunku kata dia tak setuju diadakan di bandar yang sibuk. Sebaliknya beliau menyatakan "...the site is likely to be around the same (Klian Intan). It wouldn't be any use meeting elsewhere."

Mengenai syarat tambahan yang berikan kepada Too oleh Chen Tien pagi tadi, Tunku sekali lagi menegaskan beliau memberi jaminan tentang keselamatan Chin Peng dan rombongannya. Jawapan beliau mengenai kehadiran Suruhanjaya Antararabangsa dan pindaan kepada terma amnesty ialah "...I think it is absolute nonsense to ask for an international commission. After all, my meeting with him will be a peace negotiation. As for the the amnesty- I am prepared to find out from Chin Peng in what way he considers the present terms harsh." (The Straits Times, Terms too harsh, 21 Nov 1955, hlm. 7).

Wartawan turut bertanya mengenai surat berdaftar walaupun sudah dijawab kelmarin. OK lah. Tunku ulang lagi bahawa Chen Tien menjelaskan sebab lewat keluar dari hutan. Beliau menggambarkan kekesalannya dengan menyatakan "...And to think I sent a special plane to take delivery of the letter on Friday night. The letter must have cost the Government several hundred dollars to get to me."

Tunku juga menyatakan kemungkinan ada lagi mesyuarat di antara gomen dengan PGK untuk memutamatkan perancangan rundingann di antara beliau dengan Chin Peng nanti. Namun, beliau menegaskan "But make no mistake. I shall go with an unhardened heart. At the same time, I shall impress on Chin Peng that we've come as the winning side."  (Khor Cheong Kee, The Straits Times, Goodwill season set for talks, 21 Nov 1955, hlm. 1).

Mengenai liputan berita pada hari bersejerah itu nanti, beliau memaklumkan bahawa para wartawan tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu nanti semasa persidang sedang berjalan. Sebaliknya mereka akan ditempat di satu lokasi dan mereka akan dimaklumkan perkembangan mesyuarat itu nanti.

Banyak bebeno kerenah Chin Peng ini. Sebenonya dalam keadaan itu, dia tiada kuasa tawar-menawar! Gomen memang bagi banyak kelonggaran semasa dalam tempoh amnesty. Gomen mewujudkan 'safe passageway' dimana mereka lebih kurang bebas bergerak. Tapi apa yang mereka lakukan?

Bersambung...

Tiada ulasan: