Followers

Tuesday, June 12, 2018

Syukur Alhamdulillah

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Mengapa ya? Mana tidaknya, selepas 4 tahun mengadap komputer, menghubungi rakan-taulan tak kira waktu dan banyak mengeluarkan ongkos, akhirnya terima emel bertarikh 5 Jun 2018 ini...

Emel daripada AHSGSAS

Emel ini mengesahkan saya berjaya menamatkan kajian PhD oleh Senat UUM yang bersidang pada 3 Jun 2018. Selagi Senat tak endorse, tak boleh guna Dr. sebelum nama.

Saya telah melepasi viva pada 10 Jan 2018 dengan minor revisions.

Bergambar selepas viva. Dari kiri: Prof. Dr. Najib Ahmad Marzuki, Dr. Mohamed Ali, Lt. Kol. Prof. Ahmad Ghazali (UPNM), Nor Ibrahim, Prof. Madya Dr. Rohani,  Dr. ???? (wakil AHS)


Surat pengesahan lulus viva dari AHS

Apa yang saya difahamkan, kebiasaan kategori keputusan panel viva adalah seperti berikut:

1. Lulus dengan minor revisions. Kebiasaannya membabitkan keperluan untuk menambah/mengeluarkan sedikit kandungan tesis dan pembetulan kepada masalah teknikal seperti, koma, noktah, italics, dll. Calon diberi 3  bulan untuk membuat pembetulan sebelum diserahkan kepada ahli panel viva yang dinyatakan untuk semakannya.

 2. Lulus dengan major revisions. Kebiasaannya membabitkan kandungan tesis itu sendiri. Calon diberi 1 tahun  untuk membuat pembetulan. 

3. Re-viva.

4. Gagal.

Lulus viva dan terima ucapan tahniah, banyak lagi ranjau yang perlu dilalui. Dipendekkan cerita, setelah melepasi semua prosidur yang ditetapkan, Senat UUM pun endorsed keputusan ahli panel viva.

Saya pun sediakan tesis dalam bentuk hard cover seperti yang dikehendaki...

Tesis
Perakuan Kerja Tesis

Semalam, 11 Jun 2018, serah tesis kepada AHS...

Sekarang sedang menunggu surat rasmi daripada UUM mengenai penamatan pengajian di UUM.

Para pembaca yang dihormati, saya ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada rakan taulan dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia melayan kerenah veteran 69 tahun ini, tidak kira siang dan malam. Kerjasama dan sokongan mereka meringankan bebanan yang terpaksa dihadapi dalam membuat kajian ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar diberinya kesejahteraan di dunia dan akhirat...amiiin.

Setakat ini, maka berakhirnya 1 bab dalam kehidupan saya...syukur alhamdulillah.

No comments: