Pengikut

Jumaat, 1 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xx

Bersambung dari SINI...

Semasa rundingan di antara wakil gomen dan PGK tersebut, Chen Tien menyatakan rundingan yang akan diadakan di antara Tunku dan Chin Peng memerlukan tempoh 2-3 minggu dan mahu zon mesyuarat dipastikan bebas dari kehadiran anggota Pasukan Keselamatan. Dia juga mahukan jaminan mengenai keselamatannya semasa menghadiri sesi mesyuarat-mesyuarat awal selepas ini. Betul2 demanding Chen Tien sampai nak 2-3 minggu? Cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh Wylie. Pegawai Polis ini menegaskan rundingan itu dihadkan tidak lebih dari 48 jam sahaja dengan kemungkinan ditambah 24 jam jika perlu. Tentang pengunduran PK, no way mereka akan diundur sepanjang tempoh tersebut sebaliknya "...would be confined to base." Tapi Wylie memberi jaminan keselamatan Chen Tien semasa menghadiri mesyuarat selepas ini (Nik Anuar, 1999, Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Amnesty Talks, Jebat 18, hlm. 185).

Selain itu, PGK menegaskan bahawa mereka akan membuat sidang akhbar semasa rundingan di antara Tunku dan Chin Peng nanti. Bab ini telah menimbulkan ketegangn leher di antara kedua-dua pihak. Menurut Chin Peng, "...There were some very heated arguments made on this point by Wylie, but no conclusion was reached by the end of the first session." (Chin Peng, My Side Of History, hlm. 365).

Sesi pertemuan pertama ini hanya mengambil masa lebih kurang satu setengah jam sahaja (The Sunday Times, 1 Oct 1955, Marshall Is Invited To Talks With Chin Peng, hlm. 1).

Menurut seorang penghuni Klian Intan, Wong Choy, M.B.E., Pengurusi Majlis Tempatan Klian Intan, selepas mesyuarat tersebut, Chen Tien dan Lee Ah Tung telah pergi ke penempatan kaum Hakka untuk melawat Puan Kong See, 80 tahun, nenek kepada Ng Kam Choy yang telah menyertai PGK untuk bertanya khabar. Sempat juga le Kong See  menghidangkan teh dan biskut kepada kedua-dua tetamunya. Chen Tien memberitahu nenek tersebut bahawa pertemuan dia dengan wakil gomen berjalan dengan baik dan  menyatakan keamanan akan tercapai tidak lama lagi.

Dari situ, mereka berdua meneruskan perjalanan menuju ke hutan dan menyelinap balik ke safe haven di kawasan Betong, Thailand yang hanya lebih kurang 5 batu sahaja. Sementara itu, Wylie dan Too berlepas ke Kroh dan terbang ke KL pada jam 1400 dengan menaiki pesawat Beaver yang menunggu mereka di Kroh.

Heran juga kerana laporan akhbar tidak menyebut kedua-dua PGK diiringi oleh anggota PK. Harap ada para pembaca dapat mencerahkan aspek keselamatan ini. Terima kasih.

Bersambung..

Tiada ulasan: