Pengikut

Isnin, 13 Ogos 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxx

Bersambung dari SINI...

Jam 1530 mesyuarat di rehat sebentar untuk pertukaran juruterengkas (stenographers) untuk sesi kedua. Yeo dan Ratnam diganti oleh Wong Loong Seang dan Prakabharam. Yeo dan Ratnam nak sediakan transkrip. Sementara itu, Tunku dan delegasi dihidang dengan kopi tapi delegasi komunis meminta jus oren dan soda.

Tidak lama kemudian, jam 1540 bermula sesi kedua dan berakhir pada jam 1745 (The Straits Times pula melaporkan jam 1715 delegasi komunis berjalan ke bilik mereka (The Straits Times, Across seven years (and a fence) two brothers meet again, 29 Dis 1955, hlm. 2). Delegasi Tunku beredar ke rumah tuan DO untuk minum teh. Depa jalan kaki saje. Chin Peng pula berjalan ke bilik penginapannya yang jaraknya must be the shortest par 3...dekat bebeno.

Semasa rehat, staf gomen pula sibuk membuat draf kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti.

Pada lebih kurang jam 1715, Rashid keluar dari bilik melalui pintu belakang apabila terdengar orang memanggilnya. Apabila dia memandang ke arah bukit, dia ternampak dua orang. Mereka ialah Shahrudin Maidin, adiknya (lain ibu) dan seorang wartawan. Bila terpandang sahaja Rashid, Shahrudin memberitahu kepada wartawan "Yes, that's him." Shahrudin adalah seorang Inspektor Home Guard. Bila terbaca laporan akhbar yang abangnya berada di Baling, Shahrudin pun bertolak dari kampungnya, Kpg. Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Dia orang negeri saya yop! Menurut Shahrudin, kali terakhir dia bertemu dengan abangnya semasa melawatnya di Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka pada  1948. Keluarga Rashid putus hubungan apabila Rashid berjaya meloloskan diri pada 1951 dan dia dianggap telah mati. Dalam memoirnya, Rashid mencatatkan Yusof Maidin (Rashid Maidin, cit. op., hlm. 75). Datuk Mohamed Yusof Maidin merupakan seorang Adun Negeri Perak selama 3 penggal bermula pada 1974.

Tapi mereka hanya mampu berpandangan saje beberapa minit sebelum Rashid masuk semula ke dalam bilik. Delegasi komunis dilarang sama-sekali berkomunikasi dengan sesiapa pun di luar pagar perimeter sekolah. Sama juga Shahrudin dilarang bercakap dengan abangnya. (Dalam bukunya, Rashid Maidin, op. cit., hlm. 75, mencatat bila namanya dipanggil semasa delegasi Chin Peng berada dalam bilik penginapan setiba dari Klian Intan, dia dengar namanya dipanggil. Saya lebih condong kepada laporan akhbar kerana kemungkinan besar Rashid tak begitu ingat. Almaklum saje le...buku dia diterbitkan pada 2005.) Pokoknya, kedua adik-beradik ni dapatlah juga melepaskan rindu walaupun hanya sekadar pandang dari jauh saje.

Jam 1830...Para delegasi mengambil tempat masing-masing.

Jam 1840...Sesi ketiga. Pada lebih kurang jam 1900, Chin Peng menyuarakan kewujudan perakam suara yang tergantung pada siling. Dia mengesyaki ada seseorang yang mengawasi persidangan dan nak memeriksa bilik bersebelahan. Tunku menjelaskan bilik bersebelahan menempatkan perkakasi sistem perakam dan mempersilakan mereka memeriksanya. Mereka pun pergi le memeriksa sekeliling bilik rundingan dan juga bilik bersebelahan. Selepas berpuas hati, mereka masuk semula ke bilik rundingan.
Sesi ketiga : Jam 1840-2005 

Jam 2005...Mesyuarat ditunda pada keesokan hari, 29 Dis, jam 1030. Sebelum bersurai, Tunku memaklumkan Chin Peng bahawa mesyuarat keesokan hari mesti berakhir pada tengah hari kerana beliau ada temujanji yang beliau perlu hadir.

Delegasi Chin Peng pula berjalan ke bilik kediaman dengan diiringi oleh John Davis dalam keadaan "...almost in despair." Apakah agaknya perasaan delegasi komunis? Menurut seorang yang turut hadir, "Chin Peng has been very reserved since the end of the talks today. He has shut all the windows of his house. They were talking inside." (Harry Miller, The Straits Times, Chin Peng gets his answer, 29 Dis 1955, hlm. 1).

Chin Peng "...a thoroughly dejected man"

Mengapa dia begitu kecewa? Tuntutan paling utama mereka ialah pengiktirafan PKM sebagai sebuah parti. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada jam 2255, secara rasminya gomen  menegaskan tidak sama sekali; "The reply was unequivocally 'Yes.'" yang PKM TIDAK SAMA SEKALI DIIKTIRAF. Noktah.
Ketegasan Tunku menolak tuntutan ini dikagumi oleh Datuk Gurdial Singh (kiri. Sumber: TMK) yang ketika itu bertugas di luar bilik rundingan. Menurutnya, "Walaupun suasana tegang apabila Rasyid Maidin menumbuk meja, Tunku masih senyum dan tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf PKM." (Azman Md Noor, Utusan Online, Ketegasan Tunku tolak PKM dikagumi, 31 Dis 2012).
Ini bererti, Tunku, Marshall dan Cheng Lock Tan sebulat suara menentang PKM. Jadi, macam mana Chin Peng nak kata semua rakyat Malaya menyokong mereka? Cheng Lock Tan yang mewakili MCA menyatakan:

"As the M.C.P. consists mostly of Chinese, it is the Chinese community who have suffered most in the last eight years  of the Emergency and therefore as Chinese we particularly wish that there will be peace and an end to this war. We hope at this meeting to put forward propositions which will end the Emergency. There is no hope of the M.C.P. winning. Why waste money unnecessarily on the Emergency, there us no point in that. The vast majority of the people of this country are not in favour of the communists because they are not working for a prosperous Malaya and communism sets class against class and causes disorder. Malay and communism sets class against class and causes disorder. Th e other reason is that communism is distasteful because it causes violence. What we want in this country is peaceful cooperation and co-existence for us all and this can be obtained if you will come out of the jungle and become peaceful citizens and be loyal to this country. We want this Emergency to end so that there will be peace in Malaya. Communism is like a disease sucking out the blood of Malaya and will cause the ruin on the country." (Nik Anuar, op. cit., hlm. 57).

Para steno pula berpeluh le menyediakan transkrip perbincangan hari itu.

Sebelum rombongan Tunku berlepas ke Kulim dengan diiringi oleh pasukan 15/19 Hussars, Tunku menghubungi MacGillivray di King's House melalui hot line untuk melaporkan mesyuarat tersebut.

Kali ini saya tak nak kepilkan transkrip seperti sebelum ini. Sesiapa yang nak membaca transkrip dalam BM boleh membacanya dalam buku berikut:

Wahba (Wan Hamzah Awang), (1994), Kajang: Masa Enterprise. Tajuk asal ialah Detik Sejarah Runding Baling, (1985), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 

Cukuplah buat hari ini. Bersambung...In Syaa Allah.

Tiada ulasan: