Pengikut

Rabu, 15 Jun 2011

'Tactical Low Flying'

Masih lagi tentang topik 'Tactical Low Flying (TLF)'....di era saya. Ketika melaksana TLF, juruterbang yang 'having control'  MESTI memberi fokus 100% menerbangkan pesawat beliau. Konsentrasi beliau adalah melihat di hadapan: pilot yang seorang lagi akan mengawasi T's & P's. Anda bayangkan masalah terbang rendah yang hampir mencecah pucuk pokok-pokok dengan kelajuan 90-110 knots. Silap sikit....Nahas jawabnya!!

Tidak seperti pesawat pejuang, kebanyakan helikopter tidak dilengkap dengan 'Terrain-Following Radar (TFR)'.....Terrain-following radar (TFR) is an aerospace technology that allows a very-low-flying aircraft to automatically maintain a relatively constant altitude above ground level. It is sometimes referred-to as ground hugging or terrain hugging flight. The term nap-of-the-earth flight may also apply but is more commonly used in relation to low-flying military helicopters, which typically do not use terrain-following radar.'..Wikipedia. Secara mudah, pilot 'set altitude', katakan 40 kaki, dan terbang. Pesawat akan turun-naik untuk mengekalkan 40 kaki di atas halangan di hadapan. Bagi kami pula, peralatan  yang ada hanya apa yang dianugerah oleh Allah ....MATA/MARK 2 EYEBALLS!!  

Selain sentiasa kena 'alert', masalah yang dihadapi dalam penerbangan TLF ialah 'MGB High Temp' (Main Gear Box High Temperature). Keadaan ini berlaku kerana teknik yang diguna pakai oleh juruterbang Nuri ialah kelajuan dikekalkan sepanjang penerbangan tersebut. Ini bermakna 'power varies'....collective 'turun-naik'. Kesan pergerakan collective yang tidak menentu ini adalah punca suhu MGB meningkat sehingga boleh melebihi had maksima.

Pesawat Alouette 111 tidak mengalami masalah ini ketika membuat TLF. Teknik yang digunakan ialah sebaliknya '....Power remains constant but speed varies'

Ketika saya di TUDM Labuan,  saya telah diarahkan untuk menghadiri satu seminar tentang penerbangan TLF. Penceramah adalah juruterbang helikopter daripada negara Uncle Sam. Teknik yang digunakan ialah sama yang dipraktikkan oleh juruterbang Alouette. Apabila ditanya sama ada mereka menghadapi masalah MGB High Temp, jawapannya ialah 'NO'.

Sekembali ke Labuan, saya telah membuat eksperimen. Dengan dibantu oleh warga Tentera Darat yang ketika itu sedang membuat excercise, saya telah membuat TLF dengan menggunakan teknik Alouette; kelajuan varies. Apabila ditanya sama ada mereka dapat mengesan arah saya  dengan kelajuan, misalnya 50 knots,  jawapannya ialah '...negative'; mereka sedar-sedar lihat Nuri sudah berada di atas mereka (bukan LP). Kesimpulannya, kelajuan bukan faktor utama pesawat dapat dikesan.

Tindakan saya seterusnya ialah mengarahkan anak buah saya melaksanakan teknik ini, termasuk ketika membuat 'cat'. Setelah mengaplikasikan teknik ini, masalah MGB High Temp tidak timbul lagi. Sekiranya pemeriksa mempertikaikannya, beritahu beliau bahawa ini adalah arahan Ketua Skuadron. Memang betul, seorang pemeriksa telah berjumpa saya tentang isu ini kerana juruterbang saya mematuhi arahan saya...satu teknik di luar prosidur penerbangan TLF bagi helikopter Nuri. Saya memberitahu beliau supaya membawa isu ini pada Helicopter Seminar untuk dibincangkan sekiranya beliau tidak bersetuju. Selagi saya Bos, inilah teknik TLF untuk No 5 Skuadron. Saya kurang pasti sama ada perkara ini dibincangkan atau tidak dan apakah teknik yang dipraktikkan sekarang ini....Wallahualam.

Itu dulu....Sekarang lain. Dulu musuh tiada misil atau peluru berpandu....sekarang ini era 'remote-control'. Tanpa kehadiran pesawat di udara pun boleh memusnahkan pesawat yang sedang berterbangan. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja. Sila tonton u-tube di sini.

Ahad, 12 Jun 2011

Nak Hidup!

Kalau tak silap saya, ketika menjalani latihan penerbangan untuk mendarat di LP, kami diajar untuk membuat 'High & Low Recce' bagi menentukan '5 S's - shape, surroundings, slope, sight & surface'.  Jadi, apabila tiba di LP pada ketinggian lebih kurang 1000 kaki, berlegar-legarlah di ruang udara LP bagi menentukan 5 S's tadi, terutama dari arah mana untuk membuat 'approach'.  Faktor utama diambil kira ialah angin. Kemudian, turun  ke paras 500 kaki. Di ketinggian ini, dapatlah menentukan arah angin dengan melihat goyangan daun-daun....lebih kurang begitulah.  Lepas itu, buatlah 'landing check' untuk mendarat.

Prosidur ini MESTI dipatuhi ketika menduduki 'cat' (standardization check). Kalau tidak, jawabnya '...see you next month'. Dengan perkataan mudah....GAGAL! 

Tapi prosidur ini tidak pula terbawa-bawa ketika membuat penerbangan operasi. Kebanyakan LP memang sudah begitu 'familiar' dan dah 'masak' dengan bentuknya dan keadaan angin, seperti LPs di kawasan 'Bamboo Xpress'. LP yang tak pernah mendarat, kenalah membuat recce pada ketinggian yang munasabah, mungkin 500 kaki. Sortie seterusnya, terus approach saja. 

Jika terlalu ikut buku sangat ketika Ops Selamat Sawadee, jawabnya jadi target practice untuk pengganas komunis (PK). Mana tidaknya....PK tak akan melepas peluang untuk menjadikan siburung Nuri ini sebagai sasaran....ketika approach, hover, berada di LP & take-off. Jadi, kami pun terpaksa buat 'tactical low flying'. Sebelum melaksanakan teknik penerbangan ini, aircrew sudah biasa terbang ke LP berkenaan dan pesawat tidak 'berat' iaitu AUW tidak melebihi had maksima - lagi ringan lagi bagus. 

Bagi memudahkan pemahaman, andaikan ada 2 LPs yang berdekatan, marker 'TANGO' & 'LIMA' yang jaraknya lebihkurang 3-4 map square; misi adalah untuk menghantar bekalan ke LIMA. Nuri & gunship akan terbang ke TANGO (sebagai contoh, anggap gambar LP di atas sebagai TANGO).  Gunship akan berlegar-legar di udara TANGO manakala Nuri akan 'dive' dari TANGO menuju ke LIMA untuk 'tactical low flying'....lebih kurang 50 kaki atas kanopi hutan belantara dengan kelajuan 110 knots. Masa tu,  tak tahulah perasaan paxs dalam pesawat apabila collective lever diturunkan secara mengejut! Bila tiba di LP (LIMA),  kena 'execute flare'  sebelum mendarat. Kalau pesawat berat, nahas jawabnya kerana susah nak 'arrest descent'. Sebab itulah  kami kerap membuat 'running refuelling' setiap 1-2 jam penerbangan bagi menentukan 'keringanan' pesawat.

Seorang FAC (Forward Air Commander mewakili Panglima Udara), merangkap Ketua No 12 Skuadron (F5E) dan bersara sebagai PTU, ikut bersama dalam pesawat saya. Beliau merupakan seorang juruterbang Alouette 111 sebelum beralih ke F5E.  Justeru, beliau sedia maklum tentang teknik menerbang helikopter. Apabila mendarat di Kroh setelah selamat membuat sortie dengan kaedah ini, beliau bertanya'....Terbang apa macam tu?'. Jawapan saya '....Nak hidup Tuan'.

Gunalah apa-apa teknik sekali pun....janji selamat. Tidak dinafikan bahawa PK masih boleh mengambil pot-shots kat Nuri ketika berada di LP atau masa take-off. Tetapi sekurang-kurangnya keberangkalian ditembak ketika Nuri membuat approach untuk mendarat dapat dikurangkan. 

Seingat saya, penerbangan taktikal yang kami praktikkan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak...jauh sekali pemeriksa. Those were the good old flying days. I really missed flying those beautiful, old but  faithful....The Nuri!!! 

Khamis, 9 Jun 2011

Berdoa

Saya terima sms ini daripada Lt Kol  Basri Omar (B) pada  9 Jun, jam 0738 '....Sms dr Lt Kol Husaini xTUDM Intake 32. As Salam, dimaklumkan bahawa sy akan menjalani major operation utk buang buah pinggang sebelah kiri hari ini diHUKM kerana terdapat cancer disitu, mohon doakan agar pembedahan berjalan lancar dan segera sembuh, ampunkan segala kesalahan serta halalkan makan minum. Tkasih atas segalanya. Ahmad Husaini.'

Saya kenal seorang juruterbang Nuri bernama Mejar Husaini. Saya pernah berjumpa beliau di No 10 Skn dan ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. Saya masih ingat beliau menjemput saya datang ke Skuadron sekiranya saya 'terpergi' ke Labuan. Lt Kol Basri mengesahkan Lt Kol Husaini adalah xnuri pilot dan cadet beliau di MTD di suatu ketika dulu. Mej Husaini=Lt Kol Husaini (B).

Para Pembaca....Marilah kita berdoa  kepada  Allah agar hambaNya ini selamat menjalani pembedahan...Amin. 

Selasa, 7 Jun 2011

Tarzan Malaysia

Pembaca....Tahukah anda bahawa Malaysia ada seorang "Tarzan"? Jangan terkejut....memang  ada. Salah satu 'ciri-ciri' Tarzan yang dipopularkan oleh Edgar Rice Burrough, selain Lady Jane dan chimpanzee, ialah melawan buaya dengan tangan dan pisau sahaja. Ciri ini terdapat dalam 'Tarzan Borneo' yang berasal dari Sabah, arwah Abdul Salam Candiah Logan.
'Tarzan' menaikkan buaya yang dibunuhnya - dirakamkan dalam filem "Borneo" terbitan  'Martin & Osa Production' dan diabadikan di muzium production house tersebut

Pada 1 Jun, saya terima sms daripada saudara Mahrup A.C. Logas, waris kepada Tarzan kita. Melalui anaknya, saya seterus telah menerima keratan akhbar 'Daily Express' bth 15 Nov 2009, bertajuk "Remembering Borneo's Tarzan". Menurut laporan akhbar berkenaan, penerbit tersebut telah membuat filem "Borneo" pada tahun 1935. Kisah benar in berlaku di Kuala Abai, Kinabatangan, Sabah. Tetapi malang sekali tidak ditayangkan. Ini kerana pengarahnya, Martin Johnson, telah terbunuh dalam nahas pesawat ketika dalam penerbangan ke California untuk mengedit filem tersebut.

'Tarzan' diapit oleh 'Feely' (kiri) & 'Jeeli' (kanan) - pelakon "Borneo"

Tiadakah pengarah/production house di luar sana yang sedia memilemkan kisah Tarzan 'Made in Malaysia' ini? Negara kita mempunyai seorang Tarzan yang betul-betul wujud; bukannya watak yang wujud dalam imaginasi Edgar Rice Burrough. Sekiranya ada, sila hubungi saudara  Mahrup A.C. Logan di 019-2073039. 

Sound macam iklan saja....He....He....He. 

Ahad, 5 Jun 2011

Rakan Seperjuangan

4 Jun 2011, jam 1500 di Taman Siswa.....Pertemuan saya dengan rakan seperjuangan di suatu ketika dulu....

Kapten Aziz Laji bersama saya

Oh ya....Kami sama-sama mengikuti 'Nuri Conversion Course' di No 10 Skn sekitar Jun 1974. Malah, kami berkongsi bilik di Mes Pegawai No 4 Briged sebelum dihalau oleh PMC . Beliau telah tamat perkhidmatan dengan TUDM ketika menjawat jawatan Flight Commander saya di No 5 Skn pada 1983. Saya tidak sempat membuat majlis perpisahan untuk beliau kerana ketika itu saya sedang menunai fardu haji.

Beliau berada di Jitra untuk meraikan majlis perkahwinan anak lelakinya dengan seorang 'Jitran'. Sekarang ini beliau tidak lagi terbang dan menetap di Kuantan.

Masa mengubah kita semua...

Dari kiri: Pilot Officer Aziz Laji, Lt James Chong, Lt Ismail Malek, Lt Sawaluddin Lamin (sekitar 1974 selepas menerima 'sayap' daripada AVM Sulaiman Sujak)

Saudara Aziz....Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada anda dan keluarga.

Jumaat, 3 Jun 2011

Selenggaraan Pesawat

Pembaca...Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit penjelasan kerana terdapat kenyataan, yang pada saya, kurang menyenangkan. Maksud saya, terdapat komen yang mengatakan juruterbang Nuri memberi alasan 'tak cukup hours...!' apabila tidak dapat meneruskan sesuatu penerbangan di era insurgensi dulu. Persepsi yang mengandaikan kami  'unprofesssional' perlu diperbetulkan. 

Sama seperti kereta, semua pesawat terbang MESTI diselenggarakan mengikut jadual. Kalau kereta rosak, boleh berhenti di tengah/tepi jalan: pesawat yang sedang terbang menghadapi kerosakan kerana mengabaikan selenggaraan? Percayalah....Industri penerbangan adalah salah satu 'highly regulated industry'.

Berikut adalah 'jadual' penyelenggaraan helikopter Nuri... 

Schedule Servicing

     Type Of Check                     Hours Due
  • Check 1                                 60 Hrs
  • Check 2                               180 Hrs
  • Check 3                               540 Hrs
  • Check 4                              1080 Hrs
  • Check 5                              4320 Hrs
Note:
  • Check 1 & 2 done by squadron
  • Check 3, 4 & 5 presently done by AIROD
Jadual tersebut melibatkan 'airframe': komponen seperti enjin, gearbox, FCU, dll pula ada 'life' mereka sendiri. 

Kebiasaannya, kami diberikan pesawat yang paling banyak jam untuk satu-satu tugasan penerbangan. Namun demikian, kami terpaksa menunda tugas yang diberi apabila tiba jadual selenggaraan. Suka tak suka....sortie terpaksa ditinggalkan. Persoalan 'unprofessional' tidak timbul langsung.

Selain itu, jam penerbangan aircrew juga menghadkan kelanjutan sesuatu penerbangan. Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, jam penerbangan Nuri aircrew yang tercatat dalam SOP ialah:
  • 7 jam/sehari
  • 60 jam/sebulan
  • 600 jam/setahun
Saya harap dengan penjelasan ini dapat mengikiskan tanggapan negatif terhadap profesionalisme semua juruterbang TUDM.

Rabu, 1 Jun 2011

Jangan Terperdaya

Pembaca...Jangan terpedaya sekiranya anda menerima e-mel seperti berikut....

(URGENT) -ACCOUNT PENDING ACTIVATION


FROM:
Monday, 30 May 2011 3:15 PM
General Message Alert: 
Dear Valued Customer,

Your account was disabled due to a recent security check on Maybank2u online banking on Tuesday, May 31, 2011. We require you to confirm your details and Re-activate your account.

        
 Re-activate now         Re-activate now            Re-activate now      

Inactive accounts will be disabled after 3 hours of notice for security reasons.

Thank you.
Maybank2u

Anda jangan ketawa...mana mungkin orang akan terpedaya dengan e-mel seperti itu. Tetapi, kenyataannya ramai yang mempercayai utusan seperti itu sehingga mereka mendapati kesemua simpanan mereka '....gone with the wind!!!'  setelah mematuhi arahan yang diberikan. Percayalah, bank-bank atau Bank Negara TIDAK akan mengarahkan pemegang akun untuk mengemaskinikan butir-butir akaun anda melalui e-mel.


Saya pernah di'con'kan di sini. Syukurlah bukan melibatkan simpanan saya dikebas tetapi perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab ini telah memalukan saya.


Oh ya....Saya tidak mempunyai akaun Maybank.