Followers

Wednesday, June 15, 2011

'Tactical Low Flying'

Masih lagi tentang topik 'Tactical Low Flying (TLF)'....di era saya. Ketika melaksana TLF, juruterbang yang 'having control'  MESTI memberi fokus 100% menerbangkan pesawat beliau. Konsentrasi beliau adalah melihat di hadapan: pilot yang seorang lagi akan mengawasi T's & P's. Anda bayangkan masalah terbang rendah yang hampir mencecah pucuk pokok-pokok dengan kelajuan 90-110 knots. Silap sikit....Nahas jawabnya!!

Tidak seperti pesawat pejuang, kebanyakan helikopter tidak dilengkap dengan 'Terrain-Following Radar (TFR)'.....Terrain-following radar (TFR) is an aerospace technology that allows a very-low-flying aircraft to automatically maintain a relatively constant altitude above ground level. It is sometimes referred-to as ground hugging or terrain hugging flight. The term nap-of-the-earth flight may also apply but is more commonly used in relation to low-flying military helicopters, which typically do not use terrain-following radar.'..Wikipedia. Secara mudah, pilot 'set altitude', katakan 40 kaki, dan terbang. Pesawat akan turun-naik untuk mengekalkan 40 kaki di atas halangan di hadapan. Bagi kami pula, peralatan  yang ada hanya apa yang dianugerah oleh Allah ....MATA/MARK 2 EYEBALLS!!  

Selain sentiasa kena 'alert', masalah yang dihadapi dalam penerbangan TLF ialah 'MGB High Temp' (Main Gear Box High Temperature). Keadaan ini berlaku kerana teknik yang diguna pakai oleh juruterbang Nuri ialah kelajuan dikekalkan sepanjang penerbangan tersebut. Ini bermakna 'power varies'....collective 'turun-naik'. Kesan pergerakan collective yang tidak menentu ini adalah punca suhu MGB meningkat sehingga boleh melebihi had maksima.

Pesawat Alouette 111 tidak mengalami masalah ini ketika membuat TLF. Teknik yang digunakan ialah sebaliknya '....Power remains constant but speed varies'

Ketika saya di TUDM Labuan,  saya telah diarahkan untuk menghadiri satu seminar tentang penerbangan TLF. Penceramah adalah juruterbang helikopter daripada negara Uncle Sam. Teknik yang digunakan ialah sama yang dipraktikkan oleh juruterbang Alouette. Apabila ditanya sama ada mereka menghadapi masalah MGB High Temp, jawapannya ialah 'NO'.

Sekembali ke Labuan, saya telah membuat eksperimen. Dengan dibantu oleh warga Tentera Darat yang ketika itu sedang membuat excercise, saya telah membuat TLF dengan menggunakan teknik Alouette; kelajuan varies. Apabila ditanya sama ada mereka dapat mengesan arah saya  dengan kelajuan, misalnya 50 knots,  jawapannya ialah '...negative'; mereka sedar-sedar lihat Nuri sudah berada di atas mereka (bukan LP). Kesimpulannya, kelajuan bukan faktor utama pesawat dapat dikesan.

Tindakan saya seterusnya ialah mengarahkan anak buah saya melaksanakan teknik ini, termasuk ketika membuat 'cat'. Setelah mengaplikasikan teknik ini, masalah MGB High Temp tidak timbul lagi. Sekiranya pemeriksa mempertikaikannya, beritahu beliau bahawa ini adalah arahan Ketua Skuadron. Memang betul, seorang pemeriksa telah berjumpa saya tentang isu ini kerana juruterbang saya mematuhi arahan saya...satu teknik di luar prosidur penerbangan TLF bagi helikopter Nuri. Saya memberitahu beliau supaya membawa isu ini pada Helicopter Seminar untuk dibincangkan sekiranya beliau tidak bersetuju. Selagi saya Bos, inilah teknik TLF untuk No 5 Skuadron. Saya kurang pasti sama ada perkara ini dibincangkan atau tidak dan apakah teknik yang dipraktikkan sekarang ini....Wallahualam.

Itu dulu....Sekarang lain. Dulu musuh tiada misil atau peluru berpandu....sekarang ini era 'remote-control'. Tanpa kehadiran pesawat di udara pun boleh memusnahkan pesawat yang sedang berterbangan. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja. Sila tonton u-tube di sini.

15 comments:

Anonymous said...

Salam, saya nak tahu apa itu T's & P's....

yankeeALPHA said...

Salam, saja nak ucap terima kasih kepada Tuan kerana menulis cerita berkenaan teknik-teknik Nuri, best betul.....sentiasa tertunggu-tunggu entry baru dari Tuan.

mangchikla said...

Teringin nak dgr komen dari juruterbang Nuri skrang keatas teknik ini

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

T's & P's= Temperatures & Pressures.

Saudara yankeeALPHA,

Terima kasih. Macam saya katakan sebelum ini, saya masih berusaha agar rakan-rakan seperjuangan sedia kongsi pengalaman mereka. Kita tunggu sahajalah.

Saudara mangchikla,

Saya pun nak juga tahu teknik terkini yang serba moden & canggih. Harap ada yang sedia menceritakannya.

Anonymous said...

Masih mengguna pakai kedua-dua teknik tersebut mengikut keadaan semasa. Yang penting MISSION ACCOMPLISHED SAFELY!

xnuripilot.

Anonymous said...

masih ingat lagi pada satu malam 24 september 1982 di Cameron highlands lebih kurang 0830 sebuah 'charlie' berlegar-legar dan esok pagi beberapa NURI terbang rendah...rupa-rupanya sebuah Caribou telah terhempas di satu kaki gunung kat situ....tahun 1994 saya dan geng telah pergi ke tempat nahas tu dengan di pandu arah oleh orang Asli dan melihat buat pertama kalinya impak bagaimana sebuah pesawat bila crash...

Anonymous said...

Anonymous 10:45
hopefully u can ceritakan pengalaman anda nak ke crash site dan d crash site tu....interesting ni

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Anonymous 10:45,

Mengapa tidak kongsi bersama pengalaman anda? Kalau ada gambar, lagi bagus. E-melkan kepada saya di nibsny@yahoo.com.

Ada Caribou kru yang sedia menceritakan kisah nahas ini?

Anonymous said...

isyALLAH...akan saya email kan kepada Mejar Nor. Saya juga ingin juga mengetahui kisah tragedi ini dari kru Air Force yang terlibat jika ada...

Faizul said...

Anon 12.30

Saya bekas crew caribou. Kesemua crew pesawat (yang saya kenal) dan sejumlah Air Despatcher telah terkorban dalam nahas itu. Flight telah berlepas dari Taiping ke Kpg Attap (I think thats the name, Not so sure)

Mereka dalam misi Air Drop supply ke Post Polis di kawasan kampong orang asli.

Al-Manar said...

Salaam,

Kebetulan tiba disini. Yang amat menarik bila saya nampak 'NURI'. Rumah persaraan saya di Kuala Terengganu saya beri nama NURI. Kebetulan betul.

Insya Allah saya akan kembali dan baca posting tuan yang lama. Munkin ada yang lebih menarik. Bukan ada blogger bekas pilot NURI!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaaikumussalam,

Terima kasih kerana 'tiba disini'. Saja nak mengetahui...apakah signifikasi 'NURI' kepada anda?

Erfan Seth said...

Salam, saya belajar tingkatan 4, amat meniati dunia penerbangan,soalan saya

-Apa yang pertama perlu di buat untuk menghidupkan enjin helikopter dan selepas itu apa perlu dipastikan sebelum heli take off?

-Apa tugas kru yang keluar kat pintu heli tu sebelim heli landing?


Saya bercita-cita nak jadi pilot helikopter TUDM atau aircraft nanti

Anonymous said...

Ada sesiapa tahu cerita Nuri yang jatuh kat Genting Sempah ke?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Adik Erfan Seth,

Syabas di atas minat adik dalam bidang penerbangan. Nasihat saya, belajar subjek sains, matematik & English. Dan kesihatan mesti dijaga. Kalau pakai cermin mata, mungkin akan menghadapi masalah nanti...Wallahualam.

Susah juga saya nak menjawab soalan itu...tak tahu dari mana nak mula. Mungkin saya akan ceritakan sedikit sebanyak apa yang perlu dilakukan oleh seorang juruterbang sebelum terbang di era saya, Insya-Allah.

Secara ringkasnya, tugas kru (Kuatermaster Udara) ketika helikopter hendak mendarat ialah memastikan kawasan selamat untuk Nuri mendarat. Peranan beliau boleh disamakan 'cermin' dalam kereta. Pilot tidak nampak apa yang ada di belakang. Dan juga, beliau mengarahkan pilot terhadap kedudukan pesawat sebelum mendarat, iaitu sama ada 'landing gears' berada tepat atas LP.