Kapten Aziz Laji bersama saya
Oh ya....Kami sama-sama mengikuti 'Nuri Conversion Course' di No 10 Skn sekitar Jun 1974. Malah, kami berkongsi bilik di Mes Pegawai No 4 Briged sebelum dihalau oleh PMC . Beliau telah tamat perkhidmatan dengan TUDM ketika menjawat jawatan Flight Commander saya di No 5 Skn pada 1983. Saya tidak sempat membuat majlis perpisahan untuk beliau kerana ketika itu saya sedang menunai fardu haji.
Beliau berada di Jitra untuk meraikan majlis perkahwinan anak lelakinya dengan seorang 'Jitran'. Sekarang ini beliau tidak lagi terbang dan menetap di Kuantan.
Masa mengubah kita semua...
Dari kiri: Pilot Officer Aziz Laji, Lt James Chong, Lt Ismail Malek, Lt Sawaluddin Lamin (sekitar 1974 selepas menerima 'sayap' daripada AVM Sulaiman Sujak)
Saudara Aziz....Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada anda dan keluarga.
7 ulasan:
Salam Saudara Nor dan Aziz Laji,
Wajah dan badan mungkin sudah berubah tetapi air muka dan semangat nampaknya masih kental.
Seronok tengok wajah anak-anak buah lama!
Salam kepada saudara sekeluarga.
Nawi Alias
Maj,
Nostalgia dan kenangan mengusik jiwa.
' kami berkongsi bilik di Mes Pegawai No 4 Briged sebelum dihalau oleh PMC ' syiokk nyer.. MIG pilots ade buat alumni mereka, NURI pilots tak buat ke? Rasanyer bagus kalau yg lama dan muda bertemu bertukar tukar pengalaman.
MIG pilot buat alumni sebab bos dia pangkat besar dalam TUDM bolih kowtim contractor.
Nuri pilot runner sahaja.Bolih la tulis buku XNURI PILOT!
Bawa MIG tapi tak pernah berjuang, hanya setakat bawa saja pesawat dari baru sampai ke buruk, tapi pilot2nya berbangga sehingga buat alumni, entah apa yang nak dibanggakan tak taulah selain dari bangga kerana glamer bawa pesawat berprestij yang tidak pernah teruji oleh apa pun pertempuran udara. Inilah wira2 udara Kelas elite, wira2 yang negara suka dendangkan.
Bawa Nuri yang "lama sebelum MIG pun dah ujud dan lama selepas MIG pun masih ujud", yang banyak 'battle scars' di memori rakyat jelata dan pilot Nuri yang diuji dalam pertempuran sejak semua pilot MIG belum lahir lagi pun, inilah wira2 Kelas pariah, wira2 yang jadi lagu rakyat tapi negara tidak suka dendangkan.
Inilah jadinya bila DJ yang tentukan lagu apa yang mahu didendangkan oleh negara untuk didengar oleh rakyat.....
Betul kata FMZam..
Pilot nuri,F5E,Tebuan xda ke buat reunion?
kenapa dendangkan yang baru saja?
Generasi pilot era insurgensi??
kalau tak ada yang lama yang baru belum pasti ada..
jangan pinggirkan veteran..
siapa saya,anda,kamu tanpa mereka semua???
Dato',
Terima kasih. Syukur alhamdulillah, masih sihat walaupun dan dapat bertemu semula rakan seperjuangan.
Saudara-Saudara sekelian,
Harap-harap ada yang sedia mengadakan reunion untuk warga era insurgensi.
Catat Ulasan