Untuk buku 'meja-kopi', kebiasaannya kertas 'glossy' dan gambar-gambar berwarna. Saya telah bertanya kepada pencetak tentang anggaran kos untuk mencetak 1k naskah yang mengandungi 40 halaman. Oh mak datuk.....Terkejut berok dibuatnya!! Pertama sekali, mencetak 1k tak 'cost effective' kerana kosnya tinggi. Beliau mencadangkan, paling kurang cetak 2k.
Cadangan kulit buku
2k naskah....Berat tu! Kalau ya pun saya ada rezeki mencetaknya, masalah utama ialah adakah ia boleh dijual? Saya bercakap melalui pengalaman menerbitkan buku 'Coretan Xnuripilot'. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Pak Menteri di KEMENTAH (klik di sini). Malah, beliau telah memberi penghormatan kepada saya kerana sudi menulis 'Sekapur Sireh'. Dan yang bestnya sekali, beliau telah membeli 200 naskah. Saya sungguh berterima kasih kepada beliau. Tapi, sungguh kecewa sekali kerana hanya 22 naskah saja dijual pada hari pelancaran tersebut. Itu pun setelah saya memberi potongan RM10!!
Itu tak apa lagi. Ketika diberi kesempatan untuk menjual di 6 Bde, Sg Petani, tahun lalu semasa formasi mengadakan Majlis Kem Terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, hanya 1 naskah saja yang dijual. Ia dibeli oleh seorang isteri untuk dihadiahkan kepada suami beliau....Kesian saya!!
TUDM telah membeli 100 naskah setelah saya menulis kepada PTU. Manakala Perpustakaan ATM membeli 60 naskah. Masalah menjual kepada agensi-agensi kerajaan seperti KEMENTAH ialah pembelian MESTI melalui agen...Tidak boleh dibeli terus daripada penerbit. Itu prosidur gomen. Agen akan meminta diskaun ~35%. Ini bererti mereka membeli buku saya dengan harga RM26 (RM40 - 35%)...Kesian saya!!
Apa pun, syukur alhamdulillah, kerana kesemua 2k naskah telah habis dijual. Untuk itu, saya berterima kasih kepada para pembaca blog saya yang sentiasa memberi sokongan. Dan juga Perpustakaan Negara dan Negeri-Negeri yang telah membeli sejumlah yang besar tanpa melalui agen. Ada 1 agensi memaklumkan yang mereka tidak berhasrat membeli buku 'Coretan Xnuripilot' dengan alasan mereka tidak mempunyai perpustakaan walaupun terdapat 82 kem latihan!
Berbalik kepada PLL, siapa yang berminat nak tahu tentang tempat jin bertendang ni? Sapa nak beli buku yang hanya ~40 halaman saja dengan harga mahal? Peduli apa sama ada ia mengguna kertas bermutu tinggi atau tidak. Bukannya cerita 'combat'. ATM? Mungkin 60 naskah kalau bajet masih ada. IPTA? Paling banyak 4 naskah saja. Perpustakaan Negara dan Negeri? Terpulang kepada bajet. Lain2 agensi kerajaan? Wallahualam.
Jika penerbitan tersebut menjadi kenyataan, kemungkinan besar saya akan menolak jika ada pihak menyarankan ia dilancar di Kuala Lumpur. Pengalaman pertama dulu memberi pengajaran kepada saya.
Harapan saya agar ada pihak tertentu yang boleh 'sound2'kan kepada GLC yang ada kaitan dengan ATM agar menaja kos penerbitan buku ini. Jika tidak, kemungkinan besar saya menjadikan PLL hanya 'Bab 1' seperti yang dirancangkan sebelum ini, wallahulam.





