Pengikut

Isnin, 12 November 2012

Dilema

Saya dalam dilema sekarang ini! Seorang rakan seperjuangan mencadangkan agar kisah Pulau Layang-Layang (PLL) diterbitkan secara 'stand-alone', bukannya hanya 'Bab 1' sahaja dalam buku ke2 yang saya sedang rancangkan. Alasan beliau ialah gambar-gambar yang disumbang oleh mereka yang terbabit terlalu berharga. Fikir punya fikir, betul juga katanya. Jika ia hanya sebahagian daripada buku (15cm x 22 cm) yang mencoretkan beberapa kisah pengalaman, bab PLL mengisi hampir 60 halaman. Sebaliknya,  jika diterbit dalam bentuk buku 'coffee-table', berukuran kertas A4, membabitkan tidak melebihi 40 halaman saja.

Untuk buku  'meja-kopi', kebiasaannya kertas 'glossy' dan gambar-gambar berwarna. Saya telah bertanya kepada pencetak tentang anggaran kos untuk mencetak 1k naskah yang mengandungi 40 halaman. Oh mak datuk.....Terkejut berok dibuatnya!! Pertama sekali, mencetak 1k tak 'cost effective' kerana kosnya tinggi. Beliau mencadangkan, paling kurang  cetak 2k.

Cadangan kulit buku 

2k naskah....Berat tu! Kalau ya pun saya ada rezeki mencetaknya, masalah utama ialah adakah ia boleh dijual? Saya bercakap melalui pengalaman menerbitkan buku 'Coretan Xnuripilot'. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Pak Menteri di KEMENTAH (klik di sini). Malah, beliau telah memberi penghormatan kepada saya kerana sudi menulis 'Sekapur Sireh'. Dan yang bestnya sekali, beliau telah membeli 200 naskah. Saya sungguh berterima kasih kepada beliau. Tapi, sungguh kecewa sekali kerana hanya 22 naskah saja dijual pada hari pelancaran tersebut. Itu pun setelah saya memberi potongan RM10!!

Itu tak apa lagi. Ketika diberi kesempatan untuk menjual di 6 Bde, Sg Petani, tahun lalu semasa formasi mengadakan  Majlis Kem Terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, hanya 1 naskah saja yang dijual. Ia dibeli oleh seorang isteri untuk dihadiahkan kepada suami beliau....Kesian saya!!

TUDM telah membeli 100 naskah setelah saya menulis kepada PTU. Manakala Perpustakaan ATM membeli 60 naskah. Masalah menjual kepada agensi-agensi kerajaan seperti  KEMENTAH ialah pembelian MESTI melalui agen...Tidak boleh dibeli terus daripada penerbit. Itu prosidur gomen. Agen akan meminta diskaun ~35%. Ini bererti mereka membeli buku saya dengan harga RM26 (RM40 - 35%)...Kesian saya!!

Apa pun, syukur alhamdulillah, kerana kesemua 2k naskah telah habis dijual. Untuk itu, saya berterima kasih kepada para pembaca blog saya yang sentiasa memberi sokongan. Dan juga Perpustakaan Negara dan Negeri-Negeri yang telah membeli sejumlah yang besar tanpa melalui agen. Ada 1 agensi memaklumkan yang mereka tidak berhasrat membeli buku 'Coretan Xnuripilot' dengan alasan mereka tidak mempunyai perpustakaan walaupun terdapat 82 kem latihan!

Berbalik kepada PLL, siapa yang berminat nak tahu tentang tempat jin bertendang ni?  Sapa nak beli buku yang hanya ~40 halaman saja dengan harga mahal? Peduli apa sama ada ia mengguna kertas bermutu tinggi atau tidak. Bukannya cerita 'combat'ATM? Mungkin 60 naskah kalau bajet masih ada. IPTA? Paling banyak 4 naskah saja. Perpustakaan Negara dan Negeri? Terpulang kepada bajet. Lain2 agensi kerajaan? Wallahualam.

Jika penerbitan tersebut menjadi kenyataan, kemungkinan besar saya akan menolak jika ada pihak menyarankan ia dilancar di Kuala Lumpur. Pengalaman pertama dulu memberi pengajaran kepada saya. 

Harapan saya agar ada pihak tertentu yang boleh 'sound2'kan kepada GLC yang ada kaitan dengan ATM agar menaja kos penerbitan buku ini. Jika tidak, kemungkinan besar saya menjadikan PLL hanya 'Bab 1' seperti yang dirancangkan sebelum ini, wallahulam.

Rabu, 7 November 2012

Sayang Seribu Kali Sayang

Saya sebenonya dah menoktahkan isu pengkisah untuk siri 'Jejak Pahlawan' yang dianjurkan oleh PLKN, klik di sini. Tapi bila membaca komen2 terhadap coretan tersebut, saya memaksakan diri mengulangi kekecewaan walaupun saya pasti ia tidak mungkin dapat mengubah pendirian pihak terbabit.

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih diatas komen2 berkenaan. Saya sungguh terharu diatas tribute 'pengkomen' terhadap krew helikopter. TERIMA KASIH.

Saya tidak terniat langsung untuk mempertikai penganugerahan darjah2 kebesaran - pingat/bintang termasuk Anugerah Perkasa - kepada para penerima. Saya berpandangan tiada seorang pun para penerima anugerah menulis sendiri asas pencalonan. Semuanya terpulang kepada si pencalon itu sendiri dan pihak atasan yang meluluskannya, wallahualam.

Berbalik kepada isu kekecewaan saya. Adakah wira2 seperti berikut tidak layak kongsi bersama pengalaman mereka dengan para peseta PLKN hanya kerana mereka bukannya penerima SP & PGB?
  • Lt Kol Dr Syed Othman (B) - Hilang penglihatan akibat terkena jerangkap samar. Namun demikian, beliau berjaya menimba ilmu sehingga peringkat PhD.
  • Lt Raja Musa (B) - Hilang mata kanan & kaki kanan di atas buku lali dek jerangkap samar. Ketika itu beliau bertugas sebagai FOO bersama pasukan komando. 
  • Lt Kol Chong KL TUDM (B) - Nuri beliau ditembak di LP ketika sorti mengambil seorang casevac. Seorang anggota Air Rescue Team (ART) terkorban dalam pesawat. Keesokan harinya, beliau berjaya mengeluarkan casevac. Sebulan kemudian, sekali lagi pesawat beliau ditembak dan  mengorbankan lagi seorang ART.
  • PW1 Mohsain (B) - Salah seorang daripada 2 orang KU yang terkena tembakan musuh. Sebelum itu, beliau juga KU kepada Lt Kol Chong dalam 2 insiden di atas.
  • Lt (U) Murad - Nuri beliau ditembak ketika anggota komando abseil di kem komunis. 3 anggota komando tercedera. Beliau berjaya menerbangkan pesawat tempangnya mendarat dengan selamat di Gubir. Dalam misi mengambil komando pula, Nuri beliau ditembak tapi masih mendarat dan berjaya membawa sebahagian para komando.
  • Lt Kol Aziz Rashid (B) - Walaupun dikepung oleh pengganas komunis, beliau berjaya merintangi pelbagai halangan dan ancaman membawa 17 anggota komandonya ke Gubir.
  • Lt M Syed Ikhmal Hashim - Hampir kepalanya dipenggal oleh pengganas komunis apabila konvoi 9 Renjer diserang hendap di Gubir; 7 warga tentera terkorban. Beliau terselamat hanya kerana seorang pengganas komunis wanita menghalang rakannya membunuh Syed supaya beliau boleh menceritakan insiden tersebut. Dalam insiden berasingan, beliau tercedera dek jerangkap samar. Dan 'squad-mate'nya telah membawa beliau keluar ke hospital melalui kaedah 'winching'.
  • Mej Zainal - Xkomando yang terlibat dalam Ops Gonzales di kawasan Sg Siput. Trup beliau berjaya membunuh 3 orang musuh tetapi Ben, anjing pengesan, turut terbunuh.
  • Lt Xxxx (U) - Diatas inisiatifnya, beliau telah menerbangkan gunshipnya dan menembak musuh yang telah menyerang hendap konvoi di jalan Baling-Kroh. Tindakan beliau, tanpa sebarang kelulusan pihak atasan, telah menyelamatkan lebih ramai warga tentera daripada terkorban. Insiden ini telah mengorbankan 3 warga tentera dan 2 orang awam.
  • Kept Johari TLDM (B) - Tok Ketua kepada beberapa kerat anggota komando dan Paskal yang menjadi penghuni Terumbu Layang Layang sebelum terbinanya sebarang infrastruktur. 
  • Para Sappers -  Ramai yang cacat anggota badan angkara jerangkap samar di era insurgensi dan juga terlibat dalam membina tugu dan modul kediaman di Terumbu Layang Layang.
Dan ramai lagi. Sayang sekali peserta PLKN dinafikan daripada mendengar kisah wira2 yang tak didendang hanya kerana mereka bukan penerima SP & PGB; mungkin ada yang hanya PPA sahaja. Pengalaman yang tidak ternilai harganya itu akan berkubur dengan jasad apabila tiba masanya nanti. Tapi, yalah....Itu hak mutlak agensi berkenaan untuk mengundang sesiapa yang mereka fikirkan layak dijemput. Sayang seribu kali sayang!!!

Ahad, 4 November 2012

Air Duel

I received this video from Saudara Arunzab about a daring chopper pilot rescuing a vintage WW2 P51 Mustang crashed on a tree ....



Well, if for whatever reason nothing appears on the video, then please click at this link here.

It reminded me of an 'air duel' between my Nuri and an irresponsible 'pilot', click here.

Saudara Arunzab...Thank you.

Rabu, 31 Oktober 2012

Dah Sah

Laporan Utusan Malaysia berikut mengesahkan bahawa PLKN hanya mengundang para penerima SP & PGB sahaja sebagai pengkisah dalam siri 'Jejak Pahlawan' mereka....

Sepertimana yang saya coretkan di sini, pegawai berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa para pengkisah terbabit dijemput dalam 'pilot projek' di 5 kem PLKN sahaja. Selepas itu, jemputan akan dipanjangkan kepada lain2 wira yang tak didendang dan juga tokoh2 sukan. Pada pemahaman saya, laporan tersebut dengan sekali gus menyangkalkan kenyataan beliau itu, wallahualam.

Perlu diingati, sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan mereka kerana itu adalah hak mutlak mereka. Apa pun, saya tetap bersyukur kerana saranan saya semenjak 2009 akhirnya terlaksana juga walaupun terbatas!!
T     A     M     A     T  

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Isnin, 29 Oktober 2012

'Hidup Dengan Jantung Tiruan'

Ahad  21/10/12, saya telah membaca artikel 'KESIHATAN' dalam Mingguan Malaysia. Topiknya ialah 'Hidup dengan jantung tiruan'. Sudah tentu ia menarik perhatian saya kerana anak penakan saya, Edi, adalah pesakit terkini yang mengguna alat tersebut; coretannya di sini. Menurut Prof Dato' Dr Mohamed Ezani, sehingga kini terdapat 8 orang yang menunggu jantung 'ori' dan buat sementara waktu, mereka terpaksa bergantung kepada alat berkenaan untuk terus hidup.

Berikut disiarkan petikan artikel berkenaan.



Para Pembaca...Mungkin ada yang berpendapat apalah si mejar pencen ini tak habis2 menyebuk menasihati orang. Jaga diri sendiri cukuplah. Memang betul tu tapi bukankah Islam mengajar kita untuk kongsi pengetahuan jika ia boleh membawa kebaikan kepada hamba-hambaNya? Ahli keluarga saya sendiri mengalaminya. Jadi saya mahu kongsi apa yang saya tahu. Mana le tahu, mungkin dapat dimanfaat oleh para pembaca, wallahualam.

Jangan lupa, sakit bermakna wang simpanan mengalir macam 'Niagara Falls', terutama mereka yang bukan kakitangan gomen. Macam saya kata, kos jantung tiruan itu saja RM500k! Anak buah gomen PERCUMA/FOC. Pergi hospital swasta, guna kertas tissue pun kena bayar. Itu belum lagi lawatan pakar yang 'terlalu prihatin' terhadap kesihatan pesakitnya. Asyik2 datang menjengok untuk bertanya khabar dan kita pun senyum lebar diatas keprihatinannya. Bila tengok bil nanti....Tepuk dahi! Mana tidaknya, setiap kali dia jengok ada 'appearance fees'.

Terpulanglah untuk difikirkan tatkala perut padat dengan daging kambing dan lembu sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Tak nak periksa ke tahap kolesterol dan BP? Masa ini tabib2 tersenyum lebar kerana musim durian  runtuh. Lawak2 juga le....Tapi jangan abaikan kesihatan. He...He...He.

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Khamis, 25 Oktober 2012

'Ditching'

Saya terima u-tube ini daripada saudara Mangchikla yang bertanyakan sama ada saya pernah buat 'water landing' seperti yang dilakukan oleh Prince William dengan helikopter 'Sea King' (sepupu Nuri).


Jujur saya katakan, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, saya TIDAK PERNAH membuat pendaratan dalam air. Memang ada prosidur 'ditching' dan kerap diajukan soalan ini ketika 'cat', tapi tak pernah mempraktikkannya. Semasa menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, saya telah mengesyorkan kepada Panglima Wilayah Udara 2 agar saya dibenarkan membuat latihan ini. Alasan saya ialah kami terlibat dalam operasi terumbu dan terpaksa terbang sejauh ~170 batu nautika ke Stesyen Lima. Keberangkalian membuat ditching memang ada. Mana boleh samakan praktikal dengan teori; macam le belajar 'hovering' melalui kaedah membaca buku saja. Kecewa sekali, saranan saya ini tidak diluluskan dengan alasan peralatan elektronik dalam 'electronic compartment' akan rosak kerana kemungkinan compartment tersebut dibanjiri air.

Di era saya juga, kami tidak diberi latihan apa yang perlu dilakukan ketika pesawat mendarat kecemasan di dalam air. Taklimat kepada penumpang pula hanyalah mereka MESTI memakai 'life jacket'. Persedian untuk misi seperti ini ialah menentukan dinghy sudah diselenggara dan jacket pula mencukupi bagi semua pax. Sekarang ini, difahamkan semua anak kapal perlu mengikuti latihan simulasi ditching setahun sekali. Di Semenanjung Malaysia ada 2 syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.


Apa pun, syukur alhamdulillah, setakat yang saya tahu, tiada Nuri yang terpaksa membuat ditching dalam laut disebabkan 'engine/s failure' sepanjang burung besi mula mencecah di bumi Malaysia pada 1968.

Selasa, 23 Oktober 2012

It Makes Me Smile

This caricature  illustrates perfectly the chopper pilots during insurgency era. He...He...He.

To the sender of this, a big THANK YOU