Pengikut

Rabu, 3 Mac 2010

Tragedi 26 April 1976...FNM

Pembaca...ANM dah dihubungi dan mereka berjanji akan menyiarkan tragedi ini dalam program "Hari Ini Dalam Sejarah". Sekarang nak cuba satu lagi agensi Kerajaan. Saya telah menghantar surat, melalui faks dan e-mel, kepada Filem Negara Malaysia (FNM) mencadang agar mereka mendokumentasikan "Tragedi 26 April 1976". 

Kedah Darulaman

25 Februari 2010

YM Raja Rozaimie bin Raja Dalnish Shah
Ketua Pengarah
Filem Negara Malaysia
Jalan Utara
46547 Petaling Jaya
Selangor
Faks: 03-79547463

Assalamualaikum,

TRAGEDI 26 APRIL 1976

Berhubung perkara di atas, pada tarikh tersebut, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, sebuah helikopter Nuri telah ditembak jatuh oleh segerombolan pengganas komunis (PK) di kawasan operasi Gubir, Kedah Darulaman. Kesemua kesebelas anak kapal dan penumpang telah terkorban....
Namun demikian, tragedi yang berlaku 34 tahun dahulu tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat, terutama golongan muda. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana pengorbanan wira-wira tersebut tidak pernah dihebahkan oleh agensi-agensi berwajib.

Untuk makluman, buat pertama kali juga, operasi ini melibatkan pesawat pejuang F5E dan Tebuan selain helikopter Alouette 111 Gunship, melaksanakan peranan mereka. Pesawat-pesawat tersebut telah mengebom/straff kawasan tertentu sebelum Nuri mendarat. Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana Nuri menjadi sasaran PK; Nuri ditembak boleh dikatakan sudah menjadi rutin. Walaupun keadaan terlalu getir, semangat anak kapal Nuri tidak pernah luntur, malah mereka lebih bersemangat untuk menjayakan operasi yang dilancarkan oleh Tentera Darat (TD). Ramai anggota TD telah terkorban di Gubir. Saya telah merakamkan kisah ini dalam coretan bersiri “Tragedi 26 April 1976” dalam blog saya, xnuripilot.blogspot.com.

PDRM telah mempertontonkan kepada rakyat peranan mereka menentang kedurjanaan PK melalui filem “Bukit Kepong”. Peranan ATM pula lebih condong kepada penglibatan TDM sahaja, tanpa mengambil kira peranan yang dimainkan oleh TUDM.

Di sini saya ingin mencadangkan agar FNM mendokumentasikan “Tragedi 26 April 1976”. Operasi di Gubir telah melibatkan kedua-dua Perkhidmatan – TDM dan TUDM. Saya percaya, dengan adanya filem dokumentari nanti, insiden inj tidak lagi dilupai dan, yang paling penting, mungkin boleh menyemarakkan semangat patriotisme rakyat terhadap negara tercinta. Ramai daripada mereka yang terlibat masih hidup dan bersedia memberi kerjasama bagi menjayakan projek ini...InsyaAllah.

Saya berharap akan menerima respons yang positif dari pihak FNM.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Salinan:

En Hamzah Bin Hussin
Setiausaha Sulit Kanan Kepada
Menteri Pertahanan Malaysia
Faks: 03-26985372/20716321

YBhg KSN
sidek@pmo.gov.my

YBhg KSU KEMENTAH
abubakar@mod.gov.my

YBhg Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim
Assistant Ketua Staf Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Kementerian Pertahanan Malaysia
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Faks: 03-26949460
ai.akspa@mod.gov.my

Mejar Kamarul TUDM
webmaster@airforce.gov.my

Wow...! Terkejuk beruk saya dibuatnya apabila menerima e-mel berikut dari FNM...

Re: Tragedi 26 April 1976
Sent: Tue, March 2, 2010 9:52:33 AM
From: Abu Hasan abuhasan@filemnegara.gov.my
To: nibsny@yahoo.com
Cc: sidek@pmo.gov.my; abubakar@mod.gov.my; ai.akspa@mod.my; webmaster@airforce.gov.my; rajarozaimie@filemnegara.gov.my; zulkefly@filemnegara.gov.my

Mejar Nor Ibrahim bin Sulaiman,

Tuan,

Waalaikumussalam. Terlebih dahulu, saya bagi pihak Ketua Pengarah, Filem Negara Malaysia, YM Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan berbesar hati atas kiriman e-mail daripada tuan. E-mail daripada tuan diterima pada 1 Mac 2010. Namun begitu dimaklumkan bahawa pihak kami belum lagi menerima surat yang dihantar oleh tuan, seperti mana dinyatakan dalam e-mail tersebut.

2. Saya diarah untuk memberi maklum balas kepada e-mail tuan. Keprihatinan tuan mengemukakan cadangan untuk mendokumentasikan “ Tragedi 26 April 1976 ” di Gubir, Kedah amat kami hargai. Cadangan tuan amat baik sekali dan boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya. Namun begitu projek sebegini memerlukan perbincangan lanjut dengan tuan yang pastinya mempunyai maklumat lengkap mengenai tragedi yang menyayat hati itu. Oleh itu mohon apalah kiranya kesudian tuan untuk hadir ke pejabat kami di Filem Negara Malaysia, Jalan Utara, Petaling Jaya untuk mengadakan perbincangan lanjut dan lebih terperinci. Pihak kami sedia menanti cadangan daripada tuan mengenai tarikh dan masa pertemuan yang dimaksudkan. Maklum balas susulan daripada tuan amatlah kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

ABU HASAN LEBAI AHMAD
b.p. Ketua Pengarah
Filem Negara Malayasia
Jalan Utara
46547 Petaling Jaya.

Ini respons saya kepada FNM...

Re: Tragedi 26 April 1976
Tue, March 2, 2010 11:05:37 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Abu Hasan abuhasan@filemnegara.gov.my
Cc: sidek ksn sidek@pmo.gov.my; Maj Kamarul RMAF RMAF webmaster@airforce.gov.my; KSU Indef abubakar@mod.gov.my; Dato\' Aziz ai.akspa@mod.my

Assalamualaikum,

Terima kasih diatas kesedian FNM mendokumentasikan tragedi tersebut. Surat berkenaan telah difaks ke pejabat KP. Untuk makluman anda, saya tiada akses kepada laporan Lembaga Penyiasatan yang ditubuhkan oleh TUDM dan "Monthly Intsum" (Intelligence Summary Report) oleh TDM. Di sini saya ingin mencadangkan agar FNM menghubungi pihak berwajib di KEMENTAH agar laporan-laporan berkaitan didiklasifikasikan.

Pengetahuan saya terhadap tragedi berkenaan hanyalah sepertimana yang terdapat di siri coretan bertajuk "Tragedi 26 April 1976" dalam blog saya http://xnuripilot.blogspot.com.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Sekarang...Mari kita tunggu perkembangan selanjutnya. Adakah KEMENTAH bersedia menjayakan cadangan saya ini? Wallahualam...!!

Oh ya, sekiranya anda ingin mengetahui berapa tabahnya salah seorang isteri kepada wira-wira yang terkorban apabila diberitahu bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya...sila baca di sini bertajuk "A Hero's Wife".

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah berbulan Mej bawa cerita ni tetapi mereka yang banyak bintang atas bahu tu kenapa buat tak paham je!!!
PAT, PTU, PTD dan yang sewaktu dengan mereka nampak nya betul kelabu asap!!!
Betul lah ramai yang saya jumpa mengambarkan sedikit kesesalan dan secara sinis mengatakan " kalau tidak keturunan mereka hanya dapat bendera Malaysia, habis cerita tutup buku dan terus jadi out of sight...out of mind."
All the way mej... gua caya lu la!!!

Tanpa Nama berkata...

I cried when I lost my mum and I can't stop it either when I read " A Hero's Wife" and that is how I see the "Tragedi 26 April 1976"
Good luck Mej!!!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Anonymous,

I've done my level best to have those heroes who died for the nation to be recognised/remembered. Of course I'm extremely disappointed with the RMAF, in particular, for not initiating anything to remember them. My only hope now is that those in authority in Mindef will take necessary actions by cooperating with FNM. If only I've access to the BOI & INTSUM reports, I don't mind making an appointment with FNM.