Pengikut

Jumaat, 21 Januari 2011

Dari Perspektif Pasukan Keselamatan

Setelah membaca keempat-empat buku ini, saya rasa tidak adil hanya membaca tulisan mereka yang 'menyerah senjata' sahaja. Petikan "@ Chin Peng" '...I make no apologies for seeking to replace such an odious system with a form of Marxist socialism' (muka surat 511). Seperti yang dicadangkan oleh seorang pembaca, saya telah membeli buku ini (gambar kanan) daripada DBP melalui pos. Sekarang dah habis pun membacanya. 


Mohd Reduan Haji Asli adalah seorang pegawai PDRM. Beliau mengulas tentang perilaku PKM (Parti Komunis Malaya) dan PKS (Parti Komunis Sarawak) ketika insurgensi dahulu (kedua-dua organisasi ini adalah entiti yang berlainan). Dan juga menghuraikan kenapa perjuangan kedua-dua parti tersebut gagal menubuhkan Democratic Republic Of Malaya dan Democratic Republic of Kalimantan Utara. Salah satu sebabnya ialah kerana Pasukan Keselamatan, ATM dan PDRM, telah berjaya memburu dan membunuh pengganas komunis serta memusnahkan simpanan makanan mereka dengan berkesannya dalam beberapa operasi yang dilancarkan, seperti Ops Selamat Sawadee dan Ops Jala Raja (di Sarawak). Pemusnahan simpanan makanan mengakibatkan mereka menghadapi kebuluran.

Sudah pasti saya turut berbangga kerana telah terlibat secara langsung sepanjang Ops Selamat Sawadee pada 1978. Petikan '....Pada tahun itu, sebanyak 33 pengganas komunis dihapuskan' (muka surat 175). Syabas kepada semua pahlawan-pahlawan yang sedia berkorban nyawa demi untuk mempertahankan kedaulatan negara ('wira' sekarang ini lebih merujuk kepada ahli sukan).

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka maj...kita semua wira tapi tak apa lah dalam TUDM nak jadi wira mesti dah jadi PTU dan PAT kalau tidak bukan wira.
Kalau tahu dulu baik jadi tukang buat kopi dalam crew room tak payah nak pergi terbang sampai tercirit cirit. Atau pun jadi Air Trafic controller bolih jugak jadi PAT! hahahahahhaa!

Tanpa Nama berkata...

PAT pun pernah jd pilot..jgn la merendahkan beliau sangat..walaupun ATC pun penting juga didalam organisasi..ye x?..semua ade peranan masing2..

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:38.
Ia la tu hehehehehe jangan sensitif. Sapa makan lada dia rasa pedas nya hehehehhehe!
Tanya sama itu PAT, masa itu komunis ada, mamat nasi tonggek ada di mana?

Tanpa Nama berkata...

Salam tuanx..

Pada saya semua warga ATM tu adalah wira negara..tak kisahlah sama ada mereka tu bertugas sbg cook atau steward atau pilot atau legal officer..mereka ttp wira..

mangchikla berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=7BMDkwfkXv0

ღ cik faye ღ berkata...

salam...asking for ur permission to link ur blog at mine...:-), keep writing...our generation need this as reminder.:-)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous Semua,

Terima kasih. Memang betul, semua ada peranan masing-masing, lagi pula itu adalah rezeki yang sudah ditentukan olehNya.

cik faye,

Thank you for dropping bye. I hope those veterans out there are willing to share their invaluable experiences with us.

Keluarga dan Sahabat berkata...

Tuan...
Alhamdulillah saya terbaca blog tuan.. saya juga bekas anggota TUDM cwg kejuruteraan... mohon kebenaran tuan utk link blog tuan terus ke FB seorang pembuat drama yg berminat dgn cerita2 pahlawan negara yg tidak didendangkan ini... beliu sekarang sedang dlm proses menerbitkan drama Pasukan Harimau....saya ada mencadangkan supaya beliu menghubungi tuan terus melalui blog tuan ... dan menurut beliau... beliau berminat

Andy.....

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Andy,

Terima kasih kerana melawat blog saya. Tiada masalah untuk link kpd FB penerbit drama.