Followers

Thursday, March 24, 2011

Keindahan Maligan

Pembaca...Punyalah saya mencari gambar-gambar, selain yang terpapar  di sini, yang melibatkan sebuah Nuri ditimpa kemalangan di Maligan tapi tidak berhasil. Baru-baru ini, saya cubalah nak belajar semula tentang facebook. Terdapat satu mesej daripada PW2 (B) Saifuddin, KU saya ketika di No 5 Skn. Beliau telah cuba menghubungi saya semenjak Okt 2010 tapi saya tak perasan kerana tidak membuka facebook sekian lama. Namun demikian, dengan tunjuk ajar isteri, saya telah mula buka facebook dan seterus menghubungi beliau dan mencadangkan agar menghantar gambar-gambar ketika kami berkhidmat di TUDM Labuan.

Salah satu gambar yang dihantarnya ialah Nuri yang sedang terbaring di Maligan. Sungguh sayang sekali gambar ini lambat diterima untuk dimasukkan dalam buku saya!!

M23-17 berbaring menikmati keindahan Maligan

Dari kiri: Sjn Saifuddin, mendiang Lt (U) James Tinggom, saya, Sjn Jaafar. OD H557 Juliet One pada 3-4 Ogos, 1984 (bermalam di Kota Kinabalu) - Penerbangan VVIP  

Beliau turut menghantar gambar-gambar ketika pembinaan Terumbu Layang Layang. Saya akan siarkan nanti, Insya-Allah.

En Saifuddin...Terima kasih.

9 comments:

mangchikla said...

Tk tuan . Lamo eden tak tgk gamba James. xsilap den James ngan merejok satu intake. James kemalangan di mana tuan?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara mangchikla,

Kalau tak silap saya, mendiang James terkorban di kawasan pergunungan di negeri Perak.

Anonymous said...

Diharap tuan agar dapat memuat lebih banyak lagi gambar tuan ketika masih berkhidmat dalam TUDM. Saya sebenarnya seronok melihat gambar2 tersebut.

Luke

SAIFUDDIN said...

very happy to help you out, sir...good old times....

moza aqm said...

jame meninggal kat gunung ayam
Perak area

Yastro said...

first time tgk nuri merehatkan badan cam gitu.....

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Salah satu cara utk kita menghayati kenangan lama adalah dengan melihat kembali gambar-gambar dulu.

Dan salah satu cara utk kita mengingatkan generasi ke depan mengenai pengorbanan yg telah dilakukan oleh ibubapa a.k.a perwira adalah dengan menunjukkan gambar-gambar lama jua.

I wish to record my great appreciation for the photos uploaded to be viewed by people like me & my children.

Can I download those pictures to be incorporated in my album? Campur ngan gambor yg ada ngan gambor dari blog tuan, byk skit koleksi gambor alam tentera ni.

Faizul said...

Believe Encik Sharom was the Crewman on the Meligan Nuri.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Sanusi,

Terima kasih dan dipersilakan. Banyak lagi gambar yang dihantar ole En Saifuddin.

Saudara Faizul,

Terima kasih. Saya betul-betul lupa ko-pilot & AQM. Pilot memang saya ingat. Tak pasti pula sama ada beliau masih berkhidmat lagi.