Followers

Friday, March 4, 2011

Mungkin Penghujung Mac

Dah masuk minggu ke2 saya masih sibuk mengedit dan 'proof-read' 'Coretan Xnuripilot'. Walaupun buku itu dalam gaya blog, tapi kena juga jaga tatabahasa. Seboleh-bolehnya saya mahu kurangkan kesilapan ejaan dan 'nahu'. Ingat mudah, engkohnya boleh tahan juga sehingga kegiatan golf pun terpaksa diKIV buat seketika waktu.

Semalam, 3 Mac, saya telah menelefon KTU dan bercakap dengan seorang Lt Kol untuk bertanyakan definasi 'sortie' dan 'IFR'. Bukannya apa, ada seorang kenalan mencadangkan saya perlu ada 'Glosori' kerana pembaca yang bukan dari kalangan pilot, tidak faham terma-terma tertentu. Jawapan pegawai tersebut ialah saya perlu menghubungi Pegawai Memerintah Pengkalan untuk mendapatkan kebenaran. Terkejut berok saya dibuatnya! Manakan tidak, IFR (Instrument Flight Rules) ada dalam AIP (Aeronautical Information Publication) dan semua pilot, tak kira military atau awam, mesti mematuhi undang-undang udara. Macam peraturan jalan raya jugalah...peraturan sama untuk semua pengguna. Saya ingat nak beri definasi rasmilah...maklumlah kan saya ni seorang professional  konon-kononnya!

Tak apalah...Jawabnya, saya pun memberi definasi saya sendiri dengan harapan pembaca akan faham. Siapa lagi kalau tak bukan isteri menjadi mangsa untuk mendengar terma-terma tersebut...casevac, hover, take-off, overshoot, dll. Orang nak kata...katalah. Janji 'non-aviators' & orang awam faham apa yang dimaksudkan.

Setelah mengambil kira pandangan pembaca, inilah rupa kulit muka hadapan...

'Background' merah
Kulit belakang....
Harga turut dicatatkan-RM40 (tak termasuk pos) 

Paling awal boleh dijual, mungkin penghujung Mac nanti, Insya-Allah.

22 comments:

Katon Tin Ton said...

memang mantap

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan,

Nak dapat definasi macam tu pun kena tanya CO? Lt. Kol tu ada sayap penerbangan ke atau tidak? Agaknya dia takut aset TUDM hilang macam enjin jet tu kut, heheeheee...

Rupa kulit muka hadapan memang garang dan saya setuju sangat dengan pilihan tu.

Cuma kulit belakang tu, tulisan hitam agak kabur. Dicadangkan tulisan tu menggunakan warna contrast.

Saya nak buat tempahan buku berkenaan dan sanggup pergi sendiri ke rumah Tuan atau coffee house Darulaman Golf Club sbb rumah bonda saya di area tu jugak.

Keep us update, Sir!

Marniyati Mohd. Nor said...

Tahniah, Tuan! Insya-Allah, kami pasti beli... :)

Mohd Sabri said...

Tahniah tuan
insyallah saya pun akan membeli

ntah hapa-hapa la si Lt Kol bertuah tu. Sungguh profesional jawapannya...

suatu masa dulu, ketika masih berkhidmat di KL Base, saya diarahkan oleh pegawai atasan untuk menghantar satu parcel ke rumah seorang pegawai tertinggi TUDM dikawasan titiwangsa. Dalam perjalanan saya baru perasan bahawa alamat kediaman pegawai tertinggi tersebut tidak lengkap dan saya pula tidak familiar dgn kawasan tersebut.

Saya pun berhenti ditepi jalan, menggunakan public phone (bayar sendiri) dan menelefon ke 03-2921333 samb 4000. (no.telefon ini tertera didalam despatch notes)

Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan, saya di tolak ke kiri dan kekanan sehingga habis dekat rm3 jugakla duit saya ditelah telefon tsbt. Akhirnya saya dapat bercakap dgn Ketua Kerani yang saya kenali secara peribadi hampir 4 tahun dan inilah jawapannya yang masih saya ingat sampai kini:

Mintak maaf sahabat, kita kawan, kawan jugak tapi sahabat kena dapatkan kelulusan daripada RISUD dulu sebelum saya boleh kasi alamat rumah P..

Hmm.. terkedu saya. Mungkin P.. masa tu diletakkan dalam program perlindungan saksi kot...

mangchikla said...

'Merah sgt la pak n gah' dual tone hijau faded to blue tabley akakakak... tanyer sepuluh org speuluh jwpn berbeza.

Anonymous said...

Sir, well done. I feel that all the book on combat operational written by those who was there should be read while under training and tested before being commission into the service. It was not the case during my time as cadet. It might be the right thing to do as their objective was to create a fighting soldier and the syllabus have to be focused on that. But now since we have all the three colleges and one UPNM with a longer training period why not add another subject and name it eg Military History, Military Literature or what ever and it is a compulsory subject to be passed upon commissioning. I came to know SP and PGB because I like reading military book and I get it from story telling by senior officers , not by training module. What frustrated me all was that, even some of the RAMD or Renjer officer dont read about it. Who knows, with enforcement for all officer to know about it, we might be able to erect a War Memorial sometime in the future.

Capt (Retired)
REME Corps
Army

Anonymous said...

Assalamualaikum Mejar Nor yang dihormati,

Berikut adalah definisi dan istilah yang tuan cari.

Sortie:Sorti (Satu penerbangan yang dibuat oleh pesawat udara tentera untuk misi tertentu.)

Instrument Flight Rules : Peraturan Penerbangan Alatan.

Take-off : Berlepas

Overshoot : Dilajak.

Istilah-istilah di atas sudah digazetkan oleh DBP dan sesuai digunakan di Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Walau bagaimana pun, saya sudah catat perkataan-perkataan dalam entri di atas(casevac, take off, overshoot)dan baru sahaja dihantar ke Bhg. Khidmat Nasihat DBP. Mudah-mudahan ia dapat membantu.

Iskandar aka DR Bubbles
drbubbles.blogspot.com

Anonymous said...

harap tuan dapat maklumkan sekiranya buku tersebut telah siap untuk ditempah....

Anonymous said...

Salam Tuan,

Bila dah tersedia untuk dijual, InsyaAllah saya memang berminat nak membelinya. Lgpun pengalaman yang Tuan telah lalui memang amat bernilai dan patut di kongsi bersama oleh generasi masa kini supaya lebih menghargai pengorbanan semua warga ATM demi menjaga negara Malaysia yang tercinta.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara/Saudari Semua,

Terima kasih. Lt Kol berkenaan adalah seorang pilot. Mungkin perkataan 'IFR' & 'sortie' highly classified dalam TUDM kut!

Saudara Iskandar,

Terima kasih tentang istilah rasmi tersebut. Terus terang saya katakan bahawa saya terserentak juga apabila mengetahui makna istilah 'sorti'. Pemahaman saya sepanjang berkhidmat 25 tahun dalam ATM, 'sorite' ialah, dalam perkataan mudah, 'penerbangan pesawat dari satu destinasi ke satu destinasi'.
Sebagai contoh, ketika 'Ops Piramid', pesawat C130 telah membuat beberapa sorti dari Jeddah ke Cairo dan balik ke Jedah dalam misi ops tersebut. Kalau mengikut DBP, jumlah keseluruhan penerbangan dalam misi tersebut, iaitu dari KL-Jeddah-Cairo-Jeddah-KL hanya melibatkan 1 sorti sahaja. Itulah pemahaman saya dan mungkin juga ramai lagi pilot berfahaman sedemikian. Tapi, kalau DBP dah rasmi mentakrif makna tersebut, betullah tu.

Saudagar Kacang said...

Mejar Nor, walaupun istilah DBP ini istilah rasmi, namun terpulang pada Mejar untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengikut pemahaman dan pengalaman Mejar.
Penggubal istilah merujuk kepada pakar dalam bidang tertentu bagi mendapatkan penerangan yang tepat.

Namun ia sentiasa dinamik dan boleh diubah.

Janji pembaca faham apa yang hendak disampaikan.

Jika ada lagi perkataan yang mahu dibantu mendapatkan istilah, emelkan pada saya : adabi99@gmail.com

Saya cuba membantu sedaya mungkin.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Iskandar,

Terima kasih di atas tawaran anda. Sudah pasti saya akan meminta bantuan anda apabila diperlukan, InsyaAllah.

Lan PPL said...

Salam tuan,

pemahaman saya dalam istilah IFR ni sememangnya Instrument Flight Rules. Flight rule terbahagi kepada 2.. IFR & VFR (Visual Flight Rules) yang mana VFR adalah penerbangan yang memerlukan pilot melihat terrain dan landmark untuk menentukan kedudukan. Map pun berbeza bagi IFR dan VFR. Tuan lebih arif dalam hal ni. saya cuma ex cessna pilot (PPL) saja.
Tuan, buku tuan tu dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris?

Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Lan PPL,

Terima kasih. Memang betul apa yang anda kata tentang IFR & VFR. Saya bertanyakan kpd pegawai tersebut untuk mendapat makna yang tercatat dalam AIP. Nuri pilot di era saya kerap terbang VFR kerana Nuri ketika itu bukan IFR-rated helicopter. Sekarang ini saya difahamkan kebanyakan Nuri sudah di'upgrade' ke IFR-rated.

Buku dalam bahasa Malaysia.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Saya confirm booking 02 buku CORETAN XNURIPILOT....please inform ya....

IFR = "I FOLLOW ROAD" / "I FOLLOW RIVER" sering disebut oleh semua juruterbang NURI era tuan (Maaf sekiranya saya salah) untuk VFR flight because dah sebati dengan OPS AREA.....

Saya berharap legasi pesawat NURI diteruskan dalam perkhidmatan hingga 10-15 tahun (Amin....) seperti Amerika Syarikat mengaktifkan semula 101 x Seaking milik US Navy dengan version S61T Triton by CARSON HELICOPTER untuk beroperasi di Afghanistan...

Cheers,
JeffNSP@hotmail.com

Nota Fikir said...

Okay jugak, lebih menarik dan lebih garang daripada yang dahulu....Sesuai dengan jiwa perwira.

zulfatah said...

salam.insya Allah tuan,sy menanti dengan sabar buku tuan tu.

zulfatah said...

salam, tuan
saya nak booking buku tuan,at least 5 copies.1 dari nya sy akan hadiahkan pada mertua saya,x-risik dan 1 lagi pada schoolmate saya (org bukit larut,taiping),yang juga pilot nuri tetapi terlibat dlm 1 nahas nuri di interior sarawak.(dlm awal 2001 ke 2002 mcmtu)time tu Kapten(pangkat dia semasa nahas) Nurul Amir b Othman dlm misi outpost resupply.both his boss n new pilot in their sqn were killed.dia cedera parah dibahagian tulang belakang/saraf.sy kurang pasti ape flight status dia skrg.he sure will be delighted to now that there is a book yg chronicled the experience of nuri pilot.the danger n thrill flying those irreplaceable but aging workhorse.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara zulfatah,

Terima kasih. Saya ingatkan pilot yang terkorban itu arwah Lt (U) Roslan. Arwah orang Taiping tapi terkorban dalam pesawat Cessna dari Tawau ke Labuan.

zulfatah said...

tuan,sy dh emailkan pengalaman rakan sy tu pada tuan.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara zulfatah,

Terima kasih. Sila baca e-mel saya.

Sue said...

Tuan,

Tahniah dengan terhasil nya buku ini. Saya Berminat dengan buku ini dan menelefon Tuan sebentar tadi. Selepas bank in saya akan mesej tuan alamat saya. Terima kasih Tuan.

surianisalihan@yahoo.com