Pengikut

Isnin, 9 Mei 2011

"Beauty & The Beast"

Kebanyakan pilot helikopter, jika diberi pilihan, sudah pasti nak terbang pesawat yang canggih-canggih terutama buatan 'Uncle Sam' atau pun EU....seperti 'The Old Beauty' ini.

'The Beauty" sedang membuat winching sorti

Saya masih ingat laporan akhbar yang menyiarkan pandangan seorang individu yang tidak bersetuju sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk membeli Mi-8 buatan Russia untuk mengganti Nuri. Alasan utamanya ialah kerana teknologi lama (kalau tak silap). Memang betullah agaknya kerana ketika itu beliau masih berkhidmat.

Setelah dinilai oleh pakar-pakar TUDM, 2012 nanti pilot helikopter yang terpilih akan  menerbangkan 'The New Beauty'....

EC725 Helicopters for the French Armed Forces 
EC725...'Terkukur'?

Mungkin negara tak mampu untuk membeli 'heavy lifter' seperti Chinook untuk membawa balik golongan 'The Beauty' sekira terlibat dalam kemalangan.....

Chinook RAAF mengangkut Nuri dari kawasan Gunung Korbu ke AIROD,  Subang

Mujurlah ada 'The Beast' yang dipandang hina ini...

 Buatannya kasar tapi 'functional'....mampu mengangkut 'The Beauty' - 
Mi-8 mengeluarkan M23-11

Jangan gusar...'The Beast' ini boleh disewa daripada syarikat swasta untuk tugas-tugas seperti di atas. Paling tidak pun, Bomba sedia membantu kerana menggunakan pesawat Mi-8.

23 ulasan:

mangchikla berkata...

N I heard thru the 'grapevine'Airod is not appointed for the maintenance of the EC725

Faisal berkata...

EC725 kena Eurocopter la servis heli tu. Eurocopter dah buat pelaburan berjuta-juta lemon. Takkan nak bagi Airod; banyak sangat cerita yg kurang enak. Lagi pun, in a few years time, Rusia pun tak akan guna Mi-8 lagi.

mangchikla berkata...

Yg eden dongar bukan Eurocopter, tapi agak eden sykt tu perlu berkerjasama ngan Eurocopter as OEM. Boustead baru invest a significant amount of shares ngan sykt tuh. Tekenang dulu Airod selalu guna istilah 'First right of refusal' Tatau ape yg Airod dpt, musti ade 'win win' situation kot. Radio karat yg cakap la :D

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,

Kesian pulak tengok nasib si NURI, yang telah berbakti kepada negara selama 4 dekad ini digantikan dengan EC725 Cougar @ EC225 Puma @ AS332L2 Super Puma.

Seronok lah pilot zaman sekarang, berbanding dengan pilot waktu insurgensi dahulu, semuanya auto pilot.

Saya berharap si NURI diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pesawat sokongan, dan saya gerenti atau jamin pesawat baru ini akan digunakan untuk role VIP / VVIP daripada role ketenteraan. Maaf ya (bukan bias EUROCOPTER atau anti pesawat baru).

JeffNSP@hotmail.com

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Memang kesian siburung Nuri ini...sampai hati orang menggelarnya 'Flying Coffin'. Tak apalah, bukannya Nuri dijual sebagai besi buruk dan akan tetap berterbangan di ruang angkasa negara, InsyaAllah.

paipkarat berkata...

Nuri masih baloe digunakan sebagaimana di UK & german walau bagaimanapun baik pulih yang intensif perlu dibuat. seandainya pembaikan didapati tidak ekonomik pembelian baru perlu dibuat. banyak pilihan yang ada utk diuji nilai sebagaimana yang dipaparkan dalam media. jika ada dikalangan MP yang mempertikaikan pembelian kita anjurkan satu rombongan 3hari 2malam bawa merekan round satu malaysia kita tengok mereka sanggup atau tidak menaikinya. jika tidak sanggup jangan pertikai yang bukan2.harga belian jgn ckp sb beli heli bukan mcm beli myvi.

Tanpa Nama berkata...

Maj, Nak tahu siapa yang untung itu sahaja!
Dengar khabar ish ish ish... satu untuk kamu, dua untuk aku.
Ini kena tanya ketua projek tim dengan PAT ... hehehehehehehe kita tunggu masa nya bila nak buat RCI.
Kesian kat AIROD? tak payah lah dia dah squeeze TUDM berlebih dan penyelengaraan EC725 tu kita tunggu lah macam mana yang akan berlaku, kalau nak ikut kan yang ada Eurocopter kat sini... adui...abis lah taxpayers money! lagi ganas dari AIROD hehehehehe tak caya tanya PAT dan bekas PTU!
Asalkan jangan injin EC 725 tu hilang sudah lah... macam cerita injin F5E tu sampai sekarang tak tahu apa jadi.
Alahai kesian TUDM... kalau negara perang agak nya camne ya maj?

FMZam berkata...

Kesian aku kat Nuri tu, umur dah lebih setengah abad, dah lebih separuh tiang, dah masuk kategori warga emas dah, tapi masih lagi dikerah suruh kerja, bukan kerja ringan tapi kerja berat. Tuanya si Nuri tu, dah boleh kata antik lah, orang2 yang sama2 kerja dengan dia masa dulu pun pun dah pencen dah, tapi si Nuri tu masih tetap kena kerja, macam banduan yang dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup kerja berat! Bagilah dia berehat, kalau taknak bayar pencen dia pun tak apa asal dia dapat merasa erti rehat. Repair macamana pun, upgrade apa pun, tak boleh jadikan dia muda semula, tulang2 dia yang reput tak boleh ganti seratus peratus mesti akan ada yang terlepas oleh mata manusia nanti berlaku pulak metal fatique kang menjunam jugak dia ke bawah. Rivet dia pun tah boleh ganti semua ke takut terlepas dari pandangan mau pulak terobek dalam flight, terbang pulak kulit badan dia. Cukup2lah dengan si Nuri ni, beli aje yang baru takut kita ni nanti asyik nak ganti dengan pilot baru je lagi haru.

Tanpa Nama berkata...

salam semua.....

sokong 100% dengan paipkarat

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Ulang semula....

Gurindam oleh seorang kawan, ex-nuri pilot juga - tanpa edit. Sampai hati beliau mengkhianati 'The Faithful' nuri - the workhorse of the RMAF those days....! Jangan marah, my friend...he....he.

Nuri....oh nuri....
Walaupun tua masih lagi berkerja
Pilot lama dah bersara
Kini kau dipandu pilot muda
Badan mu sekarang terlalu tua
Terketar-ketar di angkasa raya
Pabila tempoh bad weather
Kau terbang tak tentu hala
Silap langkah pilot muda kau bawa bersama
Nuri....oh nuri....
Walaupun tua tetap berjasa

FMZam berkata...

Kadang2 kita kena dengar cakap orang yang kata Nuri tu flying coffin sebab pilot2 zaman sekarang pun tau betapa tuanya si Nuri walau di mulut tak berani berkata tapi di hati gedebak gedebuk setiap kali nak terbangkan benda yang dah tua. Basikal tua kalau putus brek boleh jugak guna brek kaki.....Nuri tu dah bagi tanda kalau asyik kena recovery tu faham ajelah....

Abu Amir berkata...

Masalahnya nuri itu memang sepatutnya diganti baru, yang dipersoalkan adalah harga dan kos selengara yg melampau? Kita amat simpati terhadap anggota tentera yg bertarung nyawa utk menerbangkan nuri.
Heli Mi-8 versi terkini masih relevan sebagai pesawat pengangkut anggota dan bantuan kecemasan semasa bencana. Ia merupakan pesawat yg paling banyak dioperasikan diseluruh dunia.

Tak kan nak angkut anggota yg ramai guna pesawat CSR yg canggih tu? Membazir tu namanya. Pesawat EC725 kita tidak perlu kuantiti yg banyak, Perancis pun hanya ada beberapa saja(8 kalau tak silap). Macam nak perang bebenor?

Tanpa Nama berkata...

Salam.

I enjoy flying the Nuri..Good aircraft. Well done!

Nooori Pilot

Tanpa Nama berkata...

Helikopter Nuri memang terlalu banyak jasa dicurahkan kepada negara. Lebih 40 tahun. Tak kira di dalam negara dan di luar negara. Di Cambodia (UN Mission), Acheh (tsunami), Somalia (kapal bunga melati) dan insurgensi serta bantuan kemanusiaan di dalam negara. Saya memang amat kagum dengan keazaman dan kecekalan pilot nuri dari dahulu sehingga sekarang kerana kesungguhan mereka menjalankan tugas penerbangan. Mereka tidak gentar walaupun berkali-kali dikecam dan diejek dengan pelbagai gelaran yang menyedihkan apabila menerbangkan NURI. Walaupun pesawat yang lain lebih canggih berbanding NURI, tetapi jasa NURI amat tidak ternilai dengan kata-kata. Kebanyakan pilot NURI yang saya kenal memang 'very humble person' berbanding dengan pilot lain yang menerbangkan pesawat canggih lain. Saya menyarankan agar PILOT NURI dari dahulu sehingga kini diberi penghargaan oleh ATM. Tak perlu penghargaan dalam bentuk ganjaran wang. Pingat penghormatan sudah memadai mengenangkan jasa mereka. Kesian kat NURI PILOT sebab rakan pilot pesawat yang lain mendapat pelbagai pingat perhormatan sama ada persekutuan atau negeri, sedangkan PILOT NURI ini kerja tak kira waktu.

I salute you all NURI PILOT!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Memang benar Nuri banyak berjasa kepada negara tetapi sayang sekali, tidak diberi pengiktirafan sepatutnya!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua

Sebagai generasi baru pesawat nuri , rasanya x ada sebarang masalah pada pesawat ni. We enjoy flying with nuri.
Untuk pengetahuan semua Aircraft Maintenance ni tak sama mcm penyelenggaraan kenderaan lain. Dilakukan dgn teliti dan berulang kali.Istilah 'boleh pakai lagi ni',sama sekali x wujud dlm penyelenggaraan nuri !
If not Confident,I never fly with Nuri until yesterday!

You Call, We Haul.....

FMZam berkata...

Letih dah kita semua bercakap tentang jasa si Nuri yang tidak terhingga ini. Jenuh dah kita berbicara tentang pengorbanan si Nuri yang tidak terdendang selama ini. Penat dah kita melakar luka dan parut perjuangan si Nuri yang selama setengah abad berkerja tanpa henti di ruang angkas kita namun tidak diabadi dengan perhargaan yang wajar untuk seorang pahlawan tua.

Hanya kerana dia saekor Nuri, dia bukan Enggang, Helang dan Rajawali, dan kita hanya soldadu biasa, kita bukan jeneral, panglima atau menteri, walau kita cuba berulangkali tapi kalau sudah Nuri tidak di hati mereka, cukuplah dengan siksaan ini, cukuplah dengan tiada siapa yang peduli, biar saja Nuri abadi di tugu hati kami, kerana Nuri tetap wira kami yang sejati.

Tak mungkin ada soldadu yang akan lupa wajah Nuri berdiri dihadapan mereka didalam hutan belantara, bertentangan mata. Abadikanlah wajah itu dalam sanubari kita, kerana kita tak perlu tugu untuk si Nuri kerana Nuri sentiasa di hati kita.

Yan-Chan berkata...

Assalammualaikum Tuan

Untuk makluman, pesawat sebenar yang Bomba gunakan adalah Mi-171 dan Mi-17 IV yang dicipta berdasarkan Mi-8.Sehingga ke hari ini,Bomba telah memiliki 2 buah Mi-171, ,2 buah Mi-17 IV dan 2 buah AW 109.

FMZam berkata...

Sejak 2,3 hari blog2 semua bila nak post komen tak leh masuk, keluar "blogger is unavailable". Ni habis pos2 ada yang terpadam ada komen2 yang hilang. Korang tak perasan ke? Dasyat ni kali nape?

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,

Pada pendapat saya, walaupun kita dapat pesawat baru like EC725 Cougar @ EC225 @ AS332L Super Puma bagi menggantikan S61A-4 Nuri tapi kalau harga maintenance mahal @ banyak masuk poket, new aircraft will facing the same problem like the Mighty Nuri.

Lagi satu negara jiran kita, gelak aje tengok bila beli EC725 Cougar coz that aicraft upgrade version fm AS332L Super Puma, saya sokong pendapat Saudara Abu Amir said that even the negara pengeluar Perancis only have 08-10 only, even negara yang telah menggunakan pesawat AS332M Super Puma like Swiss Air Force & Singapore Air Force still maintain to use it rather buy the EC725 Cougar.

So, pada pendapat saya pesawat Nuri memang masih boleh berkhidmat lagi hingga 15 - 20 tahun akan datang. Saya naik hairan juga kenapa negara Belgium & Jerman masih meneruskan menggunakan pesawat Seaking @ Nuri sebagai pesawat SAR, dan mereka bangga dengan pesawat tersebut. Tak hairanlah Nuri kat Malaysia asyik problem dan kena recovery selalu bukan sebab pesawat Nuri tak bagus cuma harga maintenance yang kena potong (coz banyak masuk poket)so spare part pun kena rob fm the other Nuri. Apa pun, saya berharap Nuri diberi peluang dengan maintenance yang telus.

** Saya mohon maaf sekiranya tersilap kata **

Cheers,
JeffNSP@hotmail.com

eiyjump berkata...

Assalmmualaikum,Abang minta izin nak 'copy'gambar heli 'chinook' angkat bangkai si 'Nuri' tu,saya ingat lagi waktu tu saya masih kecil,tinggal di kem PGA,Ulu Kinta,dulu 'PPH',heli nie telah melalui kem ini,saya sempat melihatnya.Tak sangka dapat tengok gambar ni.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara eiyjump,

Dipersilakan.

apaajanews berkata...

salam mej,

rasanya penggantian kepada helikopter jenis baru memang patut dilaksanakan,,,lagipun Nuri memang dah lama

keduanya rasanya EC725, is the best la setakat kemampuan dari segi modal negara...kalau nak diikutkan mungkin ramai yg minta merlin, tapi ec725 dengan harga dan equipment SAR antara gabungan terbaik dari segi harga dan keperluan

mungkin ec725 tak semuan versi SAR, mungkin ada versi 'transport' yang boleh digunakan untuk rmf dan juga putd.

again...penggunaan satu jenis heli untuk rmaf dan putd rasanya lebih baik.

kepala pun tak sakit, senang nak maintained...just my 2 cents

apapun nampaknya NURI akan terus berterbangan...apabila diupgrade ke versi TRITON

PERNAH MELIHAT NURI membuat demo SAR DI PENGAKALN TUDM SG BESI...tahun lepas walaupun dikatakan tua tapi tetap gagah...dan respect pada pilot NURI yang begitu berani