Pengikut

Ahad, 15 Mei 2011

Wira Somalia - 1

Pembaca...Saya betul-betul tak menang tangan pasal buku ini. Apa tidaknya, 'everything-in-1'...Sayalah derebar, posman, book-keeper, pegawai pemasaran, pembungkus dan entah apa lagi. Saya akan ceritakan nanti nasib seorang penulis amatur persendirian (tanpa sebarang pengalaman) dan masalah yang terpaksa dihadapi, Insya-Allah. Tanpa gelaran dan 'talian hayat', memang banyak dugaan! Walaubagaimana pun, saya sungguh berterima kasih kepada para pembaca yang banyak menggalakkan sehingga penerbitan buku tersebut menjadi kenyataan.

Tapi ada golongan yang gembira bila saya dalam keadaan begini! Sapa lagi kalau bukan geng tarik troli...Members telan saya hidup-hidup setiap hari kerana saya tidak boleh fokus dalam golf. Tak apalah....beri mereka peluang keemasan ini kerana selepas ini tiap-tiap hari giliran saya pula kembong perut dengan nescafe ice FOC...He...He....He.

Jadi, buat masa ini, memadailah 'copy & paste' cerita wira-wira yang telah dianugerah PGB ketika 19 RAMD berkhidmat di Somalia. Saya percaya ramai yang masih belum membaca buku "19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA" oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar. Saya telah meminta kebenaran beliau.

Lt Kol Dr Syed Othman....Terima kasih.

Nota: Sesiapa yang beli melalui e-mel/sms, tolong e-mel/sms nama dan alamat pos. Sekarang saya ada 2 pemesan yang dah cr RM melalui CIMB click tapi tak tahu alamat dan # telefon; hanya nama sahaja. Saya tak pasti sama ada mereka mengguna akaun orang lain untuk membuat pembayaran. Pasal duit ini saya sungguh takut...Jangan main-main perbuatan yang tak diberkati olehNya!

3 ulasan:

Faisal berkata...

Mejar, adakah publisiti dlm Utusan Malaysia tempoh hari banyak membantu penjualan buku? Dari mindef takdak pesanan ke, Mejar?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Faisal,

Memang banyak membantu. Saya berterima kasih pada Dato' Zaini Hassan. Saya dah hantar 1 naskah kepada Perpustakaan KEMENTAH dan semalam ketika berada di sanan, saya telah berjumpa dengan Pengarah Pendidikan untuk bertanya sama ada mereka akan membelinya. Masih menunggu jawapan.

Tanpa Nama berkata...

Sir, my squad mate Boys Wing RMC 1979. He was in A Company while I was in E Company.

Capt (Retired)
REME Corps
ARMY