Syukur Alhamdulillah.....Pagi 29 Mei, saya telah menghubungi beliau bertanyakan sama ada pihak tertentu ada menghubungi beliau. Jawapannya ialah '...Ya'. Pengarah JHEV Cawangan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, Lt Kdr Borhan bin Daut TLDM, telah menziarah beliau baru-baru ini. Malah beliau (Mej Sawal) akan pergi ke Cawangan tersebut dalam masa terdekat untuk memberi dokumen yang diperlukan, Insya-Allah.
Saya difahamkan JHEV tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh sahabat saya sebelum ini. Menurutnya, apa yang beliau perlukan sangat ialah laporan pakar mata bagi memudahkan proses 'medical board'. Sekiranya semua laporan sudah ada, kemungkinan beliau akan dipertimbangkan untuk mendapat 'disability pension'....lebih kurang begitulah kerana saya ni pun bukannya arif dalam bab-bab ini.
Pihak TUDM pula masih belum menghubungi beliau. Bukannya apa....Mereka sedang sibuk dengan sambutan HUT ke-52 pada 1 Jun nanti. Saya percaya selepas majlis tersebut, ada wakil TUDM akan menghubungi beliau. Malah saya telah dijanjikan oleh seorang rakan yang beliau akan '....follow-up with KESEK'.
Mej Jen Dato' Zulkiflee.....Terima kasih di atas keprihatinan Dato'. Syukur Alhamdulillah.
T A M A T
5 ulasan:
Salam Tuan..
diharapkan ini adalah 1 langkah permulaan untuk semua veteran2 ATM yg terabai atau pun yg terlepas pandang. 1 persoalan didalam kepala saya sekarang ni adalah Kenapa masih ada veteran2 yg terabai?? kita ada agensi agensi tertentu,kenapa tak digunakan agensi agensi itu utk memgesan atau mencari para veteran yg hidup melarat ataupun yg mhadapi masalah kesihatan?? Jangan lah habis madu sepah dbuang merata2...
Salam Tuan,
Syukur alhmadulillah, kerana nasib Mej Sawaluddin telah mendapat perhatian pihak JHEV Malaysia.
Tahniah dan terima kasih di atas semangat setiakawan yang ada di dalam jiwa Tuan.
Selamat HUT TUDM yang ke 52
...Sentiasa Di Angkasa Raya...
Cheers,
JeffNSP@hotmail.com
Kita ada lebih kurang 45 persatuan bekas tentera di seluruh negara. Tak cukup dengan itu, terbaru kita ada Akta Veteran dimana Zahid Hamidi memperkenalkan Rang Undang2 Veteran 2011 di parlimen Mac 2011. Dibawah akta ini semua bekas tentera mesti mendaftar dengan JHEV. Namun masih juga ada bekas tentera yang tidak terbela nasibnya. Apa alasannya? Mungkin yang tak terbela nasibnya itu ialah yang tak berdaftar dengan mana2 persatuan. Apa kata kita ikut Akta Veteran tu dan semua, semua bekas tentera mendaftar dengan JHEV. Harap2 selepas ni tak akan ada lagi berita bekas2 tentera yang tak terbela. Harap2 kerajaan kali ini benar2 ikhlas dengan mengadakan Akta tersebut, bukan sekadar untuk tujuan politik Zahid Hamidi. Tak salah kalau kita cuba dulu kan, tak cuba mana tahu?
Saudara Semua,
Terima kasih. Memang benar kata FMZam tentang kewujudan berbagai 'Persatuan' yang membabitkan veteran ATM. Secara peribadi, saya berpendapat xveteran hendaklah mendaftar dengan JHEV dan juga mana-mana organisasi yang diminati, seperti PBTM, dll. Rasanya tidaklah adil menyalahi agensi tersebut jika tidak dapat mengesan seseorang veteran. Bukannya mudah JHEV hendak menjejaki setiap veteran yang mungkin sudah pindah-randah. Jadikan tanggungjawab kita untuk memaklumkan mereka tentang pertukaran alamat.
Saya tetap percaya dengan kata-kata '....kalau tak cuba, mana nak tahu'.
Akhamdulillah..Semoga terbela nasib mereka yang sepatutnya..
Catat Ulasan