Pengikut

Khamis, 5 Mei 2011

Tugu Gubir?

Pembaca...Merujuk kepada coretan ini, saya terima gambar berikut daripada Xxx Xxxxxxx...



Saya tidak pasti di mana tugu ini dibina - adakah di luar kem atau dalam kem? Kemungkinan besar dalam kem. Sekiranya tekaan saya ini betul, pada pandangan saya, penempatannya kurang sesuai.

Secara jujur, saya tidaklah begitu berpuas hati dengan 'tugu' ini. Apa yang saya mimpikan ialah seboleh-bolehnya 'pahatkanlah' nama  wira-wira yang gugur dan hendaklah dibina di luar kem. Tujuannya ialah bagi membolehkan rakyat Malaysia yang lalu-lintas di situ dapat menghayati pengorbanan mereka. Walaubagaimana pun, sekurang-kurangnya ada juga!

Tugu yang dibina oleh anggota RAJD di No 5 Skuadron setelah berjaya membina tugu di Pulau Layang Layang (No 5 Skn telah berpindah ke bangunan baru)

Xxx Xxxxxxx....Terima kasih.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di cadangkan tugu itu di bina di luar kawasan kem bagi tatapan generasi muda,terlalu nostalgia dan besar ertinya bagi bekas bekas tentera dan polis.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Meneliti bangunan latar belakang gambar dengan perkataan Gagah Setia tu, serta jarak tugu dengannya, dibantu oleh ingatan saya yg pernah memasuki kem tersebut dapatlah saya katakan bahawa tugu tersebut di bina di dalam kem berhampiran pos pengawal pintu masuk utama.

Hope I'm not wrong.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum .........

Merujuk pada foto yang dikirimkan pada tuan oleh Xxx Xxxxxxx pada pendapat saya tugu tersebut bukan lah dibina bertujuan untuk memperingati wira-wira gubir tetapi lebih kepada memperingati akan kewujudan kem Gubir itu sendiri.
Tugu ini diletakkan ditengah kawasan kem,berdekatan dengan kantin kalau tak salah saya.

Terima Kasih

Unknown berkata...

tepat sekali...tugu ni di bina d antara kantin dn bgunan platun logistik...tugu menghadap ke padang kem...