Pengikut

Sabtu, 7 Mei 2011

Penghormatan

5 Mei 2010....Saya telah terima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis dari Alor Setar. Beliau berminat membeli "Coretan Xnuripilot".  Sementelah saya berada di Bandaraya, kami pun RV di restoran seberang jalan Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah. Beliau pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) yang berpangkalan di Kuantan, Pahang. Apa lagi, bersembang panjanglah kami; nama-nama pilot yang dia sebut semuanya saya kenal kerana pernah berkhidmat bersama ketika saya di No 10 Skuadron.

Beliau menceritakan beberapa insiden yang melibatkan PPH termasuk konvoi yang diserang hendap di kawasan operasi Gubir pada 60'an. Peristiwa ini terdapat dalam buku "The Malayan Police Force In The Emergency 1948-1960"  oleh R.Thambipillay. Buku ini turut menyenaraikan  semua anggota PDRM yang terkorban ketika menentang pengganas komunis. Saya sungguh kagum dengan keprihatinan PDRM dalam mengabadikan warga mereka...Syabas PDRM.  Beliau berjanji akan e-melkan petikan cerita itu nanti untuk saya poskan dalam blog ini, insyaAllah. Beliau turut menceritakan satu insiden di mana seorang 'senior pax' telah menembak pengganas komunis dengan pistol dari sebuah helikopter Alouette 111. Ketika membuat tinjauan udara, mereka telah ternampak kem pengganas komunis di kawasan Simpang Pulai, Perak. Apa lagi...bang...bang....bang.

Saya ada terdengar kisah ini dan cuba bertanya siapakah pilot berkenaan untuk mendapat cerita daripada perspektif seorang pilot tetapi tak berjaya. Seorang mantan pegawai Cawangan Khas juga ada menceritakan pada saya tetapi beliau enggan memberi butir-butir selanjutnya.

Lihat bagaimana 'Mat Saleh' menyanjung wira mereka...

Satu dunia dimaklumkan

Mereka yang terkorban terpahat di Labuan War Memorial

Mengharapkan bangunan dinamakan dengan nama wira Pasukan Keselamatan adalah seperti mengharapkan buah jering jatuh. Untuk mendapatkan penghormatan ini, mesti 'MENGHARUMKAN' negara seperti ini!!!!


Adakah ATM mempunyai senarai mereka yang terkorban semasa kedua-dua Darurat?  Sesiapa yang ada senarai tersebut, harap e-melkan untuk saya poskan dalam blog ini. Bukannya apa....Sekiranya terpaparnya senarai nama wira-wira tersebut, kemungkinan besar  pelawat akan menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya bangga atas usaha tuan mengumpul nama pejuang-pejuang negara yang terkorban. Semoga usaha tuan diberkati-Nya.

Tanpa Nama berkata...

Syabas saudara kerana MENYERGARKAN KEMBALI ingatan kita kepada jasa perajurit kita yang gugur di medan perang demi negara tercinta yang kita diami sekarang.
Al fatihah. Amin

shafik berkata...

Sekiranya dapat dikumpulkan senarai nama yang gugur semasa era melawan PGK, alangkah baiknya. Saya pasti ada di kalangan pengunjung blog ini dari kalangan keluarga mereka yang gugur seperti saudara mara, cucu, atau anak . Saya juga dapat membayangkan perasaan mereka..Bangga, rasa diingati dan segalanya bercampur baur...Malah mereka yang mungkin sebelum ni tak tahu al-kisah ahli keluarga mereka yang gugur di medan perang, boleh jadi tahu...Sudah tentu si cucu cicit akan bercerita pada kawan2 atau di sekolah tentang semangat perjuangan datuk mereka dan betapa bangganya menjadi cucu kepada mereka yang gugur...sekaligus membangkitkan semangat patriotisme di kalangan mereka ...

abu muaz berkata...

teruskan kerja baik ini tuan. semua ini penting untuk renungan anak-anak muda kita.
moga mereka bersemangat untuk berkhidmat mempertahan kedaulatan negara.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tk paparan...Senarai ATM...xpasti tapi utk TD Malaysia senarai nama terpahat di Tugu d Muzium TD Port Dickson. Tuan boleh hubungi Lt Kol Mahmood RAJD Timb Pengarah Muziam TD di talian 013-3638861 atau pun Kapt Zuraiman RAJD Bekas Kurator Muzium TD(kini sedang menuntut di IPTA?) di talian 019-3387066 . Saya yakin mereka boleh membantu,Insyaallah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya akan menghubungi Muzium TD nanti, insyaAllah. Warga TUDM yang KIA hanya 5 orang sahaja semasa darurat.

Unknown berkata...

betul tu TUAN... bukan menidakkan penghormatan kpd mereka (terutama warga sukan & artis) dgn duit berjuta2, pangkat etc elok di salurkan ke tempat yg sepatutnya. Sekarang ni, buat lawak atas pentas pun boleh kaya dalam sekelip mata.

Saya sekarang ulang-alik KL-Kuching. Bila nak boarding kat KIA, ternampak berderet NURI standby dlm hangar + 2 kat landing pad. Terus teringat kat TUAN. Persoalannya berapa ramai kah Warga Kita yg sedar akan kehadiran bbrpa 'ekor' Nuri kat situ ????

Unknown berkata...

P1 @ katon-tin-ton adalah org yg sama (just log in pakai akaun lain)

thx

Tanpa Nama berkata...

Sukan lebih diutamakan hehehe......Tentera yang berkorban jiwa dan raga ni di ketepikan supaya ahli sukan boleh mengharumkan nama Malaysia. Memang best Malaysia ku!