Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

Apakah Rasionalnya?

Saya masih menggaru kepala untuk mencari jawapan....Apakah rasional pihak Pos Laju  memulangkan (return to sender) kiriman saya ke Labuan?

23 Ogos...Saya telah menghantar 6 naskah buku yang dipesan oleh pegawai No 5 Skn, Pangkalan Udara Labuan. Walaupun beliau mengkreditkan RM270 (termasuk RM30.00 untuk kos penghantaran), bagi menjimatkan kos, saya telah menggunakan sampul surat Pos Xpres berharga RM7.00 untuk 1kg. Besar sampul surat ini boleh mengisi 2 buku. Ini bermakna hanya memerlukan 3 sampul surat dengan kos RM21.00: baki RM9.00 dikembalikan bersama dengan buku tersebut.

27 Ogos...Saya dimaklumkan bahawa hantaran saya telah dikembalikan dan boleh diambil di Pusat Pos Laju, Jitra (PPLJ). Alasannya '...KERANA TIDAK MEMATUHI PERATURAN PENGEPOSAN POS EKSPRES'. Saya yakin bukan melebihi had berat kerana staf PPLJ sendiri telah menimbang di depan saya setiap satu sampul surat tersebut. Untuk makluman, syarat yang dimaktub pada sampul surat itu ialah 'SURAT DAN DOKUMEN SAHAJA'. Saya anggap buku saya sebagai dokumen juga kerana ia tidak melebihi 1 kg, saiz: 340 mm x 250 mm dan tebal 25 mm. Apakah yang maksudkan dokumen seberat dan bersaiz yang tercatat pada sampul surat, malah buku saya lebih kecil, tidak tebal dan tidak melebihi berat yang dihadkan? 

Apa yang saya tak faham ialah ....ITEM DIKEMBALIKAN 'From: Pusat Poslaju Labuan'. Buku-buku tersebut telah pun berada di Labuan!!! Kalau tidak diterima penghantaran di 'posting point', iaitu Jitra atau pun di KL semasa nak masukkan ke dalam pesawat, masuk akal jugalah. Tapi ni dah sampai ke destinasi. Eh...Eh...Eh...Mana le logiknya. 

27 Ogos...Bagi mengatasi masalah ini, saya pun hantar semula dalam 6 sampul surat berharga RM4.50 setiap satu. Saya tak boleh ramalkan apa tindakan Pejabat Pos Labuan apabila menerimanya nanti. 

29 Ogos jam 1230....Saya telah menghubungi Pos Laju di 1 300 300 300 untuk mengetahui status penghantaran. Alangkah terkejutnya  apabila dimaklumkan yang Labuan dalam proses menghantar kembali ke-enam-enam kiriman tersebut. Untuk maklumat lanjut, saya disyorkan untuk menghubungi Pejabat Pos Labuan. Nasib baik saya menelifon Labuan kerana mereka sedang dalam proses penghantaran 'return to sender' buku-buku tersebut kerana ketebalan sampul surat melebihi had yang dibenarkan - 10mm. Oh no...not again!! Saya sempat memintas proses ini. Tak malu saya katakan yang saya terpaksa merayu agar mereka menyerahkan kepada penerima memandangkan keesokan hari, 30 Ogos,  kaum Muslim akan menyambut  Hari Raya Aidilfitri. Mungkin kesian dengan rayuan saya, beliau menyatakan akan 'lepaskan kali ini sahaja' atas budibicara apabila menerima lampu hijau daripada Pengurusnya.

Seterusnya, saya telah menghubungi No 5 Skn dan memohon kepada AQM yang bertugas (standby) untuk mengambil buku-buku tersebut di Pejabat Pos. Akhirnya, buku-buku itu selamat tiba di destinasinya.   

Betul-betul saya tak faham mengapa Labuan 'rigidly abides by the book'...langsung tiada 'flexibility'! Sebelum ini, saya telah menghantar 4 naskah buku ke Labuan dengan mengguna sampul surat RM4.50 tanpa menghadapi sebarang masalah. Saya telah mengguna sampul surat RM4.50 ini untuk mengepos lebih kurang 400 naskah: sampul surat RM7.00 lebih kurang 5 kali. Tempat lain perkara ini tidak timbul. Di masa hadapan, sekiranya ada pesanan dari Labuan, saya akan pos mengguna mel biasa sajalah nampak gayanya bagi mengelakkan ding-dong ding-dong seperti ini.

Catatan: Untuk makluman, Pos Malaysia menyediakan 2 perkhidmatan kurier - Pos Laju & Pos Ekspres. Pos Laju memerlukan pengirim mengisi borang sama ada di pejabat pos atau kedai Pos Laju. Penerima dikehendaki menandatangani penerimaan. Pos Ekpres hanya untuk 'dokumen' sahaja dengan membeli sampul surat berbagai saiz daripada pejabat pos, kedai Pos Laju atau ejen-ejen yang dilantik. Ia boleh dipos melalui peti surat berwarna kuning. Penerima tidak perlu mengesah penerimaan. 

Apa komen pihak Pos Laju?

12 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

selamat hari raya tuan..
hehehehe nampak nya mcam seperti tak ada penyelarasan SOP sje diantara pihak POS di Jitra,KL dan Labuan.. Bak kata budak2 sekarang sabar je lah :)

MOHAMED berkata...

Masih ada mentaliti rigid by the book macam ni lagi dalam Perkhdimatan Kerajaan rupa2 nya.Bayangkan Bungkusan telah pun sampai di Labuan,tapi dihantar balik,bukankah kos jugak tu?Kena lah guna common sense sama.Tak boleh kah dicajkan kepada penerima apa2 kos yang terkurang bayar?

Tanpa Nama berkata...

saya juga mngalami masalah yg sama apabila buku doa harian tidak sampai ke penerima..

SpekMan berkata...

Saya rasa SIGNAL yg cuba di berikan adalah - PLEASE USE OTHER COURIER...

Tanpa Nama berkata...

labuan memang slow...tak reti buat keje

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Tuan serta isteri. Harap saya belum terlewat untuk mengucapkannya, hehehe..

Tuan, saya berharap juga agar bekas juruterbang Caribou menceritakan dan berkongsi pengalaman mereka ketika negara diancam pengganas komunis. Tidak juga ketinggalan daripada bekas juruterbang Dart Herald. Seronok juga membaca pengalaman mereka.

Luke Jetie

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Luke,

Terima kasih. Kalau ada mantan pilot tak kira apa jua jenis pesawat yang sudi kongsi bersama pengalaman mereka, sangat dialu-alukan.

Tanpa Nama berkata...

sori mencelah
saya memang dah lama tak percaya dan tak guna perkhidmatan pos laju..cari perkhidmatan lain lah...lebih efeisen dan lebih murah..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Anon 16/9,

Terima kasih. Melainkan Labuan, saya tidak menghadapi masalah menghantar ke lain-lain destinasi. Untuk menghantar kurang daripada 500g, Pos Xpres murah. Kalau melebihi 1kg, baik guna perkhidmatan kurier lain.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum tuan. boleh tak saya tahu dimana letaknya pusat pos laju Jitra ni? saya belajar di kedah dan sedang menunggu penghantaran parcel saya yang diberitahu akan dihantar ke poslaju jitra tapi saya tak tahu dimana lokasinya. harap dapat membantu.
terima kasih

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Di seberang jalan SMK Mahawangsa. Sederet dengan Hotel Bustani.

Maya Mayana berkata...

boleh emel aduan ni kepada care@pos.com.my

saya pn dh terkena..