Pengikut

Isnin, 15 Ogos 2011

"Pembukuan" Peranan TUDM

Saya terima mesej ini daripada seorang kenalan, seorang xnuripilot juga...
Musa Copter posted in NOSTALGIA TUDM

Message extension : BG (TUDM) Dato Rosli Mohd Yusof is to compile stories and episodes, adventures and light moments, and anything WE all did during our service in TUDM especially during the times of fighting the insurgencies. Anyone keen to share your story and photos etc... can contact him at rosliyusof@yahoo.com
Musa Copter13 August 11:33
Message extension : BG (TUDM) Dato Rosli Mohd Yusof is to compile stories and episodes, adventures and light moments, and anything WE all did during our service in TUDM especially during the times of fighting the insurgencies. Anyone keen to share your story and photos etc... can contact him at rosliyusof@yahoo.com

Bagaimana bermulanya terbuka hati TUDM nak mengabadikan peranannya di era insurgensi?  Tentera Darat Malaysia (TDM) telah lama menerbitkan buku ini. Ha...Ini adalah kerana terbitnya buku "Coretan Xnuripilot". Kisahnya begini.....

16 Mei 2011...Saya telah menghantar 200 naskah buku yang dipesan oleh Pak Menteri ke Pejabat Menteri Pertahananan, KEMENTAH. Selepas itu, pergilah melawat rakan-rakan seperjuangan, termasuk Brig Jen Rosli Mohd Yusof TUDM di tingkat 20. Tanpa banyak bicara, beliau telah membeli 1 naskah. Beliau memberitahu bahawa beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan TUDM supaya TUDM merakamkan aktiviti Perkihdmatan tersebut ketika negara menghadapi ancaman pengganas komunis. Buku saya hanya daripada perspektif seorang xnuripilot, bukannya daripada TUDM amnya. Selain Nuri dan Alouette 111, pesawat Caribou, Tebuan, F5E, C130 Hercules, Dart Herald dan F28 turut memainkan peranan. Tidak lupa juga mereka di belakang tabir. Saya difahamkan agenda ini telah dibincang diForum PTU tak lama selepas perjumpaan saya dengan beliau. 

2 Ogos 2011...Jen Rosli telah datang berjumpa saya di 'foyer' KEMENTAH selepas pelancaran buku oleh Pak Menteri. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah dilantik untuk menulis buku tersebut. Kami berbincang tentang sumber maklumat. Salah satu sumber paling mustahak ialah 3011. Secara ringkasnya, dokumen ini merumuskan aktiviti bulanan skuadron seperti jam penerbangan operasi/latihan, sukan, keadaan pesawat, dan sebagainya. Di era saya, ko-pilotlah yang dibebankan dengan tugas ini. Tapi taklah seteruk mana kerana kami ikut saja format yang terdahulu...hanya 'update'kan maklumat untuk bulan tersebut. Masalah yang mungkin dihadapi ialah di mana nak mendapatkan 3011 ini? Sepatutnya bukan menjadi masalah sekiranya dokumen-dokumen rasmi seperti 3011 dihantar ke Arkib Negara. Sama ada arahan ini dipatuhi...itulah persoalannya!

Bersama Brig Jen Rosli Mohd Yusof ( 2 dari kiri) di foyer KEMENTAH pada 2 Ogos 2011 

Satu lagi sumber ialah 'Scrap Book' skuadron. Saya pasti semua 'flying squadrons' masih simpan buku ini sejak penubuhan sesuatu skuadron.  Sama juga 'Hostile Action Report' dan 'Laporan Lembaga Penyiasatan' seperti Tragedi 26 April 1976. Dokumen-dokumen ini mungkin masih disimpan di Bahagian Inspektor Jeneral TUDM.

Perasaan saya?...Sudah pasti saya berbangga kerana 'Coretan Xnuripilot' menjadi 'catalyst'   sehingga TUDM akhirnya bersetuju untuk menerbitkan buku lebih kurang seperti buku TDM yang bakal ditulis oleh Brig Jen Rosli. 

Harapan saya?...Agar buku itu nanti akan turut dijual kepada umum. Saya akan cuba mendapatkan senaskah nanti untuk koleksi peribadi saya. Saya percaya, dengan sumber yang tidak mungkin mudah diperolehi oleh penulis-penulis lain,  buku ini akan menjadi bahan rujukan untuk generasi akan datang.  

Peringatan saya?... Saya yakin mereka yang terkorban dalam tragedi 26 April 1976 sudah pasti diabadikan dalam buku yang bakal diterbitkan nanti. Sebagai peringatan, harap tentukannya dan jangan lupa juga 2 orang warga 'Air Rescue Team'arwah L/Kpl Ismail & arwah L/Kpl Sibki  turut diabadikan.

Sumbangan saya?...Saya izinkan sebarang 'cedokan' daripada buku saya sekiranya difikirkan wajar: ia merupakan satu penghormatan bagi saya. Hanya 'Acknowledgement' saja yang dipinta. 

Xwarga TUDM...Marilah kita memberi sokongan padu dengan menyumbang artikel/gambar kepada Brig Jen Rosli bagi memudahkan beliau menerbitkan buku tersebut.
Brig Jen Rosli...Selamat datang ke alam persaraan.

12 ulasan:

mangchikla berkata...

BG Rosli ni chopper pilot ke tuan?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla,

Ya. Beliau yang menceritakan bagaimana Nuri beliau kena tembak di Gubir dan memuji ketenangan Lt (U) Murah mengendali pesawat (ms 50 'Hujan Avtur). Kami sama-sama di No 10 Skn, TUDM Kuantan.

hasbullah berkata...

salam,

elok sangatlah tu....saya setuju.sejarah malaysia sukar dipisahkan dengan pesawat2 ni....rindu saya bunyi pesawat caribou!!!!

Rosli Yusof berkata...

Tn NIBS,
Terima kasih diatas usaha memaklumkan kpd X warga TUDM dan rakan2 seperjuangan kita untuk membantu saya mendokumenkan 'penglibatan TUDM memerangi insurgency' dengan memberi sumbangan dalam apa bentuk pun - artikel, gambar, temuramah dan sebagainya. Saya bercadang utk melawat semua Skn-Skn penerbangan yg terlibat dan Sykt-Sykt Helikopter awam yg employ X airforce pilot, juga seorang pirate yg berada di Pulau Kapas untuk mendapatkan bahan2 untuk projek ini.Ini merupakan projek pencen saya, kerana akan mula bercuti selepas raya terus ke ROD pada bulan 2 tahun depan. TQ
Salam,Brig Jen Rosli

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Saya setuju sangat

Nooripilot

basri bin omar berkata...

Salam Ramadhan Tuan dan BG Rosli!

Tk paparan ..Tahniah kpd BG Rosli...lama dak tak jumpa sejak tak p Kantin Mek d MPAT..setahun lebih.Doa dan harapan usaha menerbitkan Buku ini akan di permudahkan dgn bantuan rakan2 seperjuangan.Moga2 akan menjadi SATU RUJUKAN utk jenerasi depan,Insyaallah!

Rosliyusof berkata...

Salam Ramadhan Sdr Basri, memang ada cadangan nak jumpa sdr untuk cari bahan. Kita berjumpa lepas raya. Salam

Tanpa Nama berkata...

Selamat pagi, tuan.

Tuan, adakah Musa Copter ini ialah Pilot Officer Musa yang menjadi co-pilot pesawat nuri di mana mendiang Flying Officer Chung Ming Teck sebagai kapten pesawat ketika tuan pertama kali menaiki pesawat ini di Song, Sarawak?

Luke Jetie Benjamin.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Luke,

ya, betul tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sy percaya semua exservicemen mempunyai cerita mereka sendiri yg sesuai utk dikongsi bersama rakyat Malaysia yg lain yg tidak berpeluang utk mencurah bakti sbg anggota tentera...kalau kita tgk di kedai2 buku popular spt MPH dan Popular terdapat banyak buku2 autobiografi yg ditulis oleh bekas anggota tentera esp unit special forces negara lain.
Malah terdapat juga buku2 yg mengisahkan perjuangan unit 22 SAS semasa zaman konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia.

Sekiranya buku2 sebegini diterbitkan oleh exservicemen kita, sy percaya rakyat negara ini khususnya golongan yg lahir semasa zaman aman damai ini akan lebih memahami akan pengorbanan yg dilakukan oleh warga pasukan keselamatan kita.


Khaidir

orang gunung berkata...

salam,
SAS dan negara ini sukar di pisahkah ketika 'emergency' dulu, beberapa 'berup' di puncak gunung di semenanjun Malaysia seperti gunung chamah,ulu sepat,korbu, yong belar,yong yap dan swettenham ada plate yang tertera 'recce group' ..nama anggota SAS dan pasukan keselamatan tempatan ketika saya aktif mendaki dulu.
TETAPI sayang plate yang bersejarah ini hilang apabila semakin ramai rakyat negara ini mempunyai minat mendaki ...antara antara mereka telah bawak balik plate ini ke rumah......bila lae sikap vandalisme rakyat negara ni berubah...

Tanpa Nama berkata...

salam, adakah musa copter ini anggota nuri yang pernah terlibat dengan penerbangan ihsan ketika tragedi kapal karam M.V. Pulau Kidjang di muara Sungai Rajang, Sarawak pada tahun 1973. Jika ya, sila mesej saya, Zaliha (019-8682893). Terima kasih.