Pengikut

Ahad, 28 Ogos 2011

Siapa Hero?

I'M SPEECHLESS....SEHINGGA TAK TERKATA! BETUL KE APA YANG DIKATAKAN OLEH  POLITIKUS INI?
Jawabnya....terpaksa dengarlah rakaman ceramah yang dimaksudkan di sini. Memang benar laporan akhbar tersebut. Macam mana dia boleh kata begitu? Jangan salah anggap ya. Dari mula lagi saya dah kata blog saya ini 'apolotical' tapi dalam isu ini tak ada kena mengena dengan politik. Pendirian saya tentang PKM sudah saya utarakan di sini dan dalam 'Pendahuluan' buku Coretan Xnuripilot. Kerana tidak dapat menerima Chin Peng dan konco-konconyalah mendorong saya mewujudkan blog ini. 

Sungguh mengecewakan!!  Memang PKM dibawah pimpinan Chin Peng menentang penjajah Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan tapi kita mesti ingat apa objektif utama beliau.....UNTUK MEWUJUDKAN NEGARA 'DEMOCRATIC REPUBLIC OF MALAYA'. (Klik untuk membaca).
Petikan buku 'alias CHIN PENG - MY SIDE OF HISTORY'

Ambil petikan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sepertimana yang dilaporkan dalam New Sunday Times pada 28 Ogos '....He asked if Mohamad was aware that the communists in Malaya were part of a world movement and never had any intention to make Malaya an independent state but part of a communist order with no boundaries between nations'. 

Dalam laporan yang sama, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Yusof Hashim pula berkata '....whether the policemen had been working for the British or anybody else was immaterial as the important point was that they had defended the nation against communism and, therefore, should be regarded as heroes. Mohamad Sabu's views may not be wrong from the communists' point of view but, as a historian, my view is that the ones who fell defending Bukit Kepong are the heroes, not the communists'.

Hai...Kan kot fakta yang terlalu asas ini pun tak tahu!

Saya setuju bebeno dengan apa yang ditulis oleh Shamsul Akmar (...SUNDAY NOTES) dalam akhbar yang sama '....how can a company of 200 CPM members attacking a police station and barracks defended by less than one tenth of the attackers be heroic? Furthermore, if those killed included women and children (some burnt to death), what is so heroic of the CPM bandits who attacked Bukit Kepong? By any count, it is the 20 odd policemen and their families who defended the station from the time the attack started at 5am until they were murdered to the ground. So who are the heroes?'

Bolehkah kita anggap jumlah besar mengalahkan jumlah kecil termasuk perempuan & kanak-kanak  - 200+ vs 25+ - sebagai hero?

 Saya percaya majoriti mereka yang merasa kekejaman pengganas komunis atau waris-waris mereka, sudah pasti terlalu kecewa dengan apa yang diperkatakan oleh politikus tersebut. Memang isitilah 'kecewa' ini begitu 'mild'. Inilah luahan perasaan saya!! 

40 ulasan:

FMZam berkata...

Inilah akibatnya bila selama ini UMNO mengindoktrinasikan rakyat yang perjuangan menentang kominis itu sajalah yang dilabelkan sebagai perjuangan bangsa sedangkan orang2 Melayu yang menentang British melalui perjuangan kominis dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan dinafikan hak sebagai satu bahagian lain bangsa kita yang berjuang untuk pembebasan negara. Perlu diingat pada waktu itu semangat nasionalisme dan patriotisme negara masih di ubun2 maka rakyat pasti terbahagi dua antara nasionalisme UMNO dengan nasionalisme PKM, jadi salahkah Melayu yang lebih radikal memilih menyertai Rejimen ke 10 PKM untuk perjuangan mereka dari memilih UMNO yang pada waktu itu belum begitu jelas tentang pendirian mereka menentang British? Juga perlu diingat selepas pendudukan Jepun, ada 4 orang Pesuruhjaya British (tak ada sekor pun Melayu) yang sebenarnyalah yang merancang strategi penentangan kominis sehingga berjaya dan selepas itu Pesuruhjaya terakhir Sir Gerald Templerlah yang diarah mempersiapkan Malaya untuk pemerintahan sendiri, barulah kita nampak Tunku Abdul Rahman, UMNO dan Parti Perikatan muncul dan itu sekitar 1954 sebelum Templer pulang? Sedangkan kominis Melayu telah lama berjuang dalam Rejimen Ke 10 dan masih tebal dengan kepercayaan mereka dan tidak yakin Malaya akan bebas dari British dan tetap meneruskan perjuangan. Kominis Melayu juga mahu diakui yang mereka bukan pengkhianat bangsa tapi mereka pejuang bangsa cuma mereka berjuang di pihak lain, itu saja. They are of different faction. Sama jugalah dengan zaman kebangkitan kemerdekaan di negara2 lain pasti kita belajar dimana bukan hanya ada satu faction saja yang berjuang menentang penjajah, di Afghanistan contohnya entah berapa faction yang ada sehinggalah sekarang.

Kata orang sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang, sejarah sekarang yang ditulis UMNO mengatakan kominis itu pengkhianat bangsa, padahal pada waktu Tengku dulu beliau tak pernah sebut pun kominis itu pengkhianat bangsa, beliau pujuk Chin Peng berdamai dan meletak senjata.

British menang melawan kominis bukan semata2 kerana orang2 Melayu yang berkerja sebagai Polis tapi kerana orang2 Cina yang berkerja sebagai Cawangan Khas yang berjaya menyusup jauh kedalam organisasi Chin Peng melalui perang perisikan dan perang saraf. Perancang utamanya British, pelakunya Cina dan selebihnya Melayu yang jadi apa yang kita kenal sebagai AC (Auxilliary Police). Kita tidak memperkecil2kan peranan polis Melayu di mana2 pun waktu Darurat dulu malah kita kagum yang bangsa Melayu juga berani cuma peranan mereka itu janganlah sehingga kita melupai hakikat bahawa pada waktu itu kemampuan orang2 Melayu belum sampai pada tahap untuk mendominasi strategi dan taktik penjajah.

Anak cucu kominis Melayu yang masih hidup tidak sepatutnya menerima penghinaan hanya kerana nenek moyang mereka berjuang di pihak lain sedangkan nenek moyang mereka menderita kerana kepercayaan mereka untuk berjuang menentang penjajahan melalui kumpulan yang lebih radikal dan mereka percaya kepada perjuangan itu ialah satu perjuangan untuk bangsa mereka.

paipkarat berkata...

Tuan2 sekelian agenda demokrasi kapitalis & komunis bukan berakar umbi dari kita sebenarnya, walau bagaimanapun itulah salah satu cara mewujudkan satu sistem urus tadbir negara.Demokrasi wujud di barat,manakala komunis juga wujud di barat.Tiada siapa y mengaku dia bersalah dalam memilih ideologi,ianya berakar umbi berdasarkan fahaman masing2,tafsiran & agenda y ingin disampaikan.Namun ada satu tembok antara kita iaitu jgn ada sesiapa y melebihi batas manusia.Kalau ditanya Dr.burhanudin helmi yang dikatakan berfahaman komunis, apakah beliau sangat jahil dalam membezakan baik buruk.Jika dilihat pada Shamsiah fakeh,Abu samah mohd kasim,Rashid maidin,abdullah sd,siti norkiah,suriani abdullah,zainun,abdullah sudin,ibrahim muhammad dan lain-lain,sampai sudah diorg tak akan mengaku y mereka adalah bersalah,kerana itu adalah satu ideologi mereka.Tetapi lihatlah apa y mereka lakukan,kalau ditanya penduduk kemboja,tentu mati hidup semula pun mereka tidak akan kembali hidup ketika zaman pol pot sebabnya mereka dizalimi,bangsa sendiri,rakyat sendiri,negara sendiri merana.Kita pada zaman itu pun merana,kalau nk tahu azabnya tya pada si ibu tunggal y suaminya ditembak komunis,tya anak yatim y ayah mereka terkena jerangkap samar,tya ibu y kematian anak mereka,tya si bujang terlajak y tunangnya dibunuh komunis..gembirakah mereka..oh ini pengorbanan,perjuangan mesti ada y menang & ada yang kalah tapi lihatlah itu bangsa kita,saudara kita,ni negara kita.Kalau pun nak tuntut merdeka tapi kenapakah mesti berperang smp tahun 1989.Oh dikatakan sejarah ditulis oleh mereka y menang,tidak jg,tidak semuanya begitu sb tgk le pada keadaan sb sejarah melaka ditulis oleh ahli sejarah kita walaupun portugis y menang dan kita terima ianya sebagai fakta dimana kekalahan disebabkan kelemahan kita sendiri.Kalau kejayaan komunis dijadikan perbandingan dgn ditamsilkan kepada komunis china yang akan menjadi kuasa besar dunia,kita mungkin silap jika hanya faktor ekonomi yang menjadi ukuran..fakta tetap fakta bahawa komunis di negara ini tidak kira melayukah mereka,cina atau india kah mereka,hatta orang asli sekalipun y menjadi komunis mereka tetap melampaui batas kemanusiaan,tapi klu ditanya pada komunis,ini adalah perjuangan,jd sampai kesudah tiada siapa y mengaku bersalah,kami rakyat inginkan keamanan & kesejahteraan kepada sesiapa y mampu memberikannya pada kami,itulah ianya perjuangan yang sebenar..selamat hari kemerdekaan.

Kapt Rizz berkata...

Tuan tuan sekalian..
Pengkianat kah mereka hanya kerana mempertahan kan tanah air sendiri?
Pengkianat kah mereka hanya kerana mempertahan kan agama islam sedangkan yang meyerang mereka golongan yang tdak mempercaya kan agama?
Sudahlah jasa mereka kita lupakan, kini hanya kerana perpaduan dalam politik, kita hina mereka. Patut kah?
Islam pun tidak membenarkan kita menghina sesama Umat.
tambahan yang sudah kembali kerahmatulah. Saya secara peribadi tidak akan menerima apa saja perjuangan atas nama KOMUNIS. Cukuplah sejarah menunjukan beribu rakyat negara ini merana kerana PKM. Jangan kerana POLITIK kita menghina diri , agama dan bangsa kita sendiri.

'BOND' berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

dah dengar atau baca apa yg mat sabu kata atau tuan tuan dengar atau baca dalam UTUSAN Malaysia jeeee....

Tanpa Nama berkata...

God help Malaysia if you all only believe what Utusan Malaysia writes.

Tanpa Nama berkata...

Senang saja, kalau PKM memang pejuang kemerdekaan, kenapa pula berlakunya peristiwa Gubir? Kenapa masih menembak pasukan keselamatan walaupun negara sudah bebas dari penjajah? Maksudnya, PKM ini memang hendak mencapai cita2 nya iaitu mewujudkan Republic Democratic of Malaya. Jangan tertipu...

Luke Jetie

MOHAMED berkata...

Tuan Tengoklah sendiri dari komen2 pembaca blog di atas.Saya sedih kerana orang2 Melayu sendiri sudah berpecah belah kerana politik murahan.Kerana terlalu 'bijak' orang2 Melayu sudah jadi mengada2 dan melupakan perjuangan datuk nenek kita.Tuan Nor telah clear cut keluarkan isu ini bukan atas dasar politik tetapi tengoklah komen2 tak berpaksikan fakta dan keluar konteks seperti diatas (bukan semua).Masih mengaku bijak lagi?Kenapa kalau isu macam ni suatu waktu dulu akan menyatukan suara kita tetapi sekarang menjadi duri? Kerana merasakan diri terlalu pandai dalam semua perkara?kerana merasakan semua yang dilakukan oleh sebelah pihak betul dan sebelah lagi salah?Where got such things? Kalau betul katakan betul,kalau salah katakan salah...jangan tembak membabi buta,malulah dengan mentaliti macam ni!

mangchikla berkata...

Penjelasan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong dan komen beliau didalam Malaysian Insider. Wallahu 'aklam. Kullu am wa antum b khair dan 'Eid Mubarak utk semua, ameen

Tanpa Nama berkata...

saya gelihati....mudah sangat beralih pandangan bila pemimpin yang di taksub buat kenyataan....ikut jer buta tuii..selama ini ''FM ZAM" melalui komen2 beliau di blog ni bercerita tentang kehebatan "footloggers" menentang PKM di era beliau, alih2 bila pemimpin yang beliau taksub buat kenyataan menyokong komunis terus beliau pusing 360 darjah, nampak sangat XATM yang sorang takde pendirian, orang cuit sikit jer terus berubah, lepas ni kamu jangan BAGI LAGI KOMEN2 BILA MELIBATKAN ATM , takde JATIDIRI. Kenapa masa dalam servis dulu tak masuk komunis, ..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Pertama sekali, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Kedua, saya dah kata semenjak awal lagi bahawa blog saya ini apolitical. Justeru harap janganlah jadikan blog ini untuk mencarut dan maki-hamun atau melibatkan mana-mana parti politi...Kita masih ada tatasusila sebagai orang Islam & Melayu. Polimik ini tidak akan ternohtah kerana kita semua mempunyai pendirian masing-masing. Olehkerana isu politikus ini sudah dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau pula mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut, tunggu sahajalah hasilnya nanti.

Walaupun saya menghargai komen saudara semua. saya terpaksa men'delete'kan sebarang komen yang mengandungi kata-kata lucah, memaki hamun atau menamakan parti politik dalam blog ini. Saya menghormati pandangan pembaca semua walaupun tidak semestinya bersetuju dengan apa yang dikatakan. Saya sendiri mempunyai pandangan terhadap sesuatu isu. Sepertimana yang saya katakan, isu ini tidak ada kaitan dengan isu politik. Terima kasih.

Temuk berkata...

Assalamualaikum Mej. dan Pn Siti Roffini

SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir batin. Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan dan hari-hari seterusnya diterima Allah.

Bebarapa hari yg lalu saya ada baca tulisan mengenai Mej. dlm sebuah akhbar tempatan. Tahniah, sentiasa berkesempatan memperjuangkan nasib rakan-rakan tentera. Eh,eh, sempat iklankan buku sekaligus. Syukur, alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan kepada kita semua, saudara-saudara seagama, tidak menyesatkan, tidak disesatkan, dan berterusan hidup dalam keredhaan-Nya.

FMZam berkata...

Tuan NIBS,

Salam Aidilfitri untuk tuan sekeluarga dan memang patut benarlah saya ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas tindakbalas saya yang radikal keatas si Anon yang biadap dan celupar itu di pagi 1 Syawal yang mulia ini. Harap tuan faham saya bertindakbalas semua berpunca dari kata2 dia yang tidak civil dan lucah, maka begitulah juga balasan saya kepada dia dan kepada siapa2 saja yang memulakannya. Si Anon tu bekas seorang pegawai tentera dan di blog2 lain pun memang dia sedemikian dia hanya tahu memaki hamun dan dia memang berharap tindakbalas dari orang yang dimakinya malah akan menyerang peribadi dan memfitnah pemberi komen sedangkan dia selesa bersembunyi dibawah nama Anon tanpa dikenali. Ada ramai Anon yang tidak menyalahguna nama Anon tapi dia ni, jenis ini, adalah Anon pengecut.

Tuan NIBS pun pernah akui dan tahu sejak bila yang saya ni tidak memberi komen yang kritis. Saya minta maaflah kalau Tuan tak suka komen2 yang tidak mengapungkan tuan diatas Cloud 9.

FMZam berkata...

Anon 2:32 am,

Itulah jenis kamu ni mengata saya mencerita tentang "kehebatan" footslogger padahal kamu tau tak betapa payah saya nak bercerita sehingga Tuan NIBS berjaya memujuk saya, kerana apa? kerana saya kata pada Tuan NIBS tak ada cerita yang hebat untuk diceritakan. Kamu ni tak baca atau sengaja mahu memburuk2kan orang, tapi saya percaya kamu Islam dan kamu sembahyang, jadi apa jenis manusia kamu ni yang suka memutarbelitkan fakta demi menegakkanj kata2 kamu keatas orang yang kamu anti? Nawaitu kamu tu apa jenis hah?

Abu Amir berkata...

Assalammualaikum, Selamat Aidil Fitri terutama kpd Tuan sekeluarga. Saya merasa kesal dgn putar belit media utk kepentingan pihak tertentu dan fitnah yg terlampau. Media utama telah menjadi media propaganda sama seperti media penjajah tak kiralah inggeris atau jepun. Penjajah tetap penjajah, siapa menentang mereka dikira pengkhianat dan pemberontak.

Kita kena teliti dahulu sejarah kemerdekaan negara terutama golongan kiri yg berjuang dgn kekerasan dan senjata. Mereka turut memainkan peranan utk memerdekakan negara spt kompeni 10 Melayu dll. Kita tidak sama sekali menyokong PKM yg berjuang idealogi komunis. Semoga perjuangan mereka dijalan yg benar.

Sejarah kemerdekaan negara kita telah digelapkan dan diubahsuai mengikut acuan penjajah dan anak didikan mereka.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Cikgu,

Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Saudara-Saudara,

Sekali lagi saya katakan, kita semua mempunyai pendirian terhadap sesuatu isu. We have to agree not to disagree. Tapi biarlah kaedah penyampaian perasaan tersebut dengan bahasa yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang, termasuk saya sendiri.

Mungkin ada yang berminat untuk membaca artikel ini - http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/a-first-hand-view-of-fighting-the-communist-terrorists-hussaini-abdul-karim/.

Tanpa Nama berkata...

Gubir oh Gubir....

Tanpa Nama berkata...

dah la kau FMZAm...ex service la konopn2..knp ko x join komunis je masa tu? ko ni memnag bengong kot> sejarah tkn menipu la beb...layakkah seorg melayu Islam konon2nya pi join PKM aka bintang 3 menyerang balai polis seramai 25 anggota yg kesemuanya melayu..utk apa? hanya utk tunjukkan kekuatan sahaja kah? knp x seranng kem2 british yg trdpt di tanah melayu? knp perlu membunuh anak2 kecil dan isteri anggota polis tsb? pejuang kah itu? aku rasa hang ni dulu FMZAM mungkin messboy atau barmen atau jd kerani taip part one orders je...memalukan...mungkin sedara mara ko xde yg pernah dibunuh bintang 3 kot? agaknya family ko ni dimanja2 dibelai PKM ke..mana la tau...

Tanpa Nama berkata...

komunis bukan anti agama ke>? hahahah lawak3 la ko ni FMZAm...

tinta sakuradesa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Emyinda berkata...

Tn Mejar Nor Ibrahim and honoured bloggers, HISTORY MUST NEVER BE FORGOTTEN,THAT IS AN UNDENIABLE TRUTH. Pengorbanan wira para pejuang kedaulatan negara tiada galang gantinya. Their fallen souls, their deeds, sacrifices, bravery and courage should be remembered, cherished and honoured.Without them, we wouldn't have been here and going on this far...54 years.

To these fallen souls and those unsung heroes...TQVM...


...i rest my case!!! ;-)

FMZam berkata...

Anon maki,

Apasal tak berani maki hamun lagi? Kau punya mulut yang macam tong taik tu sampai Pak Oncu pun padam apa yang dia tulis, padahal Pak Oncu tak guna pun bahasa kotor tapi tah kenapa dia retract tulisan dia, agaknya dia takut kot? Mungkin Tuan NIBS boleh tolong jelaskan apa pasal tulisan Pak Oncu dipadam? Takut ke?

Azeel berkata...

Salam,

Di kejadian di Bukit Kepong pada 1950 itu, seramai 3 orang wanita dan seorang kanak-kanak, yang merupakan ahli keluarga anggota-anggota polis dibunuh dengan kejam oleh gerombolan komunis.

Kejadian yang sama juga masih dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Serangan ke atas kediaman-kediaman awam mengorbankan ribuan wanita dan kanak-kanak Palestin.

Tanpa mengira apa jua sokongan politik rakyat Malaysia, kita marah terhadap apa yang dilakukan oleh tentera Zionis. Tetapi bila kita membicarakan perkara yang berlaku di Bukit Kepong, kita mula berbalah.

Apa yang dilakukan oleh komunis di Bukit Kepong sama juga yang dilakukan oleh Israel di Gaza. Tetapi disebabkan untuk menutup kesilapan yang dikatakan oleh Mat Sabu, ada diantara kita tidak mampu menerima hakikat sebenar.

Kata-kata kita hanya berlandaskan kata-kata politik yang ditelan bulat-bulat oleh pemimpin politik. Tidakkah terfikir kita bila sesuatu yang sudah menjadi pegangan kita terpaksa diketepikan semata-mata untuk menyokong kata-kata yang tidak benar?

Aku juga bekas tentera seperti kamu yang lain-lain. Ketika menjalani latihan dan juga diingatkan sepanjang masa, sekiranya berlakunya pentempuran, kita harus menggelakkan untuk tidak mencederakan atau membunuh kanak-kanak dan wanita. Kerana golongan wanita dan kanak-kanak harus dilindungi walaupun mereka itu rakyat musuh kita. Tetapi menghairankan bila tindakan komunis di Bukit Kepong dan juga di mana-mana sahaja ketika tentera kita berjuang menentang komunis sehingga ke tahun 1990.

Tambah menghairankan, disebabkan isu ini dibangkitkan oleh PAS, UMNO juga yang dipersalahkan. Setiap apa yang ingin dibangkitkan oleh PAS, pasti UMNO akan terheret sekali. Yang menghairankan, UMNO ketika itu hanya sebuah parti politik dan ketika peristiwa yang berlaku pada 1950 itu, UMNO masih belum lagi di tampuk kuasa pemerintahan.

Saya pasti, ahli-ahli sejarah semenjak dari dahulu sehingga sekarang bersetuju yang urutan sejarah sekian lama ini ada kebenarannya. Jika ada sesuatu yang tidak betul, pasti pakar-pakar sejarah ini sudah dibincangkan secara ilmiah. Jika benarlah komunis itu adalah hero bagi kemerdekaan Malaysia, pasti ada pakar sejarah yang akan menempelak ideologi tentang kemerdekaan negara. Tetapi sehingga kini, pakar-pakar ini tidak pernah mengutarakan teori yang komunis itulah yang sebenarnya ppejuang kemerdekaan. Yang menghairankan, seorang ahli politik pula mengemukakan teori yang baru ini, sedangkan beliau sendiri kandas dalam pengajian beliau di ITM dahulu.

Tanpa Nama berkata...

mana ada ahli sejarah yg sanggup menulis catatan sejarah yg sebenar...nak cari nahas. silap hari bulan misss suru....

Tanpa Nama berkata...

hargailah pengorbanan pejuang negara..kenapa komunis yg kejam tu juga hendak diangkat sebagai wira.. mereka tak layak.

anon 2:32 berkata...

Salam,
Saya akui British memang penjajah dan banyak merosakkan sistem masyarakat di negara ini tetapi ada juga sisi-sisi yang baik pada mereka.
-menwujudkan kembali keamanan selepas jepun kalah. komunis/bintang 3 sama kejam macam jepun. kata arwah opah dan kedua orang tua saya kalau British TAK DATANG BALIK bermaharajelela la komunis ni. kata mereka takde satu benda yang langsung tentang komunis ni.
mereka pernah melalui zaman itu, mereka bercerita dari pengalaman mereka sendiri dan bukannya baca buku2,tak wujud dalam dalam diri mereka rasa nak menipu, riak dan bangga.
jangan kita terpengaruh dengan cakap2 politik. ini semua cakap nak cari makan, nak berkuasa, nak pengaruh.
bukti dan pengalaman itu lebih penting dalam menilai sejarah.

Tanpa Nama berkata...

Sejarah yang lepas tu lepas la ia..yg da mati pun x bole hidup balik..anggap la yg terkorban tu collateral damage..kalo betol kita benci penjajah buat ape kite kerje dngan penjajah..ye x?..kalo nak toleh balik pi la mintk doraemon bagi mesin masa..mungkin boleh ubah blk apa yg x btol..sebelum 57..ya kite boleh katakan mereka pejuang kemerdekaan..kerana..kita dibawah bendera Union Jack..lps merdeka baru dibwah bendera Malaya..tp kenapa masa itu PKM diburu lagi?..pikir2kan lah..sedangkan Nabi maafkan umatnya..kita yg hina dina ni siapa x nak maafkan org?..saya percaya..jika kita maafkan org..tentu kita x jadi begini..

Abu Garcia berkata...

Inilah akibatnya bila parti politik yang mereka sanjung meninggalkan perjuangan asal utk tubuh negara islam lantas menganakangkatkan perjuangan komunis pula sebagai wadah perjuangan. maka para pengikut mereka yg taksub walaupun ex-servis sanggup menyokong apasaja dewata mereka ucapkan. Lawaknya, tuduh orang putar belit fakta pula

Tanpa Nama berkata...

salam aidilfitri semua......

apa sekali pun, komunis tetap komunis. tak kira la bangsa apa sekali pun. bayangkan penderitaan yang ditanggung nenek saya sepanjang hayatnya hingga sekarang apabila melihat almarhum ayahnya mati terbakar....

cicit polis bkt kepong

Politicalamity9 berkata...

nak tergelak pon ada baca komen FMZam.. begitu cetek sehinggakan basic logical interpretation of ideology and means of achieving pun tak boleh nak compute...

p/s: to FMZam, cuba selidik2 dan tanya tengok dgn mereka mereka yg pernah hidup di dalam negara kominis... start la chat dgn org ex rusia ke, ex yugoslavia ke...

melayu berkata...

kominis tetap kominis, kominis tidak mempercayai agama, perjuangan mereka bukan utk menegakan islam, mereka membunuh ramai pejuang islam dan menentang pemerintah islam sehingga tahun 1989, mereka musuh negara dan islam sampai bila2..
mujurlah pihak tentera dan polis berjaya mematahkan pejuangan kominis ini kalau tidak negara ini akan menjadi negara kominis.
inikah yg hendak dibanggakan oleh org melayu pengkianat.
kepada org2 melayu yg menyokong kominis mereka ini adalah pengkianat kepada agama islam, bangsa dan negara..

jgn ambil mudah nk salahkan org lain utk membela kominis, itu menunjukan keturunan melayu itu adalah keturunan pengkianat dari dulu hingga sekarang..

pejuang2 negara majoritinya org2 melayu bermandikan darah dan berkorban nyawa utk membebaskan negara ini dari penjajah kominis sehingga ada yg terkubur dihutan belantara tidak dpt dikesan sehingga kini semata2 utk generasi bangsa melayu boleh hidup aman dinegara ini tetapi teramat sedihnya generasi melayu kini yg telah hidup aman hasil dari pengorbanan pejuang2 melayu telah mengagung2kan dan membela kominis sebagai pejuang negara..
org melayu pengkianat ini perlu meminta maaf kpd pejuang2 melayu yg masih hidup maupun yg telah meninggal dunia.

sekiranya kominis mengangkat senjata kembali adakah melayu pengkianat ini sanggup menyokong dan terus menjadi barua kominis utk menentang pemimpin islam dan sanggup membunuh org islam sendiri dan seterusnya merelakan fahaman kominis bertapak di negara ini? dan terus selamanya menjadi barua kominis.

jgn bangga jadi pengkianat nnti anak cucu akan meludah diatas kubur yg dikenali sebagai kubur pengkianat melayu

azwazis berkata...

Kesian & sedih saya melihat bangsa kita yg kecil ni bertelagah sesama sendiri. Ada betulnya kata orang, melayu mudah lupa.

Apa lah nasib anak2 melayu yg akan datang nanti....

Tanpa Nama berkata...

Boleh x mereka meludah pada penghianat melayu yg jadi barua british dan jepun?..

FMZam berkata...

Politicalamity9,

Don't boast yourself, you are not even near my "cetekness" with your nothing than passing two-three- sentence comments over others' posting all over the blogs world. At best you probably had created yourself as a doppelganger as your nick stinks!

Politicalamity9 berkata...

FMZam,

you are defensive, you are still not willing to learn from the lessons learned from other countries, especially the ex comm.
Why(communism)took up the arms when the intention is/was as pious as to liberate the commoners? Other than to force to power? Hence the reason I was referring to the 'basic ideology and means of achieving'.
You cant even have an intelligent debate via notion of points in hand when you take to get more personal by 'googling' around, aint you?
anyway, Im still laughing. Perhaps a doppelganger will be afraid of one IF you are one. Read more and you'll find what's the nick all about.

cheers.

p/s: Comments whether 2,3 or 4 cents are still comments allowed by the moderator and that's my prerogatives to pass whether or not you like it.

FMZam berkata...

Politicalamity9,

That's what you really are, when one calls you something, all you can best do it is calling back at others with the same name given to you, why? didn't you sound familiar like those goons we see in all blogs when we called them monkey they call us monkey? so you're a monkey see monkey do type? Don't you know to use your own word? So who's actually defensive? And you don't even know the true meaning of defense to talk your so called intelligent 'basic ideology and means of achieving' when to the taught of military, defense is also a form of attack. I LOL more on your laughing at me to see your boasting you're intelligent is no better than calling me back with the word I used on you. On this note I suggest you better brace yourself for impact with me and let me check your intelligent in other blogs where we can cross sword, not in Tuan NIBS' blog for we are wasting other people's time and space.

Btw, how much have you learned from other communist countries to know the meaning of "one person's terrorist is another people's freedom fighter"?

Next time don't boast you are clever than other people because in blogs just which clever person is not more stupid than a stupid to expose himself a target first to say he's clever.

Tanpa Nama berkata...

Just want to know why dalam dunia ekonomi kita melayu ni di dahului oleh kaum cina. Dah le ekonomi mcm tu, berjuang menentang penjajah pun kita melayu ni di dahului oleh kaum cina juga. Kenapa tak rashid maidin ataupun shamsiah fakeh yang jadi bos PKM pada zaman tu. Nama pun tanah melayu, nak membebaskan dari penjajah pun kita melayu ni perlu di pimpin oleh kaum cina ke. Kita melayu ni memang mcm tu. Mcm MLM, kaum cina yang mulakan penipuan tu kita orang melayu yang sambung. Tgk mana-mana MLM, yang berduyun kat bawah piramid tu semuanya melayu. Yang duduk kat atas tu semuanya orang dia. Samalah macam PKM tu dulu. Tapi PKM lain pulak, kalau berbaris sampai nak masuk laut tu memang le kaum dia. Yang melayu nya boleh bilang. Kita ni tak di ajar untuk berbunuhan sesama melayu. Adap sopan kita ni masih kuat lagi. Adakah rashid maidin dan shamsiah fakeh berfikiran mcm kebanyakan dari kita ni ataupun membunuh insan melayu lain telah menjadi perkara biasa bagi mereka. Kalau mereka betul kenapa sebilangan kecil saja yang menjadi suku sakat mereka. Mat Sabu pun satu, banyak benda lain yang boleh dijadikan agenda, dia nak usik juga benda yang sensitif tu. Kena professional lah sikit kalau nak tarik minat orang luar mcm saya ni. Dah lah dia tu tak handsome. Jatuh motor sikit pun naik kerusi roda. Belum pergi perang lagi. Mana lah orang mcm saya ni nak jadikan dia contoh. Mcm dalam KAGAT, pegawai KAGAT banyak sangat dapat excuse dari tugas am sampaikan saya yang GD ni pun langsung tak tertarik kepada mendalamkan ilmu pengetahuan ugama sebab saya tak nampak apa kelebihannya pegawai kagat dari saya. Sepatutnya dia harus jadi setanding dengan saya, dah tentu saya tewas sebab qualification ugama saya tak ada. Kadang-kadang ada benda yang tak perlu diusik. Jadi biarkan dia sahaja. TQ

CAPT (RETIRED)
REME Corps
ARMY

Tanpa Nama berkata...

saya sokong komen FMZam paling atas tu... ini kerana ,
1. kalau kita tengok balik background melayu melayu yang berjuang dengan PKM, mereka hanya masuk hutan pada tahun 1948... dan kebanyakan dari mereka adalah lulusah agama seperti Shamsiah fakeh, dan Mat Indra... mereka ni lepas perang menganggotai PKMM (bukan PKM komunis)., API, BATAS, PUTERA dan lain lain lagi organisasi melayu... tetapi selepas Hartak 1947, organasi organasi melayu ini diharamkan british kecuali UMNO, MCA dan MIC yang baik dengan British... ramai yang ditangkap seperti Ustaz Abu Bakar Al bakir sendiri dipenjara 4 tahun. Yang terlepas dari ditangkap masuk hutan untuk melawan British...

Masalah dia nak lawan guna apa??? parang terbang?? keris??? mereka perlukan senjata...jadi PKM yang ada senjata yang british bagi semasa WW2 dan dari China... jadi melayu melayu ini berjuang bersama sama PKM lawan British utk dapatkan senjata... seba b tu ditubuhkan rejimen ke 10 khas utk org melayu kerana mereka bukan komunis... mereka masih mempraktikkan islam sehingga kini/mati dan ada yang pi ke mekah menunaikan haji.. dalam filem Paloh ada sebut terutama masa dekat vnak habis...

Bab Mat Indera tu, beliau ditangkap dan digantung pada 1954.. masih belum merdeka... oleh British... dalam video tu mat sabu hanya sebut mat indera... bukan PKM/Komunis...

boleh check background melayu melayu 'komunis' ini dan pertubuhan pertubuhan seperti PKMM, API, AWAS, BATAS, PUTERA, Hizbukl Muslimin dan lain lain lagi terutamanya yang bergabung dalam PUTERA-AMCJA... bab darurat pertama... http://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Bagi saya x ada tempat pun sama ada pejuang komunis dari Melayu ker Cina ker di negara ini..biar mcm mana pun perjuangan mereka tetap tidak akan diterima dari dulu sehingga kiamat sekali pun...

Saya bukanlah cerdik mana, malah bukan dari era insurgensi menentang puak bintang tiga tapi kalau membantu kaum kafir (cina komunis) untuk bunuh sebangsa, seagama sendiri itu bukanlah perjuangan yang dapat diterima walau sebenar gunung pun..

Niat tidak pernah menghalalkan cara.

Jika komunis menentang penjajah British kenapa dibunuh orang2 Melayu?? Sedangkan komunis juga pernah bergantung kepada British ketika berperang dengan Jepun.

Kenapa ketika puak2 PKM (Cina) ini merobek tubuh badan, membunuh Melayu Islam, pejuang Melayu(kononya)berhaluan kiri yang menyertai PKM hanya berpeluk tubuh, memejamkan mata, memekakkan telinga sahajakah ketika itu??

Atau mmemang mereka pun terlibat sama merobek tubuh badan Melayu Islam tanpa mengenal wanita dana anak-anak kecil.

Jgn putar belit fakta dan menegakkan benang yang basah...adalah lebih menyedihkan jika terdapat Ex ATM sendiri menyokong niat 'suci' seorang ahli politikus yang menjulang PKM semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan sebelah pihak lagi.

Apakah tidak cukupkah maklumat serta fakta yang telah didapati ketika dalam perkhidmatan sehingga sanggup menjulang pengkhianat bangsa demi membenarkan kata-kata seorang politikus yang mahu meraih populariti serta kuasa undi semata-mata?? Berbaloikah??

Biar apa pun, kekejaman dan kebangsatan komunis tetap diingati sepanjang zaman biarpun ada yang cuba menyokongnya...fakta tetap fakta..kejam tetap kejam, komunis tetap komuniss!!!..

Tanpa Nama berkata...

Ini semua adalah 'permainan politik' tanahair saja.....Kali ini Mat Sabu menjadi 'mangsa' permainan mereka....

Semua media massa di Malaysia memainkan 'peranan tersembunyi' dalam kancah politik untuk mengekalkan kuasa pihak yang disokong mereka, itu sahaja motif.

Putar belit dan putar alam tanpa bukti2 kukuh telah berjaya menghasut orang2 awam membenci pemimpin2 politik tertentu.

Cuba kita ingat2 ; Mana buktinya - petikan ucapan tulen Mat Sabu yang menyokong komunis itu di siaran TV?, tetapi isu ini dialih dengan komen2 berapi - marah2 Mat Sabu di media massa saja hingga rakyat2 tertanya2 - yang tidak tahu apa2 terus percaya dan ikut memarahi sama Mat Sabu. Akhirnya bukti petikan kata2 dari Mat Sabu itu terus ditenggelamkan dalam acara penghinaan. The Mission is Accomplished....
Musuh telah berjaya di lemahkan!

Selepas ini pemimpin politik lain pulak akan jadi mangsa, begitulah seterusnya hingga dunia kiamat...

Ini semua dari pengalaman...