Followers

Tuesday, July 31, 2012

Hari Pahlawan

31 Julai...

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

'....to recognise and honour those who gave up their lives in the cause for peace and freedom!' (ihsan)

Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya


Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang


Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat


Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

8 comments:

ღ cik faye ღ said...

Selamat Hari Pahlawan Uncle!

Anonymous said...

Selamat menyambut hari pahlawan. terkenang masa di kroh kapt nor ibrahim hogger n his soup story.

Anonymous said...

Salam Major Sir. 'SELAMAT HARI PAHLAWAN'. Semoga kerajaan dan rakyat malaysia akan lebih menghormati PAHLAWAN dlm erti kata sebenar. PAHLAWAN, jasamu dikenang dan sentiasa harum. Pls know, that we are so proud of you. 'Sedia Berkorban'. Salute...UP!!!

basri bin omar said...

Salam Tuan dan Para Pahlawan!

Maklumbalas Istiadat Ulangtahun Hari Pahlawan 2012 di Dataran Merdeka!

Alhamdulillah Syukur kerana diluangkan Allah SWT utk bersama di Istiadat tersebut....lebih syahdu kerana di bulan Ramadhan!
Sempat berbual dgn AKS PA Mk ATM(Timbln beliau BG Ibrahim TUDM- NuriPilot)...dimklmkan Kad2 Undangan tlh di despatched oleh Bhgn Istiadat JPM 2 mggu lps TAPI x di terima????(Posmen LETIH kot bulan Posa????) Beliau menerima bnyk pggln x terima Kad ...atas inisiatif beliau di htrkan dgn TANGAN terus kpd Penerima SP/PGB sekali lg....mcm dok kata la ..xtau apa sebab!Semakin DUNIA canggih, kita MAKIN canggung???...sebab buat kerja HALA BELE(Org Kedah kata)...Thn 2 terdahulu OK saja.

ATM yg hadir tadi cuma SP Dato Seri Zaini(B),Dato' Kanang dan Isteri,Kapt Hamid(B) dan PGB Kept Annuar TLDM ,lain2 tak nampak muka!Wakil PTU Kapt Md SoM x TUDM dan seorang Pilot x TUDM

Tadi masa SAJAK PERWIRA di deklamasikan oleh Lt Kol Radzi saya nampak seorang penerima PGB PDRM dpn saya mengesat air mata xputus....sedih dan sayu agaknya.Wallahua aklam.

Akhir Kalam ,Al fatihah buat rakan2 yang di pggl dulu mengadapNYA.AMIN!

mohamad adel said...

tk tuan Basri.
Ya itu lah adat kehidupan
Mungkin sepuloh tahun lagi dah kesemua penerima SP PGB PTU JPP kembali ke alam lain maka tak ada lagilah hero hero gagah perkasa untuk di jemput, Maka senanglah kerja bhg istiadat ni.
Tak payah pos surat jemputan dan tak ada lagi penerima pingat dok call call....minta kad jemputan.

Kesian exservice

nur_emyinda12 said...

TERIMA KASIH - SEMUA PAHLAWANKU...

Besar jasa pengorbanan kalian tiada siapa yang dapat membalasnya dengan material...melainkan iringan dan sedekah doa yang dipanjatkan kepada Illahi untukmu. Allah jualah yang dapat memberikan ganjaran pahalanya...insyaAllah.

AL-FATIHAH...BAGI YANG HIDUP MAHUPUN YANG DAH PERGI SETELAH SEKIAN BANYAKNYA BERBAKTI...

TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH

basri bin omar said...

Salam Mohamad Adel!

Tk respon....betui sangat2.....Dah tak ada nnt...lagi tak payah sibuk ...OUT of Sight ,OUT of MIND kata Mej Nor.Wallahuaklam...Selamat meneruskan Ibadah Ramadhan,moga2 Allah memberkati dan MENGAMPUNKAN kita,Insyaallah.

Anonymous said...

Beginilah nasib PESARA ATM.. tak kira Pegawai atau LLP.. Budak-budak kat bhg Istiadat tu banyak main Facebook kot? Selalunya budak-budak baru ni celik IT. Sebagai renungan... apa yang difikirkan oleh kebanyakan kita sekarang? berapa banyak harta nak kumpul.. Kereta apa nak pakai raya ni.. nak Renovate rumah sebesar-besarnya bukannya fikir berapa juzuk al-quran telah dibaca.. berapa banyak sedekah telah dikeluarkan (saham akhirat) cukupkah amalan kita?