Followers

Monday, July 30, 2012

Taici-Menaici

Mungkin ada yang berpendapat apalah si 'attention seeker' ni tak habis-habis pasal perkara remeh-temeh seperti yang dicoretkan di sini. Tapi, sepertimana yang saya katakan, saya tak kisah pun...bukan saya rugi apa-apa. Tut...Tut...Petang semalam, saya terima panggilan daripada seorang penerima KPK yang memaklumkan bahawa beliau dan juga beberapa penerima SP & PGB masih belum terima jemputan ke majlis Hari Pahlawan  esok, 31 Julai. Depa ni bukan calang-calang orang...Dato'-Dato' belaka. Untuk pengesahan, saya telah menghubungi rakan penerima PTU & KPK. Jawapannya sama juga....TIADAAik...Macam mana boleh jadi macam ini? SP & PGB memang dah bertahun-tahun menjadi tetamu gomen. Kalau JPP, PTU & KPK tu mungkinlah tercicir kerana pihak berwajib memerlukan masa untuk memasukkan lebih kurang 900 orang penerima  dalam database, tapi ni SP & PGB....Eh...Eh....Eh?

Saya pun nak juga tahu mengapa. Jadi, melayanglah sms kepada individu tertentu di JPM malam semalam (kesian beliau...cuti umum pun simejar pencen ni kacau pasal kad jemputan...Eh....Eh...Eh). Saya tabik spring pada beliau kerana meminta nama-nama yang tercicir itu. No problem. Pagi tadi, beliau telah menjelaskan 'kedudukan sebenarnya'. Jemputan telah dihantar ke alamat yang diberikan oleh ATM. Mungkin betul ke ATM tak kemaskini alamat hero-hero depa? Jawabnya, melayanglah emel berikut kepada PAT (jangan ditanya responsnya...Biasalah...He...He...He)...

From: nor ibrahim sulaiman
Date: Sun, 29 Jul 2012 21:00:57 -0700 (PDT)
To: Tan Sri PAT
Cc: PTD; PTL; PTU; KP Veteran; JPM Datuk Othman; RAFOC; Dato' Zahid Hamidi; S/u Politik
Subject: JEMPUTAN KE MAJLIS HARI PAHLAWAN PADA 31 JULAI 2012

Assalamualaikum Tan Sri,
Syukur alhamdulillah, akhirnya saya terima kad ke majlis di atas walau pun JPM sudah bersetuju terhadap saranan saya agar penerima-penerima JPP, PTU dan KPK turut diundang semenjak tahun 2011 lagi. Saya telah mencoretkan penghormatan ini di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/tetamu-gomen_5292.html.

Tanpa dijangka, saya telah dihubungi pelbagai pihak. Mereka memaklumkan bahawa mereka, penerima SP, PGB & KPK, tidak menerima kad jemputan. Ada di antara yang berbintang-bintang di bahu serta bergelar. Perkara ini telah saya panjangkan kepada pihak JPM. Petikan respons agensi tersebut '...untuk makluman jemputan yg dihantar adalah berdasarkan rekod dan alamat yg diberi oleh pihak ATM. kita minta mereka update rekod tsb.'

Sungguh aneh sekali kerana, menurut sms daripada seorang penerima KPK, beberapa penerima SP & PGB masih menetap di alamat yang sama semenjak bersara berdekad-dekad lalu! Mustahil agensi terbabit di KEMEMTAH tidak merujuk kepada JHEV bagi mendapatkan alamat terkini? Saya sungguh bersyukurlah kerana JPM mengetahui alamat saya, walaupun mereka masih mengekalkan pangkat 'Kapt (U)' yang saya sandang ketika dianugerahkan Pingat tersebut pada 1979.

Saya tidak pasti dimana silapnya dan bukan nawaitu saya untuk menuding jari. Jangan salahkan saya sekiranya beranggapan terdapatnya elemen 'taici-menaici' di antara pihak-pihak berkenaan, wallahualam. 

Diharap mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak Tan Sri. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN TUDM (B)
Sent from Yahoo! Mail on Android

Komen di coretan sebelum ini '...Tk paparan....saya baru terima jemputan Rasmi hari ni dpd AKSPA Mk ATM ..tu pun satelah buat pertanyaan kpd PS 1 Istiadat pada Hari Jumaat lps...katanya Jemputan di kendalikan oleh Bhgn Istiadat JPM....mungkin terlepas pandang kot bulan 2 Puasa ni Wallahu aklam.' membuat saya berfikir dari 2 aspek.

Pertama. Penerima-penerima memang menunggu jemputan rasmi ke majlis sebegitu. Ia menunjukkan betapa signifikannya jemputan Hari Pahlawan, Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia pada mereka. Terlalu sedih  sekali wira-wira terpaksa 'merayu' bagi menentukan mereka tidak tercicir. Sungguh mengecewakan!!!!

Kedua. Dengan teknologi yang serba moden, saya tiada jawapan mengapa wujudnya keadaan begini. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menghantar kad jemputan bagi para penerima Anugerah Perkasa - ATM atau JPM? Bagi rakyat seperti saya, jangan salahkan saya sekiranya saya berpersepsi wujudnya elemen 'taici-menaici' di antara agensi kerajaan.

OK lah...Tak guna menuding jari kepada sesiapa...Yang sudah tu...sudahlah. Apa yang perlu diingati ialah diharap ia tidak berulang lagi. Mungkin kami semua tidak perlu lagi merayu sempena 31 Ogos nanti, insyaAllah....Wallahualam. 

5 comments:

mohamad adel said...

taici menaiti sudah menjadi budaya malaysia.
takkanlah mereka tak tahu yg tentera yg dah tamat perkhitmatan rekod nya ada di JHEV bhg pencen. Itu pun tak boleh coordinate.
In simple English ...no initiative.
Haprak

SENAPANG PATAH said...

Salam Tuan,terima kasih kepada para pahlawan negara, sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada.pengorbanan mereka tetap akan dikenang buat selamanya... Selamat hari pahlawan dan selamat HUT RGK

SENAPANG PATAH said...

Salam Tuan,terima kasih kepada para pahlawan negara, sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada.pengorbanan mereka tetap akan dikenang buat selamanya... Selamat hari pahlawan dan selamat HUT RGK

Arunzab said...

Sudara Nor,
I think this will end up like the issue of distribution of the JPM medal. Apparently they have no record of the those who qualify for it . Now you have to apply for it individually by giving details . Mana pernah Ada orang apply for medal !! Now we may probably need to apply to the JPM to be invited for Hari Angkatan Tentera as our own JHVE is not doing any thing about it . Hopefully our JHVE will sort things by next year .

Any way my best wishes to you and your wife for being the guest of the Gomen for Hari ATM. After all the effort that you have been putting in this episode you certinally deserve this honour. Please blog on it when you come back.
Salam

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

SELAMAT HARI PAHLAWAN kepada para pahlawan bunga bangsa negara dan seluruh warga ATM.

JASA DAN PENGORBANAN KALIAN PASTI TETAP DIKENANG...Allah swt pasti akan memberikan ganjaran pahala para syuhada buat kalian, insyaAllah.

Al Fatihah kepada kalian semua...

p/s My special dedications to ALL of you Tuan Mejar Nor Ibrahim - The nations's Unsung Heroes - are posted in my blog. Feel free to walk through ;-D