Followers

Wednesday, July 4, 2012

Jantung Mekanikal...Fasa Pertama

Syukur Alhamdulillah.....Sebentar tadi, terima panggilan daripada Yati, isteri Edi, memaklumkan bahawa Edi telah selamat menjalani pembedahan memasukkan Jantung Mekanikal. Sepertimana yang dicoretkan di sini, sepatutnya pembedahan dijadualkan esok, 5 Jul, tetapi disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan, proses ini telah dilaksanakan hari ini.

Edi pada 01 Julai 2012

Menurut Yati, pada jam 0800, Edi telah dibawa masuk ke OT dan pembedahan bermula pada jam 0900. Dan selesai lebih kurang jam 1500. Dewasa ini, pihak IJN sedang menyediakan peralatan berkaitan di bilik di ICU. Beliau akan sedar dua hari nanti, insyaAllah. Untuk hari ini, hanya Yati, kak dan Abang Chu sahaja yang dibenar melawat Edi. Esok barulah keluarga terdekat dibenar melawatnya. Kemungkinan beliau akan berada di ICU  selama 1-2 minggu, terpulang kepada keadaan.

Para Doktor & Semua Yang Terlibat di IJN...Terima kasih.

Para Pembaca....Terima kasih diatas doa dan sokongan anda semua.

Sms daripada Yati pada 5 Jul jam 1659 '...Terkini...Edi dah sedar lebih kurang pukul 10 mlm tadi...cepat dia ssedar w/pun dijangka sedar petang ni..semangat dia kuat tu yang cepat  sedar..hari ni pukul 1 pm ballon pump yang dipasang dipeha kanan (dipasang sebelum operate unt menguatkan jantung) dah dicabut n dijangkakan boleh menggerakkan kaki 6 jam kemudian...tapi masih tak boleh bercakap...sbb tiub masih ada dlm mulut..n makan masih menggunakan tiub melalui hidung...dia dah kuat bersembang menggunakan pen n kertas..yang kelakarnya dia dah minta cermin mata nak tengok tv alhijrah..alhamdulillah'. Syukur alhamdulillah.


Sms daripada Yati pada 6 Jul jam 2139 '...Hari ni.....tiub oksigen drpd mulut edi dah dicabut pukul 11am n dan boleh minum air masak pada pukul 4pm...edi dah boleh bercakap n mula makan..6pm edi makan malam dengan berselera..lapar katanya...menu...bubur nasi ayam, chutney tomato n ais krim n setin susu nutrisi (hanya bo didapati di hospital - perasa vanilla) seda katanya...nampak bertenga dia harini...' Syukur alhamdulillah.

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Agreed with some commentators that we need to value our life.

My pray to him and get well soon.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussaalam Saudara Kamal,

Thank you for your prayer. We should be forever bersyukur to Almighty Allah for the good health that most of us take for granted.

Arunzab said...

Saudara Nor,
To add further to your words there is a saying." There is something funny about life, all too often you never really know what you have till its gone. "

My countiounes prayers for brother Adi and the family during this tribulation and difficult times. At times like this only Allah the all Mighty is our savior .We can only do so much the rest is left to Illahi the all kind and all merciful, Amin.

By the way your e mail adress does not seem accessible

Salam