Followers

Tuesday, January 29, 2013

Mimpi Di Siang Hari

Sambungan daripada coretan di sini. Dari aspek pembinaan runway di Pulau Layang-Layang, bukanlah sesuatu yang menakjubkan jika dibanding dengan pembinaan Lapangan Terbang Kansei, Jepun, berikut...

Lapangan Terbang Kansei dibina di atas 100% pulau binaan manusia

Perbezaannya ialah proses mentransformasikan Terumbu Layang-Layang. Ia diawasi oleh negara-negara berkepentingan yang tidak senang dengan tindakan Malaysia. Pengisytiharan negara terhadap terumbu-terumbu terbabit telah mendapat bantahan daripada negara-negara tertentu, rujuk di sini

Kapal TLDM & pesawat maritim sentiasa membuat rondaan bagi mengelak sebarang kemungkinan

Macam saya katakan dalam coretan sebelum ini, peranan kami - yang menurut perintah/your obedient servants - hanyalah melaksanakan arahan orang atasan. Orang macam saya di peringkat bawahan, tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dan perancangan di atas sana. Tugas kami mudah saja...Arahan suruh terbang...Terbang. Apa yang saya coretkan dalam buku dan blog ini hanya sepintas lalu dari faktor kemanusiaan. Bagaimanakah agaknya di peringkat tertinggi negara? Pelbagai faktor perlu diambil kira oleh para perancang....sejarah, perundangan, hubungan antarabangsa, ekonomi,  dll. Paling penting sekali, keazaman pemimpin negara yang sedia menghadapi apa jua risiko bagi menentukan kehadiran negara di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.

Negara bernasib baik kerana ramai di antara para perancang, seperti xPM, Pak-Pak Menteri, PAT, Pak-Pak Jeneral, KSN/KSU, dll, masih hidup. Dalam majlis tersebut, jika diadakan, para peserta boleh mengajukan soalan untuk mendapatkan penjelasan 'from the horse's mouth' itu sendiri (meminjam kata-kata xPM di sini). Tak perlu lagi nak buat kajian/penyelidikan; tak perlu le nak memikiokan pelbagai hipotesis  itu & ini;  tak perlu mempertikaikan tindakan depa itu & ini semuanya tak kena le; dan entah apa benda lagilah! Semuanya terjawab kerana depa semua masih bernafas untuk menjelaskannya...tanya sajalah! 

Atau memadai pengkaji sejarah atau rakyat mendapat bahan daripada 'Wikipedia' saja...mungkin lebih meyakinkan kut!!! 

Pada pandangan simejar pencen ini, bio le maklumat ini diketahui oleh semua rakyat. Jadikanlah  kehilangan Pulau Batu Puteh satu pengajaran yang begitu mahal. Difahamkan, 2 punca utama keputusan ICJ tidak memihak kepada kita ialah kerana 'kehilangan' surat 'pindah milik' dan tiada penempatan orang kita di sana!! Jika isu Pulau Layang-Layang dan 4 buah lagi stesyen dibawa ke mahkamah tersebut, saya percaya alasan-alasan itu tidak lagi relevan....wallahualam.  

Kalaulah ada yang bertanya apakah impian saya untuk 'menghargai' usaha saya yang tak habis-habis menghidupkan cerita tentang topik ini, jawapannya ialah saya banyak-banyak bersyukur sekiranya tersedit di hati mana-mana Pang5 menawarkan saya melawat 'Fantasy Island' itu. Mana le tahu, depa sedia  menyelitkan nama mejar pencen ini dalam 'passengers manifest' sempena lawatan sambil belajar penuntut-penuntut MTAT/MPAT  ke sana. Kalau tak silap saya, setiap tahun depa pi melawat pulau tu dengan menaiki C130H Hercules. Ini hanyalah mimpi di siang hari seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba! 

Kali terakhir saya menjejak kaki ke sana ialah pada 24 Ogos1984...29 tahun dahulu. Semenjak itu, hanya lihat gambo-gambo saja.

Penerbangan terakhir ke Terumbu Layang-Layang aka Stesyen LIMA bersama mendiang Lt (U) Tan Eng Huat dan Sjn Jaafar

Sekiranya ada pihak berwajib membaca coretan yang tak sepertinya ini, pikio-pikio le apa yang diluahkan oleh insan kerdil ini yang sungguh bersyukur dilahirkan sebagai rakyat negara Malaysia tercinta ini.

Sunday, January 27, 2013

Bahan Sejarah

Dah senja-senja ni, saya banyak memikiokan topik sejarah. Saya mahukan rakyat mengetahui sejarah negara kita Malaysia tercinta ini, seperti bagaimana sebahagian negara terletak di tengah-tengah Laut China Selatan dan Selat Melaka. 'Acreage' negara bertambah dengan pengisytiharan Pulau Layang-Layang dan 4 lagi terumbu serta Pulau Perak sebagai sebahagian hak Malaysia. Tidak menghairankan saya sekira terdapat segelintir rakyat tidak menyedari kehadiran 'orang kita' di sana atau di mana lokasi pulau-pulau tersebut.

Justeru, mejar pencen ini telah menghantar emel kepada KP ANM pada 24 Jan 2013, jam 1546, dengan andaian bahawa masih tiada sebarang tindakan diambil untuk mendokumentasikan 'salasilah' Pulau Layang-Layang dan 4 lagi 'Stesyen' di Laut China Selatan.



Subject: SEJARAH PULAU LAYANG-LAYANG 

Syukur alhamdulillah, YABhg Tun Dr Mahathir telah memberi penghormatan kepada saya dengan kesedian beliau menukil 'Sekapur Sireh' dalam buku saya yang akan diterbitkan itu nanti, (http://xnuripilot.blogspot.com/2013/01/wajah-buku-ke2.html), insyaAllah. Hasil nukilan itu, saya terpanggil untuk mencadangkan agar pihak ANM menganjur majlis wacana bertopikkan perkara di atas.

Ramai di antara mereka yang terlibat dari peringkat perancangan sehingga pelaksanaan, masih hidup. Negara seharusnya mencungkil pemikiran Tun Mahathir yang menjadi penggerak utama sehingga 'acreage' negara bertambah. Kini, 'orang kita' ditempat di 5 buah terumbu, termasuk Pulau Layang-Layang. Pengalaman pelaksana seperti saya, warga Paskal/komando, Jurutera, hanyalah 'perencah' dalam mengimplimentasikan dasar kerajaan.  Sungguh ironis sekali sekiranya generasi akan datang terpaksa merujuk kepada tulisan para cendiakawan asing untuk mengetahui sejarah negara sendiri!

Sekian untuk pertimbangan Puan. Diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Saya tak pasti sama ada cadangan itu mendapat 'perhatian' pihak berwajib. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Oh ya, saya tidak bermaksudkan tumpuan hanya kepada transformasi fisikal dari terumbu kepada sebuah pulau seperti berikut....


Dari Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef)


Kepada Pulau Layang-Layang

Pada pandangan sayalah, pembinanaan infrastruktur itu sendiri oleh pihak swasta, tidaklah tergolong sebagai satu 'engineering marvel'  walaupun mempunyai nilai sejarah tapi....


Bersambung...

Thursday, January 24, 2013

Wajah Buku Ke2

Lewat petang semalam, terima draf kulit buku saya yang tak sepertinya itu - depan dan belakang -  daripada PNMB....
Buat mudah saja cukuplah!

Pada dasarnya, OK le tu kecuali gambar-gambar di kulit belakang itu perlu dipinda  bagi memaparkan sejarah kelahiran Pulau Layang-Layang, insyaAllah (telah dipinda).  Butir-butir buku yang hanya 1k naskah akan dicetatakkan...
  • 142 halaman.
  • Size: A5 - 148mm x 210mm.
  • Kertas:  Matt Art 157 gsm.
  • Gambar - warna (yang berwarna).
  • Harga - RM40.00 termasuk kurier. Sekarang tidak boleh guna sampul surat 'Pos Xpres' berharga ~RM5.00 lagi. Jawabnya kena guna 'Pos Laju'.
Mungkin akan siap penghujung Februari awal Mac, insyaAllah. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, buku ini adalah koleksi coretan yang saya poskan dalam blog saya ini, termasuk kisah mereka yang sudi kongsi bersama pengalaman mereka.

Catatan: Pindaan pada 5/2/2013.

Sunday, January 20, 2013

Putaran Kehidupan

19/01/2013, jam 0730....Memandulah saya ke  Batang Kali, Selangor, untuk menghadiri majlis perkahwinan Aiffel Azman, anak lelaki adik saya, Thalasiah@Intan, dengan pasangan beliau, Intan Shahira. Majlis diadakan di Restoran Cholo Cholo, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali.

Aiffel Azman & Intan Shahira 

Perjalanan itu sendiri membawa banyak kenangan. Saya menyusur keluar lebuhraya di Tanjung Malim untuk ke destinasi. Jaraknya hanyalah ~35 km sahaja tetapi ia mengambil masa hampir 30 minit. Mana tidaknya, purata kelajuan hanyalah ~60 km/jam! Inilah kali pertama saya mengguna jalan ini semenjak lebuhraya Utara-Selatan siap dibina...bila pun dah tak ingat! Bengkang-bengkok Jalan Persekutuan ini sama yang saya kerap lalui di suatu ketika dulu. Dah lama tak lalu Kuala Kubu Baru, Kerling dan Rasa. Pekan Batang Kali memang banyak perubahan.

Kelebihan majlis seperti ini ialah perjumpaan  kaum-kerabat dan sahabat handai. Dan mengetahui keadaan mereka!  
Dari kiri: Kak, saya, Wan Ismail, Intan, Khazana (isteri Muha)
Duduk: Dari Kiri: Muha (sepupu), Abang Chu (suami kak) 

Dari kiri: Mak, Wawa, Aiman. Pergerakan mak terbatas kerana sakit lutut

Bersama Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak

Muha datang dari Kota Bharu dan kesihatan beliau agak terganggu jika dibanding kali terakhir kami bertemu di Lenggong pada 17/01/2012 di sini. Namun demikian, beliau masih datang. Sama juga dengan Abang Chu. Beliau baru keluar dari IJN. Apa nak dikatakan, dah di ambang sore ini, rumah sakit menjadi destinasi yang kerap dikunjungi!

Jeng...Jeng...Bertemu dengan Dato' Khalis Abu Hassan. Kami adalah  'class-mate' ketika di Tingkatan 2 di Anglo-Chinese School, Sitiawan. Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah pada 1963, 50 tahun dulu, iaitu sebelum saya bertukar ke KE VII, Taiping pada 1964.

Dato' Khalis, xduta ke Russia

Kepada ke2 mempelai...bermulanya satu putaran kehidupan sebagai suami-isteri. Ayah Ngah mendoakan agar berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Thursday, January 17, 2013

Di Tangan PNMB

16/1/13...Semua yang dikehendaki untuk mencetak buku yang tak sepertinya itu telah diserahkan kepada pencetak - Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB). Menurut eksekutif terbabit, mungkin awal Mac boleh siap, insyaAllah. Sepertimana yang dikatakan di sini,  saya akan mengguna kertas 'matt-finish' dan gambar berwarna (yang mana berwarna)...Dan Bab 1 memang banyak gambar! Harap-harap semuanya  berjalan seperti yang dirancang, wallahualam.

Pada 15/1/13, saya terima 16 gambar tentang pembinaan awal Stesyen Lima/Pulau Layang-Layang. Gambar-gambar tersebut mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Namun demikian, saya hanya mampu memuatkan 4 gambar sahaja. Ini kerana sebarang penambahan akan melibatkan kos pencetakan. Tambah muka surat....+ duit! Gambar hitam-putih....+ duit! Gambar berwarna...++ duit! Masalahnya, bajet mejar pencen terhad....Kesian saya!

OKlah, berikut adalah di antara gambar-gambar tersebut...
Proses membina cerucuk

Proses membina 'pendinding'

Pendinding mula nampak rupa

Siap
Saya sungguh mengharapkan agar ada pihak yang sedia menerbitkan buku khusus berkaitan sejarah Pulau Layang-Layang dari mula perancangan negara menuntutnya sehingga kini. Ramai mereka yang terlibat masih hidup termasuk penggeraknya utamanya, tak lain tak bukan....Tun Dr Mahathir. Banyak kertas ilmiah telah dibentang oleh para ilmuan di pelbagai forum. Namun demikian, mungkin saya silap,  sehingga sekarang rasanya tiada buku ditulis. Apa yang saya coretkan hanyalah sepintas lalu saja, skimming the surface only. Itu pun tekanan hanya kepada aspek kemanusiaan.

Sesiapa di luar sana yang sedia menyahut cabaran saya ini? Hanya sekadar buat renungan sepintas lalu.

Lt Kol Basri Omar...Terima kasih.

Sunday, January 13, 2013

"Sekapur Sirih 2"

Selain dari Tun Dr Mahathir (di sini), saya juga turut diberi penghargaan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, yang sudi menukil 'Sekapur Sirih' beriku....Syukur alhamdulillah.


Sekarang menunggu salinan asal dokumen ini sebelum memulakan proses pencetakan. Difahamkan ia sudah diposkan pada Khamis lalu. Mungkin diterima minggu depan kut, wallahualam.

Terkini: Melalui forum dalam facebook 'Cintai Taiping Group', saya terima berita ini...'Zarina Osman terima kasih Mej(B) NIS..diatas maklumat yg diberikan...Ahmad Shihan..sepupu sy ank pd arwah...tuk makluman Tuan isteri pada arwah telah kembali kerahmatullah pd 20/12/2012 yg lalu...Al-fatihah'. Apa yang beliau maksudkan ialah isteri kepada arwah Lt (U) Shaharuddin Ishak dan ibu kepada saudara Ahmad Shihan yang saya coretkan di sini, telah pergi menyahut panggilan Ilahi pada 20/12/2012...Al-Fatihah.

Friday, January 11, 2013

"Sekapur Sireh 1"

Wow....Memang tak diduga berjaya juga simejar pencen ini diberi penghormatan oleh seorang negarawan, TUN DR MAHATHIR, untuk 'menghiasi' buku saya yang tidak sepertinya itu nanti - "Perbatasan Terhadapan Negara & Lain-Lain Kisah"....Syukur alhamdulillah!

Tidak dinafikan saya mengenali bukan hanya sekadar orang-orang beso di Malaysia saja, malah di seluruh dunia. Masalahnya, depa yang tak kenal saya...He...He...He. Saya sungguh menghargai nukilan Tun.

Macam saya katakan di 'Pra-kata' di sini, buku ini adalah hasil 'copy & paste' coretan-coretan tertentu dari blog saya. Justeru, ia masih mengekalkan gaya penulisan 'talking writing', istilah seorang rakan seperjuangan. Komen beliau apabila dimaklumkan kesudian Tun itu "....Poooh la mak aku tabik spring kat hang. Aku pun tersentoh dengan tulisan tun. memang banyak horse's mouth yang masih hidup kalau tak di manafaatkan amatlah rugi dan betul kata tun tu generasi akan datang tak kan dapat tahu cerita yang sebenar dan tepat. semoga hang terus menzahirkan lagi buku sebegini seterusnya. Syabas and wellllll done". 

Sekarang tunggu lagi satu dokumen 'ori' sebelum beri lampu hijau kepada Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB) untuk memulakan pencetakan. Tebal buku 140 halaman, kertas 'matt' atau 'gloss' dan mana-mana gambar yang berwarna, dikekalkan, insyaAllah. Bab 1- '1 Transformasi...Terumbu Ke Pulau Layang-Layang', gambar yang banyak. Saya hanya mampu mencetak 1k naskah sahaja. Kemungkinan penghujung Februari siaplah agaknya dicetak, insyaAllah.   

Sekali pandang, bukannya susah sangat nak melariskan 1k naskah. Kalau 1k warga ATM beli....Sekelip mata habis. Namun realitinya tidak semudah itu sepertimana yang pernah saya lalui dengan buku pertama dulu! Percayalah...BUKANNYA SENANG!!  Tapi saya kira nasib saya baik kerana Datuk Zaini Hassan telah membuat ulasan dalam ruangan 'Cuit' beliau. Publisiti itu punyalah banyak membantu. Kerana tulisan itu jugalah mejar pencen ini dijemput ke program MHI TV3....Terima kasih Datuk. 

Apa pun, saya bersyukur kepada-Nya kerana Perpustakaan Negara/Negeri, serta para pembaca blog saya yang banyak membantu. 

Apabila penerbitan ini menjadi kenyataan nanti, insyaAllah, bermulalah proses melobi agensi-agensi tersebut. Sudah pasti saya menaruh harapan agar para pembaca akan terus menyokong saya dengan membeli buku saya yang tak sepertinya itu nanti. TERIMA KASIH.

Tuesday, January 8, 2013

Minggu Pertama 2013

2013 baru masuk seminggu  tapi sungguh bermakna! Negara kehilangan seorang Pahlawan Negara, mendiang PW1 (B) Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau pada awal pagi 03/01/13 (di sini). Saya sungguh    kecewa apabila terbaca ada yang tergamak mempertikaikan keperwiraan mendiang dan kewajaran gomen memberi penghormatan negara...Sungguh sedih sekali!! Apa pun, pada saya, mendiang tetap seorang hero dan ikon seorang anak watan negara yang sedia berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara....RIP. 

Secara peribadi pula, saya kehilangan 'Kak Yang' (80), seorang sepupu, yang telah pulang ke rahmatullah pada 05/01/13. Saya terima sms pada jam 0459 daripada adik memaklumkan arwah telah pergi buat selama-lamanya pada jam 0300 di Kuala Kangsar. Maka, memandulah ke KK untuk menziarah arwah buat kali terakhir...Al-Fatihah.

Pada 07/01/13, saya terima emel daripada saudara 'Senapang Patah' menyarankan agar saya menyentuh sikit tentang KD Sri Perak. Hari ini, 08/01/1984, adalah HUT ke 29 tahun insiden tenggelamnya kapal TLDM tersebut ke dasar Laut China Selatan semasa berkonvoi dari Lumut ke Labuan. 3 orang anak kapal berikut telah hilang sehingga kini dalam nahas itu....Al-Fatihah.
  • Lt Dya Mohamed Fuad
  • PKK Mokhtar Amir
  • LK1 Shaharuddin Sharani
Dengan kebenaran 'Pak Mail', kisah insiden tersebut didokumentasikan dalam buku ke2 saya yang akan diterbitkan nanti, 'Perbatasan Terhadapan Negara & Lain-Lain Kisah', Bab 7 - "Pelayaran Terakhir KD Sri Perak", insyaAllah. Ceritanya boleh dibaca di 'Catatan Pak Mail' di sini

Pencinta sejarah negara bernasib baik kerana kepahlawanan mendiang Datuk Kanang telah diabadikan di arkib, buku-buku dan, tidak lama lagi, akan difilemkan. Para penerima Anugerah Perkasa SP & PGB dari ATM sehingga 1984 sudah terpahat dalam buku-buku Lt Kol Dr Syed Othman (B)  - 'PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia Penerima S.P. dan P.G.B JILID 1 & 2', terbitan DBP 1993.

Bagaimana pula lain-lain wira yang tidak didendang? Mengapa tidak kongsi bersama pengalaman yang tidak boleh diukur dengan RM? Apalah salahnya menceritakan perit-maung yang terpaksa dihadapi supaya generasi sekarang dan akan datang menghargai pengorbanan para veteran. Rakyat harus diasak bahawa kenikmatan kehidupan yang dikecapi dewasa ini tidak datang menggolek begitu saja. Ia tercapai dengan keringat dan darah mengalir daripada tubuh segolongan rakyat yang sentiasa sedia menyahut seruan negara...Wallahualam.

Saya sedia kongsi bersama pengalaman bagaimana nak menerbit buku secara persendirian sekiranya ada yang berminat hendak menulis buku bagi mengabadikan pengalaman mereka, insyaAllah. Don't worry....FOC...He...He...He.  Kalau tak pun, hantar cerita itu pada saya. Jika cukup bahan, saya akan terbitkannya, insyaAllah. 

Thursday, January 3, 2013

Perginya Seorang Pahlawan

03/01/2013....Terima sms-sms berikut ketika sedang menarik troli...

08:21 daripada Mej Basri PGB...'Slm, Dato' Kanang SP, PGB tlh meninggal dunia d Hosp kuching pd 3 Jan 2013 jam 1245 pg. Derma kilat melalui Mej Mohd H. Piah PGB, Akaun Maybank 001 011 259 638'. (Sms sama daripada Lt Kol Basri PGB pada 08:27).

09:00
daripada En Zainal Fikri, penerbit filem di sini ...'Salam tuan, dato kanang ak langkau menghmbus nafas trakhir smlm jam 1;30 di kucing. harap maklum-zainal'. 

10:01 daripada Cik Nur_emyinda...'Salam Tn Mej Nor, Dato Kanang meninggal. MasyaAllah.....fyi, last 2 days n yestrdy, i spent my entire day at home, kbtuln tgh cuti sakit, @ fractured tu, reading on u n the other pgb, sp heroes. I was in tears trying hard to visualise the times of hardship from the incidents, relate each n everyone of them from stories read in some blogs. Trbawa dlm mimpi. A hero to be cherished....Sayang i didnt get the a chance to meet n talk to him in person, say to him personally TQVM N HOW I ADORE HIM FOR HIS COURAGEOUS ACTS. God bless...'

12:58 komen daripada 'Anonymous'...Assalamualaikum Sir, The country has lost its national hero this morning. Indeed, it would be appropriate if you could mention about the late Datuk Temenggung Kanang as a tribute to his services and many others alike to the country. Regards'.

PW1 Temenggong Datuk Kanang anak Langkau, SP, PGB, PGBK, telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Kuching, pada jam 0145 hari ini. Mendiang telah dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit dada ketika menonton tv bersama isteri di kediamannya di Kampung Sungai Apong.

 Pahlawan Negara Datuk Kanang anak Langkau (1945 - 03 Januari 2013)  

Saya ada mencoretkan yang ada kaitan dengan mendiang di sini dan di sini. Kali terakhir kisah perjuangan beliau telah dipertontonkan kepada rakyat pada 31 Julai 2012 di Dataran Merdeka sempena menyambut Hari Pahlawan.