Pengikut

Jumaat, 1 Jun 2012

Nostalgik Di 54

Saya telah 'download'kan gambar berikut dalam facebook - Group NOSTALGIA TUDM. Tak sangka ramai yang berminat. Jadi, sempena menyambut HUT TUDM Ke 54 hari ini, 1 Jun 2012, saya muat turunkan gambar tersebut untuk rakan seperjuangan mengimbau kembali saat-saat ketika kita masih 'relevan' dalam Perkhidmatan tersebut. Gambar diambil semasa menghadiri 'Heli Seminar' di awal 80'an: ketika itu saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. Ramai yang kini hanya tinggal dalam kenangan sahaja.

Duduk dari kiri: Mej (U) Lim TL, Mej (U) Munusamy, Mej (U) Nor Ibrahim, Mej (U) Woo YW, Lt Kol (U) Sulaiman Yacob, Mej (U) Yahya Bidin, Mej (U) Sim KP, Mej (U) Ismail, Mej (U) Musa
Berdiri dari kiri: F/Sjn Manogaran, ????, Kapt (U) Yahya Rahman, Kapt (U) Ajir Juman, ????, Kapt (U) Hadi, arwah PW Rahman, arwah Kapt (U) Mahidin, mendiang PW Lai, PW Muthu, PW Hamzah d'Souza, arwah Hashim Samad, Kapt (U) Ahmad 'Peng', F/Sjn Wong, Sjn Baharuddin, PW Arumugam, F/Sjn Patrick Lee

Maaf le kerana ada di antara mereka yang saya telah lupa nama. Sila perbetulkan jika terdapat kesilapan. 

Kewujudan saya tidak lagi memberi sebarang makna kepada TUDM tetapi saya tetap berbangga kerana telah menyumbang bakti kepada negara melalui pasukan itu. Malah, sumbangan saya tidak ternoktah walaupun kini sudah 'Out of Sight, Out of Mind'. Sehingga sekarang, saya terus berusaha menonjolkan keunggulannya dengan cara saya sendiri...My Way!  

Ini cerita lain pula. Semalam terima 'BERITA RAFOC' keluaran JAN - MAR 2012 berserta borang permohonan menjadi ahli. Kalau saya menetap di KL, kemungkinan besar saya menjadi ahli, insyaAllah. Apa yang menarik minat saya ialah artikel pendek ini...

Saya ada melihat lukisan memaparkan pertempuran di Bukit Chandu, Singapura. Jadi, layarlah internet untuk mencarinya, tapi tak berhasil. Sesiapa yang ada gambar tersebut, harap sudi kongsi bersama. Terima kasih.

SELAMAT MENYAMBUT HUT TUDM KE 54

9 ulasan:

zulfatah berkata...

Salam Tuan Nor and semua,
saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke 54 TUDM kepada tuan2 x-Air Force.TQ for another day of peace n harmony.Insya Allah.
xpalah tuan, out of sight and out of mind to some kt dunia nih....kita sesama manusia tuan.Tp anggota ART yang merayu supaya tuan jgn landing kt Penang sbb takut kene potong kaki tu tuan....dia xkan lupa jasa tuan pada dia.ground troops yg anggotanya cedera teruk spi tuan kene buat night time casevac tuh? xkan depa lupa. u r always in their mind sir...always.
Keep up the good work sir.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
Sila rujuk http://forum.lowyat.net/topic/1729187/+720 untuk imej-imej berkaitan "The Battle of the Opium Hill".
Terima kasih.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim dan semua, seluruh warga dalam TUDM @ ATM

May the blessings of Allah The Almighty be with you always...

* My thoughts and emotions leap out to the family and friends of the fallen souls and heroes who paid the ultimate price for peace of this country.My heart goes out to these families...

** For all those already in harms way and those about to embark on a mission (Lubnan/Congo etc) stay safe and come home sound of mind and body. Watch out for each other. Stay alert, stay alive!

Being in the military, a very honorable thing you're doing. I can tell you, my heart breaks every time i heard news of the fallen souls during their line of duty. May ample justice be done them here, and may the choicest of Heaven's favours both here and hereafter attend those, who under the divine auspices have secured innumerable blessings for others: myself and every one of this nation. The price they pay for us...

I salute our brothers (and sisters) in arms. Stay Strong!

SELAMAT HARI TUDM KE 54!


* HAND SALUTE! * ;-)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara/Saudari,

TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Malam Tuan,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke 54 TUDM kepada tuan.

Cuma kalau soalan saya ini tuan tidak keberatan untuk menjawabnya, kenapa tuan agak awal meninggalkan perkhidmatan TUDM?

Terima kasih.

Luke Jetie Benjamin

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Luke,

Terima kasih. Tentang soalan anda. Pertama sekali, Faktor Manusia. Kita bukannya dilahirkan sama, ada kelemahan dan kelebihan. Harap anda faham maksud saya. Kedua, di era saya perjawatan sangat terhad. Kebanyakan Ketua Skuadron (Ops) hanya berpangkat Mejar sahaja. Pangkat paling tinggi untuk Base Commander ialah Kolonel. Sekarang, Ketua Skn paling tidak ialah Lt Kol. Beberapa pangkalan udara pula di'jaga' oleh Brig Jen.

Namun demikian, saya berbangga telah mencurahkan tenaga berkhidmat dalam TUDM. Sebagai sebuah organisasi, TUDM sungguh menyenangkan. Pengendalinya? Kena terima hakikat organisasi diuruskan oleh 'manusia' yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Dah rezeki saya takat tu, syukur alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Nor,

Saya amat memahami akan sebab2 tuan meninggalkan perkhidmatan TUDM. Saya juga sedang di dlm proses peralihan dan bakal menamatkan perkhidmatan sy bersama TLDM pd akhir bln Sep 2012 setelah berkhidmat selama 10 thn sebagai Staff Legal Officer.

Utk perhatian Saudara Luke, utk sesetengah trade atau kepakaran yg terdapat di dlm ATM ni line of promotionnya agak terhad jd sementara usia masih muda dan bertenaga eloklah kita beralih arah utk menceburi bidang lain pula. Nevertheless, i am still proud to have served the nation eventhough only for 10 years. Not many lawyers out there can claim tht they hv experience giving advice on matters concerning the law of armed conflict in a small n tight warships compartments during ops..not to mention about the rough wheather n choppy sea conditions tht can go as high as sea state 9...but since our motto is SEDIA BERKORBAN then we hv to execute our task without fail...prinsip yg sama juga dipegang oleh our sister services ie army n airforce.

X-Lt RMN

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Cuma nak confirm kepastian saya tentang perkhidmatan tuan, adakah ini ada kena mengena dengan Terms of Services (ToS)?

Luke Jetie Benjamin

June 5, 2012 11:30 PM

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Luke,

ToS di era saya menyatakan mejar boleh bersara untuk layak mendapat pencen penuh, iaitu 50% daripada gaji pokok, dikehendaki memenuhi di antara syarat-syarat berikut:

1. Berkhidmat - 25 tahun.
2. Bersara wajib - 50 tahun.
3. Opsyen - 45 tahun.

Semasa umur menjangkau 43 tahun, saya sudah berkhidmat selaman 25 tahun. Ini bererti saya sudah layak menerima pencen penuh. Seperti yang saya katakan di atas, ketika itu, pencen maksima ialah 50% daripada gaji pokok walaupun tempuh berkhidmat menjangkau 30+ tahun. Sekarang ini, pencen maksima ialah ~60%, terpulang kepada tempuh perkhidmatan.

Dengan kenaikan pangkat agak terhad, maka adalah lebih baik saya mengundur diri daripada terus bekerja dengan imbuhan 50% sahaja: 50% lagi memang dah menjadi hak saya.

Sekarang ni dah ada 'Flexi Appointment'...boleh dikatakan dijamin naik ke Lt Kol sebelum pencen. Itulah ceritanya.