Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih diatas komen2 berkenaan. Saya sungguh terharu diatas tribute 'pengkomen' terhadap krew helikopter. TERIMA KASIH.
Saya tidak terniat langsung untuk mempertikai penganugerahan darjah2 kebesaran - pingat/bintang termasuk Anugerah Perkasa - kepada para penerima. Saya berpandangan tiada seorang pun para penerima anugerah menulis sendiri asas pencalonan. Semuanya terpulang kepada si pencalon itu sendiri dan pihak atasan yang meluluskannya, wallahualam.
Berbalik kepada isu kekecewaan saya. Adakah wira2 seperti berikut tidak layak kongsi bersama pengalaman mereka dengan para peseta PLKN hanya kerana mereka bukannya penerima SP & PGB?
- Lt Kol Dr Syed Othman (B) - Hilang penglihatan akibat terkena jerangkap samar. Namun demikian, beliau berjaya menimba ilmu sehingga peringkat PhD.
- Lt Raja Musa (B) - Hilang mata kanan & kaki kanan di atas buku lali dek jerangkap samar. Ketika itu beliau bertugas sebagai FOO bersama pasukan komando.
- Lt Kol Chong KL TUDM (B) - Nuri beliau ditembak di LP ketika sorti mengambil seorang casevac. Seorang anggota Air Rescue Team (ART) terkorban dalam pesawat. Keesokan harinya, beliau berjaya mengeluarkan casevac. Sebulan kemudian, sekali lagi pesawat beliau ditembak dan mengorbankan lagi seorang ART.
- PW1 Mohsain (B) - Salah seorang daripada 2 orang KU yang terkena tembakan musuh. Sebelum itu, beliau juga KU kepada Lt Kol Chong dalam 2 insiden di atas.
- Lt (U) Murad - Nuri beliau ditembak ketika anggota komando abseil di kem komunis. 3 anggota komando tercedera. Beliau berjaya menerbangkan pesawat tempangnya mendarat dengan selamat di Gubir. Dalam misi mengambil komando pula, Nuri beliau ditembak tapi masih mendarat dan berjaya membawa sebahagian para komando.
- Lt Kol Aziz Rashid (B) - Walaupun dikepung oleh pengganas komunis, beliau berjaya merintangi pelbagai halangan dan ancaman membawa 17 anggota komandonya ke Gubir.
- Lt M Syed Ikhmal Hashim - Hampir kepalanya dipenggal oleh pengganas komunis apabila konvoi 9 Renjer diserang hendap di Gubir; 7 warga tentera terkorban. Beliau terselamat hanya kerana seorang pengganas komunis wanita menghalang rakannya membunuh Syed supaya beliau boleh menceritakan insiden tersebut. Dalam insiden berasingan, beliau tercedera dek jerangkap samar. Dan 'squad-mate'nya telah membawa beliau keluar ke hospital melalui kaedah 'winching'.
- Mej Zainal - Xkomando yang terlibat dalam Ops Gonzales di kawasan Sg Siput. Trup beliau berjaya membunuh 3 orang musuh tetapi Ben, anjing pengesan, turut terbunuh.
- Lt Xxxx (U) - Diatas inisiatifnya, beliau telah menerbangkan gunshipnya dan menembak musuh yang telah menyerang hendap konvoi di jalan Baling-Kroh. Tindakan beliau, tanpa sebarang kelulusan pihak atasan, telah menyelamatkan lebih ramai warga tentera daripada terkorban. Insiden ini telah mengorbankan 3 warga tentera dan 2 orang awam.
- Kept Johari TLDM (B) - Tok Ketua kepada beberapa kerat anggota komando dan Paskal yang menjadi penghuni Terumbu Layang Layang sebelum terbinanya sebarang infrastruktur.
- Para Sappers - Ramai yang cacat anggota badan angkara jerangkap samar di era insurgensi dan juga terlibat dalam membina tugu dan modul kediaman di Terumbu Layang Layang.






