Apa nak dikatakan. Yalah...Mereka (Pak2 Jeneral) terpaksa memerah otak memikiokan bagaimana nak menjaga keselamatan negara. Si mejar pencen ni, yang banyak masa terluang, asyik-asyik menyibuk pasal nak cuba menghidupkan semula isu yang dianggap remeh-temeh oleh mereka. Jadi, sebagai usaha terakhir, melayanglah emel berikut kepada Pegawai Daerah Sik (DO), Kedah Darulaman...
Subject: TUGU PERINGATAN GUBIR
From: nibsny <nibsny@yahoo.com
To: ismailsaid@mdsik.gov.my
CC: cdf@mod.gov.my,pejptd@yahoo.com.my,basripgb@yahoo.com,ishak_55@hotmail.com,rafocsecretariat@yahoo.com,genzul@yahoo.com
Assalamualaikum Dato',
Perbualan kita pada tengah hari 7/10/2012 berkaitan perkara di atas adalah rujuk. Sepertimana yang saya katakan, GUBIR memang sudah pasti tidak dapat dilupai oleh kami para veteran. Tidak salah saya katakan bahawa ia adalah satu kawasan yang 'paling panas' di era insurgensi di suatu ketika dulu. Ramai warga tentera yang terkorban dan cacat anggota badan dek angkara kedurjanaan pengganas komunis.
Sepertimana yang Dato' sedia maklum, kemuncak 'kejayaan' mereka ialah apabila mereka berjaya menembak jatuh sebuah helikopter Nuri pada 26/4/1976. Kesemua 11 warga tentera terkorban!!!
Pada 2011, para veteran ada mengesyorkan kepada pihak berwajib agar membina 'tugu' di kawasan-kawasan yang dianggap bersejarah bagi kami. Tentu sekali Gubir teratas dalam senarai.
Jika diizinkan membuat cadangan, paling asas yang terfikir ialah menyenaraikan wira-wira yang terkorban dan unit-unit Pasukan Keselamatan yang terlibat dalam kawasan operasi Gubir sehingga 2/12/1989. Tarikh keramat itu telah menoktahkan satu perjuangan. Lokasinya pula dicadangkan di pusat bandar Gubir dimana rakyat dapat menghayati pengorbanan wira-wira yang tidak didendang. Mungkin dengan wujudnya binaan ini, ia akan menjadi satu tarikan kepada pelancong, terutama daripada peminat sejarah, wallahualam.
Sementelah menyentuh subjek sejarah, saya dan rakan-rakan seperjuangan sedia kongsi bersama pengalaman kami jika pihak Dato' menganjur majlis pengkisahan, insyaAllah. Objektif kami hanyalah agar ia dapat menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.
Akhir kata, harap cadangan insan kerdil mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Tut...Tut...Saya terima emel berikut daripada RAFOC. Syukur alhamdulillah...Mungkin ada sinar harapan!
From: Rafoc Secretariat
Subject: Fw: TUGU PERINGATAN GUBIR
Subject: Fw: TUGU PERINGATAN GUBIR
To All Committee Members,
Pse see the email forwarded by Mej Nor Ibrahim bin Sulaiman, TUDM, (Bersara).
For your information and our discussion at our next Committee meeting.
Salam,
DATO' NAWAWI MAT DESA
Lt Kol (Bersara)
Honorary Secretary
Lt Kol (Bersara)
Honorary Secretary
Semasa menghubungi DO, saya turut mencadangkan agar upacara perasmian tugu itu nanti dilaksanakan oleh seorang VVIP tertentu, jika projek tersebut menjadi kenyataan. VVIP berkenaan memang aktif dalam bidang ketenteraan dan kini menjawat pangkat 1 bintang dalam RAW....Baru ada oooomph.
Mungkin tugu seperti ini boleh menjadi mercu tanda pekan Gubir. Dan saya sudah pasti berbangga apabila, antara lain, terpahat No 3 & No 10 Skuadron di 'tembuk' itu.
Indian Army Memorial di Singapura
18/10....Saya hantar sms kepada DO bertanyakan perkembangan terkini. Respons beliau.... 'W'slm..sy d K.T'ganu..24hb br msk pej. InsyaAllah kt bincang semula'. Saya sungguh teruja......Mungkin ada sinar harapan!
Kalau ditanya siapa yang harus dijemput menjadi ahli jawatankuasa projek, saya akan mengesyorkan pihak Muzium TDM selain 6 Bde. Andainya disebabkan sesuatu diluar kuasa DO tak boleh membina tugu tersebut di pekan Gubir, mungkin TDM boleh membinanya di luar kem Gubir. ATM mempunyai kepakaran dan sumber untuk melaksanakannya dengan kos yang minima.
Tak kisahlah di mana atau siapa yang akan membinanya, harapan saya hanyalah agar pihak terbabit mengundang saya ke majlis perasmian itu nanti. Itu sahaja. Kalau tak...Kesian saya!!!
Kepada Pembuat Keputusan....Adakah permintaan para veteran ini satu perkara yang begitu membeban negara/negeri atau remeh-temeh? Mereka hanya meminta agar penglibatan mereka dalam proses pembinaan negara dihargai. Bukannya mereka mahukan nama mereka terpahat pada tugu tersebut, hanya mungkin menyenaraikan rakan2 seperjuangan yang gugur demi mempertahankan ibu pertiwi tercinta ini...Itu sahaja. Anda mampu menreliasasikan impian wira-wira yang tak didendang sekiranya anda berpandangan pengorbanan mereka wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan. Semuanya di tangan anda. Fikir-fikirkanlah.
Untuk makluman, saya juga telah menghantar emel berkaitan topik ini kepada DO Grik mencadangkan pembinaan tugu di Kroh (Pangkalan Hulu).
Tuan2 DO, PAT, PTD & RAFOC....Didahului dengan ucapan TERIMA KASIH.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
6 ulasan:
Salam Tuan, Tahniah,insya allah impian semua vateran akan terlaksana tidak lama lagi,apa sangat dengan kos untuk membina tugu tersebut jika dibanding dgn pengorbanan semua perwira2 negara
Jika pihak yg berkenaan keberatan utk memhulur kos kewangan,sama sama lah kita buat kutipan dikalangan para pembaca semua
Saudara Nor,
As a nation we should never fail to remember our Heros. What better place can be designated for a monument than the place they fell. Thank you for leading the charge and for speaking up for those whose lives by the cruel twist of faith were snatched from us so dramatically. This Monument will also serve as a reminder to those Air Men who once served, and those who now serve and those who will continue to serve in the No.3 & No.10 Squadron of the brave men who belonged to this Squadron.
"A Nation reveals itself not only by the the men it produces, but also by the men it honors, the men it remembers..." President John F. Kennedy
Saudara SENAPANG PATAH,
Terima kasih. Seorang rakan seperjuangan, yang masih berkhidmat, memang ada mencadangkan kos pembinaan tugu berkenaan dibiayai melalui sumbangan mereka yang menghargai peranan warga ATM sekiranya pihak berwajib bolayan. Di awal tahun ini, saya telah menyuarakan cadangan ini kepada seorang Pang5 yang boleh menrealisasikan impian para veteran; bina tugu di luar kem Gubir. Jawapan beliau sungguh mengecewakan '....Siapa nak menyelenggarakannya nanti?'. Respons saya tak boleh ke anggota unit di kem tersebut bersihkan? Kan nak potong rumput sikit pun tak boleh!!!
Saudara Arunzab,
Thank you. How I wish those wealthy xservicemen or contractors offer to undertake the construction of the momorials in memory of the fallen heroes.
Salam Tuan,
Kecewa bila Pang5 sendiri macam kurang peka tentang perkara ini didalam keadaan generasi muda masa kini makin lalai dan alpa kenapa perkara sekecil membersihkan tugu jadi isu ?
dalam hal ini saya puji negara USA dimana mereka mengabdikan nama anggota2 mereka yg terkorban di kem kem atau kapal perang mereka sebagai salah 1 cara utk mereka memperingati jasa anggota tentera mereka.
Tuan,
Katakanlah tugu tersebut dapat dibina maka boleh tuan senaraikan nama nama mereka yang akan diukirkan supaya tidak tercicir. Mereka itu tentunya perwira perwira yang telah gugur semasa berkhidmat diGubir dan setiap mereka mempunyai cerita dan sejarah tersendiri yang dapat menarik perhatian seperti peristiwa nahas heli pada tahun 1976 yang pernah diceritakan diBlog ini.
Akan tetapi sekiranya tugu tersebut khas untuk mereka yang terkorban didalam tragedi heli itu sahaja maka baik dibina tugu diPengkalan atau Base yang tuan sedia maklum bagi heli yang terlibat itu sahaja dan penyelanggaraan tugu tersebut dapat dilakukan oleh Pengkalan tersebut.
Selaras dgn itu keseluruhan operasi diutara tanah ayer semasa zaman insurgensi diterajui oleh pihak 6 Brigade. Kawasan operasi dan pertempuran semasa itu bukan sahaja dikawasan operasi diGubir malah ditempat2 lain seperti, Kem Rimba Mas, Bt Keteri, Bt Kayu Hitam, Sintok, Kroh dll. Mungkin tugu tersebut juga boleh dibina diMarkas 6 Bde diSg Petani.
Sekadar memberi pandangan untuk mengingati perwira2 kita yang telah gugur.
Saudara Anonymous,
Terima kasih. Sepertimana yang saya nyatakan..
1. Cadangan membina 'tugu' disarankan di tempat2 'bersejarah' seperti Gubir, Kroh, Gua Musang, Ulu Kinta, Batang Kali, dll. Ini termasuk di Sarawak.
2. Tugu di Gubir bukannya terhad kepada mereka yang terkorban dalam tragedi Nuri berkenaan sahaja. Semua mereka yang terkorban di kawasan operasi Gubir seharusnya terpahat di tugu tersebut.
3. Pasukan Keselamatan termasuk PDRM. Ramai anggota PPH terkorban diserang hendap atau akibat terkena jerangkap samar di Kroh dan kawasan Ops Bamboo.
4. Saya tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan maklumat mereka yang terkorban. Maklumat ini boleh diperolehi oleh Muzium TD dan Muzium PDRM. Justeru, itu sebabnya muzium juga disenaraikan menjadi ahli.
5. Formasi yang terlibat terpulang kepada pihak atasan TDM.
Saya berdoa agar impian para veteran akan menjadi kenyataan.
Catat Ulasan