Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

Masih Mencuba

Saya telah menghantar coretan ini melalui e-mel kepada mereka yang saya percaya mampu
membuat 'kejutan' kerana kedudukan dan jawatan yang mereka sandang...
Assalamualaikum Tan Sri/Dato',

Adakah wira-wira Bukit Kepong = 'Alamo Malaysia'  yang sedia berkorban nyawa mereka, dan terkorban, kerana mempertahankan negara tidak memenuhi kriteria Anugerah Perkasa - SP, PGB, JPP & KPK? Dengan kedudukan dan pengaruh yang sedia ada, saya percaya Tan Sri/Dato' berupaya melakukan sesuatu agar wira-wira tersebut diiktiraf secara rasmi oleh negara dengan penganugerahan darjah berkenaan. Saya berharap '...Terpulang kepada Agensi yang mereka berkhidmat untuk mencalonkan mereka' dan 'implikasi kewangan' tidak dijadikan alasan. Anggaplah'pengorbanan' Tan Sri/Dato' mencalonkan mereka ini sebagai satu fardu kifayah! 

Akhir kata, fikir-fikirkanlah.:) happy

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Pada jam 1415, saya terima sms daripada Dato' Zaini Hassan, Utusan Malaysia'.... 'InsyaAllah nanti saya embed dalam kolum Cuit saya'. (Kolum beliau setiap Rabu). 
Harapan menerima respons daripada yang lain-lain tu, tak salah kalau saya katakan 99.99% probabiliti e-mel tersebut berakhir dalam tong sampah saja. Siapalah mejar pencen ni. Memang benar kata 'Anonymous' dalam komen beliau '...x abis2 dgn kerja dok mgira pingat'.  Tak apa... Pada saya, jika gomen menyanjung tinggi wira-wira sukan sebegitu rupa, mengapa tidak wira-wira yang sanggup berkorban agar mereka (wira sukan) boleh mengharumkan negara? Janji saya telah mencuba dan akan terus mencuba, Insya-Allah. Mana le tahu, kalau dilembutkanNya hati mereka yang membuat keputusan dan kalau ada rezeki, tut...tut...4 Jun nanti  wira-wira Bt Kepong akhirnya dianugerah dengan Darjah Perkasa, Insya-Allah. Tak cuba...mana nak tahu!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam Tuan, saya rasa biarkan Allah saja yang mengira jasa-jasa mereka sebagai mati syahid yang lebih mulia dari pingat.
Mudahan Allah memberikan mereka rahmah yang tinggi beserta dikelangan mereka yang mati syahid kerana berjuang untok Ugama dan negara.
Aamiiinn...

Tanpa Nama berkata...

Tuan, u're exactly like my father, a retired major, too(kor JLJ}. Suka sibukkan diri buat macam2 perkara yang bukan keutamaan.

I'd prefer to see you fight for the welfare of the present and still living ex-servicemen. That would make more sense.

Ingatan kepada wira Bukit Kepong adalah mulia tetapi apa faedahnya kepada mereka yang telahpun tiada? Jika ada ganjaran, buat gaduh anak cucu arwah sahaja.

Lagipun adakah berjuang pertahankan agama dan negara mesti mengharapkan pingat? Bukankah tentera dan pejuang sejati sudah sebati digelar 'the unsung heroes?'

Being an army son and raised in army camps, I love reading all the past experiences of the veterans, including yours. I also enjoyed stories from my father who was a Congo veteran. He's 74 now. But definitely not this kind of pestering and complaining to Mindef stories.

Blog tuan adalah ini unik dan lebih bertuah lagi ramai lagi contributor yang sudi berikan input dan berkongsi cerita. Ini menjadikan blog tuan istimewa.

Jangan rosakkannya dengan cerita-cerita tuntut pingat ini. Kalau saya yg tak kena mengenapun rimas, apa lagi pak menteri dan pegawai Mindef?

Entahlah tuan, afterall, its your blog.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Saya rasa terpanggil utk memberi pendapat mengenai komen yg dibuat oleh Anonymous ke-2 di atas.

He may be only a son of an army personnel but we were the army personnel ourselves with better understanding the responsibility entrusted on our shoulder and the hardship faced towards ensuring him & his family to live peacefully nowadays.

Never in our mind to seek recognition/medal for what we had done because our nawaitu is because of Allah S.W.T and to ensure the next generations do not face difficulties as what your parents had gone through in raising you all up.

Kami pun tidak mengharapkan sebarang balasan di dunia ini melainkan dari-Nya saja. Tak terhadap sgt ngan pingat-pingat tu semua.

I hope you are not talking based on your experience bergaduh sesama sendiri mengenai ganjaran yg diterima oleh ayah anda.

Well, let me tell you apa faedahnya kami dok mengejar pingat utk diberikan kepada mereka-mereka tu semua so that you will understand.

Ianya dapat membuka mata para pemimpin agar dapat membuat penambahbaikan ke atas proses pengiktirafan di masa hadapan agar tidak mudah lupa daratan bahawa mereka2 itulah sebenarnya wira. Sekalipun mereka tu adalah LLP saja tapi kalau tiada mereka maka tiadalah Jeneral, Kolonel, Mejar dll yg sekasta dengannya. Dan tiadalah pemimpin negara dan mungkin tiadalah anda.

Hasil dari perjuangan pingat ini bukan dapat dilihat sekarang Anonymous woi tapi dlm jangka masa panjang, the welfare of those ex-servicemen yg masih hidup akan lebih terbela bilamana pemimpin negara dah buka mata (itu pun kalau mata mereka dan anda terbuka laaa....) Pengiktirafan bukan setakat pingat saja tapi melibatkan kebajikan bekas anggota.

When we are treated like "habis madu sepah dibuang" this is morally, ethically and totally wrong.

Apa masalah yg besar sangat nak beri pengiktirafan/pingat kepada mereka tu? Does it incur lot of cost higher than their salary? Does it involve national security what so ever? Can you answer me?

Sorry Tuan, saya agak merapu hari ni. I have no intention to argue with anybody in your blog but when people are saying apa faedahnya pingat tu pada yg telah mati, it has trigger my temperature up hoping that my temper will open-up and widen their kepala hotak to start thinking wisely on the faedah kita dok meracau pasal pingat ni.

Last but not least, Anonymous no-2, let me tell you again...

AGI IDUP AGI NGELABAN

Kami dilatih untuk tidak berputus asa di dalam menghadapi apa jua masalah.

Itulah bezanya military vs civilian like you.

Get what I'm trying to say?

Arunzab berkata...

Saudara Anonymous,

With respect you are portraying Sdr. Nor in bad light when you refer his efforts to get recognition for our fallen hero's as "But definitely not this kind of pestering and complaining to Mindef stories" I think Nor is anything but like your father for he does not spend time doing things which are unimportant. What may not be "perkara yang bukan keutamaan".to you may be perkera paling keutamaan to him" and to all of us.

If you have followed this blog long enough you will know that the Nor has written on a wide variety of subjects and not only on recognition for our fallen heros. Besides what is so wrong on speaking for those who now have no voice of their own which you refer as. "apa faedahnya kepada mereka yang telahpun tiada? and "Jangan rosakkannya dengan cerita-cerita tuntut pingat ini."

By the same token why does the government give recognition to the late P.Ramli by bestowing him with a Tan Sri and Kak Indon a Tun ship when they have passed away.? This is just to name a few.

By the way we as servicemen just do for our king and country what is expected of us, in doing what needs to be done. How ever there will be a few amongst us who will have shown acts of courage in circumstances of extreme danger and are deservingly rewarded. The are not "mengharapkan pingat". as you put it. By the way ' Unsung Heros" is a loose term to describe all those who who execute and implement an action but don't get due credit or acknowledgment for their actions. It is not specific to soldiers, only as you put it ". "Bukankah tentera dan pejuang sejati sudah sebati digelar" 'the unsung heroes?'

Even road sweepers have often been refered as our unsung hero's because we often do not appreciate their effort to work in the rain and sun and for small wages.

On an ending note I could not agree more with Saudara Kamal Sanusi. Obviously the passion of having been a soldier and that of a son of a soldier are worlds apart.

SALAM

Tanpa Nama berkata...

salam tuan pemberian pingat kepada "mujahiddin" bukit kepong adalah wajib..namun berkemungkinan agak payah sebab masih kena libatkan british..1950 malaysia masih dibawah british,mungkin2 ada term2 yg perlu diperhalusi.. tu andaian saya lar, sbb takda alasan yg logik lg selain dari itu..itu semua berdasarkan pejuang2 terbaru termasuk kes al maunah sume dah berpingat

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih di atas pandangan anda.

Saudara Anonymous, terima kasih kerana membaca coretan saya. Anda berhak menyuarakan pandangan anda, begitu juga Saudara Sanusi dan Arunzab. Mereka berdua memahami apa yang saya cuba sampaikan. Betul kata Arunzab, apa itu 'keutamaan' adalah 'relatif'. Pada saya, mendapatkan pengiktirafan negara terhadap wira-wira berkenaan adalah satu 'keutamaan' kerana saya tidak faham mengapa mereka dipinggirkan.

Saya tidak berhak & layak memenuhi syor Anon '... I'd prefer to see you fight for the welfare of the present and still living ex-servicemen. That would make more sense.' untuk memperjuangkan mereka yang masih berkhidmat kerana mereka mempunyai saluran untuk mengenengahkan apa jua masalah yang dihadapi. Untuk veteran, mengapa dihadkan kepada mereka yang masih hidup sahaja?

Saya tidak pasti perasaan Anon tetapi cuba bayangkan apakah reaksi waris wira-wira tersebut apabila, secara rasminya, bapa/tok mereka diistiharkan wira-wira negara dengan penganugerah Darjah Perkasa berkenaan. Saya percaya mereka akan bangga bahawa bapa/tok mereka terkorban demi mempertahankan negara tercinta ini.

Berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh para veteran, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengenengahkan kepada pihak berwajib, Insya-Allah. Itu saja yang termampu saya lakukan. Sama ada sebarang tindakan akan diambil adalah diluar kuasa saya.

Saya akan mencoretkan rentetan seorang penjawat awam yang merpertikaikan mengapa Perkhidmatan Beruniform beliau tidak layak dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Awam (PPA), Insya-Allah! Mungkin pada 'Anon' isu PPA ini nanti terlalu remeh...bagaimana pula pandangan anggota tersebut? Beliau sanggup menulis kepada agensi-agensi berkaitan hanya untuk mendapatkan PPA yang mana anggota ATM 'take for granted' sahaja.

freebooterrambo berkata...

Salam,

Sebenarnya darah pengorbanan utk yg bernama veteran tentera x pernah padam, walaupun dah berpencen.

Saya anggap usaha memberi pengiktirafan kpd veteran-veteran tentera yg layak, adalah usaha fardhu kifayah bagi kalangan mereka dlm komuniti ketenteraan yg masih bernyawa.

Kalau Shah Rukh Khan boleh dpt datuk, mereka yg gugur di Bukit Kepong layak lebih lagi dari itu.

Seperti dah jadi satu keperluan masa kini, utk menyedarkan golongan tertentu dlm masyarakat yg semakin merapu, kerana diulit kesenangan dan keamanan negara.

Seorang perwira sejati tidak pernah minta disanjung, dan akan berasa malu utk berbuat begitu. Tetapi, kadang kala perlu ada suara daripada golongan yg faham dan tahu, utk membela nasib mereka.

Tanpa Nama berkata...

salam mej(B) nor jika perkara ini dipanjangkan kepada PM secara peribadi melalui facebook,mungkin dia akn melihat dan menilai balik pergorbanan wira-wira bukit kepong...jika kta emailkan perkara ini kepada PM,ada kemungkinan beliau tidak akan menbaca email i2..jd saya sarankan mej cb hantar mesej kepada facebook PM,inysallah jika berhasil,mungkin hati kta tenang bla wira-wira bukit kepung dpt pingat jasa mereka...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih di atas cadangan itu. Saya akan cuba hantar mesej ini kepada facebook PM, Insya-Allah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Atas saranan saudara, saya dah hantar mesej berikut ke facebook PM sebentar tadi. Teringin juga nak tengok sama ada beliau akan memberi sebarang respons.

Assalamualaikum Dato' Seri.

Saya ingin mencadangkan agar wira-wira Bukit Kepong yang terkorban pada 23 Feb 1950 dianugerahkan dengan Darjah Perkasa, iaitu SP & PGB kerana mempertahankan kedaulatan negara. Peristiwa Bukit Jenalik pada 2000 telah melihat penganugerahan 2 SP & 4 PGB. Mengapa wira-wira Bt Kepong dipinggirkan sedangkan pengorbanan mereka, pada hemah saya, adalah seumpama 'ALAMO MALAYSIA'? Saya percaya ketika itu darjah-darjah tersebut belum diwujudkan lagi. Namun, tidak salah penganugerahan dibuat secara 'posthumous'.

Untuk makluman Dato' Seri, saya tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan wira-wira tersebut sekadar seorang rakyat Malaysia yang prihatin terhadap pengorbanan mereka.

Diharap satu pengumuman yang positif akan disiarkan sebelum 4 Jun 2011. Terima kasih.